Anda di halaman 1dari 8

1.

0 ESEI
Pada era globalisasi kini, dapat kita perhatikan dari segenap aspek, di setiap
sudut bucu negara, di dada dada akhbar memaparkan anak anak kecil yang
berkeperluan khas ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana
ibu bapa mereka menganggap anak anak seperti ini tidak akan memberi faedah
kepada keluarga malah bakal membebani kehidupan keluarga pada masa
hadapan kelak.
Antara kategori kanak kanak berkeperluan khas menurut Jabatan
Pendidikan Khas terdiri daripada dua aspek iaitu ketidakupayaan khusus dan
keupayaan tinggi. Maklumat Pendidikan Khas (2003), menyatakan bahawa kanak

kanak

bermasalah

penglihatan,

bermasalah

pendengaran,

bermasalah

pembelajaran dan pintar cerdas berada di bawah kanak kanak berkeperluan


khas manakala disleksia, autisme, ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder),
perkembangan lewat dan terencat akal berada di bawah kanak kanak
bermasalah pembelajaran.
Adakah kita sebagai masyarakat amnya dan warga pendidik khususnya
mengerti secara mendalam dan mengetahui secara teliti berkenaan kanak
kanak berkeperluan khas ini? Adakah kita tahu perasaan mereka? Adakah kita
mengerti apa mahu mereka? Adakah kita bantu mereka sekiranya mereka
memohon untuk diberi bantuan? Adakah kita warga Malaysia yang cakna antara
satu sama lain?
Persoalan persoalan ini perlu kita tatap dan jawab dengan hati yang
terbuka. Kanak kanak berkeperluan khas ini juga manusia. Walaupun luaran
mereka lemah tetapi mereka masih mempunyai perasaan. Masyarakat kita
amnya dan warga pendidik khususnya apabila didatangi oleh anak anak
istimewa ini pasti akan merubah air muka mereka dan merubah nada suara
mereka dan tidak memberi sepenuh perhatian kepada mereka.
Sekiranya perkara perkara seperti ini terus berlaku secara berterusan
tanpa diambil tindakan oleh diri individu itu sendiri, maka anak anak istimewa
ini pasti tidak akan mendapat tempat dalam masyarakat. Justeru itu, aspek
perkembangan sosial dan emosi mereka pasti akan terbantut malah membentuk
satu jurang yang tinggi dalam masyarakat kita di Malaysia.

Menurut

(Wah,

Mohamad,

Alias,

Abd

Rashid,

&

Ahmad,

2013),

perkembangan sosioemosi manusia mempunyai lapan peringkat (Erikson, 1950).


Atan Long (1988) menjelaskan prinsip asas perkembangan terdiri daripada lapan
aspek iaitu yang pertama ialah arah tertentu, yang kedua ialah susunan
perkembangan serupa, ketiga,
keempat,

perkembangan

perkembangan berlaku secara menyeluruh,

adalah

berterusan,

kelima,

kadar

kecepatan

perkembangan tidak sama dan berbeza beza, keenam, perkembangan anggota


anggota badan berkaitan saling mempengaruhi antara satu sama lain, ketujuh,
corak perkembangan antara individu berbeza beza dan yang terakhir ialah
perkembangan mengikut peringkat peringkat.
Kepercayaan lawan kecurigaan. Berlaku seawal usia 0 hingga 18 bulan
(Erikson, 1950). Perasaan percaya lawan tidak percaya berlaku pada bayi.
Contohnya

perasaan

percaya

bayi

terhadap

persekitaran

mereka

yang

merangkumi ibu bapa dan orang orang yang sering berbuat baik pada mereka.
Perhubungan yang penuh dengan kasih sayang dan sopan santun memberi kesan
positif pada bayi dan berupaya meninggalkan kesan emosi yang baik kepada
mereka.
Peringkat kedua dari aspek perkembangan emosi oleh Erikson ialah
autonomi lawan ragu yang berlaku pada usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada
perigkat ini kanak kanak mula membina kemahiran fizikal.kemahiran fizikal
kanak kanak dibina melalui percubaan. Jika kemahiran ini dapat dilakukan atau
dibina dengan baik maka kanak kanak mudah menyesuaikan diri dengan
persekitaran mereka.
Seterusnya, aspek yang ketiga dan keempat di mana aspek aspek ini
bakal kita dibincangkan iaitu peringkat inisiatif lawan rasa bersalah yang berlaku
pada usia 3 hingga 6 tahun dan peringkat industri lawan rasa rendah diri yang
berlaku pada usia 6 hingga 12 tahun. Pada peringkat dan usia ini bakal
memperlihat perkembangan sosioemosi yang drastik yang berlaku pada kanak
kanak yang mana akan mempengaruhi masa depan mereka.
Aspek perkembangan sosioemosi perlu dititik beratkan bagi membantu
kanak kanak berkeperluan khas ini meneruskan kehidupan seharian mereka
dengan hati, jiwa dan perasaan yang gembira. Antara penyakit yang boleh
membantutkan

perkembangan

sosioemosi

seseorang

kanak

kanak

berkeperluan khas ialah Autisme. Jamila (2005) pula telah menghuraikan ciri-ciri
2

kanak-kanak autisme mengikut enam bidang iaitu komunikasi, interaksi sosial,


gangguan deria, pola bermain, tingkah laku dan emosi.
(Sidek, Fathil, Zain, & Muhammad, 2014) menyatakan bahawa menurut
Partnership for Accessible Reading Assessment atau PARA (2011), kanak-kanak
autisme adalah kanak-kanak yang telah menjalani pemeriksaan secara diagnostik
dan mempunyai ketiga-tiga kriteria iaitu kelemahan ketara dalam interaksi sosial;
kelemahan dalam berkomunikasi; dan corak pergerakan, aktiviti dan kegemaran
yang stereotaip serta berulang-ulang. Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia
atau NASOM pula telah menyatakan bahawa autisme ialah satu kekurangan
seumur hidup dan ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak autisme

boleh dilihat

dengan jelas dalam tempoh 30 bulan pertama selepas kelahiran seseorang bayi.
Antara ciri yang boleh dilihat ialah keupayaan komunikasi mereka yang terhad
serta ketidakupayaan untuk berhubung secara langsung.
Menurut NASOM, kanak kanak autisme mengalami masalah tidak suka
bertentangan mata. Hal ini demikian kerana kanak kanak ini bermasalah dalam
bersosial.

Mudah

dikatakan

ialah

sukar

untuk

bercakap

dengan

bahasa

pertuturan yang biasa. Mereka iaitu kanak kanak autisme bertutur dalam
bahasa mereka sendiri. Oleh yang sedemikian, mereka menggunakan taktik
menyelamatkan diri dengan mengelak berlaku eye contact iaitu pertentangan
mata yang mana bakal mengundang masalah pada mereka kelak.
Anggaran kanak-kanak autistik yang tidak boleh bertutur langsung atau
mempunyai kebolehan bertutur yang minimum di Amerika Syarikat adalah dua
puluh lima peratus sehingga enam puluh satu peratus (Schlosser dan Wendt
2008). Antara simptom-simptom yang boleh dilihat adalah tiada tindak balas
apabila nama mereka dipanggil dan perkembangan pemerolehan pertuturan
yang lewat (Paul 2009). Justeru itu, ramai yang mengaangap kanak kanak
autisme seperti terperangkap dalam dunia mereka sendiri.
Sebagai seorang warga pendidik, perkara seperti ini merupakan salah satu
anugerah yang sangat bermakna dalam hidup. Hal ini demikian kerana bukan
semua orang

dapat bertemu

atau

berpeluang

untuk

mengenali

bahkan

mengajara mereka. Pengalaman seperti ini boleh mematangkan corak pemikiran


sebagai warga pendidik. Oleh yang sedemikian, sebagai seorang guru, perkara
yang harus dilakukan ialah meletakkan kanak kanak seperti ini bersama rakan
sebaya mereka yang normal dan tidak normal.
3

Kajian Ball (1996) berfokus kepada meningkatkan interaksi sosial dengan


menggunakan rakan sebaya. Kajian ini menggunakan lapan orang kanak-kanak
autisme pra sekolah. Kanak-kanak ini diajar dalam kelas yang mempunyai lapan
lagi pelajar normal yang sebaya. Sistem stesyen digunakan untuk mengajar
kemahiran akdemik. Aktiviti kumpulan digunakan untuk mengajar konsep asas
dan masa main digunakan untuk mengajar kemahiran sosial. Kumpulan kecil
digunakan untuk menggalakkan interaksi kanak-kanak autisme dengan rakan
sebaya yang normal. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah skill streaming,
rakan sebaya dan bantuan kumpulan.
Justeru itu, dengan usaha yang sedimikian menunjukkan bahawa tujuh
daripada lapan kanak-kanak autisme menunjukkan peningkatan dalam aspek
kontek mata, kemahiran bermain secara selari dan simbolik, ikut giliran dan
respon-respon secara lisan dan bukan lisan. Penggunaan rakan sebaya sebagai
model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang tinggi dalam
mengekalkan integrasi kanak-kanak di dalam bilik darjah (Ball, 1996).
Sekiranya aktiviti ini diaplikasikan pada pelajaran matematik, rakan sebaya
akan membantu dan mendorong kanak kanak autisme dengan interaksi sosial
bagi menyelesaikan masalah matematik. Kanak kanak lebih cenderung
berinteraksi bersama rakan sebaya berbanding dengan orang yang lebih dewasa.
Dengan yang sedemikian, teori perkembangan sosioemosi Erikson dapat diterima
di mana pada peringkat inisiatif lawan rasa bersalah, kanak kanak terdedah
kepada cabaran kerana mereka mula belajar berinteraksi dengan rakan sebaya
(Wah, Mohamad, Alias, Abd Rashid, & Ahmad, 2013).
Selain itu, kanak kanak autisme juga mununjukkan keinginan atau minat
terhadap sesuatu melalui isyarat tangan. Keyakinan mereka amat sedikit untuk
memberitahu seseorang berkenaan kehendak mereka kerana emosi mereka
terbantut dek kerana kritikan daripada ibu bapa atau guru guru yang tidak
memahami masalah yang mereka hadapi. Hal yang sedemikian akan membentuk
kanak kanak autisme yang lagi sukar untuk dibendung dan mengalami masalah
keyakinan pada diri.
Menurut teori Erikson, ibu bapa dan para guru perlu memberi sokongan
dan memupuk keyakinan yang tinggi ke dalam diri anak anak dan pelajar
mereka dan disarankan agar sentiasa peka dan memberi sumbangan yang penuh
bererti agar kanak kanak merasakan diri mereka diterima dan lebih
4

berkeyakinan. Hal ini berlaku pada peringkat inisiatif lawan rasa bersalah. Teori
ini cukup jelas menyatakan kanak kanak autisme memerlukan perhatian yang
tinggi dari aspek sosial bagi menangani masalah emosi mereka. Justeru itu,
perkembangan sosioemosi kanak kanak autisme dapat ditangani serba sedikit
dari semasa ke semasa.
Subjek matematik merupakan antara subjek yang digeruni atau ditakuti
oleh pelajar. Hal ini demikian kerana mereka kurang berasa yakin dengan kaedah
matematik yang diajar oleh guru. Kanak kanak pada usia 6 hingga 12 tahun
lebih berfikir secara logik dan mencapai operasi konkrit (Wah, Mohamad, Alias,
Abd Rashid, & Ahmad, 2013). Oleh yang sedemikian, para guru perlulah
mengajar anak murid mereka menggunakan kaedah visual atau menggunakan
alat bantu mengajar yang sesuai atau lebih konkrit seperti kepingan nombor
nombor dan proses asas matematik dalam bentuk konkrit seperti lukisan botol
separuh yang mewakili nilai separuh kerana kanak kanak memahami sesuatu
yang konkrit.
Kecerdasan

ini

memperkatakan

tentang

penghakiman

ruang

dan

keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai


dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek.
Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle.
Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam
model

hierarki

kepintaran.

menggambarkan

Individu

pengalaman

ini

yang

berkebolehan
pernah

menceritakan

dilalui

serta

dan
bijak

menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual


membolehkan

individu

mempersembahkan

idea-idea

visual

dan

ruang

berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif (Gardner, 2006).


Di samping itu, kanak kanak autisme sebenarnya boleh melihat dan
mendengar. Namun, kecacatan mental yang dihadapi menyebabkan mereka
sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang diperoleh. Mereka juga
dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi
(Ganz,

Kaylor,

Bourgeoia

dan

Hadden,

2008)

dan

juga

tidak

mampu

mempamerkan emosi mereka kepada individu sekeliling mereka. Kenyataan ini


disokong oleh kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kanak-kanak autistik
sering

berhadapan

dengan

cabaran-cabaran

seperti

penggunaan

bahasa,

penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan pemikiran


secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak autistik menghadapi
5

masalah pertuturan dan bahasa. Ekoran daripada masalah ini, mereka sering
berdepan dengan masalah tingkahlaku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati
mereka terhadap orang di sekelilingnya (Mancil dan Boman 2010).
Teori Erikson berkenaan hal ini terletak pada perkembangan industri lawan
rasa

rendah

diri.

Kanak

kanak

autistik

mengalami

lewat

atau

tiada

perkembangan dalam pertuturan dan ekolalik iaitu menurut kata kata seperti
burung kakak tua. Masalah seperti ini perlu dibendung dan ditangani melalui
intervensi yang sesuai. Sekiranya langkah intervensi lambat diambil kira, maka
masalah yang besar bakal tertimbul.
Sebagai seorang guru yang mengajar subjek matematik, kaedah yang
sesuai bagi menangani masalah kanak kanak autistik yang bermasalah dalam
memahami ape yang disampaikan adalah dengan menggunakan kaedah tubuh
kinestetik. Kaedah ini menggunakan bahasa tubuh badan sebagai penyokong
dalam pertuturan. Sebagai contoh, seorang guru cuba menggambarkan separuh
bulatan dengan membuat bentuk bulatan dan membahaginya kepada dua. Para
pelajar lebih mudah memahami kerana potensi yang berkait dengan kecerdasan
menurut Gardner adalah tubuh kinestetik. Justeru itu, kaedah tubuh kinestetik
melengkapi teori Erikson di mana kanak kanak lebih mudah menerima operasi
konkrit berbanding abstrak.
Selain daripada itu, masalah yang dialami oleh kanak kanak autistik ini
ialah kemahiran motor halus dan motor kasar yang tidak sekata. Kemahiran
motor kasar lebih melibatkan aktiviti psikomotor yang melibatkan tulang empat
kerat manakala kemahiran motor halus lebih melibatkan kogitif kanak kanak.
Bagi kanak kanak yang normal, mereka mampu memperoleh kemahiran ini
sewal usia 4 tahun. Namun begitu, bagi kanak kanak autistik, kemahiran ini
diperoleh dalam jangka masa yang panjang.
Bimbingan daripada ibu bapa dan guru dalam melatih kanak kanak
autistik dalam menjalani kehidupan seharian adalah sangat penting. Antara
contoh kemahiran motor kasar yang perlu dikuasai ialah melompat dengan
menggunakan satu kaki dan bermain kasut roda manakala motor halus pula
mampu memegang pensel dan menyambut bola dengan baik. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan ialah aktiviti outdoor iaitu aktiviti di luar bilik darjah.
Sebagai seorang guru subjek matematik, kemahiran motor yang boleh
diterapkan pada kanak kanak autistik ialah kemahiran dalam permainan
6

meniup tepung. Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang biasa dilakukan oleh
mereka yang normal namun luar biasa bagi kanak kanak autistik. Setelah
mereka menemui gula gula di dalam tepung, mereka dikehendaki mengira
jumlah gula gula yang diperoleh. Gula gula yang diperoleh diperuntukkan
sebagai hadiah. Dengan ini, kanak kanak autistik lebih mudah memahami
konsep pengiraan dan lebih berminat kerana mereka mendapat ganjaran
daripada usaha mereka.
Kesimpulannya, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh para guru dalam
usaha membantu kanak kanak autistik dari aspek perkembangan sosioemosi
mereka. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai masalah sosioemosi
yangsangat ketara dengan kanak kanak normal yang lain. Berdasarkan teori
Erikson, dapat dilihat di mana perkembangan sosioemosi seseorang boleh
dibentuk

dan

dibendung

dengan

kaedah

yang

berbeza

namun

masih

memerlukan sokongan daripada pihak pihak yang tertentu. Oleh itu, sekali lagi
dinyatakan bahawa perkembangan sosioemosi kanak kanak autistik perlu dititik
beratkan.

2.0 RUJUKAN
Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences. London`: Basic Books.

Hodijah, S. (t.t). Stratergi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani


Masalah Pertuturan dan Bahasa Kanak - kanak Autistik.
J, B. (1996). Increasing social interaction of preschoolers with autism through
relationships with typicially developing peers. Didapatkan dari
http://www.edrs.com/DocLibrary4/0397/ED400654.PDF.
Paul, R. (2009). Talk to me : issues in acquiring spoken language for young
children with autism spectrum disorders. ProQuest Health and Medical
Complete, 14 (14) : 10 13.
Schlosser, R. W. (2008). Effects of augmentative and alternative communication
intervention on speech production in children with autism: a systematic
review. ProQuest Health and Medical Complete, 17 (3) : 212 230.
Sidek, S. F., Fathil, N. S., Zain, N. Z., & Muhammad, K. (2014). Pembangunan
Perisian Kursus 'Saya Suka Belajar' Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu
Bagi Kanak - kanak Autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Wah, W. K., Mohamad, K., Alias, M., Abd Rashid, R., & Ahmad, A. (2013).
Perkembangan Kanak - kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai