Anda di halaman 1dari 1

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan.

Berikan
pandapat kamu tentang faedah-faedah yang diperoleh jika
seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang
boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain
lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja
untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca,
pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu
murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada
kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan
perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan
diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan
terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak,
merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam
pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.
Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun
semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat
berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi
amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli
semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh
itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah
disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita
perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita
dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan
rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di
perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai