Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN A

Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui


oleh

pengkaji. Berasaskan permasalahan

tersebut,

pengkaji

perlu memilih

pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu


pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi
pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa
yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik.
Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan
dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula,
dapat

menghasilkan

data

yang

bersifat

fleksibel

kerana

pengkaji

boleh

mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga


dengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang
dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi
gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses
triangulasi dijalankan.

BAHAGIAN B
Pendekatan kualitatif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidang
penyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadap
kesahan, keputusan dan fakta.
Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatan
manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka.
Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif
responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikan
dan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidak
menentu yang humanistik.
Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibat
dan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkan
maksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminat
pada kesimpulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi baru
dan keputusan yang berbentuk kependidikan.
Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif
adalah seperti jaringan yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu
jugalah penyelidikan kualitatif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisional
terhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualitatif diklasifikasikan
melalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis dan
penerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidik
memperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkan keperluan
menjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktiviti
responden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat dan
mendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkan
oleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik.
Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahan
statistik tetapi lebih kepada penerangan penyelidikan, ini mungkin memberikan
faedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara

mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yang
canggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagi
menguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang sama
memperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka.
Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut:
1. Keaslian (Naturalistik)
Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan data
dan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlah
masa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakan
seperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan dan
lain-lain.
2. Penerangan Ringkasan Data (Description Data)
Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidak
dalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, nota
kerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi.
3. Mengutamakan Kaedah Proses
Penyelidik

kualitatif

mengutamakan

kaedah

atau

proses

daripada

mendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikan


berkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif boleh
diterjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian.
4. Induktif
Penyelidikan

kualitatif

menganalisa

data

secara

induktif

bermaksud

mendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang dan
membuat
muktamad.

beberapa

andaian

sehingga

berjaya

membuat

keputusan

5. Bermakna (Meaning)
Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orang menyarankan
kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka.
BAHAGIAN C
Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Kualitatif
Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah:
1. Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian
yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan
peserta kajian (Taylor & Bodgan), dan dengan pendekatan ini membolehkan
pengkaji

menemui

pembolehubah

bermakna,

menghasilkan

pelbagai

kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi


dan hipotesis.
2. Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalan
kajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengan
konteks kajian yang lengkap dan mendalam (Glense & Peshkin 1992).
3. Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi
dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina
rumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987).
4.

Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumen


membolehkan proses triangulasi dilakukan. Dengan proses triangulasi
dapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripada
pelbagai maklmuat (Yin 1994).

5. Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap


apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui
(Strauss & Corbin 1990).
6. Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapat
menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam.
7. Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak
langsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang

diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku


peserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen.
BAHAGIAN D
Pengumpulan

data

dalam

sesuatu

penyelidikan

boleh

dilakukan

menerusi

pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak


mengutamakan data-data berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraian
makna terhadap perkara yang dikaji.
Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedah
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan yang dibuat
semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakala
temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikan
semasa

sesi

pemerhatian.

Seterusnya

penggunaan

bukti

dokumen

pula

membolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi


daripada pemerhatian dan temubual.
Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakan
atau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebih
lagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat.
Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif
Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur dan
lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara yang dikaji. Ia tidak
mengutamakan data-data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepada
proses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil dan
penghuraian data bersifat deskriptif.
Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif
Terdapat

beberapa

kaedah

pengumpulan

data

dalam

menjalankan

kajian

berasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan bukti


atau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif
misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian

dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati
(Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), Penyelidikan yang menggunakan
pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang
perlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alat
penyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada peserta
dan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusia
adalah alat yang sebaik-baiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapat
menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apa
yang dikaji dengan bermakna.
Pemilihan Tempat Kajian
Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatan
kualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan dengan
itu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat dan
lain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorang
penyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984),
Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalam
memilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii)
kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji dan
peserta kajian boleh terjalin.
Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan
jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatan
dengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangkan pengkaji perlu menggunakan
akal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukan
tempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjamin
mutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat seperti
dengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamin
dapatan data yang berkualiti.

Pemilihan dan Penentuan Peserta Kajian


Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsip
persetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukan
berasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalah
berasaskan tujuan dan soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal.
Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang mengajar
sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yang
diamalkan. Menurut Patton (1990) tidak ada satu peraturan tertentu untuk
menentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun pada
umumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dan
dipilih secara bertujuan atau purposeful sampling.
Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif
1. Pemerhatian
Pemerhatian berasal daripada kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari
perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta kajian sendiri. Pemerhatian
merupakan satu cara untuk mendapatkan data penyelidikan secara terus dan
semulajadi dan ia boleh dilakukan menerusi tiga cara iaitu:
1. Pemerhatian Tidak Turut Serta : Pengkaji hanya melakukan pemerhatian dan
mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta
kajian dan persekitarannya.
2. Pemerhatian

Turut

Serta

Memerlukan

penglibatan

pengkaji

dalam

persekitaran dan aktiviti peserta kajian.


3. Pemerhatian Separa Turut Serta : Menggunakan ciri-ciri pendekatan keduadua kaedah.
Mohd Majid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan
untuk mengkaji perkembangan

tingkah

laku

sesuatu

unit sosial. Semasa

pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh


peserta kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi

maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi


seandainya dilakukan secara objektif. Penglibatan lama oleh pengkaji dalam
pemerhatian akan menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai. Menurut Jacob
(1988)

pemerhatian

boleh

dilakukan

untuk

merakamkan

pengajaran

dan

pembelajaran dalam kelas dalam keadaan semulajadi.


2. Pemerhatian tanpa turut serta
Pemerhatian tidak turut serta atau non-partisipative observation membolehkan
pengkaji mempelajari bagaimana rasa dan perasaan apabila berada dalam
kehidupan sebenar peserta kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu kekal
sebagai orang luar bagi membolehkan pengkaji membuat laporan penyelidikan yang
tepat. Menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta pengkaji tidak melibatkan diri
atau hadir sama dalam perkembangan tingkah laku peserta kajian atau bergaul
secara langsung dengan mereka.
Kelebihan dan kekuatan penggunaan kaedah pemerhatian
Antara kelebihan keadah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah:
i.

Pengkaji dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian.
Selain itu, pengkaji juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya
sendiri untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apa
yang berlaku di tempat kajian.

ii.

Pengkaji dapat merapatkan lagi hubungan dengan peserta kajian bagi


menjelaskan hasil pemerhatian yang dilihat dengan lebih tepat.

iii.

Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah


kerana pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagai
contoh, seorang guru sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi muridmuridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid serta
murid dan murid.

iv.

Pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan


murid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses pemerhatian,
pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh
prasangka terhadap peserta kajian.

3. Pemerhatian Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Berstruktur


Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian berstruktur
dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua-dua kaedah ini perlu dibantu dengan alat
pemerhatian tertentu. Pemerhatian berstruktur boleh menggunakan senarai semak
pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur pula menggunakan catatan
nota lapangan dan dibantu dengan alat perakam yang merakam segala aktiviti yang
berlaku dalam pemerhatian tersebut. Data yang diperolehi daripada nota lapangan
ini akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif iaitu dengan cara
memerihalkan semula apa yang terdapat dalam nota lapangan. Antara soalan-soalan
yang boleh digunakan oleh pengkaji semasa melakukan pemerhatian ialah:
i.

Apa yang hendak diperhatikan: Berdasarkan matlamat penyelidikan maka


pengkaji perlu menentukan aspek apakah yang perlu diperhatikan seperti
jenis, turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan pengetua, pensyarah
atau guru. Perkara ini perlu spesifik dan dinyatakan secara eksplisit.

ii.

Mengapa pemerhatian tersebut dilakukan.

iii.

Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan tempoh masa diperlukan.


4. Temubual

Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara


terus dengan peserta kajian. Berdasarkan kaedah temubual, kita dapat memperolehi
maklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan maklumat-maklumat lain yang
diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa atau
kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal
selidik. Temubual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data
yang sangat bermakna kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah
mesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi
soalan terbuka dan mendapatkan maklumat peserta kajian secara terperinci.
Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang boleh
digunakan dalam pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual

separa berstruktur, dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temubual memerlukan
suasana yang mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perlu
dipatuhi bagi menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yang
ikhlas dan fakta yang tepat.
Temubual berstruktur memerlukan soalan-soalan yang ditujukan kepada peserta
kajian dirancang bagi mendapatkan respons yang spesifik. Temubual tidak
berstruktur pula memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umum
apabila menyoal. Peserta kajian pula digalakkan memberi respons secara bebas.
Seterusnya soalan tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa.
Temubual separa berstruktur pula akan menggabungkan ciri-ciri temubual berstruktur
dan tidak berstruktur.
Hitchck dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankan
temubual dengan berkesan iaitu:
a. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkan
peserta kajian menjawab soalan-soalan secara aktif serta menghargai
pendapat peserta kajian.
b. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dan
tidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian.
c. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa meyakinkan peserta
kajian bahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas
memberi apa sahaja pandangan dalam respons.
Kelebihan dan kekuatan teknik temubual
i.

Data yang diperolehi daripada temubual bersifat fleksibel dan kemungkinan


besar tidak dapat diperoleh menerusi soal selidik.

ii.

Penemubual boleh mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepada


peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dan menyeluruh.

iii.

Sesi temubual boleh dibuat secara semulajadi, bersahaja dan penemubual


boleh menyesuaikan situasi menerusi hubungan erat atau rapport dan saling
percaya mempercayai antara satu dan lain. Jawapan temubual tersebut boleh

menggambarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta kajian boleh


diambilkira oleh pengkaji (Gay 1981).
5. Bukti dan analisis dokumen
Penggunaan bukti dokumen juga merupakan salah satu lagi cara pengumpulan data
dalam pendekatan kualitatif. Merriam (1998) membahagikan dokumen kepada tiga
jenis iaitu dokumen atau rekod awam, dokumen peribadi dan bahan-bahan
berbentuk fizikal (artifak). Dokumen atau rekod awam bertulis seperti dokumen rasmi
sekolah, minit mesyuarat panitia, majalah sekolah, buku rekod mengajar dan bahan
bantuan mengajar seperti cara dan pengurusan grafik. Penganalisisan dokumen
rasmi seperti buku rekod mengajar membolehkan pengkaji menyemak sendiri apa
yang ditulis oleh peserta kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan. Begitu juga dengan penganalisisan minit mesyuarat dapat memberi
input

mengenai

apakah

rancangan

pengajaran

yang

telah

dirangka

atau

dilaksanakan oleh peserta kajian.


Dokumen peribadi pula adalah dokumen yang dihasilkan oleh seseorang (Bogdan &
Biklen 1988). Contoh dokumen peribadi ialah bahan bantuan yang disediakan oleh
peserta kajian, buku rujukan, buku catatan, buku latihan pelajar dan buku teks.
Penganalisisan rekod peribadi membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan
pengesahan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh peserta kajian dalam
pengajaran di bilik darjah. Setiap dokumen yang digunakan boleh direkodkan dengan
cara menamakan terlebih dahulu dokumen itu, konteks dokumen dan perkaitannya
dengan dokumen lain, kepentingan dokumen dan rumusan kandungan dokumen
(Miles & Huberman 1994).
Dokumen berbentuk artifak pula merupakan bahan maujud yang boleh menjadi bukti
dalam sesuatu kajian. Ia mempunyai maklumat mengenai sesuatu persitiwa dan
budaya serta sesuai dijadikan bahan kajian. Ahli sejarah telah menggunakan bahan
ini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan
peradaban melalui penelitian terhadap artifak purba seperti bangunan. Pelbagai
bahan artifak yang ditemui pengkaji telah dapat menjawab persoalan kajian yang
ditentukan. Begitu juga pada masa yang sama terdapat artifak yang dapat memberi

pengetahuan baru atau persoalan baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji.
Di sekolah tedapat bahan artifak seperti bangunan bengkel, perpustakaan, brosur
sekolah, perancangan lima tahun sekolah, senikata lagu, visi dan misi sekolah.
Proses Pengumpulan Data Kualitatif
Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting untuk
menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif. Hal ini
disebabkan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji merupakan instrumen kajian
utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung
dengan manusia di sekelilingnya (Marohaini 2001).
Kajian Rintis
Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan sebagai
persediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh pengkaji sebelum
memasuki kajian sebenar. Hal ini diakui oleh Glesne dan Peshkin (1992) yang
mengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji dapat belajar mengenai proses
kajian, jadual temubual dan teknik pemerhatian. Dapatan kajian rintis ini
membolehkan pengkaji menyemak semula rancangan kajian.
Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran
Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asal
semasa pengumpulan data dilakukan. Antara catatan nota lapangan dalam
pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan dan
aktiviti yang

berlaku semasa berlangsungnya

pengajaran. Tujuan pengkaji

mencatatkan perasaan dan luahan hati peserta kajian semasa melaksanakan


pengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai amalan
pengajaran guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam dua bentuk iaitu secara
verbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun catatan secara deskriptif lebih
diutamakan kerana butir percakapan secara verbatim peserta kajian boleh diperolehi
daripada pita rakaman. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan

pengajaran guru sejak awal sehingga tamat pengajaran boleh dicatat seberapa
banyak yang termampu oleh pengkaji.
Temubual Mendalam dan Rakaman Audio atau Video
Semasa pemerhatian dijalankan pengkaji tidak boleh berinteraksi secara langsung
dengan peserta kajian malahan segala amalan dan tingkah laku peserta kajian
termasuk perkataan yang dikeluarkan oleh mereka dicatat atau dirakamkan sahaja.
Kesemua butir-butir temubual antara pengkaji dan peserta kajian telah dirakamkan
dengan alat perakam audio. Selain mencatat secara umum isi perbualan, pengkaji
juga turut mencatatkan gaya percakapan, nada suara, pergerakan mata, mimik muka
peserta kajian bagi tujuan meneroka isi hati dan perasaan peserta kajian berhubung
dengan isu yang diperkatakan. Langkah ini amat penting dilakukan dalam kajian
berbentuk kualitatif bagi mendapatkan gambaran holistik dan tepat mengenai
maksud jawapan peserta kajian.
Dokumen Pengajaran
Antara dokumen yang boleh digunakan dalam kajian adalah seperti buku rekod
mengajar guru, minit mesyuarat panitia, bahan bantu mengajar seperti pengurusan
grafik, hasil tugasan pelajar dan buku teks. Kesemua dokumen ini perlu diambil oleh
pengkaji sebelum, semasa atau sebaik sahaja tamat pemerhatian. Walau
bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pengumpulan dokumen pengajaran yang
diperlukan terpaksa dilakukan pada hari bukan pemerhatian dijalankan.

RUJUKAN
Akhbar Ibrahim. 1992. The A-Level Examination: Qualitative and Quantitative
Data in The Context of Perfomance Monitoring System : Thesis PhD
University of New Castle Upon Tyne
Bogdan, R. C & Biklen, S K. 1989. Qualitative research in education: An
Introduction to theory and method. Boston : Allyn & Bacon Inc.
Crawson, R L. 1987. Qualitative research methods in higher education. Dlm
smart J. C (pynt), higher education: Handbook of theory and research.
Volume III, halaman 1-55, New York : Agathon Press Inc.
Creswll. J W 1998. Qualitative inquiry and research design choosing among five
traditions. Thousand Oasks: Sage Publications.
Fraenkel. J R & Wallen. N. E. 1993. How to Design and Evaluate Research in
Education. Ed. Ke 3 New York: Mc Graw-Hill Inc.
Glesne, C. & Peshkin, A. 1992. Becoming Qualitative Researchers. An
Introduction. New York: Longman

Anda mungkin juga menyukai