Kitab Tajul Muluk
Kitab Tajul Muluk
Indriaty Ismail
Abstrak
Occultisme merupakan suatu bentuk falsafah kebatinan yang merangkumi pelbagai
cabang ilmu yang cuba menerokai perkara-perkara misteri yang sukar diketahui oleh
pancaindera dan pengalaman manusia. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan
mengenai elemen occultisme yang terdapat di dalam kitab Melayu klasik Taj al-Mulk.
Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah bersifat kajian kepustakaan. Hasil
kajian menemui bahawa sebahagian besar dari kitab ini mengandungi elemen falsafah
occultisme yang antaranya ialah seperti numerologi, astrologi, divinasi, ilmu tangkal azimat
dan lain-lain.
Pengenalan
Perkembangan occultisme secara formal di dalam dunia Islam dapat dilihat paling awal
dalam pemikiran aliran Ikhwan al-Safa` dan kemudiannya dipraktikkan oleh ahli-ahli
falsafah Islam yang juga merupakan saintis Islam terkenal, seperti J bir ibn Hayy n, al-R zi,
al-Tughr i, al-Majriti dan lain-lain. Occultisme secara tidak formal terus berkembang dan
mendapat tempat di kalangan orang awam yang tidak mengetahui hujung pangkal ilmu ini.
Occultisme menjadi suatu budaya dan adat tradisi masyarakat Islam sejak beberapa lama. Ia
juga kelihatan terlalu sebati dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia khususnya di
kalangan orang-orang Melayu. Amalan-amalan ini dipelihara oleh golongan tua dari semasa
ke semasa sehingga mereka dikenali sebagai orang yang berilmu dan luas pengalaman di
kalangan generasi muda. Occultisme kemudiannya diwarisi oleh golongan generasi muda
yang terus menjadi pendokong utama yang mempertahankannya daripada pupus di telan
zaman. Baik secara individu atau kolektif, masyarakat Melayu sebenarnya belum benarbenar mengenali apakah occultisme yang selama ini menjadi kepercayaan dan pakaian harian
mereka. Penerokaan terhadap occultisme sebagaimana tersurat di dalam penulisan-penulisan
tinggalan masyarakat dan yang tersirat di dalam dada dan amalan masyarakat akan
membuahkan hasil perbandingan yang kritis dengan ciri-ciri occultisme yang telah menjadi
elemen terpenting dalam berbagai agama lain selain Islam. Penganalisisan ini juga
bermatlamatkan untuk melihat sedekat mungkin keserasian occultisme atau sejauhmana
perjalanannya bertunjangkan kepada pendekatan yang dibawa oleh syiar Islam.
merupakan suatu sains yang berkaitan dengan unsur-unsur magik, astrologi dan penggunaan
agen-agen misteri dan ghaib. Webster Encyclopedia menyimpulkan occultisme sebagai
suatu doktrin, kajian dan kepercayaan terhadap unsur-unsur ghaib dan berkomunikasi
dengannya. Manakala occultist ialah orang yang mengamalkan occultisme dan mengabdikan
diri dengan ilmu-ilmunya (The Living Webster Encyclopedia Dictionary t.th.,1:655).
Menurut The Encyclopedia Americana, occultisme ialah falsafah yang berkaitan dengan
perkara-perkara misteri atau tersembunyi; The philosophy of hidden matters. Istilah ini
merangkumi amalan-amalan yang didasarkan kepada teori-teori dan kepercayaankepercayaan yang kemudiannya membentuk falsafah ini. Dalam kata lain, occultisme pada
kebiasaannya mengandungi kepercayaan mistik dan amalan magik rahsia (The Encyclopedia
Americana 1972,20:609).
Pengumpulan data-data mengenai occultisme dalam masyarakat Islam Malaysia
diperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber-sumber bertulis dan tidak bertulis. Kajian
ke atas sumber-sumber bertulis dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kitab-kitab agama
bertulisan Arab dan Jawi dan buku-buku berunsur agama bertulisan rumi. Sumber-sumber
occultisme yang tidak bertulis pula terdiri daripada kajian-kajian ke atas amalan, pegangan
dan kepercayaan individu dan masyarakat yang diwarisi secara tradisi lisan sejak turuntemurun.
Kitab-kitab bertulisan Jawi yang memuatkan beberapa bahagian ilmu occultisme
sebagaimana yang ditemui oleh pengkaji ialah seperti berikut: Kitab Bintang Dua Belas (Abi
Macsyar al-Falaki:1957), Kitab Pati Rahsia (Haji Nik Mahmud bin Ismail:1946) dan Kitab
Taj al-Mulk (Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani:t.th.). Kitab-kitab di atas merupakan kitabkitab terbitan dan cetakan tempatan yang banyak mengandungi unsur-unsur occultisme.
Manakala kitab-kitab berbahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah yang banyak
memuatkan ilmu-ilmu occultisme dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu ialah seperti
berikut: Syams al-Macarif al-Kubra (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:1970), Manbac Usul alHikmah (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:t.th.), Sir al-Asr r wa Kanzu al-Anw r (Daud al-Antaki
al-Darir:1928), Kitab Mujarobat (Al-Syaykh Ahmad al-Dairabi al-Kabir:t.th.) dan Kit b
Mujarrobat al-Iman (Al-Syaykh Abi cAbd Allah Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi al-Husni).
Kitab-kitab bahasa Arab tersebut di atas ini amat hebat pengaruhnya di kalangan
masyarakat Melayu. Selain itu, terdapat ratusan buah buku-buku bahasa Melayu dan
Indonesia yang dikesan oleh pengkaji mengandungi elemen-elemen occultisme yang begitu
sebati di dalam masyarakat Islam. Buku-buku tersebut dapat disenaraikan seperti berikut:
Hikmat Ayatul Kursi (Ali Zulfakar:t.th.), Dunia Hikmat (Ali Zulfakar:1955), Intisari Ilmu
Ghaib (Imam Ghazali:t.th.,Terj.), Rahasia Mujarobat Lengkap (MS Mariyah:1994),
Mengenal Lelaki (Ibnu Yusof:1993), Kitab Mujarabat (M.A. Romdon: 1986), Mujarrobat
Madiinatul Asroor (t.p:t.th.), Buku Primbon Lengkap Kunci Keselamatan (t.p:t.th.),
Miftahusy Syifa Primbon Lengkap Kunci Kesembuhan (Ahmad Thoha Abdul Ghani:t.th.),
Kunci Mencari Rezeki (K.H. Zahwan Anwar:1988) dan berbagai nama kitab lagi.
Pengkaji juga menemui beberapa buah buku berbahasa Inggeris yang pada hemat
pengkaji turut menyelitkan fahaman occultisme. Kemungkinan besar buku-buku ini
mendapat tempat utama di kalangan para intelek Melayu meskipun kedudukannya di
kalangan orang awam dipercayai adalah terhad. Buku-buku bahasa Inggeris yang
dikenalpasti itu ialah: The Book of Sufi Healing (Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) (Shaykh
Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin:1985) dan Sufi Expressions of The Mystic Quest
(Laleh Bakhtiar:1976).
Perbincangan mengenai occultisme di dalam kitab-kitab tersebut dapat diselami menerusi
ilmu-ilmu occultisme yang terdiri daripada numerologi, astrologi, divinasi, palmistry dan
lain-lain. Di dalam kajian ini pengkaji hanya akan menumpukan kepada sebuah kitab sahaja
iaitu Taj al-Mulk. Pemilihan ini dibuat memandangkan kitab ini amat popular di kalangan
orang Melayu dan kandungan falsafah kebatinannya juga hampir merangkumi sebahagian
besar cabang falsasah occultisme. Pengkaji akan memuatkan fakta-fakta dan contoh-contoh
yang ditemui sepanjang kajian sebagai membuktikan penampilan ilmu-ilmu occultisme di
dalam kitab ini.
Numerologi
Numerologi merupakan ilmu dalam occultisme yang paling popular di kalangan
masyarakat Islam di Tanah Melayu di mana ia telah diamalkan dan diperturunkan sejak dari
zaman silam lagi. Ilmu numerologi ini di dalam bahasa Arab disebut sebagai cIlm al-Huruf.
Pengkaji melihat bagi kebanyakan penulis kitab-kitab occultisme baik berbahasa Melayu atau
Arab, mereka beranggapan bahawa huruf-huruf samada secara bersendirian atau tersusun
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Huruf-huruf hijaiah ini dijadikan wifiq dan
bentuknya yang tersusun dijadikan sebagai azimat. Setiap huruf dipercayai mempunyai
tabiat-tabiat tertentu yang membolehkan seseorang memahami ciri-ciri, kaifiyat, darjat dan
martabat kerohanian sesuatu benda.
Penggunaan ilmu huruf di kalangan ulamak occultisme di dalam kitab Taj al-Mulk dan
kebiasaannya di dalam kitab-kitab yang sealiran dimulai dengan memberi nilai kepada hurufhuruf hijaiah tersebut. Menurut kajian pengkaji sistem nilai abjad yang dipraktikkan ini tidak
mempunyai sedikit perbezaan pun dengan yang digunakan oleh masyarakat Chaldean,
masyarakat Yahudi dan falsafah aliran Pythagorean.
Berikut ialah nilai abjad huruf-huruf hijaiah yang diambil dari kitab Melayu yang lain
dan diperturunkan di sini disebabkan kitab Taj al-Mulk sendiri tidak mencatatkan huraian
nilaiannya:
JADUAL 3.1: Angka-Angka Menurut Hitungan (Hisab) Abjad
= /
Alif
= !
= 9 = /8
Yaa
= 1
= " = 0
Baa`
= :
Kaaf
= 2
= 08
= # = 1
Jim
= ;
Laam
= 3
= 18
= 2
= $
Daal
= <
Miim
= 4
= 28
Haa
= % = 3
= 5
= =
Nuun
= 38
Wawu = & = 4
= > = 48
Siin
= 6
Zay
= ' = 5
= ?
Ain
= 7
= 58
Haa`
= ( = 6
= 8
= @ = 68
Faa
= Shood = A = 78
Thoo
= ) = 7
= 9
Qoof
= * = /88 = 100 = Khoo` = B
= 488
Roo
= + = 088 = 200 = Dzaal = C
= 588
= , = 188 = 300
Dhood = D = 688
Syiin
Taa`
= - = 288 = 400
Zhoo
= E
= 788
= . = 388 = 500
Tsaa
Ghoin = F
= /888
= N = Ng
50
= 38
= *
= G
100
= /88
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
10
20
30
40
50
60
70
80
90
600
700
800
900
1000
Ny
/8
10
Pengkaji melihat terdapat kelainan pada jumlah pengiraan nilai-nilai nama yang
dilakukan oleh pengarang Kitab Taj al-Mulk ini dengan kitab-kitab Melayu yang lain kerana
jumlah pengurangan angka agak besar iaitu dibuang 30, 30. Pengarang juga mengamalkan
kaifiyat mengenali sesuatu hajat dan mengetahui sesuatu dengan berdasarkan kaedah yang
beliau namakan Luh al-Hay t dan Luh al-Mam t (Tuan Hasan t.th.:25). Jadual Luh al-Hay t
dan Luh al-Mam t yang digunakan oleh pengarang kitab ini ialah seperti berikut:
JADUAL 3.1.1: Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat Kitab Taj al-Mulk
Jadual Luh al-Hay t dan Luh al-Mam t tersebut di atas digunakan oleh pengarang
sebagai asas numerologi di dalam kitabnya dan disarankan kepada orang ramai sebagai
rujukan dalam pengiraan mereka untuk menentukan berbagai perkara selain muafakat dua
sahabat atau keserasian suami isteri seperti menentukan kalah menang seseorang dengan
lawannya, menentukan orang yang sakit sembuh atau tidak, mengenalpasti punca sesuatu
penyakit, mengetahui keadaan orang yang musafir atau ghaib, mengetahui hajat akan tercapai
atau tidak, mengenali pekerjaan yang musykil, mengetahui jantina anak dalam kandungan
dan hidup atau mati anak itu dan lain-lain lagi (Tuan Hasan t.th.:24-27).
Pengarang kitab ini seterusnya membincangkan lebih panjang bilangan angka tunggal di
antara dua nama iaitu 2 dengan 9, 3 dengan 9, 4 dengan 9, 5 dengan 9, 6 dengan 9, 7 dengan
9, 8 dengan 9 dan terakhir 9 dengan 9 (Tuan Hasan t.th.:23-24). Perbincangan tersebut
mengkhususkan kepada pengiraan mengikut mazhab Abi Jacafar al-Sadiq. Manakala
perbincangan seterusnya ialah dikhususkan kepada `Fasal pada menyatakan satu kaedah lagi
pada mengenal ghalib dan maghlub atas mazhab Abi Macsyar al-Falaki (Tuan Hasan
t.th.:24-25). Pengarang mencatatkan,
Dan adalah kaedah ini tersebut dalam dua bait dalam Kitab Abu Macsyar al-Falaki jua. Maka
kaifiyatnya hendaklah dihisabkan antara dua nama orang yang berkelahi bantah atau lainnya dengan
hisab jumal kabir. Setelah sudah dihisab maka nyatalah maksudnya dalam dua bait syair Arab yang
bermaksud: Yakni ghaliblah matlub ertinya ghaliblah yang datang kepadanya dan maghlub yang
mendatang apabila bersamaan antara dua nama pada genapnya. Dan ghaliblah talib ertinya ghaliblah
yang mendatang dan maghlub yang datang tatkala bersamaan antara dua nama pada kasalnya. Dan
jadilah ghaliblah yang terkurang cadadnya pada tatkala seorang genap cadadnya dan seorang kasal
yakni pada tatkala seorang genap dan seorang kasal itu ghalib yang terkurang cadadnya dan jadi
maghlub yang banyak cadadnya dan ghaliblah yang banyak cadadnya pada tatkala bersalah-salahan ia
(Tuan Hasan t.th.:24).
atas sesuatu perkara dengan meletakkan sesuatu di atas kaedah Luh al-Hayat dan Luh alMamat. Pengarang menegaskan,
Jika dikehendaki kenal orang yang bunting dan budak adakah laki-laki atau perempuan dan adakah
mati budak itu atau hidup atau adakah orang yang bunting itu mati dalam hal wiladah atau tiada, maka
iaitu bahawa engkau hisab akan nama perempuan dan nama ibunya dan cadad hari dan bilangan
haribulan dan ditambah atasnya esa iaitu dua puluh kemudian maka dibuang 30, 30 hingga tinggal 30
atau kurang maka jatuh dalam Luh al-Hayat pada cadad yang kasal adalah perempuan itu beranak
perempuan dan jika jatuh dalam Luh al-Hayat pada cadad yang genap adalah perempuan itu beranak
laki-laki. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka bahawasanya anak itu tiada hidup sekali-kali. Dan
demikian lagi ibunya jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah ia mati dan hal beranak jatuh dalam
Luh al-Hayat itu maka adalah ia hidup, InsyaAllah (Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual abjad dalam kedua-dua Luh al-Hayat dan al-Mamat adalah seperti yang
dibincangkan di dalam bahagian keserasian antara lelaki dan perempuan atau dua sahabat.
Astrologi
Astrologi adalah elemen kedua terbanyak yang ditemui oleh pengkaji menjadi kegunaan
orang-orang Melayu di dalam kehidupan mereka. Kebanyakan pengarang dan penyusunpenyusun kitab-kitab Melayu membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan astrologi secara
terang-terangan dan meluas tanpa sedikitpun menunjukkan keraguan terhadapnya. Dengan
tidak membicarakan mengenai asal usul astrologi, pengarang-pengarang kitab tersebut terus
memulakan perbincangan mengenai kelebihan-kelebihan dan kegunaan astrologi kepada
kehidupan harian selepas mengenali pembahagian bintang-bintang kepada 12 buruj. Antara
kegunaan astrologi ialah tertumpu kepada mengaplikasikannya dalam beberapa perkara
seperti menghurai tabiat seseorang, mengetahui maksud bintang tujuh, mengetahui maksud
hari-hari yang menjadi awal tahun, mengenali waktu yang baik untuk mencari rezeki,
mengenali hari yang baik dan hari yang nahas, mengetahui waktu yang baik dan waktu yang
nahas dalam sehari, mengenali jadual waktu yang baik atau nahas dalam sebulan dan lain-lain
lagi.
Pengarang Taj al-Mulk seterusnya membahagikan satu hari dalam seminggu itu kepada
dua puluh empat saat. Pengkaji melihat usaha beliau ini tidak lain darpada mengembangkan
cabang-cabang astrologi di dalam analisis hari. Beliau mencatatkan,
Kata setengah hukamak seperti yang tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra adalah dalam sehari
semalam itu dua puluh empat saat maka jadilah dalam satu qaus hari itu dua belas saat dan dalam satu
malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus hari itu
dua belas saat dan dalam satu malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua
belas dalam satu qaus bagi tiap-tiap hari bermula jadual ini (Tuan Hasan t.th.:13). (Pengkaji tidak
membawakan di sini contoh jadual yang dimaksudkan demi untuk menjimatkan ruangan).
Mengetahui Keadaan Baik Atau Buruk Menerusi Hari Yang Jadi Awal
Permulaan Sesuatu Tahun
Huraian astrologi hari yang menjadi awal tahun mengikut kitab Taj al-Mulk pula pada
fikiran pengkaji merupakan huraian yang paling ringkas dan padat di antara semua kitab. Di
dalam `Fasal pada menyatakan Hari Awal Tahun Yakni Sehari Bulan Muharram, pengarang
telah mencatatkan,
Kata Syeikh Muhammad al-Marzuqi dalam Syarh Natijah al-Miqat, maka apabila masuk awal tahun
itu hari Ahad, maka talicnya itu bintang Syams. Adalah tahun itu menunjukkan atas wujud zalim pada
segala raja-raja dan orang besar-besar dan sedikit hujan. Adapun jika adalah Muharam itu hari Isnin
maka talicnya bintang Qamar maka tahun itu menunjuk atas wujud baik segala raja-raja dan hulubalang
dan adalah hujan itu banyak. Adapun jika awal tahun itu hari Selasa maka talic nya bintang Marikh
maka adalah tahun itu menunjukkan atas mati segala orang yang besar-besar dan banyak orang
bertumpah darah dan sangat mahal dagangan dan mahal makanan dan sedikit hujan. Adapun jika
adalah awal Muharram itu hari Arbica maka talicnya itu bintang Utarid maka adalah tahun itu menunjuk
atas pertengahan hal pada segala waktu dan rakyat dan hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu
hari Khamis maka talicnya Musytari maka adalah tahun itu menunjuk atas wujud adil segala raja-raja
dan hulubalang dan baiklah hal segala qadi dan fuqahak dan banyaklah kebajikan dan rezeki dan hujan.
Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Jumaat maka talicnya bintang Zuhrah maka adalah tahun itu
menunjuk atas wujud zalim raja-raja dan hulubalang dan segala orang besar-besar dan bersalahan antara
segala manusia pada bicara dan pekerjaan dan sedikit hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu
hari Sabtu maka talicnya bintang Zuhal maka adalah tahun itu menunjuk atas kesukaran manusia pada
segala pekerjaan mereka itu dan kehidupan mereka itu dan jadi kekerasan hamba orang dan orang supih
dan orang fasik banyak ketakutan dalam tahun itu. Wallahuaclam (Tuan Hasan t.th.:21).
Pengkaji melihat kelainan yang terdapat pada huraian dalam kitab ini ialah
penumpuannya pada aktiviti raja-raja, pembesar-pembesar dan hulubalang-hulubalang secara
khusus. Kemungkinan huraian ini adalah bersesuaian dengan jodol kitabnya iaitu Taj alMulk. Oleh itu huraian tentang baik buruk aktiviti rakyat jelata kurang diberi penekanan
khusus.
Adapun syarah huruf rumuz yang tersebut maka (1) itu alamat ghalib dan (23 ) itu alamat ghalib jua
tetapi ada merbahaya sedikit dan ( 2 ) itu alamat bagi maghlub dan (4 ) itu alamat saat itu tiada ghalib
dan tiada maghlub. Adapun mengadap tatkala mendatang akan musuh atau menahan akan musuh
dengan nisbah bagi saat lima bagi tiap-tiap hari yang tersebut maka iaitu jika pada hari Ahad atau Isnin
maka hendaklah mengadap dari Selatan ke Utara atau dari Timur mengadap ke barat jati. Dan jika pada
hari Selasa maka hendaklah mengadap dari masyriq ke maghrib atau dari utara ke selatan. Dan jika hari
Arbica mengadap dari barat laut ke selatan atau dari barat laut ke timur pedang nescaya menanglah ia
dan jika pada hari Khamis maka hendaklah tatkala berang mengadap dari timur pedang ke utara atau
dari utara ke selatan nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Jumaat, maka hendaklah mengadap dari
Timur Laut ke Barat Daya atau Timur Jati ke maghrib nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Sabtu
maka hendaklah tatkala berperang mengadap dari maghrib ke masyriq atau dari utara mengadap ke
selatan nescaya menanglah ia (Tuan Hasan t.th.:19).
Pengkaji melihat terdapat keistimewaan di dalam huraian hari yang baik atau nahas
seperti yang dibuat oleh kitab Taj al-Mulk di atas. Selain daripada memaparkan saat yang
baik atau buruk dalam sehari, pembaca kitab ini ditunjukkan panduan bagaimana untuk
mengekalkan kemenangan di dalam perbalahan atau peperangan dengan mengikut strategi
bertindak yang terancang dan mengelak dari kekalahan menurut jadual nahas tersebut.
Mengetahui Saat Yang Baik Atau Buruk Dalam Tiap-Tiap Haribulan Yang
Tiga Puluh Hari
Ini merupakan peranan astrologi yang terakhir menurut hemat pengkaji dapat dilihat di
dalam kitab Taj al-Mulk. Di dalam `Fasal Pada menyatakan Saat Yang Baik dan Jahat Dalam
Tiap-tiap Hari Bulan yang Tiga Puluh Hari, pengarang menyatakan,
Ketahui olehmu adalah hukamak membahagi akan qaus tiap-tiap haribulan itu lima saat. Inilah
jadual lima saat di dalam satu qaus haribulan. Wallahuaclam. (Tuan Hasan t.th.:20) (Pengkaji tidak
membawakan jadual yang dimaksudkan di ruangan ini).
Pengarang menghuraikan,
Dan apabila sudah sampai lima haribulan maka kembali kepada enam hari bulan hingga sepuluh hari
bulan. Demikianlah hingga genap tiga haribulan (Adapun) saat maisuri maka barang kerjanya baik jika
engkau perang nescaya menang engkau, InsyaAllah Taala. Dan jadilah alah musuh jika engkau pergi
kepada suatu tempat nescaya bertemu dengan orang baik parasnya. Jika mengadap raja-raja itu baik.
(Adapun) saat kal itu maka barang kerjanya itu jahat jika pergi-pergian itu jahat bertemu dengan orang
dusta atau berkelahi bantah jika berperang nescaya tiada menang. (Adapun) saat sirri maka barang
kerjanya baik jika engkau perang musuh baik jika engkau diperang akan dikau tiada baik. (Adapun)
saat berham itu maka barang kerjanya tiada baik dan pada satu qaul pada saat itu jika diperang akan
musuh baik jika diperang orang akan dikau tiada baik. (Adapun) saat bisan maka barang kerjanya tiada
baik jika ber-jalan bertemu dengan orang berkelahi bantah jika bertanaman tiada baik dan pada suatu
qaul jika berperang tiada menang pada saat itu dan pada satu qaul lagi jika diperang musuh menang
engkau dan jika diperang orang akan dikau tiada baik (Tuan Hasan t.th.:20-21).
Divinasi
Elemen occultisme yang seterusnya ditemui di dalam persekitaran masyarakat Melayu
ialah divinasi. Divinasi boleh difahami sebagai ilmu untuk mengetahui, menilik dan
meramalkan sesuatu atau tentang masa depan. Pengkaji melihat walaupun ilmu divinasi ini
kurang popular sebagaimana ilmu huruf (numerologi) dan ilmu bintang (astrologi), namun ia
merupakan antara yang terbanyak diajarkan di dalam kitab-kitab Melayu. Aspek-aspek ilmu
divinasi yang berbagai jenis telah dikupas di dalam banyak bahagian kitab-kitab tersebut
tetapi tidak menggunakan istilah divinasi yang khusus. Antara ilmu-ilmu divinasi yang telah
dikumpulkan dan dianalisis oleh pengkaji ialah seperti berikut: Palmistry, Phrenology, Empat
unsur alam: Air, Api, Tanah, Angin, Dowsing, Ilmu Tilik/Ramalan, Ilmu Gerakan Anggota
Badan, Ilmu Mentacbir Mimpi, Ilmu Tubuh Badan Manusia, Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T.,
Wifiq dan Ilmu Tangkal Azimat.
Dowsing
Kitab Taj al-Mulk merupakan kitab Melayu yang paling banyak membicarakan tentang
aspek dowsing. Dowsing ialah cara lama untuk mencari benda-benda tersembunyi seperti air,
galian berharga dan lain-lain dengan menggunakan satu daripada pancaindera yang mana
kebanyakan daripada kita tidak sedar mereka memiliki keistimewaan tersebut iaitu keupayaan
untuk mengesan benda-benda yang tidak boleh ditanggapi oleh orang lain. Dowsing
digunakan untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat seperti mengesan mata air di bawah tanah
atau tempat yang kurang baik supaya dapat berhati-hati sebelum membina bangunan atau
rumah di atasnya.
Kitab Taj al-Mulk di dalam `Bab Pada Menyatakan bumi Yang Baik dan Yang Jahat,
telah mencatatkan,
Hendaklah kita ketahui akan dia dan jika bumi itu tinggi ke maghrib dan rendahnya ke masyriq maka
iaitu yang afdal dan jikalau ada bumi itu tinggi ke masyriq dan rendahnya ke maghrib maka janganlah
engkau diam di sana tiada baik padahnya dan jikalau ada dalam bumi itu tinggi ke selatan rendah ke
utara beroleh laba yang duduk dan jikalau ada bumi itu samaratanya maka iaitu pertengahan dan jikalau
ada bumi tiu tinggi ke masyriq dan warnanya pun putih rasa manis baunya harum maka iaitu afdal dan
jika ada bumi itu merah rasanya kelat baunya pedas atau manis beroleh laba yang diam di sana dan jika
ada bumi itu hitam airnya masam-masam baunya busuk janganlah diam di sana kerana beroleh
kesakitan dan papa (Wallahuacalam bi al-Sawab) (Tuan Hasan t.th.:71).
Terdapat beberapa bahagian lain dalam kitab ini yang memokuskan kepada amalan
dowsing yang sama tujuannya seperti di atas. Ini dapat dilihat pada perbincangan pengarang
berkenaan `Fasal Pada Menyatakan Bekas Rumah atau Dusun atau negeri adakalanya baik
dan adakalanya jahat (Tuan Hasan t.th.:87), `tempat bumi bekas rumah (t.th.:87), `Syarat
berbuat tempat bekas rumah, `memilih bumi akan tempat rumah duduk segala manusia
(t.th.:93-94), `Syarat melantai rumah itu (t.th.:94), `bumi yang jahat dan nahas dan `tanah
yang baik dan jahat (t.th.:95).
Sebagai contoh terakhir, pengkaji memetik tulisan pengarang di dalam `Fasal ini Pada
Mengetahuikan Memilih Bumi akan Tempat Rumah Duduk Segala Manusia. Penulis
mencatatkan,
Ketahui olehmu hai talib (Adapun) jika bumi itu rendah ke masyriq itulah yang beroleh baik dan jika
ada bumi itu senget ke utara itulah yang maha utamanya. (Jika) ada bumi itu sama rata tinggi
rendahnya naik jika bumi itu senget ke masyriq warnanya putih rasanya manis baunya harum itulah
yang terlebih utama rahmatnya (Jika) bumi itu hijau warnanya lagi kuning meseri warnanya manis
rasanya pedas barangsiapa diam di sana alamat beroleh isteri baik bangsawan dan hartawan datang
kepada anak cucunya selamat diam di sana (Jika) bumi perak pertamanya putih kedua merah ketiga
kuning keempat kelabu kelima hijau keenam hungan ketujuh mesrinya warnanya itulah yang maha
utama tempat kita diam di sananya InsyaAllah Taala yang memberi berkat. Adapun tiga perkara yang
nahas itu pertamanya yang berbukit-bukit tinggi rendah barangsiapa diam di sana alamat segala hamba
sahayanya dan anak cucunya derhaka kepada ibubapanya dan lari segala hamba sahaya
padahnya..hingga akhir (Tuan Hasan t.th.:93-94).
Pengkaji mendapat terdapat sedikit kelainan di dalam huraian pengarang di atas dengan
huraian beliau yang lain mengenai klasifikasi tanah yang baik atau sesuai dengan yang tidak
sesuai untuk didiami. Dalam huraian di atas, beliau telah memasukkan kriteria warna, bau
dan rasa dalam menentukan jenis bumi tersebut. Terdapat juga beberapa perkataan yang
tidak dapat difahami oleh pengkaji seperti hungan, mesrinya dan mesri.
Walau
bagaimanapun yang dapat dipastikan di sini, pengarang telah mengaplikasikan metode
(dowsing) di sini.
Pengarang memberi tafsiran tentang pergerakan anggota badan ini yang merangkumi
kepala, kening, mata, biji mata, hidung, telinga, muka, bibir, lidah, leher, bahu, belikat,
lengan, siku, jari jemari, tapak tangan, dada, lembing, tubuh, pinggang, pusat, peha, lutut,
kaki, tapak kaki dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:60-67).
Antara contoh tafsiran gerakan anggota badan yang dikupas oleh pengarang kitab ini
ialah,
Jika paha kanan bergerak alamat sakit, jika paha kiri bergerak alamat sukacita, jika lutut kanan
bergerak alamat pergi-pergian barang ke mana segera datang, jika betis kira bergerak alamat sukacita,
jika pergelangan kaki kanan bergerak alamat orang dengki, jika pergelangan kaki kiri bergerak alamat
Di dalam bahagian lain bukunya ini, pengarang sekali lagi telah menyentuh tentang ilmu
gerakan anggota badan. Di dalam `Bab ini Peri Menyatakan Segala Seri Gempa di dalam
Besar Kita, pengarang telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang,
Alamat baik dan jahat supaya diketahui pada barang yang pada badan kita daripada gerak Allah jua
maka ia bergerak. Bermula jikalau sekelian tubuh kita bergerak kanak kiri atas alamat melihat indahindah sesuatu pula hampir ajal atau keruh. Jika tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan. Jika
ubun-ubun alamat menjadi menteri atau raja-raja atau beroleh harta banyak orang pun kasih akan dia.
Jika kepala kanan alamat barang pekerjaannya beroleh laba. Jika semua kepalanya alamat beroleh
sukacita. Jika dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal. Jika tengkuk bergerak alamat
banyak orang kaya-kaya kasih akan dia. Jika kening kanan alamat berbahagia akan datang. Jika kening
yasar ma man mati lagi bertemu dengan kekasihnya (Tuan Hasan t.th.:108).
Dalam pengamatan pengkaji seterusnya mendapati pengarang telah mentafsirkan alamatalamat bagi anggota-anggota badan yang lain yang bergerak. Ini terdiri dari kelopak mata,
hidung, pelipis, telinga, pipi, bibir, dagu, leher, bahu, lengan, siku, lidah, bahu, belikat,
lambung, belakang, perut, pinggang, dubur, hati, pusat, paha, lutut, pergelangan kaki, kurakura kaki, mata kaki dan terakhir, ibu kaki (Tuan Hasan t.th.:108-110).
turun ke rumahnya, naik ke atas udara, matahari terbelah dua, mimpi hujan lebat, puting
beliung, angin keras, mimpi mandi, air sungai jernih, minum air sungai, perahu karam,
melimpah sungai besar, air laut menjadi najis, mimpi makan nasi, berkata-kata dengan orang
mati, mimpi minum arak dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:73-74).
Oleh kerana perbincangan mengenai huraian mimpi ini terlalu meluas pengarang telah
mengkategorikannya mengikut fasal-fasal tertentu. Misalnya di dalam fasal yang berkaitan
dengan manusia, pengarang telah menyenaraikan mimpi-mimpi berkenaan melihat Rasulullah
s.a.w., melihat qadhi yang adil, pendeta, faqir, Abu Bakar, Uthman cUmar, cAli, ulamak,
hukamak, lelaki atau perempuan banyak, kanak-kanak, melihat kubur, mimpi dibunuh, mimpi
belayar, berniaga, berkahwin, gigi patah, mata buta dan sebagainya lagi (Tuan Hasan t.th.:7678). Di dalam fasal yang berkaitan dengan binatang pula disenaraikan mimpi-mimpi seperti
makan daging kambing, melihat gajah, harimau, membunuh binatang, menaiki kuda,
membunuh tikus, babi, menyembelih biri-biri, pelanduk dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:78)
Kategori-kategori mimpi yang lain yang boleh dirujuk di dalam kitab ini ialah mimpimimpi yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, bukit, manusia, pakaian yang mulia, intan
permata, emas perak, sungai, laut, tanah, binatang-binatang yang melata, hal-hal yang
berkaitan dengan api dan kebakaran, makanan, makan gula, makan pisang, minuman, minum
susu, amalan-amalan yang baik, sembahyang, sujud, memberi sedekah, sesuatu yang
berkenaan dengan najis, peralatan menangkap ikan, buah-buahan, batu-batu bumi dan lainlain lagi. Semua jenis mimpi-mimpi yang dinuqilkan oleh pengarang telah diberi tafsiran dan
makna-makna tertentu sama ada baik atau buruk (Tuan Hasan t.th.:79-84).
Huraian pengarang di atas adalah mengenai warna tubuh manusia. Beliau juga turut
menghuraikan berkenaan rambut manusia sebagaimana katanya,
Rambut yang ikal lagi hitam berkilat tanda caqil lagi sempurna kelakuan dan rambut antara merah dan
hitam tanda kebajikan dan rambut yang sederhana tanda baik dan rambut yang sangat hitam tanda
berakal dan rambut yang lemah tanah penyakit sejuk otak lagi kurang bebal lagi tamak dan rambut yang
kuning tanda kurang akal lagi segera marah dan rambut yang sangat lebat tanda kurang akal (Tuan
Hasan t.th.:65).
Aspek-aspek tubuh badan manusia yang lain yang diberi tafsiran dan maknanya oleh
kitab ini merangkumi kepala; kepala yang besar, yang sederhana, yang pipih, dahi; dahi yang
besar lagi luas, yang sederhana, yang bujur, kening; yang lurus, sederhana lagi hitam, kening
panjang lagi jarang, kening yang bertemu, mata; mata sederhana, mata jarang terkelip-kelip,
mata yang sangat hitam, mata yang merah, mata yang kecil, warna mata; yang sangat biru
hampir kepada putih, yang biru hampir kepada kuning, yang merah bercampur kuning,
hidung; yang panjang lagi mancung, yang pendek hujungnya, mulut, bibir, lidah, suara, nafas,
pipi, tahi lalat, janggut, warna muka, telinga; yang besar, yang kecil, yang lekat cuping,
telinga yang lembut, muka, leher, pinggang, hasta, tapak tangan; dengan anak jari yang
panjang, tangan yang lembut, yang tipis, tapak tangan dengan anak jari yang pendek, dada,
perut, punggung, betis, kaki; yang kecil lagi lembut, tumit; yang besar, langkah; yang jarang
dan akhir tembon yang sederhana (Tuan Hasan t.th.:65-68).
Pengkaji akan memperincikan di sini berkenaan dengan tahi lalat yang ada di tubuh
badan manusia. Ilmu mengenai tahi lalat ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu
sehingga terdapat buku-buku khusus yang diterbitkan mengenai tafsiran tahi lalat sahaja. Di
dalam zaman teknologi moden kini ilmu tafsiran tahi lalat Taj al-Mulk boleh diakses melalui
SMS (Short Message Services) atau dial ke pusat servis telefon yang tertentu. Pengarang
kitab Taj al-Mulk menghuraikan,
(Adapun) tahi lalat pada kesudahan kepala atau di atas tanda tiada hasil segala maksudnya dan tahi
lalat antara kedua mata tanda hasil segala maksudnya dan tahi lalat pada kelopak mata dan pada kening
tanda kesukaan dan tahi lalat yang pada bibir tanda sir sir dan tahi lalat pada batang leher tanda
permulia orang dan tahi lalat pada lengan tanda ada tolong segala manusia barang hajat dan tahi lalat
pada belakang tapak tangan tanda kikir dan jika pada tapak tangan kanan tanda tiada tetap padanya harta
dan tahi lalat pada zakar tanda kuat jimac dan tahi lalat pada punggung tanda sentiasa dalam suruhan
orang dan tahi lalat pada lidah tanda ia mancut darah dan tahi lalat pada muka yang tiada dinyatakan
tanda tuma, demikianlah lagi tahi lalat pada batang hidung (Tuan Hasan t.th.:67).
Dalam kenyataan di atas terdapat beberapa perkataan tulisan jawi yang tidak dapat
difahami dengan baik oleh pengkaji seperti sir sir , mancut dan tuma. Dalam hal ini
pengkaji serahkan sendiri kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui huraian makna
tanda-tanda tahi lalat ini supaya merujuk kepada kitab asal tersebut dan bertanyalah kepada
orang yang lebih mengetahui dan yang sentiasa mempraktikkan tafsiran ilmu ini.
deLf gh =&JijG! dkl ^h m&bijP! &%Zj ^JkUn :eZboe -Pp& dLPQ -PoNq gJ X OrGP H
Maka membaca salawat sepuluh kali maka dicitanya barang yang dikehendak. Maka
tatkala sudah dicita maka dibukakan mashaf maka dibilang, tujuh warq
maka dibilang
pula tujuh satr yang dikanan. Maka jika bertemu dengan huruf
( & ) nescaya adalah pal
itu terlalu baik lagi sempurna pekerjaan itu.
(=IJ'KL <%MN O%LPQ @NRM SH TUVGNH WX MH). Dan jika bertemu dengan huruf (5 ) nescaya
adalah yang empunya pal itu barang pekerjaan kebajikan maka barang yang dipintanya
diperoleh dengan kurnia Allah Taala
(!kLJ] Zs !+_& tJ Cue SH ^PX ZLQ!& !+LvJ& !+Lwe ).. (Tuan Hasan t.th.:31-32).
Demikianlah seterusnya keterangan pengarang iaitu bermula dari bertemu dengan huruf (
& ) sehingga huruf hijaiyah terakhir ( - ). Setiap satu huruf diiringi dengan sepotong ayat alQuran yang bermula dengan huruf-huruf hijaiyah tersebut. Pengkaji mendapati ayat-ayat
tersebut menjadi penguat atau penentu kepada huraian atau tafsiran pengarang. Sebagai
contoh, ayat-ayat yang bermaksud ketinggian, kemuliaan atau kegembiraan yang dijanjikan
Allah Taala maka ia menandakan kemenangan, kebahagiaan dan kebaikan bagi seseorang.
Begitu juga ayat-ayat yang bermaksud kecelakaan, penyesalan atau janji-janji buruk Allah
Taala kepada hamba-Nya di dalam al-Quran telah ditafsirkan oleh pengarang sebagai
menandakan hal-hal yang tidak baik yang harus dielakkan oleh seseorang.
Sebenarnya terdapat banyak lagi unsur-unsur occultisme di dalam kitab klasik Taj alMulk ini yang tidak dapat dipertontonkan di sini memandangkan keluasan ilmu tersebut.
Bagi individu yang berminat untuk mengkaji selanjutnya mereka akan bertemu dengan lainlain ilmu occultisme seperti ilmu-ilmu wifiq, ilmu azimat dan tangkal. Ilmu-ilmu ini
menggunakan berbagai bentuk gambarajah yang ganjil, bahasa yang janggal dan simbol yang
pelik yang sudah tentu bukannya simbol bahasa Arab yang digunakan di dalam al-Quran atau
bahasa Arab yang mudah difahami.
Penutup
Kitab Taj al-Mulk adalah di antara kitab-kitab lama yang kaya dengan perbendaharaan
ilmu di dalamnya. Ilmu-ilmu yang tidak terusik di dalam kitab ini setelah dianalisis
memaparkan kepada kita bahawa ianya banyak diselitkan dengan ilmu-ilmu falsafah
kebatinan atau occultisme. Tiga bentuk ilmu yang paling banyak digunapakai dan dihuraikan
ialah Numerologi, Astrologi dan Divinasi. Numerologi membantu seseorang untuk
mengenali seseorang yang lain menerusi jumlah nama, mengenalpasti keserasian antara dua
sahabat atau pasangan suami isteri, mengesan punca-punca penyakit dan lain-lain. Manakala
Astrologi membolehkan kita mengetahui tabiat seseorang, mengetahui waktu yang baik atau
buruk dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun dan lain-lain. Divinasi pula
memperkenalkan ilmu-ilmu yang merangkumi ilmu tafsiran tapak tangan, tengkorak kepala,
ilmu ramalan, ilmu mentacbir mimpi, ilmu menafsir tahi lalat, ilmu gerakan anggota badan,
azimat, wifiq dan lain-lain. Kepelbagaian dan keluasan ilmu yang terkandung di dalam kitabkitab Melayu ini menampakkan pembangunan fikiran orang-orang Melayu yang amat tinggi
sejak zaman silam dalam memahami dan menyelesaikan persoalan kehidupan mereka. Ilmuilmu mereka adalah lambang sains dan teknologi mereka yang tentunya berbeza sekali
dengan sains dan teknologi moden dan terkini. Tetapi persoalannya adakah ilmu-ilmu ini
boleh disesuaikan dengan ajaran akidah dan syariat Islam yang sebenar?
Bibliography
Al-Quran al-Karim
The encyclopedia Americana. 1972. USA: Americana Corporation. Vol. 20. International Edition.
The living Webster encyclopedia dictionary of the English language. t.th.. Chicago: Institute of America
Inc. Vol. 1. First Edition.
Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani. t.th. Kitab Taj al-mulk. Pulau Pinang : Percetakan al-Macarif Sdn.
Bhd.