Anda di halaman 1dari 35

BAB 1

FALSAFAH PEMBANGUNAN
SAHSIAH

Definisi Falsafah
Falsafah atau dalam bahasa Inggerisnya
philosophy bermakna cinta akan
kebijaksanaan dan kebenaran (love of wisdom
and truth) - Suffean Hussein (2008)

Siapa Ahli Falsafah ?


Ahli Falsafah memberikan interpretasi
komprehensif tentang ilmu dan kebenaran,
sifat manusia dan hubungannya dengan alam
semesta; nilai mutakhir segala kejadian oleh
Yang Maha Pencipta; erti kehidupan,
kesedaran manusia; kebebasan manusia dan
pengertian nilai-nilai etika dan estetika.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Empat unsur penting dalam falsafah
pendidikan kebangsaan (Omar Abdull Kareem
2011):

1.
2.
3.
4.

Proses
Matlamat
Dasar
Hasil

Unsur Proses
Unsur proses dilihat berdasarkan pernyataan
Pendidikan di Malaysia sebagai suatu usaha
yang berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu

Unsur Matlamat
Unsur matlamat yang dapat dikesan melalui
pernyataan untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani

Unsur Dasar
Unsur dasar dilihat kepada pernyataan
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan

Unsur Hasil
Unsur hasil merujuk kepada usaha melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Guru


Mengandungi 9 Perkara yang membentuk
amalan profesionalisme guru :
1. Berpekerti mulia
2. Berpandangan progresif dan saintifik
3. Bersedia menjunjung aspirasi Negara
4. Menyanjung warisan kebudayaan Negara

Falsafah Pendidikan Guru


5. Menjamin perkembangan individu
6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Menginsafi Bahawa
Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah
sekadar mengurus program-program latihan,
tetapi lebih penting daripada itu, iaitu
mengendalikan sebuah proses pendidikan ke
arah pembinaan dan pengukuhan sebuah
peradaban, sama ada secara ketara
ataupuntersirat;

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan
kepada kesinambungan sebuah tradisi
pendidikan perguruan yang berusia lebih
lapan dekad dengan kebitaraan dan
kecemerlangannya yang tersendiri;

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam
sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi
tempoh hampir satu abad, hendaklah juga
menginsafi hakikat yang ia harus terus hidup
dalam seni perubahan yang semakin pesat
dalam era ini.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Maka
Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan
bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang
mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah
menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk
mendidik pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota
masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri
berikut;

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas
kesucian ilmu dan pengetahuan, kebijaksanaan dan
berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan
bertata laku mulia;
Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat
dan liberal serta bersifat celik budaya, celik agama
dan celik global.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota
masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya,
berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan
rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri
sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri
sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada
masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan
tertinggi ke atas Keimanan, Keilmuan,
Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan,
Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Dalam
mendekati matlamat falsafah ini, Universiti
menitikberatkan Kecemerlangan dalam setiap
bidang aktivitinya.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris


Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi
ke atas

Keimanan,
Keilmuan,
Kebudayaan,
Ketamadunan,
Kemanusiaan,
Kemasyarakatan dan
Kenegaraan.

Falsafah Universiti dalam Memenuhi


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Universiti bukan hanya (sekadar) bangunannya, bukan
hanya kenyataan zahirnya. Sesungguhnya, dalam
sejarah mana pun, pengajar-pengajar dan gurugurunya yang belajar daripada mereka adalah unsur
utama kewujudan universiti. Jadi cemerlang atau
tidak universiti itu bergantung kepada ilmu
pengetahuan dan pengenalan yang ada pada diri
guru-gurunya masing-masing. Sekiranya ilmu yang
ada pada guru itu tidak betul-betul matang serta
mendalam, maka tentu sahaja taraf universiti itu
tidak cemerlang.

Falsafah Universiti dalam Memenuhi


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Tegas Syed Muhammad Naguib (1988)
menggambarkan kecemerlangan universiti
terletak kepada ketinggian ilmu dan ekosistem
intelektual yang terbentuk hasil daripada
kualiti akademik yang mantap dengan
mengutamakan kepentingan budaya ilmu.

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan
Orang baik adalah orang yang insaf sepenuhnya
tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak; yang
memahami dan menyelenggarakan penunaian
keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam
masyarakatnya; yang terus berupaya meningkatkan
setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan
sebagai insan beradab (Syed Muhammad Naguib AlAttas 1973).

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan
Individu yang beradab adalah individu yang
mempunyai sahsiah yang cemerlang. Wan
Mohd. Nor (2005) menekankan bahawa adab
mempunyai hubungkait dengan kebijaksanaan
(hikmah), keadilan (adl) dan kebenaran
(haqq). Oleh sebab itu, pendidikan sangat
penting untuk membentuk akhlak dan sahsiah
manusia

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan
Tujuan mencari ilmu adalah untuk menanamkan
kebaikan atau pun keadilan dalam diri manusia
sebagai seorang manusia dan individu, bukan hanya
sebagai seorang warganegara atau pun anggota
masyarakat. Yang perlu ditekankan (dalam
pendidikan) adalah nilai manusia sebagai manusia
sejati, sebagai warga kota, sebagai warganegara
kerajaannya yang mikro, sebagai sesuatu yang
bersifat spiritual, (dengan demikian yang ditekankan
itu) bukanlah nilai manusia sebagai entiti fizik yang
diukur dalam konteks pragmatis dan utilitarian
berdasarkan kegunaannya kepada negara,
masyarakat dan dunia (Syed Muhammad Naguib AlAttas 1978).

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan
Rumusannya, dalam membangunkan sahsiah insan,
semua pihak harus bekerjasama. Pemahaman yang
jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
sangat penting. Selain itu, penghayatan dan
pengaplikasian semua tuntutan boleh melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berupaya mencapai kesejahteraan diri.

Falsafah Pembangunan Sahsiah


1. Sahsiah berasal daripada bahasa Arab yang
membawa maksud keperibadian atau
peibadi (Kamus Dewan 1994).
2. Sahsiah juga dikenali sebagai personaliti,
manakala daripada perspektif Islam,
personaliti merujuk kepada akhlak yang
positif dan akhlak yang negatif (Fariza & et al,
dlm. Fariza Md Sham 2013).

Falsafah Pembangunan Sahsiah


1. Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti yang
merujuk kepada tret yang mencirikan peribadi
orang berkenaan.
2. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu
yang membezakannya daripada orang lain.
3. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan,
harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi
pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang.

Falsafah Pembangunan Sahsiah


4. Sahsiah terdiri daripada beberapa aspek yang
melibatkan perbezaan perlakuan seseorang dengan
orang lain iaitu berdasarkan kepercayaan, budaya,
tret fizikal dan perbezaan keupayaan, kekuatan dan
kematangan berfikir.
5. Sebagai guru, mereka haruslah memiliki sahsiah
yang cemerlang merangkumi semua aspek iaitu
jasmani, rohani, naluri dan akal individu.

Falsafah Pembangunan Sahsiah


Pembangunan sahsiah manusia berdasarkan
al-Ghazali (1988) terbahagi kepada empat
komponen iaitu qalbu, nafsu, akal dan rohani.

Komponen qalbu merujuk kepada proses


untuk menerima hidayah dan penerangan
intuitif.

Falsafah Pembangunan Sahsiah


Nafsu pula berfungsi untuk mengurus dan mentadbir
jasad anggota manusia, mempunyai daya dorongan,
tempat fokus daya syahwat dan marah.
Akal adalah komponen yang terlibat dalam proses
persepsi, pemahaman dan pembinaan ilmu.
Rohani pula adalah entiti abstrak yang membezakan
manusia dengan makhluk yang lain.

Falsafah Pembangunan Sahsiah


Dalam menjamin sesuatu falsafah itu terlaksana,
pendekatan bersepadu (integratif) harus
direalisasikan.
Kehidupan yang berkesan adalah gabungan antara
unsur duniawi dan ukhrawi.
Kehidupan akan menjadi bermasalah apabila adanya
pengasingan antara dunia dan akhirat yang di sebut
sebagai sekular.

Integrasi Falsafah

Falsafah
Pembanguna
n Sahsiah

RUMUSAN
Melalui kefahaman tentang falsafah
pembangunan sahsiah berupaya:
1. Melahirkan guru yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab.
2. Memiliki personaliti unggul (towering
personality) yang akan dapat merealisasikan
aspirasi negara.
3. Memberi sumbangan kepada keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara sebagai pendidik.

Anda mungkin juga menyukai