Anda di halaman 1dari 28

ASSIGNMENT / TUGASAN

________________________________________________________________________
HBMT3203_V2
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV/
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN IV
MAY 2015 SEMESTER

________________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN
1. Cadangkan dan bincangkan tiga strategi untuk menarik minat dalam kalangan pelajar
terhadap penyimpanan dan perkongsian wang supaya mereka akan menukar
perspektif mereka tentang wang berteraskan nilai-nilai dan kepercayaan. Berikan
justifikasi terhadap cadangan anda.

2. Gariskan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk penyelesaian masalah yang
melibatkan wang bagi pelajar kelas matematik berpencapaian rendah dengan
menggunakan strategi yang sesuai dan sumber-sumber yang berkaitan.
NAMA TUTOR: HENRY GOH
NAMA E-TUTOR : CHEAH ENG JOO
NAMA : NONIE FUNG
NO. KAD MATRIK : 741228126004002
TEL : 01115398370
E-mail address : nonie fung 2852 @Gmail.com
21 JULAI 2015

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA
DEDIKASI
PENGHARGAAN

MUKA SURAT
i.
ii.

1.0

PENGENALAN

12

2.0

TIGA STRATEGI UNTUK MENDAPATKAN MINAT TERHADAP


PENJIMATAN DAN PENGKONGSIAN WANG.

34

2.1

Strategi Satu, Permainan Matlamat Kewangan Saya

46

2.1.a

Justifikasi Startegi Pemainan Matlamat Kewangan Saya

68

2.2

Strategi Dua, Projek Membuat Tabung

89

2.2.a

Justifikasi Projek Membuat Tabung

9 - 11

2.3

Strategi Tiga, Lakonan Buku Wang Saku

11 - 12

2.3.a

Justifikasi Lakonan Buku Wang Saku

12 14

3.0

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGENAI


PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN WANG

14 16

Contoh 1

17 18

Contoh 2

18 20

4.0

RUMUSAN

12 22

5.0

RUJUKAN

23 - 24

DEDIKASI
Segala puji bagi Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Buat Emak tersayang,
Yang sentiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anak mu ini
Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidup ku
Buat ahli keluarga yang dikasihi,
Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya
Buat pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan ku lupai
Buat mu insan yang sentiasa dirindui,
Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kita kongsi bersama
Untuk teman seperjuangan yang dihormati,
Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan

i
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Isa, kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laporan
Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak
terhingga kepada Tutor En. Henry Goh dan E- Tutor En. Cheah Eng Joo kerana telah
banyak mengorbankan masa dan tenaga membimbng dan memberi tunjuk ajar serta nasihat
sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini.
Tanpa bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya menghasilkan tugasan ini
dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Tuhan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.

Wassalam.

ii

1.0

PENGENALAN
Pendefinisian wang, menurut Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa

Dan Pustaka, perkataan wang bermaksud alat pertukaran yang mempunyai harga atau nilai
tertentu dan diakui sah. Dengan ini wang membawa maksud sesuatu barangan atau pun alat
yang mempunyai nilai dan harga yang tertentu dan diakui sah oleh umum yang diberikan
sebagai pertukaran dengan barangan yang hendak dimiliki ataupun ingin membayar suatu
hutang yang disukat menggunakan nilai asal yang bergelar wang. Menurut Nor Eaizan Bin
Mohd Noor, wang bermaksud sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai
alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan. Menurut nota STPM bagi subjek
Prinsip Ekonomi yang dipetik dari portal http:// tutor.com.my. wang boleh di definisikan
sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam
kegiatan jualbeli dan urusniaga lain.
Menurut Nor Eaizan Bin Mohd. Noor wang telah mengalami beberapa evolusi
sebelum wang kertas bernilai dan duit syiling logam digunakan pada masa kini. Wang
digunakan secara meluas untuk menyelesaikan beberapa masalah pertukaran barang antara
individu yang sukar untuk ditentukan dengan melakukan sistem barter seperti sebelum
kewujudan wang bernilai. Pada zaman dahulu, untuk menggantikan sistem barter penduduk
menggunakan wang komoditi seperti ayam, lembu, kulit siput, ketulan garam dan sebagainya.
Setelah penduduk mengalami masalah berkenaan kaedah pertukaran barang yang ringkas ini,
maka diciptakan wang logam iaitu diperbuat daripada perak, emas, gangsa dan timah.
Dengan itu pertukaran barang menjadi lebih mudah dan dapat disesuaikan mengikut nilainya.
Menurut Lai Mooi Chan dan Hew Yoke Foong dalam buku karangan mereka bertajuk
Makroekonomi, pengenalan wang dalam urusniaga merupakan sesuatu penyelesaian bijak
kepada masalah dalam sistem barter. Fungsi wang sebagai alat pengantaran pertukaran telah
mengatasi masalah kehendak serentak yang perlu wujud dalam sistem barter.
Menurut Nor Eaizan Bin Mohd Noor dalam pembentangannya fungsi wang sebagai
alat pengukuran nilai telah mengatasi masalah ketiadaan unit ukuran yang seragam dalam
sistem barter dan seterusnya melicinkan kegiatan pedagangan.

Ini kerana setiap barangan

diperdagangkan menggunakan nilai yang sama. Sebagai contoh di Malaysia menggunakan


ringgit dan sen, maka setiap barang yang dipasarkan akan menggunakan nilai ringgit dan sen
mudah untuk dibeli oleh pembeli.

Fungsi wang sebagai alat menyimpan nilai telah mengatasi masalah kerosakkan
barang yang tidak tahan lama dalam sistem barter. Wang juga mengatasi masalah
menyimpanan haiwan yang akan menjadi tua, jatuh sakit dan mati. Oleh sebab wang
mempunyai nilai penyimpanan bermakna penyimpanan kekayaan selain itu wang juga

sebagai alat pembayaran tertangguh telah mengatasi masalah ketiadaan pembayaran


tertangguh dalam sistem barter. Fungsi ini, secara tidak langsung memajukan urusniaga kredit
dan kegiatan pelaburan secara langsung meningkatkan kegiatan ekonomi kerana adanya
kredit pinjaman daripada bank-bank perdagangan ini menyebabkan pembeli boleh membeli
pada masa sekarang dan membayar pada masa hadapan dengan kadar yang sama.
Dengan ini, ilmu mengenai pengurusan kewangan adalah penting memandangkan
setiap

individu perlu membuat keputusan kewangan dalam kehidupan seharian. Setiap

individu harus tahu hak dan tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan kewangan
dan masa yang paling sesuai untuk mendidik setiap individu semasa di bangku sekolah lagi.
Oleh itu peranan seorang guru dalam mendidik pengurusan kewangan adalah perlu untuk
menyediakan pelajar berhadapan dengan dunia luar. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan
untuk memberikan pemahaman mengenai langkah-langkah pertama ke arah pendidikan
kewangan yang bermula dari peringkat tadika. Penyediaan model aktiviti progresif yang
memberi bimbingan dan aktiviti untuk guru-guru bagi mengajar kanak-kanak mengenai
kewangan melalui aktiviti-aktiviti interaktif. Penyediaan pautan kepada sumber-sumber yang
boleh digunakan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran keupayaan kewangan dan
seterusnya memberi bimbingan untuk menilai kemajuan kanak-kanak dalam membangunkan
keupayaan kewangan. Selain itu penglibatan ibu bapa adalah penting dalam mengajar anakanak mengenai wang dan kewangan kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka
di rumah dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa boleh memberi kefahaman tentang apa itu wang,
nilai untuk wang, penetapan matlamat, perbelanjaan, simpanan, membantu orang lain seperti
menderma atau berkongsi, wang saku dan penglibatan kanak-kanak dalam Hal Ehwal
Kewangan Keluarga. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka tentang ilmu kewangan
melalui amalan-amalan harian seperti membeli-belah;semasa membeli-belah mereka boleh
menerangkan kepada anak-anak bagaimana barang-barang disusun di arak, bagaimana harga
ditentukan, mengapa resit adalah penting, beberapa banyak wang perlu dibayar dan berapa
pula bakinya. Selain itu, penting juga menerangkan kepada kanak-kanak agar ibu bapa akan
dapat menjawab soalan-soalan kanak-kanak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.

2.0

2
TIGA STRATEGI UNTUK MENDAPATKAN
MINAT TERHADAP PENJIMATAN

DAN PENGKONGSIAN WANG.


Strategi ialah merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan
yang dipenuhi secara optimum. Menurut kamus dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara
merancang dan melaksanakan tindak-tanduk rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat
atau kejayaan.
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan dua pihak utama, guru dan muridmurid. Dalam hal ini guru dikatakan menguasai proses tersebut. Maka perspektif guru
terhadap proses ini dan juga terhadap matematik akan mempengaruhi keberkesanan proses
pembelajaran murid-murid (Jaworski, 1994) dan konsepsi asas guru terhadap matematik
sangat berkait rapat dengan tingkah laku mengajar (Jurdak, 1991). Untuk memenuhi hasrat
KBSR adalah jelas guru-guru harus menjuruskan pandangan dan pengertiannya selari dengan
kehendah KBSR.
Dari sudut konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah;
berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, ini akan membantunya memahami bagaimana
murid membina konsep atau pengetahuan; guru berperanan sebagai pengurus, murid diterima
sebagai individu yang penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang
wajar. Dari itu setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan
mereka pelajari. Penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang untuk
membina pengetahuan dan kemahiran (KPM, 1995).
Apa yang jelas KBSR sememangnya menekankan pengajaran pemusatan-murid dan
cuba mengamalkan fahaman konstruktif. Untuk itu penulis cuba membincangkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam dua skop, iaitu tindakan dan interaksi.
Tindakan di sini bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa belajar
(membina konsep atau pengetahuan) dengan menggunakan bahan (walaupun kadang-kadang
boleh dikatakan sebagai interaksi murid dengan bahan). Interaksi pula bermaksud interaksi
murid secara verbal atau tulisan dengan guru dan sesama murid (yang mana dalam proses
ini murid akan membina pengetahuan/konsep).
Bagi maksud di atas seseorang guru jika menggunakan pegajaran pemusatan-murid
akan lebih mudah mengaplikasi fahaman konstruktif dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Seseorang guru dikatakan telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya


perkara-perakara tersebut berlaku (KPM, 1995);
- Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
- Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

- Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.


- Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah.
- Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on.
- Guru mementingkan kemahiran berfikir.
- Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
- Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
- Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
- Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
- Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan murid mencari jawapan
- Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.
- Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
- Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
- Murid bekerja dalam kumpulan.
Berdasarkan kepada fahaman konstruktif, berikut ialah beberapa pengajaran yang dirasakan
bersesuaian dengan konteks di atas.
2.1

Strategi Satu Permainan Matlamat Kewangan Saya.


Strategi Permainan Matlamat Kewangan saya mengambil masa selama satu jam

dijalankan dan melibatkan 4 kumpulan dimana setiap kumpulan memerlukan 5 orang.


Objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan pada akhir pengajaran murid-murid
akan dapat menilai kepentingan wang, merancang penjimatan dalam berbelanja , menjejaki
ke mana wang saku mereka dibelanjakan sama ada untuk membeli makan atau didermakan
dan membezakan cara berbelanja yang berhemat atau kurang bijak.
Guru perlu membuat persiapan awal seperti menyediakan cek kosong, wang contoh,
kertas mahjong dan pen marker. Guru akan memberi penerangan dan bersoaljawab dahulu
dengan murid-murid dengan mengemukakan soalan Andainya anda mempunyai wang
sebanyak RM50, bagaimana wang itu akan dibelanjakan? Guru meletakkan beberapa keping
wang contoh dalam nilai yang berlainan seperti RM1, RM2, RM5, RM10, RM 50 dan RM
100 diatas meja secara rawak. Guru meminta lima orang murid datang ke hadapan. Setiap

murid diminta mengambil wang berjumlah RM50. Murid dikehendaki menyatakan apa yang
boleh dilakukan dengan wang sebanyak RM50 berdasarkan jawapan murid, guru
memberikan rumusan dan mengaitkan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.
contoh rumusan, guru merumuskan bahawa wang perlu dibelanjakan secara bijak. Membeli
mengikut keperluan dan bukannya mengikut kehendak. Menyimpan adalah lebih daripada
membeli barangan yang kurang penting seperti permainan.
Pengenalan aktiviti, guru akan menerangkan kepada pelajar, aktiviti yang akan
dijalankan ialah berkenaan dengan pengurusan wang berjumlah RM50. Langkah pertama
guru membahagikan murid kepada lima kumpulan dan megedarkan tajuk perbincangan dan
cek contoh bernilai RM50 kepada setiap kumpulan. Selepas itu, murid dikehendaki
menyediakan satu peta minda, bagaimana murid4 menguruskan dan mengagihkan wang RM50
Contoh tabung, derma, pendidikan (alat tulis), keperluaan asas (makan dan minuman), dan
tambang bas seperti rajah 1.

Rajah 1 Peta Minda


Langkah seterusnya guru memanggil wakil setiap kumpulan untuk membentangkan
hasil perbincangan mereka. Murid lain diminta mendengar dan memberi perhatian semasa
pembentangan dijalankan. Guru membuat ulasan berdasarkan hasil pembentangan semua
kumpulan. Contoh ulasan guru, murid perlu mengagihkan wang RM50 tersebuat mengikut
kepentingan seperti 20 peratus untuk menabung, 30 peratus untuk pendidikan, 35 peratus
untuk keperluan asas, 5 peratus untuk derma dan 10 peratus untuk tambang bas.

Langkah ketiga. Murid diminta menyatakan kebaikan merancang dan akibat membuat
perancanagn yang baik. Guru membuat ulasan5 berdasarkan jawapan murid.
Contohnya:
Kelebihan Merancang Kewangan
1. Murid tahu antara keperluan dan kehendak

Akibat Tidak Merancang Kewangan


1. Sentiasa kekurangan wang

2. Mempunyai tabungan atau simpanan

2. Wujud hutang, contohnya along

3. Elakkan pembaziran

3. Wujud masalah sosial,contohnya

4.Jumlah wang akan mencukupi


5.Keselesaan sepanjang hayat

Pembunuhan, ragut, penderaan


4. Terus mewarisi kemiskinan
5. Gagal menruskan pelajaran

Penutupan pengajar dan pembelajaran guru membuat rumusan mengenai kepentingan


mengurus kewangan dengan baik. Guru memberi nasihat kepada pelajar tentang kepentingan
mengurus kewangan dari usia muda. Contohnya, perancangan kewangan yang bijak sangat
penting. Tanpa perancangan yang betul, seseorang akan mengalami masalah kewangan yang
mungkin akan membawa kepada masalah sosial. Pengurusan kewangan yang bijak menjamin
keselesaan sepanjang hayat.
2.1.a

Justifikasi Strategi Permainan Matlamat Kewangan Saya

Pemusatan Guru
Berdasarkan strategi pertama ini, pada awal pengajaran dan pembelajaran guru adalah
sebagai fasilitator dan murid sebagai penonton. Diamana guru memberi penerangan secara
sehala pada awal pengajaran kepada murid apakah yang perlu mereka buat dalam strategi ini
dan mengarah murid-murid bergerak membentuk kumpulan, mengambil bahan bantu
mengajar seperti contoh wang, kertas mahjong dan pen marker. Guru akan meminta muridmurid berbincang dalam kumpulan bagaimana mereka membelanjakan atau mengagihkan
wang RM50 secara berhemah dan membina peta minda pengagihan wang.
Pemusatan Murid

Berdasarkan strategi ini, murid-murid dalam kumpulan akan dapat menambah


pengetahuan matematik melalui penggunaan wang dalam kehidupan seharian. Mereka belajar
dan berbincang untuk mengira, mengagihkan dan menggunakannya serta mengecam duit,
penggunaan wang syiling dan wang kertas adalah kemahiran asas yang penting untuk
dikuasai pada usia kanak-kanak. penggunaan6 atau perbelanjaan duit merupakan cara yang
menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi
selain kemahiran berbahasa dipupuk dikalangan kanak-kanak ia juga melahirkan sifat nilainilai murni seperti berjimat cermat, berkerjasama, jujur, yakin, rajin, berdisiplin, penyayang,
taat kepada ajaran agama dan sebagainya. Strategi ini membantu murid-murid belajar
bagaimana mengurus wang dengan lebih berhemah, terkawal dan mengurus kehidupan
sendiri pada masa akan datang. Ini dapat dilihat dari akativiti membentuk peta minda dimana
mereka diberi wang sebagai RM 50 sahaja dan

mengagihkan wang tersebut kepada

simpanan, tabung, makanan, menderma, menaiki bas dan sebagainya. Dengan cara ini, murid
dapat belajar bagaimana mengelakkan pembaziran wang yang berlebihan dalam kehidupan
sebenar.
Pemusatan Bahan.
Dengan penggunaan alat bantu seperti contoh wang sebenar dapat membantu murid
untuk membina kefahaman konkrit mengenai wang, mengkaji dan membandingkan beza
jumlah wang yang perlu diagihkan ini dapat membantu murid menguasai kemahiran dalam
mengatur penggunaan wang mengikut situasi sebenar. Menurut Charles F. Hobon, James D.
Finn dan Edger Dale (1964) kepentingan bahan bantu mengajar seperti contoh wang adalah
asas yang kuat untuk sesuatu konsep, sebagai daya penarik kepada seseorang murid, dapat
menghasilkan pembelajaran yang baik kekal, memberi pengalaman yang boleh merancang
aktiviti kendiri dalam kalangan murid dan dapat membina pemikiran yang berterusan.
Pendekatan Konstruktivisme
Menurut Dwyer, Ringstaff dan sandholtz (1991) menegaskan bahawa pendekatan
konstruktivisme merupakan pembelajaran murid dan bukan berpusatkan kurikulum sementara
Bagley dan Hunter (1992) menyatakan bahawa pembelajaran menjadi satu proses yang
dinamik melalui pendekatan ini. Melalui aktiviti ini murid akan mencari dan mengira jumlah
wang yang perlu diagihkan mengikut kepentingan. Dengan itu langkah seterusnya ialah guru
menerangkan jumlah yang perlu mengikut jumlah tertentu dan menerangkan maksud jumlah
agihan dan menbina konsep dikalangan murid-murid.

2.2

Strategi Dua Projek Membuat Tabung.

Strategi pengajaran dan pembelajaran seperti projek membuat tabung boleh


dijalankan diluar atau di dalam kelas seperti bilik kemahiran hidup. Masa aktiviti dijalankan
selama satu jam sahaja. Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat
menghasilkan sebuah tabung yang menarik, Menjimatkan wang dengan menggunakan tabung
buatan sendiri, menggunakan tabung untuk menyimpan wang (menanamkan sifat suka
menabung dan menyimpan)
Persediaan awal yang perlu dibuat ialah guru menyediakan slaid penyampaian, pelajar
ditugaskan menyediakan bahan seperti buluh, kertas warna, gam dan cat. Pada awal
pengajaran guru menyanyi bersama murid-murid lagu mengikut melodi lagu Mari
Mengundi Lirik Lagu Marilah Mari Kita Menabung tunaikanlah kewajipan diri sendiri
(ulang 3 kali), guru berbincang dengan murid mengenai pengurusan kewangan seperti berikut
a. Kebaikan menyimpan wang dalam tabung.
Contoh jawapan
i. Kebaikan menyimpan wang dalam jumlah yang kecil
ii. secara berterusan
iii.Memupuk sikap berjimat cermat
b. kebaikan menyimpan wang dalam bank.
Contoh jawapan:
i. lebih selamat
ii. mendapat keuntungan
c. kebaikan mengurus wang dengan betul
i. boleh digunakan semasa kecemasan
ii. boleh digunakan apabila diperlukan
d. kepentingan wang dalan kehidupan seharian
contoh jawapan:
i. untuk perbelanjaan harian
ii. untuk kecemasan
iii. untuk melancong
iv.untuk meningkatkan taraf hidup
v. untuk perubatan

vi. untuk pendidikan


vii untuk tabungan dan pelaburan
viii untuk menderma
Guru memulakan aktiviti dengan menerangkan aktiviti membuat tabung serta kegunaanya
menerusi tayangan slaid.

Langkah 1 membuat tabung buluh


a. Sediakan seruas buluh
b. Ambil pisau dan tebuk lubang di bahagian sisi buluh seperti pada rajah 2
c. Tebuk tiga lubang kecil sebagai penanda aras dengan menggunakan paku.
d. Hias tabung menggunakan cat atau warna bagi menunjukkan aras
e. Hias tabung mengikut kretiviti murid

Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid mempamerkan hasil kerja kumpulan


masing-masing, kumpulan yang berjaya akan diberi hadiah dan hasil kerja kumpulan yang
berjaya yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan dipamerkan di sudut Kelab
Matematik dan Kelab Kewangan Sekolah.
Rajah 2 Gambar Rajah Tabung Buku

2.2.a

Justifikasi Strategi Projek Membuat Tabung

Pemusatan Guru

Dalam strategi ini, guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru pada permulaan pembelajaran akan bersoaljawab
dengan murid berkaitan dengan aktivti yang akan dibuat dan murid menjawab pertanyaan
guru secara dua hala, disini sumbangsaran berlaku sebagai percambahan fikiran di mana
semua orang dalam kumpulan dapat menyumbang fikiran dan pendapat terhadap perkara
yang dibincangkan. Teknik ekspositori juga digunakan untuk penyampaian pembelajaran

melalui penerangan atau bercerita dengan tujuan mengajar sesuatu. Dimana guru memberi
penerangan terlebih dahulu dan murid-murid mendengar dengan teliti hingga mereka
memahami dan mengingati suatu proses ini dapat dilihat pada awal strategi. Selain ini, teknik
demonstrasi dengan memaparkan slaid cara menghasilkan tabung juga digunakan oleh guru
dalam menerangkan proses
Pemusatan Murid
Strategi ini dapat membantu murid dalam kesediaan psikomotor merujuk kepada
pengurusan kemahiran yang memerlukan tindak fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot,
tulang, sendi, kordinasi dan kawalan pergerakan tubuh badan. Dalam membentuk kemahiran
psikomotor seperti menulis, melukis dan membuat tabung, murid perlu menjalankan latihan
untuk menghalusi kemahiran mereka. Sementara itu, penguasaan kemahiran psikomotor
berkait rapat dengan perkembangan intelek dan afektif. Untuk memperoleh pencapaian
cemerlang dalam kemahiran psikomotor, murid perlu mempunyai intelektual yang tinggi dan
sikap yang positif. Oleh itu, guru perlu melatih murid agar mereka menguasai kemahiran
fizikal secara bijak selain memahami konsep, peraturan dan strategi. Ini dapat dilihat dari
aktiviti menghasilkan tabung yang dibuat secara berkumpulan.
Kemantangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial dalam aktiviti ini berkait
rapat dengan kesediaan belajar murid. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai daya
intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik, mempamerkan
keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam kumpulan tanpa masalah adalah
mereka yang menunjukkan kematangan dalam aspek yang berlainan, seterusnya memberi
kesan kepada kesediaan belajar. Selain daripada itu interaksi yang aktif antara murid-murid
akan memupuk perasaan persahabatan, meningkatkan proses pertuturan berbahasa, intelek,
kerjasama, penyatuan perpaduan antara kaum dan bersifat berhati-hati dalam membelanjakan
wang dalam kehidupan seharian agar dapat hidup dengan lebih selesa.
Perlaksanaan aktiviti seperti menyanyikan lagu Marilah mari menabung mengikut
melodi lagu mari mengundi daripada aktiviti ini dapat menarik perhatian murid-murid

untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bersemangat dan seronok. Selain
itu dapat memupuk nilai-nilai murni daripada lirik lagu tersebut seperti suka menabung,
bercermat cermat, menderma, dan sebagainya.
Pemusatan Bahan

10

Strategi ini melatih murid-murid membuat tabung dengan menggunakan bahan


semulajadi seperti buluh dan peralatan lain seperti pisau untuk menebuk lubang di sisi
tabung. Tidak lupa juga penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat seperti Laptop,
skrin pemancar dan LCD banyak membantu menerangkan proses-proses bagaimana
menghasilkan sebuah tabung. Penglibatan murid dalam kumpulan ini dapat meningkatkan
minat murid kerana penggunaan bahan mengajar dan aktiviti menghasilkan tabung buluh
seperti dalam kehidupan sebenar melahirkan pelajar yang mahir dalam pertukangan atau
kemahiran hidup yang boleh membantu pembentukkan fizikal dan seterusnya memberi
pengalaman dan semangat yang kuat untuk bersifat menabung atau menyimpan wang yang
tinggi.
2.3

Strategi Tiga Lakonan Buku Wang Saku.


Pengajar dan pembelajaran mengambil masa selama 1 jam dimana pada akhir

pengajaran diharap murid dapat membuat catatan harian pendapatan, perbelanjaan dan
simpanan, melahirkan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti amalan
berjimat cermat, saling bantu-membantu sesama kita terutamanya yang memerlukan bantuan,
berbelanja berhemat, sikap menabung dan jujur, menjadikan catatan bertulis sebagai suatu
amalan kehidupan seharian dan melahirkan semangat berani, yakin dan berkerjasama dalam
kumpulan.
Persediaan awal aktiviti, murid telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dalam setiap
kumpulan mempunyai 7 orang ahli. Setiap kumpulan diminta membawa kalkulator dan
menyediakan sebuah hadiah bernilai dalam lingkungan RM4 dan dibungkusan dengan kertas
hadiah bagi setiap kumpulan. Manakala guru menyediakan mikrofon dan alat pembesar
suara, tiga batang pensel warna (biru, merah, hitam), contoh catatan Buku Wang Saku.

11 Dalam Buku Wang Saku


Rajah 3 Jadual Kategori Wang Keluar dan Masuk
Pendapatan

Aktiviti
Perbelanjaan
Terima wang Saku
Beli minuman
Terima Ang Pau atau Duit
Raya
Jual surat khabar lama
Hadiah hari jadi kawan
Menderma kepada Tabung
Gempa Bumi di Ranau.

Guru edarkan 1 borang seperti di atas kepada setiap kumpulan bersertakan contoh
wang sebanyak RM 50 dan minta murid untuk mengagihkan wang tersebut secara berhikmah
mengikut aktiviti yang disenaraikan. Setelah itu guru minta murid membuat aktiviti lakonan,
dimana murid dalam setiap kumpulan diminta berbincang bagaimana berlakon secara ringkas
bagi setiap aktiviti di depan kelas dan masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk
berlakon tidak boleh lebih daripada 8 minit. Setelah selesai lakonan tersebut murid akan
mengira jumlah wang yang terdapat pada jadual pendapatan dan perbelanjaan sama ada
jumlah perbelanjaan lebih atau kurang daripada pendapatan. Jika perbelanjaan lebih daripada
pendapatan maka kumpulan tersebut kalah
Aktivit yang dijangkakan iaitu murid dapat mengikuti aktiviti tersebut seperti yang
telah dirancang dengan baik dan guru akan melihat dan menilai lakonan murid-murid serta
dapatan jumlah perbelanjaan. kumpulan yang berjaya melakonkan aktiviti dan merancang
perbelanjaan dengan baik akan mendapat hadiah.

2.3.a

Justifikasi Strategi Tiga Lakonan Buku Wang Saku.

Pemusatan Guru.
Guru sebagai fasilitator dalam melaksanakan strategi, memberi penerangan,
mengawal, menguasai segala aktiviti dan murid mendiamkan diri sambil mendengar. Setelah
selesai memberi penerangan guru akan meminta murid-murid untuk menyediakan peralatan

yang diminta sebelum ini seperti kalkulator dan menyediakan sebuah hadiah bernilai dalam
lingkungan RM4 dan dibungkus dengan kertas hadiah bagi setiap kumpulan. Manakala guru
menyediakan mikrofon dan alat pembesar suara, tiga batang pensel warna (biru, merah,
hitam) dan jadual catatan Buku Wang Saku. Setelah selesai guru meminta murid-murid dalam
kumpulan berbincang bagaimana menagihkan wang tersebut dan mengarah mereka mencipta
lakonan atau drama mengikut aktiviti dalam Jadual
12 Kategori Wang Keluar dan Masuk Dalam
Buku Wang Saku.
Pemusatan Murid.
Berdasarkan strategi satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif
dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan
anggota badan ( D Augustine, 1973). Setiap murid terlibat di dalam mengembangkan sesuatu
konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat
diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua murid, dengan aktiviti biasanya tertumpu
kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992).
Penglibatan murid secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur
secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan
maklumat hanya berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina
sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994;
1992; Aida Suraya, 1997)
Perbincangan dan interaksi dalam kumpulan membolehkan murid-murid
berkerjasama, membina keyakinan diri masing-masing, bersoaljawab,bertutur dalam bahasa
yang betul dan teratur, meningkatkan kemahiran berfikir dan mengiratkan perpaduan kaum.
Aktiviti ini juga membolehkan mereka berkongsi idea dan mengatur jumlah wang dengan
cermat agar jumlah tersebut tidak melebihi RM 50.
Seterusnya penglibatan murid-murid dalam berlakon atau drama akan mengcungkil
bakat yang ada pada diri mereka dan membina sikap berdisiplin, berani dan yakin pada diri
masing-masing. Selain itu, membolehkan mereka meningkatkan perkembangan mental atau
kognitif hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Dalam proses strategi ini, murid dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk
minat terhadap matematik (D Augustine, 1973, Sobel dan Maletsky;1972). Ianya juga dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan penggunaan aktiviti lakonan dan perbincangan dalam kumpulan sebagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah berlandaskan prinsip berlakon

sambil belajar adalah sesuai untuk menerapkan cara mengatur perbelanjaan dan pendapatan
seharian yang baik
Pemusatan Bahan
Selain itu, murid diharap dapat menggunakan bahan bantu mengajar yang diedarkan
seperti mikrofon dan alat pembesar suara, tiga batang pensel warna (biru, merah, hitam) dan
jadual catatan Buku Wang Saku bagi melaksanakan
aktiviti kumpulan. Mereka akan belajar
13
bagaimana membuat catatan harian pendapat, perbelanjaan dan simpanan. Dalam aktiviti
kumpulan yang telah disusun membolehkan murid-murid berbincang dan mengatur wang
serta dapat menggunakan sepenuhnya peralatan bahan bantu mengajar ini dengan tahap
kecekapan dan kemahiran yang tinggi mengikut keperluan harian. Ini dapat memupuk amalan
yang baik di dalam diri murid-murid supaya mengamalkan sifat berjimat cermat, berbelanja
berhemat, sikap menabung, jujur, saling bantu membantu (derma), prihatin dan sebagainya
dalam amalan kehidupan seharian. Ini dapat dilihat melalui aktiviti melengkapkan jadual
kategori wang keluar dan masuk dalam buku wang saku dengan menggunakan wang contoh
sebanyak RM 50. Maka dengan alat bantu ini dapat menghasilkan sesi pengajaran yang lebih
menarik, berkesan dan bermakna.
3.0

AKTIVITI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

MENGENAI

PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN WANG.


Definisi masalah menurut Rudnick (1989), masalah ialah satu situasi, kuantitatif atau
sebaliknya yang dihadapi oleh seseorang individu atau kumpulan individu yang memerlukan
penyelesaian dan individu ini tidak mempunyai penyelesaiannya. Selain daripada itu, sesuatu
masalah seharus juga memenuhi tiga kriteria yang berikut:
1. Penerimaan - seorang individu menerima masalah itu. Penglibatan individu mungkin
disebabkan oleh motivasi atau mempunyai keinginan untuk mengalami keseronokan
menyelesaikan masalah tersebut.
2. Halangan Percubaan awal individu adalah tidak berjaya
3. Penerokaan Penglibatan individu dalam
a. Memaksa mereka mencari cara penyelesaian yang baru
Charles dan Lester (1982) pula mendefinisikan masalah sebagai satu tugasan dimana
1. Individu yang menghadapinya memerlukan satu penyelesaian
2. Individu itu tidak mempunyai prosedur yang sedia ada untuk mendapatkan
penyelesaiannya.

14

3. Individu itu seharusnya melakukan percubaan untuk mendapatkan penyelesaiannya


Definisi di atas menpunyai kesamaannya, aspek yang pertama ialah memahami masalah itu.
Sesuatu masalah perlu difahami dan individu yang menhadapinya. Jika seseorang individu
tidak memahami masalah yang diberi, dia tidak dapat membentuk perwakilan untuk masalah
tersebut (Davidson, Deuser, dan Sternberg, 1996, Hayes, 1989). Seseorang individu tidak
berupaya menentukan penyelesaikan sesuatu masalah jika masalah itu adalah bermakna
kepadanya (Cronbach, 1955). Oleh itu, masalah yang dibentuk seharusnya bermakna kepada
pelajar. Aspek yang kedua ialah prosedur penyelesaian masalah. Seseorang individu perlu
menentukan apakah maklumat yang diberi serta objektif yang hendak dicapainya. Aspek yang
ketiga ialah penerimaan cabaran oleh seseorang individu.
Penyelesaian masalah matematik, menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian
masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu
tugasan dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu
set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus
dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Heuristik adalah
kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah. Terdapat beberapa
model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti
Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld
(1985). Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menngah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR). Model empat langkah ini
juga mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan masalah metematik di
Malaysia (Lau, Hwa, Lau, dan Limok 2003, Noor Azlan dan Lui, 2002). Menurut Model
Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik merangkumi:
1. Memahami masalah;
2. Merancang Pelan dan Mengimbas Kembali
Dalam setiap fasa penyelesaian, beberapa soalan boleh ditanya atau cadangan untuk
membantu pelajar memahami masalah dan juga memperolehi penyelesaiannya. Salah satu
pendekatan pengajaran matematik ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered
approach). Pendekatan ini dipercayai dapat
a) Memupuk penerokaan idea-idea penting matematik (National Council of Teachers of
Mathematics, 2000)
b) Memperkembangkan kuasa matematik (develop mathematical power) iaitu keupayaan
untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal (insight) dalam pembelajaran
matematik (Lester, Masingila, Mau, Lambdin, Dos Santon, dan Raymond, 1994) dan

15

c) Mengalihkan penekanan daripada melakukan aktiviti kepada memikirkan hubungan antara


idea-idea matematik (Schoenfeld, 1985). Schroeder dan Lester (1989) memberi komen
bahawa sesuatu masalah boleh digunakan sebagai satu cara untuk mempelajari sebarang isi
kadungan matematik.
Strategi penyelesaian masalah matematik, dalam penyelesaian masalah matematik,
satu atau lebih strategi dapat digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi-strategi
yang biasa digunakan di sekolah dan juga strategi yang diajar di institut dalam komponen
kursus latihan perguruan adalah seperti yang berikut:
1. Teka dan uji
2. Melakonkan masalah
3. Menyiasatvsemua kemungkinan
4. Mencari pola
5. Kerja secara songsang
6. Membina model
7. Mengenalpasti subgoal
8. Memudahkan masalah
9. Membuat analogi
10. Membina jadual
11.Melukis gambar rajah
Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis
masalah yang ingin di selesaikan. Strategi-strategi yang kerap digunakan dalam
menyelesaikan masalah matematik di sekolah rendah adalah seperti mengenalpasti subgoal
membina jadual, melukis gambar rajah dan memudahkan masalah. Berasaskan pengalaman
dalam pendidikan matematik di Institut Perguruan, strategi melukis gambar rajah merupakan
satu strategi yang amat berguna dan dapat membantu pelajar membuat perwakilan/model
matematik

secara

separa

konkrit

(semi-concrete)

menyelesaikan masalah.

16

dan

seterusnya

membantunya

Contoh 1 Aktiviti Teka Dan Uji


Soalan:
Zizan melakukan dua aktiviti. Dia membayar RM 50 untuk aktiviti tersebut. Berapa harga
meluncur?
BIL
1.
2.
3.
4.

AKTIVITI
Wayang
Taman Tema
Boling
Meluncur

BAYARAN (RM)
8
20
10
?

Langkah 1
Memahani soalan
-zizan melakukan aktiviti
-Dia membayar RM 50
-Berapakah harga meluncur?
Langkah 2
Merancang strategi
-Teka dan uji
-Wayang, taman tema dan boling

: RM 8 + RM 20 + RM 10 = RM 38

-RM 30 + meluncur = RM 50
-Tekaan harga meluncur:
- > RM 4
- > RM 8
- > RM 12
-RM 38 + RM 4 = RM 42
- RM 38 + RM 4 = RM 42
-RM 38 + RM 8 = RM46
-RM 38 + RM 12 = RM50
Langkah 3
Menjalankan strategi
=RM 38 + RM 4 = RM 42 (Salah)
=RM 38 + RM 8 = RM 46 (Salah)
=RM 38 + RM 12=RM 50 (betul)
Langkah 4
Menyemak jawapan

17

RM 50 - wayang tema boling = meluncur


RM 50 RM 8 =RM 42
RM 42 RM 20 = RM 22
RM 22 RM 10 = RM 12

Contoh 2
Tajuk

: Wang

Subtajuk

: Penambahan melibatkan wang hingga RM100 000

Tujuan Unit

: Menentukan nilai wang RM1 hingga RM100 000 dan pengiraan melibatkan

operasi asas tambah (+), tolak dan darab (x).


Kepentingan Tema/Tajuk: : Mengetahui nilai mata wang Ringgit Melaysia dan
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

KOMPONEN 1 : PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID.


Pengetahuan sedia ada murid:
Pengajaran 1: Murid mengetahui operasi tambah , melibatkan nombor bulat dan perpuluhan
Pelan mencungkil idea:
Pelajaran 1: sekiranya wang saku murid A ditambah dengan wang saku murid B. Berapakah
jumlah wang saku kedua-dua murid

Contoh: RM 3 260 + RM 480 = RM 3 740


RM 3 260
+ RM 480
RM3 740
Idea/objektif utama yang mungkin sukar dicapai.
Pelajaran 1 : kekeliruan meletakkan untuk perpuluhan dalam bentuk lazim
Miskonsep yang mungkin wuujud dan konsep tepatnya.
Pelajaran 1: Murid tidak menukarkan wang dalam unit sen kepada RM terlebih dahulu

Contoh : RM 109 + 75 sen


RM 109

18

75 sen
RM 184 sen

Sepatutnya
RM 109.00
+ RM

0.75

RM 109.75

KOMPONEN 2: ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN


Hasil pembelajaran: Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
Pelajaran 2: Jumlah wang ialah hasil tambah wang

Jumlah nilai wang bagi gabungan beberapa keping wang kertas atau syiling atau
kedua-duanya dapat dicari dengan menambah kesemua wang tersebut.

Bagi operasi + yang melibatkan wang titik perpuluhan yang mengasingkan ringgit dan
sen perlu disusun dalam satu garis yang tegak apabila menambah wang dalam bentuk
lazim.

Untuk menyelesaikan masalah harian melibatkan wang langkah-langkah ialah


a. Mengumpul maklumat
b. Menentukan cara penyelesaian
c. Menulis ayat matematik dan mengira
d. Menyemak jawapan

Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan


Pelajaran 1 : Pengiraan dalam bentuk lazim dilakukan dari kanan ke kiri
RM 3 260 + RM 480 = RM 3 740
RM 3 260
+RM

4 80

RM 3 740

Senarai istilah/ konsep/prinsip/hukum/teori

19
Pelajaran 1: Jumlah, tambah, pengumpulan semula,nombor
bulat, perpuluhan

KONPONEN 3: KEADAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pelajaran 1:
Fasa 1 : Mencungkil idea, mencongak, soal jawap lisan
Fasa 2 : Penerangan kemahiran dan tunjuk cara
Fasa 3 : Menjawab soalan secara individu
Fasa 4 : Soalan lisan, refleksi pembelajaran

4.0

RUMUSAN

20

Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di
samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik perlu memaparkan
sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kraetif, inovatif, konstruktif, rasional dan
bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan
pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan
tentang isi kandungan kaedah mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (Psikologi)
mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para pendidik matematik. Pelbagai aktivit dan strategi
digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran, membuat interpretasi,
analisis, sintesis, penilaian, kesimpulan serta membuat keputusan dan menyelesaian masalah.
Oleh itu, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia awal
persekolahan adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi kehidupan dan
maasa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan kognitif
merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak dan
ianya sering dikaitan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Sekaligus melibatkan
perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara
individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya
Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam perdidikan awal
kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Selain
itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logik matematik melalui manipulasi abjek secara
konkrit

dan

memperkembangkan

sikap

ingin

tahu

dan

suka

menyiasat

serta

memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanak-kanak


tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar
dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka bagi
meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
Di sekolah rendah, murid didedahkan dengan asas kemahiran dalam pengurusan
kewangan agar dapat menggunakan kemahiran ini bila mereka berada di sekolah menengah,
perkara yang lebih kompleks akan diajar. Maka, sebagai seorang guru adalah menjadi
tanggungjawab untuk mengenalpasti masalah atau cabaran serta sentiasa berusaha mencari
kaedah, teknik dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham dan tidak menghadapi
kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi topik wang di mana ini
seterusnya dapat memupuk murid agar bersifat berjimat cermat dalam berbelanja, penyayang

dengan menderma kepada yang memerlukan, berkerjasama, yakin, jujur dan sebagainya.
Dengan ini, diharap dapat mendidik dan memantapkan penguasaan murid dalam penggunaan
dan pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar seterusnya membentuk masyarakat yang
bahagian, bermatlamat dan meningkatkan kemajuan kepada negara kita.

21

5.0

RUJUKAN

22

Charles, R, dan Lester, F. (1982). Teaching prooblem solving: What, why and how.
Pala Alto: Dale Seymour Publications.
Cronbach, L. J (1955). The Meening of Problems. In J.M. Seidman (Ed), Reading in
Educationl Psychology (pp. 193-201). Boston: Houghton Mifflin Co.
Rulik, S, and Rudnick, J,A (1989). Problem Solving: A handbook for seninior high
school teachers Massachusetts: Allyn and Bacon.
Lau, N. K, Hwa, T.y, Lau, S.H, and limok, S. (2003). The thinking processes of
mathematics.
Lester f.k (1975)mathematical problem solving in he elementary school:some
eduational and spychological considerations in mathematical problem solving. Columbus,
ohio:eric
Lester f. K., masingila, j.o., mau, s. T., lambdin, d. V., dos santon, v. M. And raymond,
a. M.(1994). Learning how to teach via problem solving.
In D. Aichele, and Coxford, A. (Eds.) Professional Development for Teachers of
Mathematics (pp. 152-166). Reston, virgina:NCTM.
Mayer, R. E (1983). Thinking, problem solving, cognition. Newyork: Freeman
National Council of Teacher of mathematics. (2000). Principles and standars for school
mathematics. Reston, VA: NCTM.
Noor Azlan, A. Z. And Lui, L. N. (2002). Evalautinh the levels of problem solving
abilities in mathematics. Retrieved on June 3, 2004, from htt://www.math. Unipa,
it/~grim/Jzanlinam.pdf.
Polya, g. (1973). How to solve it. Princeton: Princenton University Press Schoenfeld,
A. H.(1985). Mathematical Problem Solving. San Diego: Academic Press Inc.
Nik Azis Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.
Kuala Lumpur. DBP
Nik Azis Nik Pa (1996) Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR
dan KBSM: Kuala Lumpur: DBP
PPK (1982): Buku Panduan Khas: Program
23 Pemulihan. KPM

Shaharir Mohammad Zain (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


Universiti di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan
Matematik: UKM
Sobel, M.A and Maletsky, E.M.(1972). Teaching Mathematics: A Sourcebook of Aids,
Activities, and Strategis, Prentice Hall: New Jersey.

http://www.eraconsumer.org/eraconsumer/images/stories/pdf/p
df_20111010_BM.pdf
http://gambit283.blogspot.com/2013/04/tugasan-hbmt1203buku-kerja-matematik.html
https://docs.google.com/document/d/1l8o3mWgHApHhKjMz6KBkz9AKEZjcUz9OrezwnX_Kyg/edit?
hl=en&pli=1
http://www.duitsaku.com/pdf/duitsaku_lesson_plan_primary.pdf
http://www.eraconsumer.org/eraconsumer/images/stories/pdf/p
df_20111010_BM.pdf

24

Anda mungkin juga menyukai