Anda di halaman 1dari 80

TUGASAN 1 (PSIKOLOGI PENDIDIKAN) Pengertian Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior

dalam Bahasa Inggeris, dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat, dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah pelajar ini boleh berupa positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang telah dikenal pasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cergas, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif, ialah tingkah laku distruktif, disruptif, dan bergantung, termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri, dan pengasingan diri. Sama ada mewarisi tingkah laku bermasalah positif atau negatif, jika berlaku, ia akan membawa kesan buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus peka dan berempati pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Sebagaimana yang telah dihuraikan, tingkah laku bermasalah adalah diklasifikasikan kepada dua kategori yang utama, iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung), tingkah laku yang mengganggu (disruprif), dan tingkah laku anti sosial (distruktif). Manakala tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif yang telah disebutkan.

Jenis-jenis tingkah laku bermasalah tersebut diilustrasikan seperti berikut:


TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Bergantung

Disruptif

Ingin tahu

Cepat belajar

Distruktif

Pintar cerdas

Proaktif

Tingkah Laku Bermasalah Negatif Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif, tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu pelajar yang lain. Tingkah laku disruptif bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya. Manakala tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat membahaya kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang dan kemudahan-kemudahan sekolah.
2

Rajah dibawah meringkaskan tiga jenis tingkah laku bermasalah dengan manifestasi gangguan masing-masing.

Tingkah laku bermasalah

Tingkah laku yang menghalang

Tingkah laku yang mengganggu

Tingkah laku Anti Sosial

Bergantung

Tingkah laku yang membahaya diri Kebimbangan Pergantungan berlebihan

Teknik-Teknik Masalah.

Mengumpulkan

Maklumat

Dan

Mengenal

Pasti

Di dalam proses Bimbingan dan Kaunseling, mengumpulkan maklumat pelajar merupakan langkah utama dan hendaklah diuruskan sebelum sesi kaunseling dimulakan. Maklumat-maklumat pelajar yang dikumpul akan dianalisis, dinilai dan ditafsir dengan tujuan mengenal pasti punca masalah pelajar, dan seterusnya digunakan sebagai bahan rujukan dalam perancangan sesi kaunseling demi mencapai objektif yang ditentukan. Maka, untuk menolong pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan berkesan, adalah wajar bagi guru memahami pelbagai teknik mengumpulkan maklumat pelajar serta mengenal pasti masalah dan puncanya.

Teknik-Teknik Mengumpul Maklumat Pelajar. Di dalam Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumatmaklumat asas yang diperlukan ialah hal peribadi pelajar, pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum yang disertainya. Di antara teknik yang digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas pelajar ini, teknik ujian dan teknik bukan ujian adalah disarankan. 1. Jenis teknik ujian untuk mengumpulkan maklumat pelajar 1. Ujian pencapaian akademik pelajar seperti ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah, termasuk UPSR, PMR, SPM dan STPM. 2. Ujian kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh Terman dan Binet.
3. Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitud Differential

(DAT). 4. Ujian Minat untuk menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang, merangkumi 6 tema am, 22 asas minat dan skala 89 kerjaya.
5. Ujian Personaliti digunakan untuk mengkaji aspek bukan kognitif

seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang pelajar, misalnya The Survey of Personal Values (SPV) dan The Money Problem Check Lists (MPCL). Kedua-dua ujian personaliti
4

adalah digunakan untuk mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar. 6. Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan yang kurang cerdas.
7. Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan

atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran pelajaran. Keputusan ujian jenis ini adalah penting bagi guru merancang aktiviti pemulihan. 8. Ujian Aptitud Khas seperti Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Perkeranian, Ujian Aptitud Seni dan Ujian Aptitud Muzik adalah digunakan untuk mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu. 2. Jenis teknik bukan ujian untuk mengumpulkan maklumat pelajar. 1. Kajian Dokumen yang mengandungi maklumat pelajar. Bailey (1978) membahagikan dokumen untuk kajian dalam dua kategori, iaitu dokumen utama dan dokumen sekunder. Dokumen utama merangkumi autobiografi pelajar, anekdot dan kad kumulatif. Manakala, dokumen sekunder merupakan laporan ditulis berdasarkan temu bual, pemerhatian ataupun rujukan dokumen-dokumen utama. Contoh dokumen sekunder ialah biografi pelajar, laporan guru dan senarai semak. 2. Soal selidik melalui teknik temu bual untuk mendapat maklumat pelajar seperti butir-butir diri, keluarga, kediaman, kesihatan, masa belajar, minat, hobi, rancangan masa depan, aktiviti kokurikulum, aktiviti luar sekolah, pencapaian istimewa dan cara menggunakan masa lapang, termasuk masa cuti sekolah. Teknik menjalankan temu bual: Tentukan tujuan dan objektif temu bual Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi Tentukan soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam masa temu bual, dan sediakannya secara bertulis serta bersistematik dengan mengikut turutan yang sesuai. Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual.
5

Menjalin hubungan mesra dan rasa keyakinan dengan bermula soalan-soalan sosial sebelum mengemukakan soalan-soalan mencungkil maklumat-maklumat pelajar. Merekod isi penting daripada jawapan-jawapan responden. Menganalisis dan mentafsir data yang diperoleh selepas temu bual. Menyediakan laporan atau rekod berdasarkan tafsiran data. Menyimpan maklumat dalam fail untuk digunakan sebagai kajian dokumen pada masa kelak.

3. Teknik pemerhatian boleh digunakan untuk mengenal pasti ciriciri perkembangan pelajar daripada bidang afektif dan psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan Pendidikan Jasmani. Aktiviti pemerhatian tingkah laku pelajar harus diadakan ke atas perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Jenis alat pemerhatian yang sering digunakan untuk merekod prestasi pelajar melalui aktiviti pemerhatian ialah a) senarai semak dan (b) skala kadar. Senarai semak dadah digunakan untuk mengenal pasti ciriciri tingkah laku pelajar yang ada atau tidak ada. Di dalam senarai semak, ciri-ciri tingkah laku pelajar hendaklah dinyatakan dengan mudah dan jelas serta disusun mengikut tertib. Skala kadar, selain daripada merekodkan tingkah laku pelajar yang telah diperhatikan, pula menunjukkan darjah pencapaian tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar yang berkenaan. Darjah pencapaian ini lazimnya dinyatakan dengan 5-mata, iaitu (1) amat buruk (2) buruk (3) sederhana (4) baik (5) terbaik. Di samping darjah pencapaian 5-mata tersebut, alat skala kadar hendaklah mengandungi ciri-ciri tingkah laku yang utama serta disusun mengikut tertib. Darjah pencapaian 5-mata
6

lazimnya dinyatakan di sebelah setiap ciri tingkah laku yang hendak dinilai.
4. Rekod

anekdot ialah sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya. Laporan ini biasanya merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan, termasuk komen guru yang memerhatinya. Berikut ialah contoh borang Rekod Anekdot yang biasanya digunakan dalam peringkat sekolah.

Rekod Anekdot Nama pelajar: Jantina: Tarikh Tempat Tingkatan: Umur: Kejadian/ Peristiwa Komen

Nama Guru:

5. Kajian dokumen: Kad Himpunan 001 dan 002 : Kad Himpunan 001 merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan , manakala Kad Himpunan 002 merujuk kepada Kad Rekod Peribadi (Sulit). Kedua-dua kad ini mula digunakan pada tahun 1967 bagi semua sekolah rendah dan menengah. Kad Himpunan 001 mengandungi enam bahagian utama yang meliputi butir-butir seperti berikut: Butir-butir pelajar. Butir-butir keluarga. Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum. Keputusan ujian/ peperiksaan sekolah. Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain hadiah akademik/ kokurikulum.

Kad himpunan 002 mengandungi lapan bahagian utama yang meliputi butir-butir seperti berikut: Sifat-sifat diri. Minat/ kecenderungan seperti mana yang dipilih oleh pelajar. Pilihan pekerjaan oleh pelajar sendiri. Temuramah dengan ibu bapa. Rekod kesihatan pelajar. Rekod penyakit teruk. Kedua-dua kad ini wajib diisi oleh guru kelas bagi pelajar yang berkenaan pada setiap akhir tahun. Kad 001 dan 002 yang dipunyai oleh setiap orang pelajar akan digunakan di sepanjang persekolahan mereka, iaitu, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kad-kad tersebut disimpan di pejabat sekolah. Sekiranya seseorang pelajar bertukar ke sekolah lain, kedua-duanya akan dihantar ke sekolah barunya. Bagaimana pun mulai tahun 1978, Kad Himpunan 001 dan 002 telah dicantumkan dalam satu kad yang disebut sebagai
9

Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001 R(77) untuk murid-murid di sekolah rendah, dan Kad Rekod Persekolahan Pelajar Sekolah Menengah 001 M(77) untuk pelajar-pelajar di sekolah menengah. Kad-kad ini disimpan di sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing untk dirujuk pada bila-bila masa. Tujuan utama diadakan Kad Rekod Persekolahan pelajar ini ialah untuk mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat dan kesihatan serta latar belakang keluarganya. Maklumat-maklumat ini sangat penting bagi guru membimbing mereka kea rah mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial secara menyeluruh. Kad Rekod Persekolahan pelajar mengandungi empat halaman, halaman 1 dan 2 merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan yang meliputi butir-butir seperti Kad Himpunan 001. Halaman 3 dan 4 merujuk kepada Kad Rekod Sulit yang meliputi butir-butir seperti Kad Himpunan 002.
6. Senarai semak merujuk kepada inventori yang digunakan untuk

mengkaji soal selidik tentang sesuatu isu semasa, tabiat, pandangan atau masalah emosi-sosial yang dihadapi seseorang atau sekumpulan individu. Di antara senarai semak yang digunakan di sekolah ialah senarai semak jasmani-kesihatan, kegiatan sosial-hiburan, perhubungan psikologi-sosial, emosi, moral-agama, pelajaran-kerjaya, kurikulum, kaedah pengajaran dan aktiviti pendidikan yang lain. Biasanya, isi senarai semak mengandungi dua bahagian yang utama, iaitu Bahagian A merangkumi rekod maklumat butir-butir hal peribadi termasuk latar belakang keluarga respondennya, manakala Bahagian B mengandungi senarai item untuk dijawab oleh responden-responden yang hendak dikaji. Berikut ialah satu contoh senarai semak yang digunakan untuk mengkaji masalah kurikulum dan kaedah pengajaran sains yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam sesuatu tingkatan yang tertentu.

10

11

Bahagian A ARAHAN: Sila jawab semua soalan berikut dengan mengisi tempat-tempat kosong atau dengan menandakan () di petak-petak yang disediakan. 1. Nama sekolah: 2. Umur : .. Tarikh lahir:

3. Tingkatan : 4. Jantina : 5. Alamat tempat tinggal 6. Tarikh menjawab senarai semak 7. Bangsa: Melayu India Cina Lain-lain ini : :

8. Keputusan peperiksaan terakhir bagi mata pelajaran Sains (Markah/ Gred): 9. Bilangan adik-beradik : .. 10. Kedudukan dalam keluarga :

11. Pekerjaan bapa : 12. Pekerjaan ibu : . 13. Pendapatan bapa anda sebulan: RM 1500 ke atas RM 800-RM 999 RM 400-RM 599 14. Pendapatan bapa anda sebulan: RM 1500 ke atas RM 800-RM 999 RM 400-RM 599 15. Sekarang anda tinggal bersama: RM 1000-RM1500 RM 600-RM799 RM 400 ke bawah

12 RM 1000-RM1500
RM 600-RM799 RM 400 ke bawah

13

Bahagian B Bahagian ini mengandungi 30 item yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anda dalam mata pelajaran sains di dalam kelas anda. Baca item-item dengan teliti, kemudian bulatkan SATU nombor (1, 2, 3, 4, 5) yang disediakan mengikut petunjuk diberikan seperti berikut: 1= sangat setuju 4=tidak setuju 2=setuju 3=berkecuali

5=sangat tidak setuju

Bulatkan Bi Item-Item SATU l Nombor4 1 Tidak tertarik pada mata pelajaran sains 1 2 3 2 Tidak ada tempat belajar yang sesuai di rumah 1 2 3 4 3 Ibu bapa tidak memahami tugas dan kegiatan saya di 1 2 3 4 4 Mata pelajaran sains tidak berkaitan dengan kehidupan 1 2 3 4 5 Dipaksa mengambil mata pelajaran sains yang saya benci 1 2 3 4 6 Buku teks terlalu sukar difahami 1 2 3 4 7 Pengajaran guru terlalu sukar difahami 1 2 3 4 8 Perbincangan dalam kelas tidak mencukupi 1 2 3 4 9 Buku-buku yang berguna dalam perpustakaan tidak cukup 1 2 3 4 10 Terlalu banyak tugasan diberi dalam mata pelajaran sains 1 2 3 4 11 Tiada kebebasan dalam kelas, dipaksa duduk-dengar 1 2 3 4 12 Tidak suka masuk makmal kerana bimbang berlaku 1 2 3 4 13 Tidak suka menghidu bau bahan kimia 1 2 3 4 14 Selalu lupa apa yang dipelajari 1 2 3 4 15 Bimbang kedudukan (markah) dalam kelas. 1 2 3 4 16 Bimbang menghadapi peperiksaan 1 2 3 4 17 Mendapat markah rendah dalam sains 1 2 3 4 18 Tidak cukup bijak belajar sains 1 2 3 4 19 Takut gagal dalam ujian sekolah 1 2 3 4 20 Ingin berhenti sekolah kerana wajib belajar sains 1 2 3 4 21 Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran 1 2 3 4 22 Asas sains saya terlalu lemah 1 2 3 4 23 Tidak suka menjalankan uji kaji dalam makmal 1 2 3 4 24 Guru sains kurang berkeyakinan 1 2 3 4 25 Masa belajar sains kurang cukup 1 2 3 4 26 Guru tidak bermesra dengan pelajar-pelajar 1 2 3 4 27 Guru tidak memeriksa tugas pelajar dengan teliti 1 2 3 4 28 Guru tidak bertimbang rasa terhadap perasaan pelajar- 1 2 3 4 29 Soalan peperiksaan tidak menguji apa yang diajar 1 2 3 4 30 Penilaian tidak adil 1 2 3 4 Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik
14

5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

Tentukan objektif soal selidik Tentukan responden-responden dalam kajian Sediakan inventori dan alat soal selidik Edarkan senarai semak taklimat menjawabnya. kepada responden diikuti dengan

Kumpulkan balik senarai semak dan membuat tafsiran Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang berkenaan. Tindakan susulan.

Teknik jenis kajian Guru perlu membuat kajian keratan rentas, kajian membujur, kajian kes atau kajian dokumen untuk membuat analisis yang lebih dalam mengenai murid-murid yang menunjukkan masalah tingkahlaku.

Dalam kajian membujur, murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku bermasalah akan diperhatikan untuk satu jangka masa untuk menilai semua perubahan dalam tingkahlaku mereka. Kajian jenis ini termasuk memerhatikan tingkahlaku bermasalah murid-murid untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubungan perubahan tingkahlaku mereka. Kajian jenis ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. masa yang panjang dan

Dalam kajian keratan rentas, seorang guru akan membuat kajian ke atas murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah hanya pada satu jarak masa yang khusus. Sebagai contoh, seorang guru akan mengambil sampel kanakkanak yang menunjukkan tingkah laku yang bermasalah daripada peringkat umur yang berbeza untuk dikaji.

15

Perubahan dalam sebahagian tingkahlaku bermasalah diukur dan dianalisa dengan membandingkan tingkahlaku murid daripada satu peringkat umur dengan yang lain. Kajian keratan rentas tidak mengambil masa yang panjang dan juga tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Seseorang guru juga boleh melakukan kajian melalui kaedah kes untuk menganalisa sebahagian tingkahlaku bermasalah dengan lebih mendalam terutamanya apabila ia adalah tingkahlaku bermasalah yang sangat serius. Melalui kaedah kes, seseorang individu yang mempunyai masalah tingkahlaku yang serius akan diperhatikan untuk satu jangkamasa yang panjang agar seseorang guru boleh mendapatkan satu profil yang lengkap dan tepat mengenai murid tersebut. Satu kelemahan kaedah kajian kes adalah ia sangat memakan masa. Kaunselor sekolah atau psikologis perlu menjalankan kajian seperti ini. Kajian dokumen adalah kaedah kajian lain dimana analisisnya dibuat berasaskan dokumen yang dikumpulkan mengenai murid yang menunjukkan tingkahlaku bermasalah didalam bilik darjah. Dokumen mengandungi anekdot, borang maklumat murid, laporan temuduga dan pemerhatian dan dokumen lain dan suratsurat yang mengandungi data atau maklumat mengenai tingkahlaku dan pembangunan murid yang menunjukkan tingkahlaku bermasalah.

Membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu Bagi kes-kes yang memerlukan kaunseling krisis, misalnya penyalahgunaan dadah, tingkah laku tidak bermoral yang terlibat seks, dan cacatan organ deria, termasuk sakit jiwa, guru haruslah merujuk kes-kes tersebut kepada kaunselor yang bertauliah atau pakar jiwa untuk membantu pelajar yang bermasalah. Tugas guru di sini ialah menyerahkan segala maklumat yang dikumpul dan telah dianalisis kepada kaunselor bertauliah atau pakar jiwa sebagai rujukan. Pengertian modifikasi tingkah laku
16

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif. Langkah-langkah yang bersistematik ini ialah: Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menetukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah, sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka, untuk mencapai tujuan ini, objektif pengurusan modifikasi tingkah laku murid ialah: 1. Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini; dan 2. Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. Kesan modifikasi tingkahlaku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
1. Modifikasi tingkahlaku merupakan satu strategi penting yang boleh

digunakan dimana tingkahlaku yang diingini dikukuhkan melalui teknik pengukuhan positif manakala tingkahlaku yang tidak diingini dikurangkan atau dihentikan melalui penggunaan teknik pengukuhan negatif. 2. Peraturan sekolah perlulah lebih jelas dan dipatuhi oleh murid-murid agar pengukuhan disiplin di sekolah beroperasi pada peringkat optima.

17

3. Kesan utama melaksanakan satu program modifikasi tingkahlaku ialah ia akan membawa pengukuhan dalam pencapaian akademik, kecekapan sosial dan keadaan persekolahan yang lebih kondusif.
4. Kesan lain daripada program modifikasi tingkahlaku ialah motivasi

intrinsik murid-murid dapat ditingkatkan sehingga mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian materialistik untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif.

18

TUGASAN 2 (PEDAGOGI) Menurut Mok Soon Sang, terdapat 4 jenis teori pembelajaran iaitu Behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Namun menurut Dr. Ragbir Kaur, terdapat 5 teori pembelajaran iaitu Behavioris, Kognitif, Sosial, Humanis dan Konstruktivis. Teori pembelajaran merujuk kepada penerangan prinsip yang mana adalah berkaitan dan bergantung dan digunakan untuk mengkelaskan faktor berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat mazhab teori pembelajaran ini adalah dihuraikan secara ringkas seperti berikut: 1) Mazhab Behavioris Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (ransangan) dengan tindak balas organisma. Melalui proses pembelajaran berlandaskan pelaziman (conditioning), sesuatu perhubungan yang baru akan dibentuk daripada menghubungkaitkan stimuli dengan tindak balasnya, dan akibatnya membawa perubahan tingkah laku organisma yang berkenaan. Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti ransangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. 2) Mazhab Kognitif Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel, berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka tumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif
19

(ini juga dikenali sebagai teori Gestalt), adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt (bermaksud bentuk, pola dan tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif, dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Tokoh-tokoh mazhab kognitif menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Mereka tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya. Mengikut mereka, pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahaja perhubungan stimuli-tindak balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkara pokoknya, demi melakukan proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya dia tidak dapat mengenal pasti perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupun melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Misalnya, kita tidak dapat belajar menulis karangan jika tidak dapat memahami perhubungan isi dengan struktur bahasanya. Kita pula tidak dapat belajar penyelesaian masalah matematik sekiranya tidak dapat memahami perhubungan prinsip-prinsip matematik yang berkaitan dengan masalahnya. Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. 3) Mazhab Sosial Mazhab sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif yang telah dihuraikan di atas. Tokoh mahzab sosial, seperti Bandura yang berasal dari Kanada, menegaskan pembelajaran melalui proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan. Mereka berpendapat bahawa teori pembelajaran sesungguhnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. 4) Mazhab Humanis Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu
20

mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan member bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. Ringkas kata, ramai ahli psikologi, pada umumnya, mentafsirkan pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Ringkasan pembelajaran dihuraikan seperti berikut: ini membawa implikasi-implikasi yang

1) Pembelajaran yang berlaku ialah hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berdasarkan implikasi ini, perubahan tingkah laku kerana pertumbuhan, kematangan, atau kelukaan misalnya, tidak boleh disebut sebagai pembelajaran.
2) Perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri

kekekalan. Berdasarkan konsep ini, perubahan tingkah laku buat sementara sahaja, misalnya tindakan perlahan-lahan kerana letih, mabuk kerana minuman keras, halusinasi kerana makan ubat atau salah guna dadah, tidak ada kaitan dengan pembelajaran. Berdasarkan huraian di atas, pembelajaran didapati mula berlaku apabila tindak balas (pengamatan) diadakan terhadap sesuatu ransangan yang tertimbul. Pembelajaran ini akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan, dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk atau kemahiran baru sesuatu bidang telah dikuasai. Rajah di bawah adalah ilustrasi ringkas konsep pembelajaran dengan unsur-unsur utama yang berkaitan.
Tindak balas: Pengamatan (pembelajaran bermula)

Ransanga n

Motiv asi

Pembelajaran berakhir

Tindak balas: Pembentukan konsep/ penguasaan kemahiran baru 21

Motivasi

22

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Keempat-empat mazhab teori pembelajaran ini adalah dihuraikan secara ringkas berikut: TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB BEHAVIORIS Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai Teori Rangsangan-Gerak Balas. TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas/ responden atau Teori R-G. Pembelajaran melalui pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov (1849-1936). Di dalam kajian-kajian mengenai sistem pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov (1906) telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastrik berlaku semasa makanan berada dalam mulut anjing adalah sesuatu jenis gerak balas (response) yang tidak perlu
23

dipelajari. Ahli psikologi memberi namanya sebagai gerak balas tak terlazim (unconditioned response); tetapi, fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil sebagai gerak balas terlazim (conditioned response), manakala, makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus). Ringkasan Model Pelaziman Klasik Pavlov adalah diilustrasikan seperti rajah di bawah: terlazim: Gerak Balas Tak Terlazim makanan Rembesan air liur dikesan (Unconditioned Stimulus, UCS) (Unconditioned Response, UCR) 2. Ransangan terlazim: bunyi Gerak balas tiada kaitan dengan loceng tindak balas tak terlazim, misalnya (conditioned stimulus, CS) perhatian anjing sahaja. 3. Ransangan Terlazim-Ransangan tak terlazim Gerak balas tak terlazim
4. Ransangan Terlazim 1. Rangsangan

tak

(Perkaitan baru)

Gerak

Balas

Terlazim (CS: bunyi loceng mengganti makanan) liur dikesan)

(CR=UCR: rembesan air

Implikasi teori pelaziman Pavlov dalam pengajaran-pembelajaran 1. Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Proses ini adalah dihuraikan dalam rajah di bawah: Suatu model pelaziman klasik a) Sebelum pelaziman Guru Matematik Mengajar Kelas Kali Pertama. (Ransangan Tak Terlazim) Gerak balas (Perhatian murid) tak terlazim terhadap aktiviti pengajaran sahaja. b) Semasa pelaziman
24

Guru mengajar dengan cara menarik. (Ransangan terlazim)

Murid tumpukan perhatian. (Gerak balas tak terlazim)

c) Selepas Pelaziman Kehadiran guru (menarik) (Ransangan terlazim) Murid tumpukan perhatian. (Gerak balas terlazim)
2.

Model Pembelajaran Pelaziman Pavlov yang asalnya mula digunakan dalam bidang fisiologi pula dapat diaplikasikan dalam bidang tingkah laku pembelajaran orang manusia. Misalnya, kita ingin mengajar kanak-kanak berumur empat tahun perkataan buku selepas mereka telah boleh sebut bunyinya (UCR) apabila ditunjukkan sebuah buku (UCS) di depan mereka. Di bawah keadaan ini, kita boleh mula menggunakan perkaitan yang sedia ada (UCS UCR) untuk membentuk perkaitan yang baru, iaitu menunjukkan kad perkataan ditulis buku, kemudian diikuti dengan sebuah buku untuk mendapat gerak balas kanak-kanak, iaitu:

Buku

Buku disebut oleh kanakkanak

( CS

UCS

UCR)

Aktiviti ini diulang beberapa kali hingga kanak-kanak dapat menyebut perkataan buku (CR) apabila kad perkataan buku sahaja ditunjukkan. 3. Di samping pembelajaran perkataan, Model Pembelajaran Pelaziman Klasik pula boleh digunakan untuk belajar symbol matematik dan konsepnya, apabila satu rangsangan digantikan dengan rangsangan yang lain, iaitu rangsangan terlazim sekunder.
25

4. Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) demi menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu melalui aktiviti pembelajaran yang memuaskan.
5. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi

dengan tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan. 6. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi. Misalnya mengenal pasti ciri-ciri khusus segiempat selari dan rombus.
7. Berikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim

dengan gerak balas terlazim. Misalnya, memberi latihan penyelesaian masalah matematik kerap kali. 8. Gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, menggunakan rangsangan baru sebagai rangsangan terlazim dalam proses memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. 9. Membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup hingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

TEORI PELAZIMAN WATSON J. B. Watson (1878-1958), seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Yang terkenalnya ialah kajian beliau tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik. Pembelajaran Emosi Selain daripada tingkah laku, Watson pula menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi manusia. Mengikut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman. Untuk membuktikan hipotesisnya, Watson menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan yang bernama Albert dan seekor tikus putih yang jinak. Sebelum menjalankan eksperimennya, Watson telah berjaya mengenal pasti dua perkara yang penting melalui pemerhatiannya, seperti berikut:
26

Di dalam eksperimennya, Watson cuba menunjukkan bahawa Albert adalah boleh diajar, melalui proses pelaziman, supaya takut pada tikus putih itu. Langkah-langkah eksperimen adalah dihuraikan seperti berikut: 1. Seekor tikus putih ditunjukkan kepada Albert yang menunjukkan minat terhadapnya. 2. Sebaik sahaja tikus putih itu ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua, suatu dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Albert dengan serta merta, terperanjat dan menunjukkan reaksi takut. 3. Langkah 2 diulang beberapa kali, iaitu: Tikus putih, dentuman kuat takut (rangsangan terlazim) terlazim) Reaksi (gerak balas tak

4. Tikus putih itu ditunjukkan sahaja, Albert menunjukkan reaksi takut. Tikus putih Reaksi takut (rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim) Berdasarkan hasil kajiannya, Watson merumuskan bahawa Albert telah menghubungkaitkan dentuman kuat dengan tikus putih yang dilihatnya. Dengan proses pelaziman ini, Albert telah belajar tingkah laku takut.

27

Implikasi Teori Pembelajaran Watson Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai. 2. Untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak-gerak balas secara sistematik. 3. Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihanlatihan hendaklah dijalankan secara berkerap kali. 4. Dalam proses pengajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya berminat belajar, dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif. TEORI PELAZIMAN OPERAN Teori Pelaziman Klasik walaupun boleh digunakan untuk menjelaskan tingkah laku pembelajaran yang mudah, tetapi ia tidak dapat menjelaskan banyak tingkah laku pembelajaran yang lain. Misalnya, untuk melatih seekor anjing berdiri yang tidak pernah dipelajarinya, kita tidak boleh gunakan cara sebagaimana yang disarankan dalam Teori Pelaziman Klasik. Di dalam latihan serupa ini, kita mesti terlebih dahulu membantu anjing itu berdiri, kemudian diberi makanan sebagai ganjaran. Di sini, gerak balas (berdiri) berlaku sebelum rangsangan (makanan), manakala mengikut Teori Pelaziman Klasik, pembelajaran (gerak balas) hanya berlaku selepas rangsangan diberi. Tambahan pula, di dalam kajian pelaziman klasik, gerak balas terlazim yang dihasilkan oleh rangsangan terlazim adalah sama dengan gerak balas tak lazim yang dihasilkan oleh rangsangan tak terlazim, iaitu kedua-dua gerak balasnya ialah sama, misalnya rembesan air liur. Sedangkan, di dalam proses melatih anjing berdiri gerak balas berdiri tidak sama dengan gerak balas makan itu. Oleh itu, ahli-ahli psikologi berusaha menjalankan kajian lain, iaitu pelaziman operan, yang mengikut mereka dapat menjelaskan bagaimana anjing belajar berdiri serta pembelajaranpembelajaran yang lain yang tidak dapat dihuraikan dengan menggunakan Teori Pelaziman Klasik sahaja. Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk sesuatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya. TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
28

Selain daripada kucing, Thorndike pula menggunakan beberapa jenis haiwan lain untuk menjalankan kajian yang berkenaan. Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian beliau adalah dihuraikan seperti berikut:
Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Di dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Maka, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya sebenarnya mewakili konsep pembelajaran.

Mengikut Thorndike (1913), perhubungan ini yang dapat berlaku adalah berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Dengan huraian ini, Thorndike berjaya membentuk tiga hukum pembelajarannya, iaitu Hukum Kesediaan (law of readiness), Hukum Latihan (law of exercise) dan Hukum Kesan (law of effect).
-Pelajar bersedia belajar (rangsangan motivasi) pembelajaran berkesan dan memuaskan. -Pelajar belum bersedia belajar ataupun dipaksa belajar (tanpa rangsangan) pembelajaran tidak berkesan. Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan; aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.

HUKUM KESEDIAAN

HUKUM LATIHAN

HUKUM KESAN

Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER Menurut skinner, hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori: tingkah laku responden dan tingkah laku operan.
29

Tingkah laku responden adalah tingkah laku tidak terlazim seperti yang dihuraikan oleh Pavlov dalam Teori Pelazimannya. Tingkah laku ini adalah gerak balas terhadap stimuli (rangsangan) khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan sambil dengan stimuli lama. Apabila stimuli ini digunakan beberapa kali, stimuli baru ini sahaja telah cukup untuk mendapat gerak balas terlazim yang dijangkakan. Dalam pembelajaran secara responden, pelajar bertindak balas terhadap stimuli yang diberikan. Oleh itu, pembelajaran ini merupakan pembelajaran stimuli-gerak balas. Gerak balas responden ini adalah dibangkitkan (elicited) oleh sesuatu rangsangan yang diketahui. Maka, pembelajaran jenis ini merupakan pasif, kerana tiada rangsangan, pembelajaran pun tidak berlaku. Tingkah laku operan ialah tingkah laku yang bukan otomatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kewujudan dengan stimuli yang telah dikenal pasti dahulu. Tingkah laku operan ini merupakan satu set yang merangkumi beberapa contoh tingkah laku yang spesifik, beroperasi dan menghasilkan gerak balas terhadap situasi dalam alam sekitarnya. Mengikut huraian Skinner (1930s), tingkah laku operan ini merupakan gerak balas yang dihasilkan (emitted) daripada diri sendiri, seperti tikus memijak alat penekan tanpa wujudnya sesuatu rangsangan yang diketahui. Oleh itu, pembelajaran jenis ini merupakan aktif, kerana pembelajaran (gerak balas) yang berlaku adalah berdasarkan inisiatif diri sendiri tanpa menunggu sebarang rangsangan yang berkenaan timbul. Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif Mengikut skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai peneguhan (reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif.

Peneguhan Positif Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah.

30

Tingkah laku operan

Peneguhan Negatif Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu.

INTISARI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER Teori Pelaziman Operan ini adalah hasil kajian Skinner ke atas tikus, burung merpati dan manusia. Berdasarkan hasil kajian, Skinner membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia berikut:

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan secara diri sendiri. Peneguhan ialah suatu proses yang menggunakan peneguh positif atau peneguh negatif untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan. Tingkah laku operan Operan dihasilkan diperkukuh Peneguh tingkah laku

(positif/ negatif) diulangi, dan dikekalkan.

Ulangkaji bertambah

Prestasi cemerlang

Motivasi

belajar

Peneguhan positif ialah ransangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar. Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Penghapusan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan akan berlaku jika peneguhan tidak diberikan.
31

Organisma boleh menguasai konsep generalisasi melalui proses pelaziman operan. Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam tahap yang lebih tinggi.

Implikasi teori pelaziman operan skinner dalam pengajaran dan pembelajaran 1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
2. Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah

lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. 3. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. 4. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. 5. Menggunakan prinsip jadual peneguhan skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
6. Kadangkala,

peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

Kesimpulan: Perbandingan Teori-Teori Pembelajaran Behaviorisme Sebagaimana yang telah dibincangkan, teori-teori pembelajaran behaviorisme pada amnya boleh diklasifikasikan dalam dua kategori yang utama, iaitu teori pelaziman operan ( yang dipelopori oleh Thorndike dan skinner). Teori pelaziman klasik menekankan pembelajaran melalui perhubungan rangsangan dengan gerak balas, manakala Teori Pelaziman Operan mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. Jadual berikut
32

menghuraikan secara ringkas perbezaan antara pelaziman klasik dengan pelaziman operan.
Jenis Pelopor Utama Gerak Balas (Tingkah Laku) Pelaziman Klasik Pavlov, Watson Responden Bukan inisiatif sendiri (bergantung kewujudan rangsangan/ stimuli) Bersifat pasif Gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan Pelaziman Operan Thorndike, Skinner Operan Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan) Bersifat aktif Gerak balas/ tingkah laku berlaku adalah kesan daripada rangsangan/ peneguhan Menggunakan peneguhan positif/ negatif Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan.

Urutan Pelaziman

Cara Pembelajaran

Menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim. Secara responden terhadap rangsangan

33

TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB KOGNITIF Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel, berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka tumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif (ini juga dikenali sebagai teori gestalt), adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif, dan dalam proses pembelajara, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. 1. Teori pembelajaran kohler Wolfgang Kohler (1887-1967) dan rakannya Kuri Koffka (1886-1941) adalah dua orang ahli psikologi German yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi itu mula menggunakan cara lompatmelompat, tetapi gagal mendapat pisang itu. Ia tiba-tiba dapat melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak dengan cara mendapat pisang tersebut. Kohler pun menyimpulkan hasil kajiannya itu sebagai: 1. Haiwan seperti cimpanzi di atas pula belajar melalui proses kognisi. 2. Cimpanzi yang menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah, jelaslah bukan tindakan secara membabi buta, tetapi berdasarkan pengalaman dan persepinya, iaitu mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya.

34

Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian itu, Kohler pun menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia menghubungkan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOHLER

Guru perlu menggalakkan pelajarnya untuk menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah pembelajaran Guru membimbing pelajar menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal. Menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi Mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan pengalaman mereka Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar yang boleh menggunakan mereka untuk menyelesaikan masalah. Di dalam pembelajaran manusia, misalnya semasa menyelesaikan masalah geometri, kita kadangkala pernah mengalami situasi penyelesaiannya yang didatangkan secara tiba-tiba. Bagaimanapun, seorang individu yang tidak pernah belajar sebarang teori asas geometri, tentunya tidak akan dapat menyelesaikan masalah geometri tersebut, sekiranya individu itu semata-mata bergantung celik akalnya sahaja.

2. Pembelajaran Isyarat Tolman (Signs Learning) 35

Mengikut E.C Tolman, seorang ahli psikologi yang terkenal dalam kajian peta kognitif haiwan pembelajaran individu mempunyai tujuan yang bermakna (Learning Is Purposive), iaitu di dalam situasi pembelajaran individu, ia bukan merupakan tindakan secara membabi buta, tetapi mempunyai hasrat mencapai sesuatu objektif. Maka, gerak balas individu bukan sahaja merupakan tindakan fizikal, tetapi juga aktiviti yang mempunyai arah-tujunya. Mengikut pernyataan beliau, di dalam proses pembelajaran, pembelajaran individu akan beransuransur maju mengikut tanda-tanda yang memimpinnya kearah mencapai objektif yang ditentukan. Kebolehan individu yang dapat mencapai objektif yang ditentukan. Kebolehan individu yang dapat mengenal pasti tanda-tanda dalam proses pembelajaran adalah bergantung kepada keupayaan persepsi dan kognitifnya. Selepas objektifnya telah dicapai kali pertama, maka apabila situasi pembelajaran yang sama berlaku semula, iaitu tanda-tanda yang berkaitan dengan objektifnya di wujud semula, gerak balas yang diharapkan akan diikuti dengan bertambah kukuh. Dengan berulangulang situasi pembelajaran beberapa kali kemudian, maka tingkah laku individu telah dianggap berjaya dibentuk. Sebaliknya, jika objektifnya tidak diiringi lagi dengan kewujudan tanda-tanda yang berkaitan dahulu, maka gerak balas individu yang diharapkan pula diiringi dengan situasi yang semakin lemah. Lantas itu, tolman berpendapat keputusan tindakan seseorang individu adalah berasaskan persepsinya terhadap rangsangan yang diwujudkan. Dengan perkataan lain, syarat yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran ialah kefahaman individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu kefahamannya terhadap tanda dengan tanda, serta kognitifnya terhadap perhubungan tanda-tanda dengan objektif yang hendak dicapai. Mengikut beliau, untuk menjadikan tingkah laku seseorang individu mempunyai tujuan, maka dia harus memahami situasi yang dihadapi. Implikasi teori pembelajaran pembelajaran isyarat tolman dalam pengajaran-

1. Pembelajaran merupakan perkaitan rangsangan-rangsangan dengan objektifnya. Untuk mencapai sesuatu objektif (iaitu menguasai kemahiran ataupun memperolehi ilmu pengetahuan), guru hendaklah melatih pelajar menggunakan persepsi mereka dengan tepat.

36

2. Persepsi adalah penting untuk perkaitan rangsangan-rangsangan (misalnya symbol, istilah, bahasa dan sebagainya) dengan kemahiran ataupun ilmu pengetahuan. 3. Sesuatu masalah yang melibatkan penggunaan beberapa rangsangan (misalnya, hukum, prinsip atau teorem) hendaklah dipersepsikan secara keseluruhan. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah geometri tentang bulatan, semua teorem asas geometri yang berkaitan hendaklah dibawa dalam pertimbangan. 4. Guru hendaklah membimbing pelajar supaya membentuk peta kognitif yang tepat dalam proses pembelajaran. 5. Untuk mencapai pembelajaran dengan berkesan, pelajar hendaklah terlebih dahulu mempunyai gambaran secara keseluruhan terhadap isi kandungan yang akan dipelajari.

3) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET Di dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar sebagai faktor yang penting untuk perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran individu sebenarnya telah berlaku apabila memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara, atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Di dalam teori pembelajaran kognitif piaget (1970), terkandung huraian lima pandangannya yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkaitan rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. 1) Skema Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu,
37

skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu itu. Maka, skema individu merupakan tingkah lakunya yang sering berubah mengikut pembelajaran. Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya daripada kasar kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Misalnya, bentuk aksi kanak-kanak, seperti gunakan tangan berusaha memegang sesuatu benda diperlihatkan kurang cekap, tetapi tekniknya beransur-ansur maju apabila perubahan koordinasi otot-otot bertambah cekap serta semakin banyak pengalaman yang telah diperolehi daripada pembelajaran. Mengikut piaget, perubahan skema kanak-kanak ini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajaran. 2) Adaptasi (adaptation) dan keseimbangan (equilibration) Di dalam teori pembelajaran kognitif piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait, dan saling mempengaruhi satu antara sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan memangnya, pembelajaran baru tidak akan berlaku. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah; oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap. Dalam masa ini, individu itu harus mengubah skemanya untuk digunakan dalam mengadaptasikan keperluan alam sekitar, maka keseimbangan kemudiannya akan dapat dipulihkan semula. Mengikut teori piaget, adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi yang berlaku adalah kerana kehilangan keseimbangan buat sementara di antara individu dengan alam sekitar. Untuk mengekalkan
38

keseimbangan ini, individu hendaklah mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Oleh itu, mengikut huraian piaget, proses perubahan tingkah laku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya merupakan proses pembelajaran. Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa pengerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi, dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah perlu ditegaskan, piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam sekitar, dan bukan seperti teori rangsangan-gerak balas yang menekankan rangsangan mengawal gerak balasnya, ataupun membawa proses pelaziman. 3) Asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation) Untuk mengekalkan keseimbangan dan memperolehi kepuasan kerana motivasi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Dalam proses ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkah lakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu lagi ialah akomodasi, kedua-duanya saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Dalam proses asimilasi dan akomodasi, yang mana dan bilakah asimilasi atau akomodasi digunakan adalah semata-mata bergantung kepada keputusan struktur kognitif (congnitive structure) individu yang terlibat. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman individu yang sedia ada. Jika ditinjau dari aspeks skema, struktur kognitif ialah skema kognitif (cognitive schema). Apabila individu di dalam alam sekitar menghadapi manamana situasi, misalnya situasi pembelajaran, dia biasanya akan menggunakan pengalaman, pandangan, sikap dan bentuk gerak balas yang sedia ada untuk mengadaptasi, mengurus dan memberi tafsirannya. Dengan cara yang sedemikian, cara tindakan adalah serupa dengan menggunakan struktur kognitif yang sedia ada dalam pengalaman baru untuk mengadaptasikan keperluan baru dalam situasi yang dihadapi, dengan tujuan menggunakan sesuatu bentuk yang dapat menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya. Fenomena ini adalah dikenali oleh piaget sebagai proses asimilasi. Bagaimanapun di dalam sesuatu perubahan situasi yang dinamik dan kompleks, semata-mata menggunakan asimilasi sahaja tentunya
39

tidak dapat memenuhi keperluan situasi yang kompleks itu. Sehubungan ini, individu hendaklah mengubah struktur kognitifnya, apabila didapati struktur kognitif yang sedia ada telah kurang sesuai digunakan untuk memenuhi sesuatu keperluan dalam situasi baru. Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Implikasi Teori Piaget Dalam Pengajaran-Pembelajaran
1) Mengikut teori pembelajaran kognitif piaget, isi pengajaran

hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan otot-otot individu.
2) Mengikut piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk

tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK KOGNITIF PIAGET DAN PENGAJARAN

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep
40

matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model, dan kaedah membuktikan teorem harus dielakkan. Murid-murid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorem geometri yang abstrak. Adalah didapati murid-murid sekolah rendah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit. 4) Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne Robert M. Gagne dalam bukunya essentials of learning for instruction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Berikut menggambarkan proses pembelajaran berdasarkan teori Gagne.

41

Persekitaran

Rangsanganrangsangan

Pelaksanaan

Rakaman deria

Penggerak tindak balas

Stor ingatan pendek

jangka

Stor ingatan panjang

jangka

Mengikut Gagne, pengalaman-pangalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa keagamaan, fasa penyimpanan, fasa penahan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, kita telah ketahui bahawa proses pembelajaran bermula daripada rangsangan-rangsangan di luar. Sama ada rangsangan-rangsangan yang dipilih menjadi bahan pembelajarannya bergantung kepada motivasi luaran atau dalaman. Sekira motivasi pada ketika itu dapat memilih motif dalam kesediaan
42

pembelajaran, proses pembelajaran akan diteruskan melalui fasafasanya mengikut teori pembelajaran Gagne. Apabila prestasi atau perubahan tingkah laku dapat diperlihatkan, maka pembelajaran dikatakan telah berlaku. Menurut Gagne, fasa maklum balas yang terakhir adalah penting dalam proses pembelajaran, kerana fasa ini dapat memperkukuhkan konsep dan ilmu pengetahuan yang baru diperolehi. Oleh itu, aktiviti peneguhan seperti pujian atau penghargaan terhadap prestasi yang ditunjukkan harus diberikan dalam proses pembelajaran.

43

5) Teori pembentukan konsep: Bruner Mengikut Bruner (1973), konsep boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan. Konsep konjuntif merujuk kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa atribut yang tergabung dan tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan. Misalnya konsep pensil mempunyai dua atribut tergabung, iaitu diperbuat daripada plumbum dan digunakan sebagai alat menulis. Kedua-dua atribut ini tidak dapat dipisahkan, dan jika salah satunya diketepikan, konsep pensil menjadi kurang lengkap. Konsep disjuntif merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain. Misalnya, di dalam permainan ping pong, konsep servis baik merupakan seorang pemain dapat menghantar bola kepada pelawannya dengan betul ataupun juga pelawannya tidak dapat menghantar balik bola kepada pemain yang memulakan servis itu. Situasi pertama atau kedua-dua situasi tersebut adalah digolongkan di bawah konsep servis baik. Konsep hubungan merujuk kepada atribut-atribut dalam konsep itu mempunyai hubungan khas di antara satu sama lain. Kebanyakan konsep hubungan ini biasanya terdiri daripada atribut-atribut yang mengandungi masa atau ruang. Misalnya, Malaysia terletak di antara Thailand dan Singapura mempunyai atribut ruang, iaitu konsep terletak di antara dua buah Negara. Konsep ini merangkumi perhubungan peta dengan Negara-negara, dan juga merangkumi perhubungan Negara-negara itu dengan peta dunia. Bruner, berpendapat fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan tujuan memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka ragam dengan lebih mudah ringkas, di samping lebih mudah memahami, mempelajari serta mengingatinya. Sebagai contoh, haiwan-haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khususnya seperti haiwan bertulang belakan (iaitu ikan, mamalia, reptilia, amfibia dan burung), dan haiwan yang tidak bertulang belakang (iaitu siput, sotong, serangga, labah-labah dan halipan). Cara pengkategorian ini akan membolehkan kita mengenal pasti,
44

memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi. Mengikut Bruner, Bahasa ialah perwakilan yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau berpendapat manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, menukarkannya kepada penggunaan gambar atau perwakilan simbol, di mana bahasa menjadi simbol-simbol yang utama. Manusia menggunakan simbol, bahasa untuk membantu mereka berfikir dan menyelesaikan masalah seperti membentuk konsep dan membuat generalisasi.

Strategi pengajaran dan pembelajaran matematik Bruner berpendapat bahawa seorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciriciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan kepada perangsang murid tentang konsep itu dengan pengetahuan sedia ada. Misalnya, kanak-kanak membentuk konsep segiempat dengan mengenal pasti segiempat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi empat ke dalam kategori segiempat, dan memasukkan bentuk-bentuk bersisi tiga ke dalam kategori segitiga. Berdasarkan pengetahuan sedia ada tentang konsep segiempat, murid-murid membina konsep segiempat sama dengan mengasingkan bentuk-bentuk, segiempat-segiempat yang bersisi sama dan membezakan rombus dengan segiempat sama sisi mengikut ciri sudutnya. Murid-murid mestilah bersedia menerima perkara yang akan disampaikan. Alam persekitaran dapat memberi pertolongan, dan pengetahuan yang sedia ada dapat membaikinya. Selain itu, maka lebih berkesan bagi murid-murid belajar melalui kaedah penemuan. Misalnya, murid-murid memahami bahawa operasi bahagi tidak bersifat tukar tertib dengan mengira hasil bahagi 8 2 dan 2 8 itu sendiri dan bukan semata-mata diberitahu oleh guru. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran matematik akan lebih berkesan dan mudah dengan penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak. Misalnya, penyatuan set A dan set B lebih
45

mudah ditulis dengan A U B dan pelajar lebih senang menerima 5 + 2 = 7 daripada 5 tambah 2 bersamaan 7. Syaratnya, pelajar mesti memperoleh pengalaman dalam penggunaan simbol A, U, B dan 5, +, @, =, 7 terlebih dahulu.
6) David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat, adalah

orang yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepsi yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepsi adalah lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Di dalam terbitan Educational Theory, January 1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran bermakna dengan pembelajaran hafalan: pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafaz sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna. Ausubel mengutamakan pembelajaran secara bermakna. Beliau berpendapat, dengan cara ini barulah maklumat-maklumat yang diterima dapat diasimilasikan secara berkesan di dalam struktur kognitif pelajar yang sedia ada, seterusnya struktur kognitifnya dapat dikembangkan melalui asimilasi rangsangan-rangsangan baru. Pengelola awal (advance organizer) Berdasarkan kajian teori pembelajaran yang dihuraikan, Ausubel (1963) menyarankan penggunaan pengelola awal dalam peringkat permulaan pembelajaran. Pengelola awal ini, mengikut beliau, adalah digunakan sebagai teknik penyampaian maklumat berbentuk bahasa atau bahan pelajaran kepada pelajar, dengan tujuan menggerakkan struktur-sturktur kognitif yang sedia ada, supaya proses asimilasi dapat dilakukan secara berkesan melalui salah satu proses pembelajaran yang telah dibincangkan. Pengelola awal yang disarankan boleh berbentuk konsep, prinsip hukum atau contoh-contoh khusus yang bertujuan dikaitkan dengan maklumat-maklumat yang sedia ada di dalam struktur kognitif pelajar. Bagi Ausubel, segala proses pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pembelajaran secara resepsi atau pembelajaran secara penemuan.
46

Bagaimanapun, untuk memperolehi maklumat, konsep, prinsip dan hukum yang lebih banyak di dalam masa yang singkat, strategi pembelajaran secara resepsi, iaitu menggunakan kaedah menerang, demonstrasi, bercerita atau syarahan, adalah dianggap lebih sesuai diamalkan. Di dalam pengajaran dan pembelajaran resepsi yang bermakna ini, guru menyusun maklumat-maklumat, iaitu isi pelajaran, secara logical dan sistematik dalam bentuk keseluruhan (Final Form), kemudian disampaikan kepada pelajarnya yang mengintegrasikan maklumat-maklumat baru itu dengan pengetahuan yang sedia ada. Implikasi Teori Pembelajaran Pembelajaran Ausubel Dalam Pengajaran

1. Mengajar konsep, prinsip dan hukum yang baru dengan mengaitkan konsep, prinsip dan hukum yang sedia ada. 2. Menggunakan pengelola awal sebagai motivasi pembelajaran di peringkat permulaan. 3. Mengajar konsep, prinsip dan hukum dengan pendekatan induktif, deduktif ataupun pendekatan gabungan kedua-duanya. 4. Menggunakan pembelajaran resepsi yang bermakna dengan menyusun isi pelajaran secara sistematik dan berperingkat supaya pelajar dapat mengikutinya secara berkesan.
5. Menggunakan

contoh-contoh khusus tetapi berkaitan untuk pembelajaran secara induktif dan bimbing pelajar membuat generalisasi, konsep, prinsip atau hukum dengan tepat. pembelajaran secara deduktif dan membimbing pelajar mengaplikasinya dalam contoh-contoh khusus atau membentuk konsep, prinsip atau hukum yang baru.

6. Menggunakan konsep, prinsip atau hukum yang telah dipelajari untuk

7. Menggunakan konsep, prinsip atau hukum yang telah dipelajari untuk pembelajaran secara deduktif dan membimbing pelajar mengaplikasinya dalam contoh-contoh khusus atau membentuk konsep, prinsip atau hukum yang baru. 8. Membimbing pelajar membuat diskriminasi melalui perbandingan ciriciri persamaan dan perbezaan di antara perkara atau konsep yang dipelajari.
47

7) Teori metakognisi Metakognitif Metakognitif adalah berkaitan rapat dengan pemikiran. Perkataan meta, di bawah konteks pemikiran ini, mempunyai maksud pusat atau tahap yang lebih tinggi. Maka metakognitif merupakan sesuatu jenis pemikiran yang berfungsi merancang, mengarah, mengawal, menyemak dan menilai segala proses pemikiran kognitif yang merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Flavell (1976), mengklasifikasikan metakognitif kepada tiga kategori seperti berikut: 1. Ilmu metakognitif (metakognitive knowledge) 2. Kemahiran metakognitif (metacognitive skill) 3. Pengalaman metakognitif (metakognitive experience) Ketiga-tiga kategori metakognitif ini adalah berkaitan rapat dengan pembelajaran. Misalnya, di dalam pembacaan, proses metakognitif akan berlaku di bawah bidang pemikiran kognitif berikut: 1. Kawalan kefahaman (comprehension monitoring), iaitu kesedaran individu sama ada memahami apa yang sedang dibacanya atau tidak. 2. Semakan diri (self checking), iaitu kesedaran individu sama ada dirinya telah memahami dan menganalisis apa yang dibacanya dengan tepat atau tidak. 3. Kesedaran terhadap tujuan membaca dengan mengubahsuai teknik membaca berdasarkan objektif diri. Di dalam Model Proses Pemikiran, operasi metakognitif bukan sahaja mengarah dan mengawal segala proses pemikiran tetapi juga proses ingat kembali, iaitu proses refleksi. Di bawah Model ini, proses pemikiran pula merangkumi tiga komponen yang utama, iaitu Input (rangsangan), Operasi (proses) dan Output (hasil). Selain daripada ketiga-tiga komponen ini, setengah-setengah ahli psikologi pula
48

menghuraikan proses pemikiran dengan menambahnya dua komponen yang berkaitan, iaitu proses pemikiran kognitif individu diri sendiri. Proses ingat kembali mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Mengikut kajian, data yang diproses akan disimpan dalam ingatan jangka pendek yang berulangulang dan kemudian dikodkan dalam ingatan jangka panjang. Data yang disimpan dalam ingatan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang, akan diingat kembali supaya komponen operasi mental dapat digunakan untuk menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperoleh metakognisi pula merancang dan mengarah, mengawal, menyemak dan menilai segala operasi pemikirannya.

KESIMPULAN: PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KOGNITIF


Pelopor ahli psikologi 1 Kohler Teori pembelajaran kognitif Persepsi perkaitan unsurunsur di persekitaran: celik akal. Celik akal berlaku bergantung kepada pengalaman yang sedia ada. Pembelajaran perubahan pemikiran iaitu kognitifnya. Perkembangan kanak-kanak: ialah bentuk stuktur kognitif Implikasi pembelajaran

TEORI-TEORI
pengajaran

Menggalakkan pelajar dengan menggunakan celik akal menyelesaikan masalah. Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran baru. Isi dikembangkan: pelajaran

Birch

J . Piaget

-mengikut peringkat kognitif kanak-kanak. -konkrit kepada abstrak. -pengalaman sedia kepada pengalaman baru.

-peringkat deria motor (0-2 tahun). -peringkat pra operasi (2-7 tahun) -Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Memupuk motivasi intrinsik dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran, demi menggerakkan

49

-Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) 5 konsep asas: skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi, akomodasi. Teori maklumat: pemprosesan proses

proses asimilasi akomodasi.

dan

R. M Gagne

-lapan fasa pembelajaran

Menggunakan konkrit untuk bahasa.

bahan mengajar

-lapan hierarki pembelajaran: isyarat, gerak balas, rangkaian motor, bahasa, diskriminasi, konsep, hukum, penyelesaian masalah.

Mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Membimbing pelajar mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Membimbing pelajar menggunakan prinsip, hukum dan teorem untuk menyelesaikan masalah. Memupuk intrinsik pelajar. motivasi

J. S Bruner

Perkembangan kanak-kanak: -peringkat tahun) -peringkat tahun) -Peringkat tahun). Enaktif ikonik

kognitif (0-2 (2-4 (5-7

Membimbing pelajar menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki.

Simbolik

J. S Bruner

Perkembangan kognitif ialah perubahan bentuk perwakilan: aksi gambaran simbol Teori Penemuan: Pembelajaran

Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri- penemuan dan kaedah induktif. Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar. Memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.

(3 jenis) bebas, terbimbing, ekspositori. 4 prinsip pengajaranpembelajaran: Motivasi, struktur, sekuen, peneguhan.

Ausubel

Teori pembelajaran resepsi

Gunakan kaedah deduktif, ekspositori dan pengelola

50

yang bermakna: -konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ ilmu yang sedia ada pelajar. -pengalaman yang sedia ada =struktur kognitif. -mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logical dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah pengelola awal dan ekspositori.

awal, iaitu menggabungkan konsep lama dengan konsep baru, untuk pembelajaran yang bermakna.

Proses pengajaranpembelajaran: kesediaan

Membangkitkan belajar

Mempersembahkan pengelola awal Perhubungan konsep Pembezaan progresif Penyesuaian secara integrasi

Flavel

Teori metakognitif konsep metakognitif: -berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking) -kognitif refleksi -pemikiran reflektif -operasi metakognitif melibatkan usaha mencari makna, merancang, mengarah dan menilai pemikiran individu diri.

Membimbing pelajar memikir masalah secara kritis dan kreatif. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognitif dan refleksi untuk menilai kemungkinankemungkinan penyelesaian dicadangkan.

51

PERBANDINGAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB SOSIAL DAN HUMANIS. Jadual berikut meringkaskan ciri-ciri utama teori-teori pembelajaran mazhab sosial dan humanis, dan implikasinya dalam pengajaran-pembelajaran di peringkat sekolah.
Mazhab dan Ahli Psikologi Mazhab sosial Bandura, Walters Fokus utama Neobehavioris: tingkah laku dan kognitif permodelan/ peniruan selfregulation selfefficacy Ciri-ciri pembelajaran teori Implikasi untuk guru Guru sebagai model peniruan. Gunakan kaedah demonstrasi dengan contohcontoh yang sesuai. Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasik an langkahlangkah secara sistematik. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Mengutamakan strategi berpusatan murid dan kaedah individu. Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Memastikan

Pembelajaran sosial interaksi. IxPxT Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Proses pembelajaran melalui: -perhatian -mengingat -reproduksi -peneguhan/ motivasi Tingkah laku peniruan adalah hasil peneguhan.

Mazhab Humanis Carl R. Rogers, Abraham H. Maslow, Bugental, Neil.

Kemanusiaan, sempurna kendiri, motivasi instrinsik, individualiti, perkembangan emosi, keperluan afektif, selfactualization, kendiri positif, bebas, demokrasi.

Setiap individu berhasrat mencapai kesempurnaan kendiri, membentuk konsep kendiri yang unik dan tersendiri melalui nilai dan sistem kepercayaan diri.

52

Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada: -motivasi intrinsik -bahan pelajaran yang bermakna -seiras dengan objektif pelajar. -penyertaan secara aktif. diri

keperluan murid dipenuhi.

asas telah

Bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan pelajar. Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Mengutamakan pembelajaran diri sendiri. Mengamalkan konsep pendidikan terbuka.

Kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi.

53

Tajuk : Bincang dan huraikan bagaimana hendak mempertingkatkan profesionalisme guru dan menghadapi cabaran profesion keguruan berdasarkan ;

1) 2) 3) 4) 5)

Peningkatan Kendiri Latihan dalam Perkhidmatan Sekolah Berkualiti Perubahan dalam Pendidikan Menangani isu-isu semasa dalam pendidikan

PENDAHULUAN

Dalam dunia moden yang pesat dengan persaingan, memiliki pengetahuan dalam bidang kepakaran sendiri bukanlah jaminan untuk seseorang, termasuk guru dan profesionnya, mendapat pernghormatan dan dipandang tinggi oleh masyarakat, sebaliknya ia banyak ditentukan oleh cara bagaimana masyarakat melihat guru dan profesionnya.

Masyarakat melihat profesion keguruan dari beberapa perspektif berdasarkan apa yang mereka lihat, dengar dan alami. Pertama dari segi fungsi dan peranan guru. Masyarakat melihat keguruan sebagai profesion yang mulia kerana tugasnya bukan saja menyampaikan ilmu kepada pelajar tetapi juga membentuk akhlak dan peribadi mereka seperti yang diungkapkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kedua, ada juga anggota masyarakat menilai profesion keguruan dari segi nilai kebendaan iaitu insentif dan ganjaran yang diperoleh daripada profesion ini berbanding profesion lain seperti kejuruteraan, perubatan dan perundangan. Ketiga, tanggapan berdasarkan personaliti dan tingkah laku guru. Jika terdapat guru yang berkelakuan kurang sopan, masyarakat tidak teragak-agak melemparkan tuduhan kepada guru berkenaan.

Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, berkualiti dan cemerlang bagi mencapai visi KPM melahirkan guru bertaraf dunia. Berasaskan pandangan ini, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam 54

persekitaran lanskap yang sentiasa berubah dan memerlukan pengetahuan, dan jenis kemahiran yang terkini bersesuaian dengan zaman informasi, skop dan jenis guru berkesan pun turut berubah.

Antara fokus utama dalam Misi Nasional dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah untuk melahirkan modal insan berkualiti iaitu modal insan berminda kelas pertama yang bersifat holistik, berilmu pengetahuan dan mempunyai nilai etika yang tinggi. Justeru untuk mencapai hasrat tersebut negara bukan saja memerlukan sistem pendidikan yang berkualiti tetapi juga guru yang berkualiti yang sentiasa melakukan anjakan paradigma bagi meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri.

1) Peningkatan Kendiri

Guru profesional akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan imej, status dan pengetahuan kendirinya. Peningkatan kendiri boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:

(a) Penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan merupakan satu bidang kajian berbentuk refleksi kendiri yang perlu diamalkan oleh setiap guru. Ia bertujuan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan amalan-amalan pendidikan atau amalan-amalan sosial yang melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. (i) Merancang menganalisis masalah dan membuat perancangan yang strategik. (ii) Memerhati membuat penilaian terhadap tingkah laku yang diperhatikan dengan kaedahkaedah yang sesuai. (iii) Membuat refleksi untuk menganalisis dan mengintepretasi dapatan penyelidikan tindakan secara keseluruhan. Ciri-ciri penyelidikan tindakan: 55

(i) lebih kepada proses renungan kendiri. (ii)mengaitkan teori-teori dan amalan-amalan pendidikan. (iii)penggunaan dan penyimpanan data dibuat secara sistematik. (iv) tertumpu kepada penyelesaian masalah-masalah yang wujud dalam bilik darjah. (v) para penyelidik tidak perlu membuktikan sesuatu hipotesis. Tujuan penyelidikan tindakan: (i) untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (ii) untuk mencuba kaedah pengajaran yang baru. Prinsip prinsip dalam penyelidikan: (i) Prinsip reflektif menggunakan banyak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah kajian. (ii) Prinsip kolaboratif para penyelidik mesti cuba mencari jalan penyelesaian secara kolaboratif. (iii) Unsur kerjasama dan perkongsian serta perbincangan intelektual yang berlaku dalam penyelidikan tindakan juga adalah tinggi.

Kaedah-kaedah penyelidikan tindakan: Kajian Kes dan Pemerhatian merupakan kaedah yang paling sesuai dalam penyelidikan tindakan. Ia dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah berikut: (i) Pernyataan masalah (ii) Cadangan hipotesis (iii)Rancangan pengumpulan data (iv) Menganalisis dan mengintepretasi data 56

(v) Membuat refleksi dan penilaian

(b) Muhasabah Diri / Refleksi Refleksi merujuk satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Refleksi melibatkan satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali serta memikirkan cara-cara untuk meningkatkan strategi pengajaran supaya ia lebih berkesan pada masa hadapan. Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat: (i) (ii) (ii) Kefahaman mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi. Transformasi merancang tindakan-tindakan pedagogi. Pelaksanaan melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-tindakan pedagogi yang dirancang. (iv) (v) Penilaian menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan. Refleksi membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil.

Guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya dalam sebuah jurnal reflektif. Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan.

(c) Budaya Ilmu o Budaya ilmu ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota dalam masyarakat dan yang diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup.

57

Budaya Bermusyarah

Budaya Membaca

Budaya Berkarya

Komponen komponen budaya ilmu Budaya Berfikir Budaya Belajar

Rajah 1: Komponen budaya ilmu

o o

Guru mesti menjadi role model (mengamalkan segala aspek nilai budaya ilmu dahulu) kepada murid-murid supaya mereka dapat mengikutinya dalam amalan budaya ini. Kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar dengan salah satu cita-citanya yang terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan generasi yang mencinta ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Budaya ilmu boleh beroperasi di bawah enam bidang utama seperti berikut: 1) Budaya membaca: sentiasa menyemai minat dan suka membaca dengan matlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mengembangkan kebolehan berfikir sendiri. 2) Budaya berfikir: sentiasa cuba meningkatkan dan memperkayakan amalan berfikir sendiri melalui proses analisis, sintesis dan penilaian. 3) Budaya belajar: sentiasa cuba meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses pembelajaran. 4) Budaya kreatif: sentiasa cuba berkongsi ilmu pengetahuan/kemahiran secara lisan/bertulis sebagai sumbangan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

58

5) Budaya bermuafakat: pengurusan dan proses membuat keputusan mengenai hal-hal pendidikan yang boleh dilaksanakan secara persetujuan bersama/semangat berpasukan yang kolaboratif. 6) Budaya refleksi: proses penilaian kendiri yang berterusan berdasarkan dapatan kajian kes pendidikan dengan tujuan untuk sedar dan memahami kekuatan dan kelemahan, dan seterusnya cuba nencari strategi yang sesuai untuk mengatasi kesemua kelemahan melalui tindakan susulan.

(d) E-Pembelajaran E-pembelajaran merupakan satu cara guru boleh membuat peningkatan kendiri. Ia didefinisikan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat meningkatkan mutu P&P guru. Gabungan internet dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran keupayaan-internet.Ia harus boleh merentasi segala sempadan fizikal dan kekangan untuk sampai kepada murid. Penyampaian isi pembelajaran yang dinamik, menyeluruh dan secara individu pada masa sebenar membantu pembentukan komuniti yang berilmu serta menjalinkan murid dan pengamal dengan pakar.Kelebihan-kelebihan pembelajaran berasaskan web seperti: a) boleh digunakan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja b) memberi peluang kepda pelajar untuk bekerja secara kolaboratif dari jauh c) guru dan murid mengajar dan belajar secara kolaboratif d) sumber yang kaya daripada jurnal, on-line, e-perpustakaan, kedai e-buku dan laman web yang berkaitan e) menggunakan banyak elemen pembelajaran berasaskan CD-ROM f) bahan pembelajaran secara relatifnya mudah dikemaskini g) boleh meningkatkan bilangan interaksi di antara murid dengan fasilitator aktiviti h) membolehkan pelajar membentuk komponen pembelajaran berasaskan web formal dan informal i) j) membolehkan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah /tugasan boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam internet

59

k) boleh memaparkan kandungan masa sebenar menggunakan konferens video, pemilihan video/ruang perbincangan l) boleh menyertakan pelbagai media seperti teks, grafik, audia, video dan animasi dalam bahan pembelajaran. Berikut merupakan sebahagian daripada sebab-sebab kita harus melibatkan diri dengan e-pembelajaran: a) meningkatkan produktiviti dan kecekapan b) melibatkan bilangan murid yang lebih ramai c) bertindak sebagai kaedah pengajaran/alat pendidikan yang alternatif d) satu kaedah yang diperoleh oleh pekerja berpengetahuan (knowledge worker) untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran sepanjang hayat e) alat untuk menggalakkan murid dalam pembelajaran interaktif dan kritis.

E-pembelajaran memperkenalkan beberapa jenis pendidikan: a) Internet sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer berkomunikasi sebagainya. Melaui Perkhidmatan Pembekal Internet , sebuah organisasi yang membekalkan jaringan perantaraan untuk pengguna-pengguna internet, orang-orang yang terlibat akan dapat berkomunikasi secara global melalui e-mail/mencari maklumat melalui www. Kegunaan internet adalah dikenal pasti dalam empat kategori yang utama, sebagaimana yang dihuraikan secara ringkas dalam jadual berikut: secara global dengan pengguna-pengguna lain, membekal dan pertukaran maklumat, membekalkan gambar/filem dan

Jadual 1: Kegunaan internet dalam Pendidikan


Kegunaan Am Kegunaan Pendidikan
dan penerimaan

Carian

-Urusan maklumat pendidikan,

60

maklumat

penyelidikan,pembelajaran interaktif. dan membekal

Menerbit

- Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan


penyelidikan

maklumat

- Menulis dan menjawab

- Mengemukakan soalan, menjawab soal selidik.

- Kolaboratif

- Pembelajaran kelaboratif, penyelesaian masalah pendidikan secara usahasama.

b) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) PJJ juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan Komunikasi/Pendidikan Melalui Siaran. PJJ ini biasanya dikendalikan dengan dua cara: Dengan penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan/televisyan satelit, guru dapat menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajar. Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk bercetak, rakaman pita, rakaman video/menyediakan program dalam disket komputer ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajar-pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumah.

c) Pendidikan Terbuka Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat/aktiviti pendidikan di luar sekolah. Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan dan segala aktiviti dijalankan di tempat-tempat bekerja/di rumah. Antara Pendidikan Terbuka yang dikelolakan termasuklah PJJ, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.

d) Pendidikan Radio dan Televisyen 61

Radio dan televisyan merupakan Alat Bantu Mengajar yang berkesan untuk aktiviti P&P, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa. Program ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini disediakan mengikut Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM.

e) Penggunaan Komputer dalam Pendidikan Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknoogi pendidikan, teori pendidikan, teori P&P, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru. i. Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan Komputer Membantu Pendidikan menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif pelajarannya. ii. Komputer Membantu Pengajaran penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Pelajar mengikut pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. iii. Komputer Mengurus Pengajaran teknologi digunakan untuk mengumpul data dan membuat analisis serta nilai keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi P&P dan interaksi murid-murid dalam bilik darjah. iv. a) Komputer Membantu Pengujian pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu: Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. b) Komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item bank dan menayangkan soalan dalam skrin monitor komputer. Murid jawab soalan, kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. kepada beberapa bidang, seperti:

2) Latihan Dalam Perkhidmatan 62

Guru boleh membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri latihan dalam dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.

perkhidmatan.

Kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan yang boleh diikuti ialah kursus dalam perkhidmatan

Latihan Dalam Perkhidmatan berhasrat untuk:

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pedagogi dan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi perubahan semasa dalam sistem pendidikan di negara ini.

Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa yang berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah dan menengah. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, tentang kemahiran berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

3) Sekolah Berkualiti Setiap sekolah mempunyai visi dan misi. Visi sekolah berkualiti adalah memastikan setiap murid mendapat tempat belajar dan menerima pendidikan seimbang daripada guru yang cekap, berketrampilan dan penyayang pada setiap masa.Misi sebuah sekolah berkualiti menentukan bahawa setiap murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, kokurikulum, program-program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa persekolahan mereka. Sekolah berkualiti juga bertujuan menjaga kebajikan serta meningkatkan profesionalisme guru pada setiap masa.

Peranan sebuah sekolah yang berkualiti ialah mempertingkatkan budaya ilmu murid ke arah kecermerlangan. Sekolah yang berkualiti harus meningkatkan kecemerlangan etika kerja kakitangan sekolahnya dan mencapai matlamat mengurangkan kes displin dan salah laku dan memperluaskan khidmat kaunseling dan bimbingan untuk murid-murid bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid. 63

Langkah-langkah pihak sekolah untuk menjamin sebuah sekolah berkualiti: a) meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah. b) meningkatkan tahap kebajikan guru-guru. c) meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dean pembelajaran yang kondusif. d) menyediakan garis panduan serta kerjaya mewujudkan sekolah berkualiti masa hadapan selaras dengan matlamat wawasan 2020.

Reformasi pendidikan penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar. Di antara intisari-intisari Wawasan Pendidikan ini ialah: a) Pepaduan b) Pengurusan dan kepimpinan c) Perkhidmatan penyayang d) Empowerment e) Budaya ilmu f) Skolah penyayang g) Budaya cemerlang

Instisari Wawasan pendidikan yang dinyatakan di atas merupakan panduan bagi pihak sekolah untuk merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah displin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, tiada masalah keceriaan dan sebagainya. Untuk mencapai Wawasan 2020, pengajaran yang efektif adalah amat penting. 64

Definisi pengajaran efektif adalah: a) J. M. Cooper : hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. b) David Ryans : guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat-sifat adil, demokratik, responsive, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.

Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah sebuah institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Budaya sekolah atau iklim sekolah mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

Ciri-ciri sekolah berkualiti: a) perhubungan yang saling hormat-menghormati b) kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbir sekolah. c) memupuk perasaan kekitaan di sekolah d) Mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. e) kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur, dan tenteram f) Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan.

4) Perubahan dalam pendidikan Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru harus memahami 65

fenomena ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti kearah melahirkan satu corak penyampaian pengajaran yang berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah. Perubahan dalam pendidikan terdiri daripada konsep pembestarian dan globalisasi pendidikan. Terdapat sembilan cabaran Wawasan 2020 ialah a) membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu b) melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya akan dirinya tersendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala yakin sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. c) membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi d) membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika e) membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia. f) membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka. g) membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. h) menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. i) membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

(a) Pembestarian pendidikan Asas utama pembesarian pendidikan di Negara kita adalah untuk menubuhkan sistem persekolahan yang berubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologiteknologi terkini.

66

Konsep pembestarian pendidikan ialah senario baru dalam sistem pendidikan di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Dalam proses pembestarian pendidikan, sekolah-sekolah diharap mencapai matlamat yang berikut: a. penerapan budaya berfikir b. pengajaran yang bercorak pemusatan murid. c. penggunaan pelbagai jenis media secara efektif d. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. e. pengurusan persekolahan yang efektif

Matlamat-matlamat lain yang penting dalam pembestarian pendidikan ialah: a) b) c) d) e) f) guru menyediakan rancangan mengajar yang berkonsepkan guru membina sumber bahan-bahan yang diperlukan dalam guru membina pakej pengajaran dan pembelajaran bestari murid-murid belajar secara akses kendiri, kadar kendiri dan guru perlu memgemukakan soalan-soalan yang mengkehendaki guru mesti dapat menjanakan minda murid serta menggunakan

pengajaran dan pembelajaran bestari. rancangan pengajaran dan pembelajaran.

terarah kendiri/pasukan terarah kendiri. murid-murid untuk banyak mengaplikasikan kemahiran berfikir. banyak bahan daripada sumber-sumber hasil perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.

Pengajaran guru adalah bersifat pembimbing di sisi dan berciri seperti berikut: a) b) berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dan seimbang. mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum.

67

c)

pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan murid memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara self-paced merentasi kurikulum sekolah.

d)

teknologi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era teknologi maklumat.

Hala tuju yang utama dalam sekolah bestari ialah ke arah mengoptimumkan potensi murid dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat: a) Pembelajaran terarah kendiri (self-directed) b) Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced) c) Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)

(b) Globalisasi pendidikan 1. Pembestarian pendidikan membekalkan peluang kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan inovasi bagi mencapai piawaian tertinggi dalam pendidikan dan menjadi pemimpin global dalam bidang pendidikan. 2. Kedatangan era digital dalam globalisasi pendidikan mengubah akspek pengumpulan dan penyebaran ilmu daripada seorang kepada suatu tempat yang boleh dikunjungi ramai melalui pendidikan jarak jauh dan sistem pendidikan terbuka. 3. Teknologi binari membolehkan maklumat fizikal diubah ke bentuk elektronik dan dihantar/disebar ke tempat tujuan dengan pantas dan meluas. 4. Dengan adanya penciptaan internet, murid dapat membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul bahan. Murid-murid juga dapat mencari bahan sumber tempatan, kebangsaan dan global melalui internet. 5. Internet juga membolehkan interaksi murid dengan guru dan orang ramai dari seluruh pelusuk dunia. Ia membenarkan perbincangan berterusan antara murid dan guru atau di antara guru-guru di luar waktu persekolahan. 6. Oleh itu, murid-murid perlu mempelajari strategi-strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. 7. Murid-murid perlu membuat keputusan dengan berkesan, menilai kebaikan dan keburukan teknologi serta memahami perkembangan teknologi semasa supaya mereka dapat menandingi secara global. 68

8. Selain itu, murid juga harus diajar memanfaatkan penggunaan alatan teknologi untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan membuat kolaborasi secara global. 9. Tindakan inisiatif kaum guru dengan melengkapkan diri mereka dalam pelaksanaan Misi Kementerian Pendidikan adalah amat penting. 10. Tindakan dan langkah perkembangan kaum guru adalah seperti berikut: a) Peka terhadap persekitaran sekolah b) Meningkatkan pengetahuan kerja/ tugas c) Meningkatkan hubungan interpersonal d) Membuat refeksi melalui penyelidikan tindakan e) Merebut peluang pendidikan terbuka (Open Education)

(c) Pekerja Ilmu Sistem pendidikan kearah kecemerlangan telah membawa kepada penubuhan sekolah bestari menjelang tahun 2020 bagi semua sekolah di Malaysia. Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu menginterasikan teknologi maklumat kedalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menginterasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan penggunaan TMK di kalangan murid-murid sekolah dan seterusnya menghasilkan pekerja ilmu bagi menjamin perkembangan negara maju.

5) Menangani isu-isu semasa dalam pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peredaran masa pula membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. 69

Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Berikut merupakan beberapa di antara isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. 1. Status Guru Dalam Pandangan Masyarakat

Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang universal selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Definisi status mengikut Kamus Dewan pula ialah taraf atau kedudukan.

Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandang sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir. Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Apatah lagi dengan timbulnya pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: "Those who can, do: those who can't, teach." (yang bermaksud, mereka yang tahu akan melakukan: mereka yang tidak dapat melakukan, akan mengajar). Dengan kata lain, sesiapa yang menjadi pendidik atau pengajar adalah digolong dalam kategori orang-orang yang tidak tahu melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut. 70

Pada awal tahun 60-an, guru dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan ilmu kepada masyarakat. Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka boleh menjadi guru sandaran atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku masalah dalam masyarakat. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi serta penduduk yang mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya. (Shuib & Johari, 2001) Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah oleh pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk 71

dijadikan tajuk utama bagi media masa. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah cedera. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media masa begitu juga dengan masyarakat umumnya. Perkara ini secara tidak langsung menjatuhkan status guru dalam pandangan masyarakat kini.

2. Laluan Kerja Guru Yang Terhad

Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil. Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru. P. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya: Pendidikan Jurutera Awam (Kerja Raya) Pegawai Perubatan Polis Pegawai Pertanian 72 3.5% 27.1% 15.1% 18.6% 13.4%

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

38.4%

Walaupun konsep Guru Cemerlang telah diperkenalkan pada tahun 1993 bagi memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru tanpa perlu bertukar ke jawatan-jawatan naik pangkat (pentadbiran), namun tempoh syarat untuk memohon kenaikan tersebut adalah agak lama iaitu memerlukan pengalaman mengajar tidak kurang daripada 10 tahun. Ini tidak mengambil kira syarat-syarat lain.

3. Beban Tugas Guru serta Kurang Insentif

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru diperlukan membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan kompetensi pengurusan masa bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan pengurusan dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya. Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru. 73

4. Kepelbagaian Tahap Kesediaan Perlu Ada Pada Guru

Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu mempunyai kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami dan dikuasai murid. Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara aktif akan menjadikan corak pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid diberi perhatian dan dibantu bagi mengatasi kelemahan masing-masing dan meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Persoalan tentang keberkesanan guru dalam pengajaran sering menjadi tanda tanya apabila masyarakat cuba mengukur dan menilai prestasi mereka dari sudut peningkatan kemajuan akademik, tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun tingkah laku mereka sendiri. Guru perlu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian besar masa guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat umumnya mengharapkan guru-guru yang bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang baik, rajin, bermoral tinggi dan tidak melanggar norma-norma masyarakat. Menurut Abd Rahim, 2000, guru yang profesional memerlukan mutu personal yang sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi sahsiah dan sikap, minat, kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang istimewa yang boleh meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu personal guru memberikan kesan yang buruk dan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru yang kurang komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menyebabkan imej guru dipandang rendah oleh masyarakat. Guru masa kini perlu melengkapi diri dengan kemahiran berkomunikasi bukan sahaja dalam bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan malahan juga bahasa Inggeris. Penguasaan dwi bahasa dikatakan akan mengangkat profesionalisme perguruan kerana peranan guru hari ini bukan hanya sebagai seorang yang memberi pelajaran tetapi juga sebagai pendidik dan profesion yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

74

Perkembangan

pendidikan

melibatkan

pemindahan

ilmu

dan

teknologi

yang

memerlukan pengetahuan Bahasa Inggeris. Oleh itu, guru perlu mahir dalam bahasa antarabangsa ini bagi membolehkan mereka memperoleh, membina, mengembang, dan memindahkan pengetahuan dan teknologi dalam segenap bidang. Penguasaan bahasa antarabangsa ini perlu dipertingkatkan di kalangan semua guru kerana bahasa tersebut merentas penyebaran pengetahuan yang terdapat di Internet dan juga buku rujukan. Keperluan komunikasi bahasa Inggeris ini juga adalah selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mempunyai ciri daya kreatif, daya saing, tinggi ketahanan diri, menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa-bahasa antarabangsa, cekap dan berwibawa. Keperluan ini juga selaras dengan dasar kerajaan melaksanakan pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003. Guru juga hendaklah bersifat dinamik iaitu sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul dan berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. 5. Peningkatan Jangkaan Yang Tidak Realistik

Antara ciri utama yang ingin dicapai menjelang 2020 ialah melahirkan modal insan minda kelas pertama. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, 75 bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama bukanlah suatu tugas yang mudah. Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai banyak kelemahan. Walau bagaimanapun, seringkali para ibu bapa memberi tanggungjawab penuh kepada guru-guru untuk mendidik dan membentuk anak-anak mereka. Namun, sekiranya terdapat kejadian ataupun masalah akademik, ataupun masalah disiplin di kalangan pelajar, pihak ibu bapa serta media massa sentiasa menuding jari pada guru-guru kerana gagal mengatasi masalah tersebut.

Negara juga bergantung sepenuhnya kepada guru yang dianggap sebagai pemangkin sistem pendidikan. Oleh itu para guru perlu bersedia melaksanakan pelbagai usaha bagi menjayakan aspirasi negara. Dasar negara yang kini menekankan kepada k-workers atau pekerja berilmu pengetahuan jelas menunjukkan bahawa pekerja berilmu pengetahuan adalah aset terpenting negara.

6. Cabaran Sebagai Agen Penyebaran Ilmu

Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk generasi masa akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda yang terhasil daripada sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya pada masa akan datang. 76

Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru seharusnya mampu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di persada dunia dan menjadikan perguruan ini sebagai profesion yang sama hebat dengan bidang kerjaya yang lain. Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi pendidikan, maka adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan diasah sesuai dengan perkembangan semasa. menyatakan, bagi menggunakan sumber manusia yang ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang mengetahui bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah mengubah persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila perlu sebaliknya menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang hayat (long life learning).

7. Cabaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Ledakan maklumat pula menuntut pendidik mempunyai kemahiran komputer (Computer literate). Kemahiran ini perlu dikuasai bukan sahaja oleh guru malahan pihak pentadbiran pengurusan. Tuntutan ini menyeluruh kepada semua peringkat jawatan perguruan kerana tugas pengurusan masa kini menjadi lebih mudah dengan adanya komputer dan kemahiran menggunakannya. Seorang guru dapat mengkaji punca sesuatu masalah dengan cara mengumpul dan menganalisis maklumat serta data yang berkaitan. Dalam proses ini, kemahiran serta ilmu pengetahuan baru dapat diperoleh. Maklumat yang diperoleh ini juga boleh disimpan untuk keperluan jangka masa panjang. Selain itu, kecanggihan teknologi Internet dan jaringan setempat membolehkan perkongsian maklumat ini berlaku dengan mudah, cepat dan tepat. Keadaan ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dan penyebaran ilmu di kalangan pendidik. Proses membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah akan dibuat secara lebih sistematik, dan tepat berpandukan analisis maklumat yang dibantu dengan kecanggihan teknologi dan perisian komputer. Guru digalakkan meningkatkan penguasaan penggunaan teknologi maklumat untuk meningkatkan kepakaran. TMK membuka peluang yang luas kepada pendidik. Kepantasan perubahan teknologi maklumat memerlukan guru juga bersama menjana ilmu pengetahuan 77

terkini dan sentiasa menyedari perubahan semasa. Contoh ketara dalam teknologi maklumat ialah, bentuk komputer dari komputer meja, kepada komputer riba dan terkini computer tablet yang telah pun digunakan oleh tiga buah sekolah rintis yang melibatkan penggunaan sebanyak 309 unit computer tablet dan dilaksanakan sejak tahun 2004. Pengetahuan komputer di kalangan guru amat penting kerana ia dapat mengatasi banyak kelemahan dan halangan pembelajaran yang bersifat tradisional dan terlampau terikat kepada pendekatan belajar berpusatkan guru (Abd. Rahim, 2000)

Kesimpulan

Untuk merealisasikan aspirasi negara iaitu untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun behadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

78

BIBLIOGRAFI Sang, M. S. 2007. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: 1&2): Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor. Sang, M. S. 2003. Ilmu pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan): Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor. Choong, L.K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Pergurauan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru. Mohd, S. M. (2004). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi elektronik]. Jurnal Penyelidikan Jilid 5, 2004, Institut Perguruan Batu Lintang. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. 2008. An education revision guide for KPLI: Primary and secondary trainees. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Internet Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Dimuat turun daripada Digitalibrary Malaysia: http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/018_laporan %20jawatankuasa%20kabinet%20mengkaji%20pelaksanaan%20dasar %20pelajaran%201979.pdf
79

Pembangunan Kerjaya Berterusan Guru Cemerlang, (2007). Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia- Terma Rujukan dan Konsep Guru Cemerlang: http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pusat_jab_pdf/2006/2007_terma_bahagi an_e1.pdf

Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Tahun 2003. Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia: http://apps.emoe.gov.my/jns/private/urusgc/siarangc2003.pdf

Majalah Majalah Pendidik, Jun 2007, Widad Publication Sdn Bhd. Selangor

80

Anda mungkin juga menyukai