Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PERKARA RUKUN DENGAN

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT MELALUI PENDEKATAN


PERMAINAN MONOPOLI.
Oleh:
Norhaya Isa
Tuan Rozaimi Tuan Rani
Norazman Mohaimin
Rokiah Mohamed
SK Seri Machap,
86200 Simpang Renggam, Kluang,
Johor.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat
membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat dalam
kalangan murid-murid Tahun 4 Bijak. Kemahiran membezakan antara perkara
rukun dengan perkara sunat ini penting bagi mendapatkan solat yang betul dan
berkualiti. Kajian ini telah saya jalankan terhadap lima orang murid. Tinjauan
awal dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, kerja rumah dan
ujian pra. Hasil dapatan awal menunjukkan ramai murid yang tidak boleh
menguasai kemahiran mengingati dan menghafal khususnya pada tajuk yang
difokuskan. Mereka agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua perkara
tersebut. Berdasarkan analisis, masalah utama mereka ialah keliru, ragu-ragu,
malas dan tidak menunaikan solat di rumah. Kelas bimbingan telah pun dibuat,
saya telah memperkenalkan satu kaedah permainan iaitu MONOPOLI SOLAT.
Murid diberi bimbingan selama 3 minggu. Terdapat peningkatan melalui program
ini. Terdapat perbezaan antara ujian pra dengan ujian pos. Melalui ujian yang
dilaksanakan berlaku satu peningkatan yang cukup memberangsangkan.
Kesannya murid dapat membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat
dengan baik seterusnya mengenali 2 perkara tersebut.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Solat atau sembahyang merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian umat
Islam bagi melahirkan generasi yang bertakwa. Namun, sudah beberapa tahun saya
menghadapi situasi murid-murid yang tidak menjadikan solat sebagai agenda penting
dalam kehidupan mereka . Sekiranya ada, hanyalah murid-murid yang kedua ibu bapa
mereka mementingkan didikan agama. Menjadi amalan seharian saya, sewaktu masuk
ke kelas, saya akan bertanya mengenai solat subuh mereka. Hanya beberapa orang
murid sahaja yang mengaku melakukan solat tersebut. Rupa-rupanya mereka tidak solat
subuh kerana tidak boleh membaca doa qunut, sedangkan doa qunut adalah perkara
sunat, sekiranya tidak dilakukan, solat masih sah. Tahulah saya bahawa murid-murid ini
tidak memahami konsep solat sepenuhnya. Mereka sekadar tahu menunaikan solat tetapi
tidak mengetahui konsep yang terkandung dalam solat itu. Mereka tidak dapat
membezakan antara perkara rukun (iaitu perkara yang wajib ada) dengan perkara sunat
(perkara yang diberi pilihan untuk melakukannya).
Melalui pengamatan saya, masalah ini berpunca daripada sikap ragu-ragu, keliru, cepat
lupa dan malas. Manakala beberapa orang murid pula berpendapat setiap perbuatan solat
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

adalah sama menyebabkan timbul rasa keliru dalam membezakan kedua-dua perkara
tersebut. Melalui pemerhatian daripada kerja rumah yang diberi, terdapat 5 orang murid
tidak boleh menguasai kemahiran ini, sedangkan pengetahuan mengenai solat amat
penting bagi menjamin solat yang berkualiti.
Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan kemahiran mengingat dan
menghafal, sedangkan amalan ini amat membosankan, khususnya bagi murid yang
lemah. Justeru, saya cuba mengetengahkan kajian ini dengan menggunakan satu kaedah
yang membolehkan mereka mengingati dan menghafal dengan cara mudah tetapi
berkesan. Saya berusaha untuk mengubah corak pelaziman P&P saya yang mungkin
membosankan murid dengan cara yang lebih menarik, di samping mampu menarik minat
murid dengan memberi keseronokan sewaktu belajar. Saya cuba membawa murid
mengenali sebuah permainan yang mengambil sebahagian konsep permainan monopoli
dan saya padankan dengan meninggalkan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat.
2.0

FOKUS KAJIAN.

Kajian ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran membezakan antara perkara rukun
dengan perkara sunat dalam solat. Secara tidak langsung sasaran dapat mengenal pasti
sekiranya meninggalkan perkara rukun, maka solat menjadi tidak sah. Manakala berbeza
dengan perkara sunat. Sekiranya tidak dilakukan, solat masih dianggap sah.
Oleh itu sekiranya murid tidak dapat membezakan antara kedua-duanya, maka ini akan
menimbulkan masalah kepada murid dalam melaksanakan solat seharian. Dikhuatiri jika
mereka meninggalkan salah satu daripada perkara rukun yang dianggap sebagai perkara
sunat, maka sembahyang tidak sah atau terbatal.
Justeru itu, saya menggunakan satu pendekatan yang berbentuk permainan bagi menarik
minat murid-murid saya. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini sukakan sesuatu yang
berbeza daripada biasa. Saya mengunakan kaedah membezakan kedua-dua perkara ini
melalui permainan Monopoli Solat.
3.0

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
3.1

OBJEKTIF AM.
Meningkatkan kemahiran membezakan perkara rukun dengan perkara
sunat dalam solat melalui pendekatan permainan monopoli.

3.2

OBJEKTIF KHUSUS.
Secara khususnya, kajian tindakan ini dapat:
3.2.1 Murid boleh mengenal pasti perkara rukun dalam solat.
3.2.2 Murid boleh mengenal pasti perkara sunat dalam solat.
3.2.3 Murid dapat menunaikan solat dengan sempurna.
3.2.4 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 Bijak yang didapati amat
lemah dalam membezakan perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat. Murid-murid
ini telah dikenal pasti melalui beberapa pendekatan yang telah dijalankan.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

TINJAUAN MASALAH
5.1.1 Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah pemerhatian dalam kelas semasa P&P
berjalan. Saya memerhatikan gerak laku serta maklum balas yang
diberikan semasa sesi P&P berlangsung. Kumpulan sasaran ini juga
dilihat melalui pemeriksaan buku tulis, kerja rumah dan ujian pra.
5.1.2 Temu bual.
Saya turut menggunakan kaedah temu bual dan dilakukan secara tidak
formal. Secara tidak langsung penyelidik dapat mengesan punca sebenar
murid tidak dapat menguasai kemahiran menghafal dan mengingati,
seterusnya tidak dapat membezakan antara perkara rukun dengan sunat.
5.1.3 Soal selidik.
Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk diisi secara jujur dan
telus. Murid diberi pilihan jawapan mengapa mereka tidak dapat
menguasai kemahiran membezakan antara dua perkara tersebut.
5.1.4 Ujian pra
Ujian Pra dilakukan untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam
tajuk : Membezakan Antara Perkara Rukun dan Perkara Sunat
dalam Solat. Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula.

5.2

ANALISA TINJAUAN MASALAH.


5.2.1 Pemerhatian.
Melalui pemerhatian saya sewaktu proses P&P, didapati kaedah
mengingati dan menghafal menjadi masalah kepada sebahagian murid
tahun 4 Bijak ini. Apabila saya mengutarakan beberapa soalan yang
berkaitan tajuk, mereka seperti keliru dan ragu-ragu untuk membezakan
antara perkara rukun dengan perkara sunat. Mereka seperti sukar
mengingati isi pelajaran, secara tidak langsung menjadikan mereka
kurang minat untuk belajar.
5.2.2

Temu bual

Soalan/
murid

Jadual 1 : Analisis Hasil Temu Bual


Suka
Sembahyang
Tahu erti
Pendidikan
5 waktu
rukun
Islam
dan sunat
100 %( 5 )

20%( 1 )

0%( 5 )

Tahu beza
antara
rukun dan
sunat
0% ( 5 )

Berdasarkan Jadual 1 di atas, 100% murid tersebut amat berminat belajar


matapelajaran Pendidikan Islam. Hanya seorang murid (20 %) yang
melakukan solat secara lengkap. Manakala tidak seorang pun yang
mengetahui erti rukun dan sunat dengan betul, begitu juga dengan
membezakan antara perkara rukun dengan sunat.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.2. 3

Soal selidik

Jadual 2 : Soal Selidik Berkaitan Membezakan Perkara Rukun dan Perkara Sunat
%
KUMPULAN SASARAN
PERKARA
Bil
%
%
Setuju
Tidak Setuju
100%( 5 )
0% ( 5 )
1. Minat Matapelajaran Pendidikan Islam
60% ( 3 )
40%( 2 )
2. Tidak Tahu
20% ( 1 )
80%( 4 )
3. Tidak menghafal
80% ( 4 )
20%( 1 )
4. Terlupa
80% ( 4 )
20%( 1 )
5. Keliru
Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat 3 orang murid (60%) yang tidak
tahu adanya perbezaan antara perkara rukun dengan perkara sunat
dalam solat. Seorang murid (20%) saja yang tidak berminat untuk
menghafalnya. Terdapat seramai 4 orang (80%) yang mudah terlupa
untuk mengingati perkara perkara rukun dengan perkara-perkara sunat.
4 orang (80%) pula agak keliru untuk membezakan kedua-dua perkara
tersebut.
5.2.4

Ujian Pra.

Jadual 3 : Pencapaian Murid dalam Ujian Pra


GRED
BILANGAN MURID
A ( 80-100 )
3
B ( 60 79 )
19
C ( 40 59 )
15
2
D ( 20 39 )
3
E ( 0 19 )
32
JUMLAH
Ujian pra dijalankan kepada semua murid tahun 4 Bijak setelah
menjalankan 3 kali latihan berkenaan tajuk ini.
Berdasarkan Jadual 3, didapati 5 orang murid masih tidak dapat
mengingati perkara rukun dan perkara sunat dalam solat dengan baik.
(berada dalam gred D dan E ).
Murid-murid ini dikelaskan sebagai murid yang lemah dan tidak dapat
mengingat dan membezakan dengan baik. Walaupun jumlahnya tidak
ramai, namun memberi kesan sekiranya tidak diambil perhatian dan
tindakan, memandangkan solat merupakan elemen penting dalam
kehidupan sepanjang hayat.
5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN.


5.3.1

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Sebanyak 4 aktiviti telah dirancang bagi membantu kumpulan
sasaran ini. Aktiviti tersebut ialah:

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

i)

ii)

iii)

Aktiviti 2
Bermain dengan Monopoli Solat.
Menyebut perkara yang terkandung dipetak berhenti.
Murid diberi satu set soalan yang mengandungi 20
soalan.(soalan yang sama tetapi diubah kedudukan
nombor soalan ) dan dijadikan Latihan 2.

Aktiviti 3
Bermain dengan Monopoli Solat.
Tunjuk cara perbuatan solat dipetak berhenti.
Murid diberi satu set soalan yang mengandungi 20 soalan
(soalan yang sama tetapi diubah kedudukan nombor
soalan) dan dijadikan Latihan 3

Aktiviti 4
Nyanyian.
Kenalpasti perkara rukun dan perkara sunat melalui
perbuatan rakan.

iv)

5.4

Aktiviti 1.
Menggunakan pendekatan belajar dan bermain dalam
satu masa.
Permainan ini dilaksanakan dengan mengambil
sebahagian konsep permainan monopoli dan dipadankan
dengan sekiranya meninggalkan perkara rukun dan
sunat dalam solat
Murid diberi satu set soalan yang mengandungi 20 soalan
di dalamnya (soalan yang sama dengan ujian pra tetapi
diubah kedudukan nombor soalan) dan dijadikan Latihan
1. Soalan adalah berkaitan dengan membezakan perkara
rukun dengan perkara sunat dalam solat.

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN


5.4.1

Aktiviti 1 ( Permainan MONOPOLI SOLAT )


a.
Murid-murid didedahkan dengan teknik permainan
Monopoli Solat selama 3 minggu. Dijalankan pada setiap
hari Isnin hingga Khamis selama sejam.
b.
Menjawab soalan membezakan perkara rukun dengan
sunat dalam solat.
c.
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dapat
ditunjukkan seperti berikut:

LANGKAH

AKTIVITI

Langkah 1

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai solat dan


sejauh mana mereka memahami perbezaan antara rukun
dan sunat.

Langkah 2

Guru mengedarkan set permainan Monopoli Solat.Guru


menerangkan cara bermain.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

CARA BERMAIN MONOPOLI SOLAT


Semua peserta melontar buah dadu secara
bergilir. Sesiapa yang mendapat bilangan
terbanyak akan memulakan permainan.
Sewaktu bermain, sekiranya ada pemain yang
berhenti dipetak meninggalkan rukun solat
(merah), maka pemain tersebut dikehendaki turun
ke petak MULA.Ini kerana pemain tersebut telah
meninggalkan rukun solat, solat tidak sah dan
perlu diulang semula.Sekiranya pemain berhenti
dipetak meninggalkan perkara sunat (hijau)maka
pemain
tersebut
boleh
meneruskan
permainannya. Ini kerana, sekiranya pemain
meninggalkan perkara sunat, solat masih lagi sah
dan boleh diteruskan.
Sekiranya berhenti dipetak KEPUTUSAN, pemain
tersebut hendaklah mengambil kad keputusan dan
mengikut arahan yang diberikan.
Pemain yang berjaya ke petak akhir dikira sebagai
pemenang / memonopoli atau menguasai solat.
Boleh dimain lebih daripada seorang.
ARAHAN KAD KEPUTUSAN

Sebutkan 3 rukun solat yang kamu tahu.


Sebutkan 2 dari perkara sunat.
Bacakan niat solat subuh.
Bacakan bacaan al-Fatihah

Guru sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang


tidak dapat bermain dengan baik.
Murid mula bermain hingga tamat.

Langkah 3

Pengukuhan dengan nyanyian.


Menjawab soalan.

Langkah 4

Murid diingatkan agar menjaga solat dengan baik.


(Penutup)

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Rajah 1 : Papan Permainan Monopoli Solat


24
KEPUTUSAN

23
Tidak
Membaca
Tahiyat Awal

22

21
Tidak duduk
Tahiyat Awal

20

18
Meninggalkan Sujud

25
26
Tidak duduk
Tahiyat Akhir

27
28
Tidak Membaca
Tahiyat Akhir

Monopoli
Solat

30
Tidak Membaca
Selawat

16
Meninggalkan Iktidal
15
Meninggalkan Ruku

KEPUTUSAN
13
Tidak Membaca
Surah

RUKUN

31
Sujud Sahwi

12

32

11
Tidak Membaca
Amin selepas
Fatihah
10
Tidak Membaca Al
Fatihah

TERUSKAN
SUNAT

33
KEPUTUSAN
34
Tidak Memberi
Salam

9
Tidak Membaca Doa
Qunut

35

8
7
Tidak mengangkat
Takbiratul
Ihram

36
37
Tidak Tertib

6
1
Tidak Berniat
2

MULA

17

14

KEMBALI
KE PETAK
MULA

29

TAMAT

19
Tidak duduk
diantara 2 sujud

3
Tidak berdiri
dengan betul (yg
berupaya)

4
Terlupa
Doa Iftitah

5
KEPUTUSAN

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.4.2

i.

Pemerhatian
Berdasarkan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini
menunjukkan minat kerana mereka belajar dengan kaedah yang
menarik. Mereka beranggapan permainan tersebut seperti satu
pertandingan. Mereka berlumba-lumba agar dapat menghabiskan
permainan berbanding kawan-kawan lain. Mereka sangat
gembira, tambahan pula ada rakan-rakan yang terpaksa turun ke
petak MULA setelah melalui petak-petak tertentu.

ii.

Refleksi
Saya merasakan pendekatan belajar sambil bermain boleh
merangsang minat murid seterusnya boleh membezakan antara
perkara rukun dengan perkara sunat. Mereka bermain dalam
suasana ceria dan harmonis. Walaupun ada ketikanya beberapa
orang murid terpaksa berpatah ke petak asal, namun mereka
tetap mempunyai daya saing yang tinggi untuk memonopoli
permainan tersebut. Mereka seperti tidak sabar untuk melalui
kotak KEPUTUSAN bagi mengetahui apakah perkara yang
akan mereka lakukan. Hasil dari latihan 1 (31 Mac 2005) pada
aktiviti 1, menampakkan masih banyak lagi kelemahan murid
yang perlu diperbaiki. Sasaran belum dapat membezakan dan
memahami konsep rukun dan sunat. Saya merumuskan bahawa
mereka bermain dengan gembira hanya berpandukan warna
pada petak berhenti. Namun, terdapat juga peningkatan dalam
ujian ini berbanding dengan ujian pra yang lalu. Kesemua murid
masih tidak dapat menjawab dengan betul bagi semua soalan.

Aktiviti 2.
Hasil aktiviti 1 kurang memberangsangkan, saya menjalankan Aktiviti 2
bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid. Langkah-langkah Aktiviti 2
adalah seperti berikut:
a.
Permainan MONOPOLI SOLAT.
b.
Murid dikehendaki menyebut perkara rukun atau sunat pada
petak berhenti.
c.
Murid menjawab soalan
i.

Pemerhatian
Murid dikehendaki bermain MONOPOLI SOLAT dengan satu
aktiviti tambahan. Mereka dikehendaki menyebut perbuatan yang
terdapat di kotak berhenti. Nampak lebih meriah dan
menyeronokkan. Mereka bersungguh-sungguh untuk menyebut
dan yang paling penting memberikan jawapan yang betul dan
tepat. Sewaktu ujian diberi mereka bersemangat untuk menjawab.
Dalam pemerhatian saya, murid murid ini agak lebih yakin
kerana mereka sudah dapat memahami konsep rukun dan sunat.
Melalui latihan 2 yang diberi, masih ada lagi murid-murid lemah
yang perlu dibimbing. Mereka masih lagi tidak berjaya menjawab
kesemua soalan seperti yang saya sasarkan.Namun demikian
terdapat peningkatan dalam ujian tersebut. Ujian ini dijalankan
setiap 2 kali selepas sesi rawatan, bertujuan untuk mengukuhkan
lagi pemahaman murid.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

ii.

5.4.3

5.4.4

Refleksi
Saya mendapati terdapatnya perubahan dalam pencapaian
latihan 2 (5 April 2005) ini, walaupun peningkatannya tidak seperti
yang saya harapkan, namun telah memberi impak yang baik.
Saya agak berpuas hati kerana murid-murid tersebut sudah mula
memahami serba sedikit konsep rukun dan sunat serta permainan
yang saya jalankan. Teknik latih tubi menyebut perbuatan dalam
solat banyak membantu mereka mengingati kedua-dua perkara
tersebut di samping keseronokan bermain.

Aktiviti 3
a.
Permainan MONOPOLI SOLAT
Murid dikehendaki melakukan perbuatan solat yang terkandung
dipetak berhenti.
b.
Murid menjawab soalan.
i

Pemerhatian.
Kumpulan sasaran ini nampak lebih bersemangat untuk
menjalankan aktiviti ini. Melalui pemerhatian saya, mereka sudah
tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mereka lebih bersemangat,
berlumba-lumba dan dapat membantu rakan-rakan dalam
menyebut perbuatan rukun dan sunat sewaktu melakukan aktiviti
tersebut.Ini lebih memudahkan proses memahami apa yang
diajar. Menjawab latihan dengan bersungguh-sungguh.

ii

Refleksi
Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini. Terdapat
peningkatan yang cukup memuaskan jika dibandingkan dengan
latihan 3 yang lepas. Mengikut pencapaian Latihan 3 (11 April
2005) yang telah dijalankan, 2 orang murid hampir berjaya
menjawab semua. Mereka juga sudah mula yakin untuk
melakukan aktiviti ini. Terdapat murid yang membantu rakanrakan. Mereka telah berjaya melakukan perbuatan solat pada
petak berhenti dengan betul. Ini membuktikan mereka sudah
menguasai hampir semua perkara rukun dan sunat. Saya perlu
mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid ini agar mereka dapat
mencapai tahap kefahaman yang saya tetapkan.

Aktiviti 4.
a.
Nyanyian. (Mari Kita Solat)
b.
Menamakan perbuatan yang dibuat oleh rakan.
i.

Pemerhatian
Murid-murid sangat gembira, benarlah, kanak-kanak sukakan
sesuatu yang berbeza. Mereka dapat menghafal lagu dengan
baik. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid ini telah
berjaya menjawab dan menamakan perbuatan yang dilakonkan
oleh rakan mereka dengan betul. Di antara mereka ada yang
menjawab dengan pantas. Hanya seorang murid yang masih
dianggap lemah, namun berjaya menjawab semua soalan dengan
tepat dengan bantuan fasilitator. Mereka berdaya saing untuk
menjawab dengan lebih pantas dan mendahului rakan yang lain.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

ii.

5.4.5

Refleksi
Semestinya saya amat gembira, murid-murid ini telah menguasai
kemahiran membezakan antara perkara rukun dengan perkara
sunat dengan baik sekali, malah mereka juga sudah mengenal
pasti kedua-duanya sekali. Di akhir aktiviti saya meminta seorang
daripada rakan mereka melakukan perbuatan rukun ataupun
sunat di samping saya menyoal setiap daripada mereka. Ini
bertujuan untuk mengesan sejauh mana mereka mengenali
perbuatan rukun atau sunat. Mereka berjaya menyebut nama
perbuatan tersebut dengan betul. Saya amat bimbang sekiranya
murid-murid ini sekadar menghafal tetapi tidak dapat membeza
dan mengenali perbuatan rukun atau sunat. Kebimbangan saya
berakhir apabila melihatkan situasi ini. Saya merasakan kaedah
latih tubi yang baik, menarik dan berterusan, boleh membantu
murid menguasai dan mengatasi masalah ini.

Ujian Pos
Sebagai penilaian akhir bagi mengesan keberkesanan kaedah dan aktiviti
yang telah dijalankan, satu ujian pos telah dibuat. Item ujian adalah sama
seperti ujian pra. Murid dikehendaki menjawab 20 soalan yang
membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat.Di dalam ujian
ini, semua murid telah berjaya menjawab semua soalan dengan tepat.
Jadual 4 : Perbandingan Pencapaian Murid Ujian Pra dan Ujian Pos
BILANGAN MURID KUMPULAN SASARAN
GRED
UJIAN PRA
UJIAN POS
5
A ( 80- 100 )
B ( 60 79 )
C ( 40 59 )
2
D ( 20 39 )
3
E ( 0 29 )
JUMLAH
5
5
Berdasarkan Jadual 4, terdapatnya peningkatan dalam Ujian Pos. Semua
murid telah berjaya menjawab semua soalan berbanding ujian pra yang
lalu.

5.5

Refleksi Keseluruhan

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, berlakunya satu peningkatan yang cukup
baik hasil dari kajian tindakan yang dijalankan. Hasil dapatan daripada kajian ini telah
menunjukkan berlakunya peningkatan murid dalam ujian pos.
Jadual 5 : Pencapaian Individu Murid Sasaran Melalui Ujian Pra, Ujian 1, Ujian 2,
Ujian 3 dan Ujian Pos.
PENCAPAIAN MURID SASARAN
NAMA MURID
Bil
PRA
LAT. 1
LAT. 2
LAT. 3
POS
MURID A
3
20
1.
9
17
18
MURID B
3
20
2.
7
16
19
MURID C
2
20
3.
7
13
17
MURID D
2
20
4.
6
12
18
MURID E
2
20
5.
4
8
15
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

10

Berdasarkan Jadual 5, terdapatnya peningkatan pencapaian individu dalam menguasai


kemahiran membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat. Terdapat perbezaan
yang jelas hasil dapatan dari ujian pra,ujian 1, ujian 2, ujian 3 dan ujian pos.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kesemua aktiviti dapat dijalankan dengan baik.
Permainan tersebut dapat dilaksanakan dalam keadaan yang ceria dan harmoni. Murid
amat gembira dan masing-masing bersaing untuk menguasai permainan namun dalam
keadaan berdisiplin dan terkawal. Ini bersesuaian dengan naluri semulajadi kanak-kanak
yang sangat cenderung sukakan permainan. Selain merangsang minda murid yang
lemah, mereka dapat menguasai kemahiran dalam tempoh masa yang lebih minima dari
cara belajar biasa dan tidak tertekan.
Kesemua aktiviti tersebut mempunyai kesinambungan bagi mendapatkan hasil yang baik
untuk murid memahami dan membezakan perkara rukun dengan perkara sunat. Melalui
aktiviti 1, murid hanya bermain dengan warna, tanpa memahami konsep rukun dan solat
dengan sempurna. Namun, ada peningkatan hasil daripada latih tubi bermain. Seterusnya,
dalam aktiviti 2, mereka diminta untuk menyebut apakah perbuatan yang tertulis dikotak
berhenti. Secara tidak langsung, mereka bertutur dan berfikir serta memahami pengertian
rukun dan sunat. Manakala melalui aktiviti 3, murid dikehendaki menunjukkan perbuatan
solat (amali) dipetak berhenti. Aktiviti ini nampaknya menyeronokkan, mereka boleh
bergerak dan melakukan perbuatan tersebut. Secara tidak langsung, minda mereka juga
turut cerdas berfikir dan menjadikan mereka lebih kreatif. Jika dilihat kepada aktiviti 4,
lebih kepada pengukuhan kepada sasaran. Pastinya nyanyian adalah aktiviti yang cukup
menghiburkan. Mudah dan menarik. Sesungguhnya kaedah nyanyian juga membantu
murid untuk membezakan 2 perkara tersebut. Pada akhir aktiviti pula murid-murid diminta
untuk menyebut kembali apakah perbuatan solat yang telah ditunjukkan oleh rakannya. Ini
membuktikan mereka bukan hanya boleh membezakan tetapi mereka juga mengenal
pasti setiap perkara rukun dan sunat. Apa yang penting ialah, setelah mengikut kelas
rawatan secara latih tubi dan berterusan, maka mereka dapat menjawab soalan
Membezakan Perkara Rukun dengan Perkara Sunat dalam Solat dengan begitu baik.
Pastinya kaedah permainan MONOPOLI SOLAT ini amat membantu murid murid untuk
menguasai kemahiran yang ditetapkan. Mereka bukan hanya memandang dan mengecam
warna, tetapi menyebut, malah melakukan perbuatan solat dalam aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang.
Sebagai penyelidik saya amat berpuas hati di atas perubahan ini. Syukur kepada Allah,
kerana mengizinkan usaha yang sedikit ini mampu membantu mengubah persepsi murid
bahawa setiap sesuatu itu akan menjadi mudah seandainya kita lebih tekun dan
bersungguh-sungguh. Kaedah ini telah berjaya membantu murid untuk membezakan
perkara-perkara rukun dan sunat, seterusnya dapat mengenali antara dua perkara
tersebut dengan baik. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menimbulkan keyakinan diri
dan disiplin diri yang tinggi bagi murid-murid ini. Kesannya, murid bertambah yakin
bahawa subjek Pendidikan Islam ini bukanlah satu subjek yang membosankan dan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individu muslim.
6.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Setelah dilihat hasil dari kajian ini, saya bercadang untuk membantu murid-murid lemah
dalam mengenal pasti bahagian perkara-perkara sunat yang terdapat dalam solat.
Perkara-perkara ini juga amat mengelirukan murid-murid sekiranya tidak dibantu.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

11

BIBLIOGRAFI
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2002 ) Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam
Tahun 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan 1994 Edisi Ke 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mazniyah Md.Jaafar, Muhammad b.Hussin, Choo Suen Lan, Mohd Zubir b.
Embong
Aminuddin b.Mohd Sani, Zakiah bt. Adris ( 1995 ).Modul Kajian Tindakan.Kuala
Lumpur.Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

12

Anda mungkin juga menyukai