Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Diri

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang
diberikan. Saya ingin berterima kasih kepada Puan Shamsiah, pensyarah kursus EDU kerana
telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada
rakan-rakan saya kerana sangat membantu dalam memberi informasi mengenai kaedahkaedah menyiapkan tugas ini.

Dengan menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan
baharu. Pertamanya, saya dapat mengetahui isu sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan
murid di Malaysia. Saya terkejut apabila mendapati hasil kajiannya menyatakan bahawa tidak
terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada
mengikut jantina, etnik, jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan. Ini menunjukkan
masih terdapat murid yang mempunyai sikap prejudis dan stereotaip terhadap murid dari etnik
lain walaupun kerajaan telah mengusahakan pelbagai program bagi mewujudkan masyarakat
berintegrasi nasional di negara kita. Saya juga berasa kecewa kerana amalan ini masih lagi
diamalkan walaupun sudah bertahun-tahun lalu kita mencapai kemerdekaan. Oleh itu, saya
akan berusaha bersungguh-sungguh agar tidak terdapat sikap prejudis dan stereotaip dalam
kalangan anak-didik yang akan saya ajar nanti di sekolah kelak.

Di samping itu, saya mempunyai idea-idea yang tipis apabila menulis mengenai
cabaran-cabaran guru abad ke-21 mengenai isu ini. Saya memerlukan lebih banyak
pengalaman supaya saya dapat menulis jawapan untuk esei dengan baik. Hal ini kerana, saya
hanya pernah menjadi guru pelatih di sekolah. Saya hanya didedahkan segelintir tugas guru di
sekolah. Oleh itu, saya dapat mengaitkan tugas guru dan cabaran guru dengan isu tersebut
berdasarkan pengetahuan saya dan melalui pencarian maklumat daripada buku-buku imiah dan
internet. Walaubagaimanapun, saya dapat menegtahui pelbagai tugas guru setelah saya
berusaha mencari maklumat. Saya dapat mendalami isu ini dan dapat menjawab soalan esei
tersebut.

Seterusnya, saya mendapati soalan kedua sangat memberi semangat kepada saya
untuk bergaya kepimpinan sebagai guru besar. Semasa menulis esei tersebut, saya
berimaginasi diri saya sebagai seorang guru besar di sekolah dan berfikir mengenai langkahlangkah saya dalam membentuk inovasi dalam amalan PdP di sekolah saya. Ini memberi
inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang guru besar di sekolah. Saya memahami bahawa
menjadi guru besar bukanlah sesuatu yang mudah. Saya perlu mempelajari banyak perkara
dari segi penampilan, kepimpinan, pengurusan dan sebagainya. Oleh itu, saya akan berusaha
untuk memajukan diri dalam memenuhi kehendak menjadi seorang guru besar supaya dapat
menjadi seorang guru besar yang bertauliah.

Akhir sekali, saya juga mengalami kesukaran untuk menulis esei mengenai gangguan
emosi yang murid hadapi hasil daripada isu sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan
murid. Saya harus berfikir dari pelbagai aspek supaya memenuhi kehendak soalan tersebut.
Walaubagaimanapun, saya hanya dapat memberi pandangan mengenai gangguan emosi
daripada perspektif orang India kerana saya berbangsa India. Saya perlu mengupas pendapat
kaum dan etnik lain mengenai gangguan emosi murid mengenai isu ini. Saya juga teragak-agak
untuk bertanya kawan saya dari kaum lain kerana khuatir dengan sikap prasangka dan kecil
hati yang mungkin timbul dalam diri kawan-kawan saya kerana ini merupakan sesuatu isu yang
sensiitif. Oleh itu, saya perlu lebih berpengetahuan mengenai perkara ini sebelum bertanyakan
soalan kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai