Anda di halaman 1dari 4

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN

ANAK-ANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting
dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan
membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk
mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anakanak. (38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan.
Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap
hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku
yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan
ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat
anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan
buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai
contoh, majalah, buku cerita dan suratkhabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah
dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat
penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di
rumah.. (70)
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk
dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu
bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar
membaca suratkhabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa
dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak.
Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah
bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69)
Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai
buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat
mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat
mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual
adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa

anak-anak ke pameran buku atau kedai bukusebenarnya membawa kepada mewujudkan


budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya
dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana
kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk
anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik
mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam
kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh
itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa
akan datang. (33 )

Latihan
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.
Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.
Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting
dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan
membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk
_______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anakanak.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca
dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan ke
perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh,
_______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap
hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang
digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah.
Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh
dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah
dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk
membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dansurat khabar. Ruang perpustakaan ini juga
mestilah dalam keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang
sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di
rumah..
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik
untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari
ibu
bapa
mempengaruhi
jiwa
dan
minda
anak-anak.
Sebagai
contoh,
sikap
gemar____________(9) surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu
bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anakanak. Bak kata peribahasa Melayu ___________ (11)acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah
bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika
_________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka
untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat
_____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai.Bahan bacaan yang dijual
adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa
anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan
________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam
peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa ____________(17) kerana
kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anakanak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut
kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anakanak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh
itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan
datang.

Jawapan
1.
Membaca
2.
mewujudkan
3.
perpustakaan
4.
ibu bapa
5.
mini
6.
menyimpan
7.
selesa
8.
contoh
9.
membaca
10.
masa
11.
bagaimana
12.
membawa
13.
pergi
14.
mempelajari
15.
budaya
16.
menghadiahkan
17.
seronok
18.
diterapkan
19.
jambatan
20.

Posted by MYBMSPM at 3:24 PM

Anda mungkin juga menyukai