Anda di halaman 1dari 1

TAYAMMUM

PENGERTIAN TAYAMMUM
Ialah : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan
hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu disertai dengan Niat
HUKUM TAYAMMUM
WAJIB - Bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau
Ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf
( Tayammum merupakan suatu rukhsah atau keringanan yang dibenarkan dalam
Islam sebagai ganti kepada wuduk & mandi hadas besar dalam keadaan tertentu )

1.
2.
3.
4.

SEBAB-SEBAB TAYAMMUM
Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya.
Ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan &
minum (diri,keluarga & ternakan )
Ada air tetapi tidak boleh mendapatkannya kerana
membahayakan keselamatan diri
spt : ancaman binatang buas
Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit yang
memudaratkan jika terkena air, spt; penyakit kulit

SYARAT-SYARAT TAYAMMUM
Telah masuk waktu solat fardu
Debu tanah suci dari Najis
Debu mestilah kering & tidak bercampur dgn benda lain
spt : lumpur atau kapur
Menghilangkan najis sebelum bertayamum
Telah berusaha mencari air terlebih dahulu dan yakin
tiada air

RUKUN-RUKUN TAYAMMUM

1.Berniat tayammum ( ketika menyapu debu ke muka)


2.Menyapu debu tanah sekali, ke muka
3.Menyapu debu ke tangan hingga ke siku
4.Tertib- menyapu muka dahulu kemudian
menyapu kedua-dua belah tangan

AMALAN SUNAT KETIKA TAYAMMUM


Membaca Basmallah
Mengadap kiblat
Menipiskan debu di tapak tangan sebelum
menyapu muka
Mendahului menyapu tangan kanan
Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan
Merenggangkan jari semasa menekap debu

PERKARA PERKARA MEMBATALKAN TAYAMMUM


1.Berlaku semua perkara yang membatalkan wuduk
2.Ada air sebelum melakukan solat, jika bertayammum krn tiada air

1.
2.
3.
4.
5.

Perhatian :
Sekali tayammum hanya
boleh digunakan untuk
SATU SOLAT FARDU
SAHAJA dan BEBERAPA
SOLAT SUNAT

CARA BERTAYAMMUM :
Sebelum bertayamum : Bersihkan dahulu anggota tayammum dan badan drpd najis dan kekotoran
Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu, nipiskan debu kemudian sapukan debu kemuka, dari bahagian atas
ke bawah
Bersihkan tapak tangan daripada debu yang digunakan
Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu sekali lagi, kemudian sapukan debu di tangan kiri kepada tangan kanan
,bermula dari belakang tapak tangan hingga ke siku
Selepas itu debu tangan di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku

SOALAN LATIHAN
1.
2.
3.
4.

Berikan pengertian tayammum


Terangkan sebab-sebab diharuskan tayammum
Sebutkan perkara-perkara yang membataikan tayammum
Nyatakan hukum dan alasan :
a.
Ahmad menunaikan solat asar dengantayammum solat zohor
b.
Ketika Fatimah sedang solat zohor dgn bertayammum disebabkan ketiadaan
air, tiba-tiba hujan turun dgn lebat

39

Anda mungkin juga menyukai