Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SELEPAS PROGRAM LAWATAN ILMIAH

Selepas menjalankan apa-apa program, perkara pertama yang mesti dibuat ialah
post mortem. Post mortem sangat penting untuk menilai kembali sama ada program
yang dilaksanakan berjaya atau pun tidak. Semua matlamat dan objektif sesuatu
program yang disasarkan mestilah diambil kira untuk dinilai sama ada dapat dicapai
atau pun tidak. Tahap kelicinan sesuatu program juga merupakan salah satu aspek
yang boleh diambil kira.

Selepas menjalankan lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan yang dipilih iaitu


Sekolah Sukan Bukit Jalil, Majlis Sukan Negara dan UITM Shah Alam, kami
membuat satu mesyuarat khas untuk membuat post mortem mengenai program
yang kami laksanakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Saudara Mohd Alfian
merangkap pengerusi projek lawatan. Antara agenda yang kami mesyuaratkan ialah
tahap kelicinan program yang kami laksanakan. Adakah program yang kami
laksanakan mengikuti tentatif program yang dirancang sebelum ini.

Program yang kami laksanakan mengikuti semua aspek yang dirancang sebelum ini.
Tempat penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa menjalankan
program ini juga terjaga dan memuaskan. Segala masalah yang timbul semasa
menjalankan program ini juga dapat diselesaikan dengan cepat dalam sesi
perbincangan semua ahli dan peserta program.

Selain itu, perkara yang dibincang lagi ialah mengenai kesan program ini kepada
setiap individu. Adakah program ini memberikan satu ilmu atau nilai tambah dalam
diri dalam aspek pengurusan dalam pendidikan jasmani. Pengalaman dalam
menguruskan sesuatu program atau lawatan amat penting untuk menjadi panduan
apabila menjadi guru di sekolah kelak. Pengalaman sebeginilah yang dicari untuk
memantapkan kerjaya sebagai seorang guru pendidikan jasmani disekolah.

Disamipng itu, sesi refleksi juga diadakan untuk menyuarakan pendapat mengenai
aktiviti yang dijalankan semasa program lawatan ini. Setiap individu dapat
menyuarakan pendapat masing-masing mengenai program ini. Kekuatan dan
kelemahan sepanjang lawatan ini juga disentuh semasa sesi refleksi. Antara
kekuatan semasa proses perancangan sehinggalah tamat lawatan ialah, lawatan ini
dapat dijalankan dengan mengikuti tarikh yang dicadangkan pada awalnya. Tentatif
program juga dapat diikuti dengan jayanya kerana pengurusan masa yang berkesan
dan efektif.

Kelemahan dalam pelaksanaan program ini ialah ada sebahagian kerja yang
sepatutnya diselesaikan awal ditangguh sehingga saat-saat akhir. Ini mengakibatkan
perkara yang sepatutnya diselesaikan awal tidak seberapa sempurna. Dalam sesi
refleksi

ini

juga,

terdapat

beberapa

individu

yang

memberikan

cadangan

penambahbaikan program. Sebagai contoh, AJK yang berkaitan hendaklah


menyelesaikan tugas mereka dangan awal supaya tidak tertangguh. Selain itu,
setiap individu mestilah memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalankan
program lawatan ilmiah ini.

Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik
beratkan. Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan
pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan

yang

dilakukan.

Dalam

pelaksanaan

program lawatan ilmiah ini, ia perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedurprosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program
agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.

Anda mungkin juga menyukai