Anda di halaman 1dari 33

Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) Muka Surat 4

Kata Pengantar Editor:

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah KurniaNya berjaya juga saya
menyiapkan 'edit' untuk prekuel terakhir bagi siri Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) ini.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam,
Keluarganya, Para Sahabat serta Salam kepada Sultan Auliya' Al-Makdudin Sidi Syeikh Abdul Qadir Aj-
Jaelani Al-Arifbillah serta seluruh WaliAllah yang bersamanya, juga kepada Atok Zamany, Tuan Guru Ust
Ghazali Hasbullah Darul Atiq, Ust Ali Sg Air Tawar, Ust Hisyam Kubang Bujuk, Maulana Murad MTUQ, Ust
Isyaruddin Ismail, Cg Azhar Ali serta seluruh guru-guru ku yang pernah mengajar ku dan menunjukkan
kepada ku akan Jalan Menuju Kejayaan. Al-Fatihah...

Kepada para pembaca sekalian, inilah yang anda tunggu-tunggu, buah tangan dari Atok Zamany yang
telah saya perbaiki kondisinya serta diceriakan dengan gambaran-gambaran tertentu. Diharap para
pembaca dapat membaca siri-siri sebelum ini untuk memudahkan kefahaman dalam menelaah Muka
Surat ke-4 ini.

Akhirnya sauadara-saudara sekalian, disinilah penamat bagi pelayaran ilmu kita dalam bab Iblis Dan
Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata). Semoga segala usaha yang telah saya lakukan ini akan
mendapat tempat dan berkah disisi Allah swt. Tidak lupa juga kepada Atok Zamany yang telah berpenat
lelah meluangkan masa untuk menyiapkan artikel ini sebagai tatapan dan tambahan ilmu buat seluruh
Ummat.

Sekali lagi saya ucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Atok Zamany diatas jasa baik beliau menulis atikel
ini yang telah banyak menambah ilmu didada saya serta sekalian pembaca. Tidak lupa juga kepada Cg
Azhar Ali, Warfeel Efairy, Ust Isharuddin Ismail, Kdy dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Semoga anda semua mendapat pahala dan Redha Allah swt hendaknya.

Ya Allah, Saksikanlah, Telah aku sampaikan...


Wallahua'lam,
-Orang Gombak,
-Editor,
Isnin, 26 April 2010, 6.23 petang.
------------------------------------------------------------------------

IBLIS DAN ALAMNYA (MUSUH KAMU YANG PALING NYATA)


Muka Surat 4
Katagori Bacaan: Pendedahan istilah Jin dan peleraian bagi masalah Musuh ini.
Peringatan: Sila tetapkan dalam hati keyakinan kepada Allah 100% serta menolak segala apa yang anda
telah percayai sebelum ini jika ianya telah dibuktikan sebagai menyimpang dari ajaran Islam sebenar.
Bacaan agak panjang, jadi sabarlah dalam menuntut Ilmu, teruskan membaca sehingga akhir rencana.
Semoga anda mendapat sesuatu kepastian.

*Maaflah, artikel kali ini nampaknya mendapat banyak tentangan hebat, seperti disekat dan dihalang,
Maaf sekali lagi jika artikel ini nampak serabut dan serabai. Saya sudah berusaha untuk
memperbaikinya, tetapi masih tetap begitu...

TERIMA KASEH SEBAB SABAR MENUNGGU, INILAH YANG ANDA TUNGGU-TUNGGU.


KAWAN HADIAHKAN KEPADA ANDA SEMUA...

Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan golongan Jin kedalam tubuh manusia dan
berbagai permusuhan golongan jin ini kepada umat Manusia, maka marilah kita mengatahui pula akan
bangsa-bangsa Jin ini. Maklumat di dalam bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga penjelasan
beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.
BANGSA-BANGSA JIN.

Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga.
Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau
Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi
Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka
(seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yang juga ditadbir pula oleh golongan
Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi
mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berparlimen. Kerajaan
Unilatral Beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja
mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu:

1) Puak Ifrait.

Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan
yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari
kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah
menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu manusia dari semua arah terutama di dalam bab
Aqidah. Manusia yang tipis pengatahuannya akan mudah di perkotak-katikkan mereka ini. Hasutan dan
tipu musilahatnya yg halus tidak dapat dikesan oleh manusia.

Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masaalah itu. Salah satu contoh yang boleh diberi ialah
menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang semamangnya bersatu
dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yg dari keluarga Ifrait
juga kepada manusia yang di dalam kesusahan hidup yg miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya
itu, manusia yg miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat
(di Indonesia dipanggil Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum Syara’ contohnya
menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali dibuat
seperti persembahan di Kaki Bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.
(Orang Melayu panggil dia Hantu Pocong)

Manusia yang dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan
setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu.
Maka upacara pengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah
kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Dah mula
tinggal solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar
menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karaoke, berfoya-foya dan
mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh
menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerena itulah yang dicarinya selama ini.

Anak bini dirumah menjadi tidak keruan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah
mengatahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang ‘bertukar kulit’
menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan
menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan
tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalek, jin akan menjadi tuan, manusia akan
menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengatahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja.
lama kelamaan Jin itu menguasi sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar.
Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.
Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit
bagi pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan forex. Disamping didakwa pecah amanah melibatkan
jutaan ringgit ia juga telah bergaduh dihalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa di bawah
seksyen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk
kesemua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia
ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masalah dan kemudiannya membawa kepada
hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak terlepas akan hukuman diakhirat
kelak. Ambillah iktibar dari cerita ini.
2)Puak Syaitan.
Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan di dalam
Al-Qur’an. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga
serupa dengan kerajaan yg telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja
Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan
malas, membisik di dalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu
lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk didalam waham semata-
mata. Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-nyampai cerita peribadi orang sehingga
menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk ke dalam makamah, saman-menyaman
yang disensasikan di dalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka berkhayal memasang
angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus di dalam khayal yang jauh bagi
melupakan masalah pejabat, tekanan kerja, stress, masalah rumah tangga, masalah kewangan yang
meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dan lain-lain. Menjadi peminum arak dan
seterusnya terjebak di dalam ketagihan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan
manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.
Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak
menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia
harus dididik ke arah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang
yang anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu
melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala
yang dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan kesemua
yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala
hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua
penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.
Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masaalah yang kecil
sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Di dalam contoh
yang lain sesorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai
kepada masalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada
berbohong dan kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana
hendak menyedarkannya, tindakan undang-undang diambil ke atasnya supaya ia sedar akan perbuatan
hinanya itu.
Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati diatas kejayaan rakannya dan kemunduran
perniagaannya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka
perniagaannya itu akibat perbuatan rakannya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini amat merbahaya
yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penganiayaan kepada rakannya
itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat
hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan
rakannya sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik dihatinya. Rakannya
itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi
maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.

3)Puak Iblis.
Satu bangsa Jin yang sangat alim, wara’, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malikat dan Jin kerana kuat
ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai
balatentera perang bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat
kerosakan di Alam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itu timbullah perasaan ego
dihatinya kerana telah mengatahui tiada satu pun makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa
ini berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Maha Mengetahui telah
menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila
Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua
keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua
makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis.
Ini adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal
ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (Sakti) yang hanya diberi kepadanya.
Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga
mampu pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as yang abadi
dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan Karomah untuk
golongan manusia biasa yang abadi).
Kuasa Mukjizat dan Karomah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah membuat Iblis menjadi lebih
cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari
kiamat. Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang
memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya disemua bahagian
pemerintahan di negara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping Raja bagi puak Jin
yang tersangat ramai itu. Nanti akan kawan ceritakan salah satu contoh Karomah yang menendingi sakti
puak Jin itu dibawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.

(Sakti yang ada pada manusia, Silap mata/Sihir)

Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar di dalam bangsa-bangsa keseluruhan
puak mereka ini. Ia diambil dari Al-Qur’an, Hadis Nabi dan Tafsir dari berbagai Ulama’. Sebenarnya
dibawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara
khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkajinya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan
menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pula garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja
yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia Ilmu Allah swt dan Rasul-Nya sahaja.

PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH:


Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan didalam menceritakan akan Alam
Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut Tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz,
orang tua-tua dan seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah
tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya? Istilah-istilah itu adalah:
1) JAN
Merupakan datuk segala Jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat
panas dan angin Samaun juga yang sangat panas. Kemudian dari dialah keluar seluruh keturunannya yang
Islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan hinggalah kehari ini. Oleh kerana
mereka boleh membiak sama ada berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak
yang ramai pula, maka cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, di dalam laut dan diudara dunia
yang luas ini.

2) JIN
Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita
mengatakan bekenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak Jin. Ia adalan
istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah
nama yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara umum
sahaja. Manakala bangsa-bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan diatas dan akan diulang lagi
dibawah ini.

3) IBLIS
Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi beribadah kehadrat Allah swt. Dipetik
perumpamaan Ulama’ tafsir iaitu “Tiada permukaan walau satu inci pun di Bumi dan di Syurga
(dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt." Jadi
bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini. Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya
akan banyaknya ibadah ini. Allah swt Maha Mengetahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia
kemudian diuji oleh Allah swt akan Imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam
beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap derhaka akan perintah Allah dan dihukum murtad
dan kafir oleh Allah swt akan tabiaatnya itu. Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk
menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anak cucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan
Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini
adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan
janji itu akan terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.

4) SYAITAN

(Surat perjanjian Ahli Sihir Amerika untuk mengambil Syaitan pangkat rendah sebagai Wali, cop
dibawah itu adalah cop Syaitan)
Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan sangat sombong, keji bongkak, derhaka,
fasiq dan pengacau manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga kerja Iblis yang sangat
rajin, Siang dan malam ia mengganggu manusia silih berganti (seperti syif kerja kilang) tidak pernah
berhenti 24 jam. Dia ini juga musuh utama manusia kerana kerajinannya menghasut manusia. Ia juga suka
memasuki tubuh manusia disemua tempat bagi memudahkan kerjanya. Sangat takutkan Iblis kerana ia
boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada sesiapa juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka akan
dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga. Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura ‘menolong’
manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak
tahu, tak reti sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti lembu atau kuda. Merekalah yang
dijadikan tunggangan Syaitan, yang disebut di dalam Al-Qur’an dalam beberapa ayat.

5) IFRAIT
Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi Bangsa Jin yang selalunya disebut ‘Jin
Ifrait’. Seperti yang telah diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong. Semasa zaman Nabi Allah
Sulaiman, ada diantara raja-raja Ifrait ini yang berhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan di dalam sirah
Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis yang juga telah dikupas di dalam ayat-ayat Al-Qur’an ada diceritakan
perihal mereka ini.

(Ifrait kah?)

Peristiwa itu bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada Nabi akan
terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Saba’ dan Maharaninya
bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama
Shurahil dan Ibunya bernama Rayhanah As-Sakn daripada satu bangsa Jin. Maka lahirlah Balqamah,
nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja dan rakyat Kerajaan Saba’
ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipisongkan oleh Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim)
mengajar mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.
Kerajaan Saba’ ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan Istana kerajaan ini diperbuat dari emas
bertatahkan belian dan semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian buatannya yang
tiada taranya. Maka Nabi Sulaiman as pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada
Allah swt dan tunduk dibawah kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja iaitu ayah kepada
Balqamah meninggal dunia, mereka melantik Balqamah menjadi Ratu.
Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan kepada perintah Nabi
Sulaiman.Atas nasihat para menterinya yang mengetahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi
Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi Sulaiman as. Tetapi
muslihat itu telah diketahui oleh Nabi Sulaiman as. Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran
untuk memerangi kerajaan Saba’ itu. Maka Ratu dan semua menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman
untuk mengatahui akan agama yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah memerintahkan agar
istananya ditutup rapat dan semua harta di dalam istana itu disimpan dalam peti besi supaya tidak dicuri
oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman as yang terletak di Syam.
Mendengar perkabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja
Istina Kerajaan Saba’ kenegaranya. Maka Ifrait yang pada masa itu menjadi salah seorang menteri
dikerajaan Nabi Sulaiman as pun sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai
dengan Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri
manusia bernama Asif bin Burkhya (seorang abadi dan soleh) yang pula sanggup mendatanglan Istana
Ratu Saba’ itu sebelum Mata Nabi Sulaiman as sempat berkelip pun dengan karomah kurnian Allah swt
(disinilah disebutkan dalil bahawa Karomah WaliAllah boleh mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa
versi akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir as dan ada juga
yang mengatakan mungkin juga Nabi Sulaiman as sendiri. Maka Istana Kerajaan Saba’ pun dipindahkan
bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera Nabi.
Apabila Ratu Saba’ itu sampai disana, Nabi Sulaiman as telah mengajak Ratu dan rombongannya
memasuki Istana ‘Barunya’ itu. Semua telah berubah sehinggakan Ratu Saba’ sendiri tidak mengenali
lagi akan Istananya itu. Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana reka bentuk dalaman
Istana itu. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila ia melihat Singgahsananya ada disitu. Maka Nabi Allah
Sulaiman as pun menceritakan perihal Istana Ratu Saba’ itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu
akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua bala tenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan
yang sepetutnya mereka sembah, bukannya Matahari. Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahwini Ratu
Saba’ yang telah memeluk agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.
Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga dikalahkan dengan Karomah
anugerah Allah swt kepada orang-orang soleh yang menjadi kekasih-Nya. Tidaklah boleh Iblis dan semua
kuncu-kuncu berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah beranggapan
sakti yang dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan Karomah WaliAllah dan kekuasaan Allah
swt. Selamanya golongan Jin ini akan kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq
dan durhaka bersama-sama manusia yang berpihak dengan mereka didunia dan akhirat, dahulu, kini dan
selama-lamanya.

6) IZAZIL/AZAZIL/THE FALLEN ANGEL.


(Gambaran The Fallen Angel/Izazil)

Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangsa Jin itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis
yang telah diangkat oleh semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai
mengatur strategi, bijak mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai
mencipta magis dan silap mata, banyak idea menipu dan dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin
kafir keseluruhannya dari semua bangsa dan golongan. Ia jugalah yang mencipta ‘dunia khayalan’ dan
‘syurga khayalan’ untuk manusia yang bodoh, yang cetek pengetahuannya, yang terpedaya akan
kehebatannya dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta beberapa orang manusia menjadi
Manusia Iblis yang menjadi hambanya.
Sangat bijak menguasai seluruh Ilmu Dunia dan dapat mengatur dunia mengikut telunjuknya. Hanya
sedikit dikalangan manusia yang berjaya lepas dari cengkamannya iaitu yang dikasihi Allah swt.
Selainnya akan menjadi kuli dan hambanya kerana terpedaya dengan hasutan dan tipu helah tentera-
tenteranya iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis. Berjaya juga mencipta 7 buah
alamnya sendiri yang merupakan ‘penjara’ bagi roh manusia yang bodoh, yang tidak mahu belajar tipu
helah Jin, yang tidak percaya alam ghaib dan alam roh, yang sangat degil dan keras hati tidak mahu
mendengar nasihat (ayat-ayat Al-Qur’an) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan masa
mereka didunia ini dengan maksiat, yang sesat mengikut manusia yang sesat pula, belajar tampa sanaa
yang telah ditentukan oleh Nabi saw, yang menghina Nabi saw, seluruh keluarga Baginda saw, sahabat-
sahabatnya dan seluruh pewaris Ilmu dan amal darinya (Alam tersebut juga adalah tempat bagi Roh-roh
Bergentayangan).
Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga bala tentera nyalah yang akan bertarung dengan Nabi Isa as
Al-Masih, Iman Mahdi berserta 70422 Auliya’ Makdudin juga bibantu oleh Bala Tentera Langit
seluruhnya. Di kala itu tiada yang akan tinggal walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak
dengannya. Kesemuanya akan dihancur binasakan oleh Tentera Akhir Zaman Islam. Tiada seekor dan
seorang jiwa kafir pun yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya
mereka mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu dikalangan manusia.
Kerana manusia telah sedia ada di dunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka disimpan didalam
‘penjara alam Ibis’ (Roh-roh Bergentayangan) sementara menunggu perang itu. Mereka masih memegang
anggapan yang pihak merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis telah pun
mengetahui akan kekalahan dipihaknya sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal didalam
kesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya begitu.

7) DAJJAL.

(Gambaran Patung Samiri ciptaan Dajjal)

Inilah ‘Manusia Iblis’ pertama ciptaan Izazil Laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis.
Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil
bernama Rablah. Kedua-dua ibu bapanya itu adalah merupakan adik-beradik seibu sebapa. Mereka
bersekedudukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau
mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pedalaman bernama Samiri di Negara
Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga
membelah kayu api.
Setelah beberapa ketika tinggal di dalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah
mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung.
Maka isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang
isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai
orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh di hujung kampung itu. Sang isteri
telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu.
Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi
isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu.
Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upacara memuja dan memohon pertolongan
dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun
berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan
sewaktu dia datang bulah (di dalam haid) di dalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.
Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka
pun melakukan seperti ydng disuruh di dalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa
lama maka mengandunglah si isteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan (sebab
mengapa nombor 13 menjadi kegemaran para pemuja Iblis/Dajjal/Izazil/Fallen Angel). Semasa isterinya
sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama
berita akan mereka ini sampai pula ke telinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu
yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari
untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah
besar di Dunia ini (kebanyakan agama di Dunia telahpun mengetahui akan kejahatan dan kerosakan yang
akan dilakukan oleh Dajjal itu nanti).
Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi ke kuil kecil untuk
melahirkan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya, dia pun meninggal dunia dengan keadaan
tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu
meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisik
kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja
selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja
atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu
hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan
Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.
Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka
berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan di
Benua Antartika di dalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia
melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan
memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus ke dalam mulutnya. Apabila umurnya
telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa.
Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja
menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu
mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi Harun as juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu
mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as datang kepada Nabi Musa
ketika sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda
Malaikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan
bantahan-bantahan yang mereka lemparkan kepada Nabi Musa as.
Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tur Sina, peluang ini diambil oleh Dajjal
As-Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dikhalayak kaum nabi Musa as iaitu Bani Israil
supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada mereka ‘Tuhan’ Nabi
Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa
menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang
disimpannya dahulu. Patung itu diletakkan dihadapan Bani Israil dan kemudian dengan mentera yang
diajar oleh Izazil.
Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah ‘Tuhan’ nabi Musa as. Kaum Bani Israil
yang selama itu mencari-cari Tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu emas
itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan As-
Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as
memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi
Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi Harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa
meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang
Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah
yang tidak berdaya menjaganya?
Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal As-Samiri ini
dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan
Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malaikat Jibril as telah
menangkap Dajjal As-Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum
bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat Ahli Tafsir menyatakan bahawa Lautan Qauzum
itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan
kurang tepat.
Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu
juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle) yang
boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini
merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tangkap
dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta
yang menjadi sahabat dan khadam mereka (Roh-roh Bergentayangan). Manusia-manusia ini apabila
mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi
mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman nanti.

(Peta Lokasi Segi Tiga Bermuda)

Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun
ke Permukaan Bumi. Maka peluang itu dimanfaatkan secukupnya dengan membuat huru-hara kerosakan
besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut
salji, puting beliung hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang
melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu.
Kerosakan yang berlaku dikepulauan Haiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal
untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.
Dajjal As-Samiri juga telah diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as
masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as, tetapi telah ditolak
dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga
semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama
sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak
Rasullah saw untuk bertarung.
(Dalam hierarki Illuminati, All Seeieng Eye/The Hidden Hand/Dajjal menduduki carta teratas mereka)

Saidina Umar Al-Faruuq yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan
pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri
dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tidak akan mati ditangan
sesiapa kecuali ditangan Al-Masih Nabi Isa as sahaja. Nabi Muhammad saw telah menyuruhnya bersabar
menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal.
Jika pun Saidina Umar Al-Faruuq berjaya membunuhnya disitu, Nabi Muhammad saw bersabda,
hukuman Qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang
membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syara’. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.

8) QARIN
Nama lainnya juga boleh dipanggil sebagai ‘saka pendamping’. Merupakan kelompok yang berketurunan
dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran manusia didunia
ini. Ia telah berada disetiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya. Apabila jatuh saja benih dari
kaum manusia lelaki kedalam rahim wanita itu, maka bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk
kedalam sistem otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasi akal fikiran manusia. Dari sini Qarin
akan mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin
manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk
membuat halangan akan kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu.
Semua bentuk kerja sama ada bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia
dengan halangannya disitu. Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat esok
hari, maka maklumat itu akan dihantar kepada Syaitan dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar
loceng jamnya untuk bangun sahur. Apabila sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia itu pun
membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah kerjasama mereka menghalang manusia.
Tetapi tugas utama Qarin ialah mengujudkan halangan ‘lupa’ difikiran manusia, maka timbullah perasaan
was-was sama ada dia telah solat atau belum? Telah berwuduk atau belum? Sah atau tidak wudhu’nya?
Betul atau tidak cara ia berwudhu’? Betulkah cara ia mandi hadas dan semua bentuk pekara yang
mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat
semasa mengangkat Takbiratul Ihram, sesorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali kerana was-
was.
Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat kawan seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren
dulu, yang sangat susah untuk berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk raka’at kedua baru ia
selesai berwudhu’. Satu waktu, Pak Kiyai menyuruh dia menangkat wudhu’ dihadapannya. Lagilah kelam
kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia berwudhu’ lalu Pak Kiyai suruh dia terjun saja kedalam kolah
itu. Itulah peristiwa yang kawan tak dapat lupakan hingga kehari ini.
Telah juga diriwayatkan bahawa Rasulullah saw juga mempunyai Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah
memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh
Imam Muslim bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:

"Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah
kamu juga wahai Rasulullah? Jawab Baginda, Ya. Aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku
dapat mempengaruhi Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula
mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan sahaja.”

Keterangan Hadis: Dari hadis Rasulullah saw ini menunjukkan dalil bahawa setiap manusia tidak akan
terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu
Ulama’ ke satu Ulama’. Ada yang mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata
menipu dan berbagai visi lain. Tetapi kawan mengambil akan tafsir yang lebih logik iaitu ia mendiami
akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.
Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula
kedalam sistem peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari
kiamat. Ia adalah tugas yang telah ditetapkan kepada nya oleh permintaan Izazil kehadrat Allah swt.
Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah swt telah menjalankan
konsprasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkan-Nya. Maha Suci
Allah swt dari sifat rendah begitu. Sebaliknya Allah swt Maha Adil kepada makhluknya, ia diberi
kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu. Sebaliknya manusia harus peka
akan pekara penyesatan dan dakyah Iblis ini dan memelihara dirinya dan keluarganya dari gangguan
mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar keatas manusia semua.

9) BUNIAN

Seperti yang anda semua tahu, Bunian atau ‘orang halus’ ini adalah kacukan diantara Manusia dan Jin.
Memang tidak mustahil pekara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as
lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan antara
bapanya manusia dan Ibunya adalah golongan Jin. Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini
ada saja perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah kawan dikampung
dahulu ada perkampungan Bunian.
Kawan semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang kawan masih
ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan kawan itu. Malah kawan juga sentiasa diikuti oleh 3 orang
Puteri Bunian kemana saja kawan pergi dulu. Mereka nak kawin dengan kawan tapi atok kawan larang
sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok kawan cakap mereka itu umurnya
dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan kawan.
Kawan tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah kawan tak tahu apa itu kawin, jadi kawan buat tak
tahu saja lah. Tapi bila kawan merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai
sekarang.
Sebenarnya orang kampung selalu minta kawan tolong dapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Tapi
kawan buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Kawan
pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Ketua
Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perampuan. Anak-anak dialah yang suka ikut kawan. Ratu ini
juga baik dengan ibu kawan. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula kawan apa yang dibualkan
mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah kawan. Terutama bila Hari Raya Puasa,
sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia
yang mengaji Qur’an dengan kawan nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk kawan,
mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main
dengan kawan.
Menurut Abang Hassan yang tinggal di Ulu Langat Selangor, Mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka
mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu kawan mengunjungi rumahnya
terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila kawan kata kawan nampak rumah tu dia terus
menganjak kawan memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri
Bunian berketurunan Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini
semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah
itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan
bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak,
Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat
harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.
Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang
tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan kawan dengan
istiadat istemewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam kawan semasa dikampung.
Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian kawan dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum
seperti mereka dari kaum Thyu. Ia sepeti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu
kawan tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah kawan dahulu semasa dikampung ialah dari
kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.
Oleh itu kemana pun kawan pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada kawan, walaupun
dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya kawan
juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri kawan, tetapi kawan tolak kerana masih ingat pesan Atok
kawan supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan kawan. Keputusan itu
mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan kawan sendiri.
Begitulah cerita Abang Hassan.
Dilain ketika, kawan telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran
akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National
Geography tidak dapat mengikuti kawan, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program
TV (gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu,
kawan pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas
puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya
kerajaan Bunian tersebut. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata.
Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda)
diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.
Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-
buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua
yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-
buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan
Puteri Gunung Ledang.
Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus
bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang
oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan
pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak,
tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah
masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika
tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya
sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah
pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya
mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.
Kawan pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari
kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang
dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu,
kawan pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita
orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah
terperanjatnya kawan bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh
seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat
mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng
gunung itu. Kawan diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah kawan. Macam mana burung
ni tahu rumah kawan? Bisik hati kawan. Kawan turun dan menarek tempayan-tempayan tembaga itu
turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.
Kawan bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh.
Selepas berehat kawan pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan
terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang
satu lagi. Kemudian kawan tutup semula dan pergi membuat kerja kawan. Selang seminggu kawan buka
sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam
yang tidak berharga. lantas kawan katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah kawan jangka
pekara ini akan berlaku.

(Batu Ajaib dari alam Bunian)

Daripada cerita-cerita kawan tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-
bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan-kerajaan mereka adalah mengikut
nama kaum mereka itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin, sedangkan
kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka. Manusia sebenarnya tidak mampu
mengawal makhluk Jin ini, mereka akan control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu.
Mereka juga ada memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu buat didunia
luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka
mempunyai hati yang keras dan sukar dididik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua
dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan Atok kawan yang kawan sentiasa ingat hingga ke hari ini. Jika
di Alamnya nampak emas, sedangkan itu hanya ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan
mereka yang mahir dalam ilmu sihir.

10) DEWA

(Patung Dewa Wisnu di Jawa Tengah)

Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang bermaksud 'tuhan', yang
kemudiannya diambil dan digunapakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa
ghaib yang menolong mereka dalam apa juga kerja buat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari mana
datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka
itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi.
Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin, tak
kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam menjauhi akan penggunaan nama
dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada Syirik Akbar (sesat besar)
terhadap Allah swt.

11) SAKA
Telah banyak diceritakan di dalam rencana ini berkenaan dengan Saka keturunan. Ia adalah Jin yang di
ambil sebagai Sahabat atau Khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang
sebelum mereka mati. Jin Saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat.
Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya. Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun
akan diikutinya. Pengambilan Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan Syirik, yang didalam
Syara’ juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi di dalam masyarakat melayu sekarang, mungkin
mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami
hukum agama dengan betul atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil
Jin-jin itu sebagai Sahabat atau Khadam. Justeru itu mereka telah terjebak oleh Jin-jin Saka ini secara
‘tidak rela’ akan kehadirannya, tetapi Jin Saka ini tidak peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap
dibawah kawalannya. Jadi barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang ke
Rahmatullah.
Teringat kawan akan satu cerita semasa kawan menyusuri Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam
ekspedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal dikaki Gunung Tahan pada akhir tahun 80-an
dulu. Dengan menaiki bot panjang kawan mudik ke hulu hingga ke Kampung Bantal Kuala Tahan, Hulu
Tembeling. Sampai disana mengupah Asli Semai untuk menjadi juru pandu arah hingga ke kaki Gunung
Tahan. Dia membawa kawan hingga bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuah gua disitu,
tetapi beliau bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan Asli Senoi yang
terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu kerana telah uzur. Jadi kawan pun berangkat pulang semula
ke Kampung Bantal dan tinggal beberapa hari disitu.

(Saka dari jenis minuman, sesuai untuk melegakan tekak kering)

Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin disitu, beliau menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim
di Tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi keesokan harinya kawan mudik kehilir pula menuju ke Sungai
Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai dipekan Lipis kawan bertanya beberapa
orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim kerana beliau terkenal akan ramah dan
sifat suka membantu orang ramai disitu. Dipagi itu kawan dibawa bertemu dengan Long Kasim untuk
melerai masalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak kawan kerumahnya ditebing Sungai Jelai tidak
jauh dari Pekan itu.
Pak Long Kasim ini merupakan bekas Komunis dan juga merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga
mengeluarkan khazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu
masa dahulu untuk ditunjukkan kepada kawan. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta tangguh
sehari untuk mencarinya. Kawan dipelawa untuk tinggal dirumahnya itu. Keesokan harinya beliau
memanggil kawan dan menerangkan perihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan
‘Sahabat’ Jin yang bernama ‘Pantas Di Awan’ untuk mencari ke seluruh pelusuk Bumi Malaysia ini,
namun beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga. Jadi kata muktamad bagi pencarian
itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak diketahui di mana kuburannya berada.
Selepas itu kawan sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim
telah mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi kawan tunggu saja disitu
beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang
jatuh kedalam gaung di Bukit Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah
mengumpulkan rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu Tok Bahaman dan Abang Malek cucu Tok Gajah
menyertainya dalam operasi itu. Kawan telah diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu
sebagai adik angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika kawan
turut serta. Apabila hari telah malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah membuat satu
upacara ditempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor kambing hitam telah dikorbankan
disitu. Kawan hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang kerumah.
Keesokan pagi kami pergi lagi ke tempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang balak
dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati
kesemua lorinya telah berada diatas jalan semula dengan semua kayu-kayunya terikat elok diatas lori.
Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masalah
kerana masih boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja.
Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum lori itu jatuh kedalam gaung dan kesemuanya
terselamat.
Sekarang bagaimana lori yang telah terhumban itu boleh naik ke atas jalan hanya dalam satu malam tanpa
menggunakan kren? Inilah tanda tanya yang bermain di kepala. Taukey itu memberi upah kepada Cikgu
Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya
itu. Kami semua kembali semula ke Pekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk kerja-kerja itu.
Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat, jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu
ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan usaha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan
sahabat long Kasim ‘Pantas DiAwan’. Tuan-tuan tahu apa dia Pantas DiAwan itu? Ia merupakan seekor
Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksasa,
panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai ke Awan apabila kita
melihatnya selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga.
Hantu ini cukup bencikan kawan sebab kawan selalu menyindirnya dengan bahasa yang sangat pedih, dan
dia selalu kawan minta hadir dihadapan kawan tetapi dia sentiasa mengelak. Sebenarnya Long Kasim
mempunyai muslihat supaya kawan mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi kawan
sendiri mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia bukan menyenangkan,
sebaliknya menyusahkan. Disinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba
menunjukkan kebolehan Jin itu dihadapan kawan. Kawan sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long
Kasim sendiri. Ia sangat licik dan pandai menipu.
Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris
kepada sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal kelak kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari
darah dagingnya sendiri. Inilah salah satu masalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut diwariskan
kepada ahli keluarganya. Inila yang dinamakan Saka.

12) MANUSIA IBLIS.


Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka menuntut ilmu kebatinan,
peringkat demi peringkat sehingga ia akhirnya bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%. Asal
mulanya amat berminat memiliki Ilmu Sakti dan sanggup melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga di didik oleh Bentara Guru Perguruan
Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-
gurunya untuk menjadi yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut.
Dari satu Bentara Guru kepada Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya
menjadi anak murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua bekas gurunya akan dibunuh
setelah ia tamat berguru. Begitulah arahan yang diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi yang
terunggul diantara semuanya. Apabila ia telah sanggup berbuat semua pekara yang disuruh oleh Iblis,
akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, orang yang kawan maksudkan ini adalah:
NYAI RAJA SABDO PALON NAYA GENGGONG / SATRIA PINANDITHA SINISIHAN WAHYU
(Gambaran Sabdo Palon Naya Genggong)

Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat Diraja dan juga merupakan Pornakawan
(penasihat peribadi) kepada semua Raja Majapahit dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Raja
Majapahit yang terakhir adalah Prabu Brawijaya yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470
selepas Ayahandanya mangkat. Apabila Agama Islam berkembang yang dibawa masuk sekitar tahun
1472 oleh Wali Songo (Wali Sangga/Wali 9), maka ia dianggap satu ancaman kepada Kerajaan
Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia dibanteras dari awalnya kerana mengetahui
akan kelemahan balantentera semakin nyata. Maka Wali Songo telah mengaturkan strategi untuk
memasuki Istana bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai agamanya.
Prabu sendiri ingin mengatahui kenapa rakyatnya berbondong-bondong memasuki agama ini, maka itulah
sebabnya ia membenarkan Wali Songo mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya
telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima mereka menghadap. Inilah
salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan dendam terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada sekitar
tahun 1478 apabila Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat, Pemelihara, Penjaga, Pelindung dan
sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu Brawijaya untuk memelok dan
menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran yang
amat keras. Selain akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia kepadanya
kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Wali Songo sekali, beliau juga telah melontarkan
sumpahannya yang antara lainnya disebutkan begini:
"Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam, wit kulo puniki yeti,
rantuning dan yang Jawi, gomong marang anak putu, sagunging priprayangan, kang dumunung tanah
Jawi, wus pinesti sayeki pisahan... Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo
matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani, yan mus prapta kang waci, jangkap gangsal arus tahun,
awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami budi kulo sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron
ngang giyo, yakti kulo risak sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang ati, yen
dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi wes ajebiub mili lahar...
Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar agama budi
luhor, netapi janji mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten kenjing
alamu hingga wahana."
Terjemahan :

"Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam, Sebab hamba ini sebenarnya
adalah Raja dari Diyang (Dewa Penunggu) tanah Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggung jawabkan
mengajar anak cucu dan segala Jin priprayangan yang berada ditanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba
akan berpisah... dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, apabila sudah tiba masa genap 500
tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar
diseluruh tanah Jawa, barang siapa yang tidak mahu menerima agama Kebatinan akan ku hancurkan, aku
perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan masyarakat, aku belum merasa puas hati
kalau belum hancur lebur, aku beri petanda apabila gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar
ke Barat Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku penyebar agama Kebatinan
akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata, segalanya bergerak selih berganti, oleh itu
jangan diam lengah sebelum tercapai tujuan.”

(Keris Iko Iwa, Warisan Sabdo Palon yang telah dipasung)

Terdapat riwayat lain mengenai sumpahan Sabdo Palon ini, ia adalah seperti berikut:
(Setelah diterjemahkan)
1. Ingatlah kepada kisah lama yang ditulis di dalam buku babad tentang negara Mojopahit. Waktu itu
Sang Prabu Brawijaya mengadakan pertemuan dengan Sunan Kalijaga didampingi oleh Punakawannya
yang bernama Sabda Palon Naya Genggong.
2. Prabu Brawijaya berkata lemah lembut kepada punakawannya: "Sabda-Palon sekarang saya sudah
menjadi Islam. Bagaimanakah kamu? Lebih baik ikut Islam sekali, sebuah agama suci dan baik."
3. Sabda Palon menjawab kasar: "Hamba tak mau masuk Islam Sang Prabu, sebab saya ini raja serta
pembesar Dah Hyang se tanah Jawa. Saya ini yang membantu anak cucu serta para raja di tanah jawa.
Sudah di garis kita harus berpisah.
4. Berpisah dengan Sang Prabu kembali ke asal mula saya. Namun Sang Prabu kami mohon dicatat.
Kelak setelah 500 tahun saya akan mengganti agama Buda lagi, saya sebar seluruh tanah Jawa.
5. Bila ada yang tidak mau memakai, akan saya hancurkan. Menjadi makanan jin setan dan lain-lainnya.
Belum legalah hati saya bila belu saya hancur leburkan. Saya akan membuat tanda akan datangnya kata-
kata saya ini. Bila kelak Gunung Merapi meletus dan memuntahkan laharnya.
6. Lahar tersebut mengalir ke barat daya. Baunya tidak sedap. Itulah pertanda kalau saya datang. Sudah
mulai menyebarkan agama Buda. Kelak Merapi akan bergelegar. Itu sudah menjadi takdir Hyang Widi
bahwa segalanya harus bergantian. Tidak dapat bila diubah lagi.
7. Kelak waktunya paling sengsara di tanah Jawa ini pada tahun: Lawon Sapta Ngesthi Aji. Umpama
seorang menyeberang sungai sudah datang di tengah-tengah. Tiba-tiba sungainya banjir besar, dalamnya
menghanyutkan manusia sehingga banyak yang meninggal dunia.
8. Bahaya yang mendatangi tersebar seluruh tanah Jawa. Itu sudah kehendak Tuhan tidak mungkin
disingkiri lagi. Sebab dunia ini ada ditanganNya. Hal tersebut sebagai bukti bahwa sebenarnya dunia ini
ada yang membuatnya.
9. Bermacam-macam bahaya yang membuat tanah Jawa rusak. Orang yang bekerja hasilnya tidak
mencukupi. Para priyayi banyak yang susah hatinya. Saudagar selalu menderita rugi. Orang bekerja
hasilnya tidak seberapa. Orang tanipun demikian juga. Penghasilannya banyak yang hilang di hutan.
10. Bumi sudah berkurang hasilnya. Banyak hama yang menyerang. Kayupun banyak yang hilang dicuri.
Timbullah kerusakan hebat sebab orang berebutan. Benar-benar rusak moral manusia. Bila hujan gerimis
banyak maling tapi siang hari banyak begal.
11. Manusia bingung dengan sendirinya sebab rebutan mencari makan. Mereka tidak mengingat aturan
negara sebab tidak tahan menahan keroncongannya perut. Hal tersebut berjalan disusul datangnya
musibah pagebluk yang luar biasa. Penyakit tersebar merata di tanah Jawa. Bagaikan pagi sakit sorenya
telah meninggal dunia.
12. Bahaya penyakit luar biasa. Di sana-sini banyak orang mati. Hujan tidak tepat waktunya. Angin besar
menerjang sehingga pohon-pohon roboh semuanya. Sungai meluap banjir sehingga bila dilihat persis
lautan pasang.
13. Seperti lautan meluap airnya naik ke daratan. Merusakkan kanan kiri. Kayu-kayu banyak yang
hanyut. Yang hidup di pinggir sungai terbawa sampai ke laut. Batu-batu besarpun terhanyut dengan
gemuruh suaranya.
14. Gunung-gunung besar bergelegar menakutkan. Lahar meluap ke kanan serta ke kiri sehingga
menghancurkan desa dan hutan. Manusia banyak yang meninggal sedangkan kerbau dan sapi habis sama
sekali. Hancur lebur tidak ada yang tertinggal sedikitpun.
15. Gempa bumi tujuh kali sehari, sehingga membuat susahnya manusia. Tanahpun menganga.
Muncullah brekasakan yang menyeret manusia ke dalam tanah. Manusia-manusia mengaduh di sana-sini,
banyak yang sakit. Penyakitpun rupa-rupa. Banyak yang tidak dapat sembuh. Kebanyakan mereka
meninggal dunia.
16. Demikianlah kata-kata Sabda Palon yang segea menghilang sebentar tidak tampak lagi diriya.
Kembali ke alamnya. Prabu Brawijaya tertegun sejenak. Sama sekali tidak dapat berbicara. Hatinya
kecewa sekali dan merasa salah. Namun bagaimana lagi, segala itu sudah menjadi kodrat yang tidak
mungkin diubahnya lagi.”
Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan menyerang Prabu Brawijaya dan
Wali Songo. Berlakulah peperangan Majapahit yang terakhir. Prabu Brawijaya yang lari dari Istana telah
berjaya mereka bunuh. Maka mereka menyerang pula tentera Wali Songo yang ternyata sangat kuat,
akhirnya mereka semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang menghadapi Wali Songo
9 orang. Setelah beberapa lama mereka bertarung ditanah, diatas laut, diatas pokok, diudara, diatas awan,
Wali Songo semamangnya telah mengatahui Sabdo Palon yang sangat sakti tidak akan mati dengan apa
juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja, tetapi tidak berjaya.
Sabdo Palon akhirnya berundur dengan berjalan diatas Air Laut Selatan dan menghilang. Disitulah
Kerajaan yang dimaksudkannya. Di sini Sabdo Palon telah mengumpulkan balatenteranya dengan
mengambil roh-roh manusia yang setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang
mengambil Jin untuk menjadi sahabat mereka di Alam sebelah Timur ini. Sehingga sekarang ini masih
ada Pesantren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil dan dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga
kehari ini. Manakala pada tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan
Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil iaitu Raden Patah dengan
gelaran Syeikh Maulana Al-Fatah yang berketurunan Raja Majapahit juga.
(Warisan kesaktian Sabda Palon yang dinamakan
Tapak Buddha)

Sabdo Palon ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah dengan kesaktian yang
dimilikinya mirip yang dikurniakan Allah swt kepada WaliAllah (sama taranya) yang mustahil manusia
biasa boleh menyampai. Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang tidak
akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah Kerajaan disebelah Timur ini oleh Izazil untuk
ditadbirnya. Ketiga, ia penyebar dakyah agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai
mengikut kehendak penganutnya. Ia adalah agama ciptaan manusia yang benar-benar mirip pula dengan
Agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu tinggi fitnah yang diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang
memfitnah agama Nabi Musa as dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia Iblis kedua selepas Dajjal.
Jika Dajjal diletak disebelah barat maka Sabdo Palon di sebelah Timur.
Sabdo Palon juga telah mendidik seorang anak perempuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya
itu benar-benar menyampai ke taraf yang diharapkan olehnya maka kerajaannya di Lautan Selatan ini
diserahkan kepada anak perampuannya itu, dia telah diberi pula sebuah kerajaan didaratan iaitu dipuncak
paling tinggi didunia iaitu Gunung Everest. Dikedudukan itu Sabdo Palon berada ditengah-tengah
diantara dua lagi agama ciptaan Izazil iaitu Hindu di India dan Buddha di Tibet. Disini dia telah diangkat
menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali diantara manusia paling jahat didunia. Jadi
Sabdo Palon juga dikenali dengan banyak gelaran antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan,
Maharaja Manusia Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama dan lain-
lain. Semua agama-agama sesat disebelah timur ini adalah berasal darinya. Anak perempuannya itu ialah
Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah
berjaya menyesatkan jutaan manusia mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.

NYAYI LOROGIDUL / NYAI RORO GIDUL / NYAI RATU KIDUL


(Kanjeng Nyai Ratu Kidul)

Merupakan anak tunggal perempuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara sendiri oleh Sabdo Palon dan
Ibunya telah dibunuh untuk persembahan Sabdo Palon semasa menuntut dahulu. Lorogidul sendiri telah
menyerahkan dirinya kepada Bapanya sebagai ‘Bersatu’, yang dengan sendirinya menjadi ‘Isteri’ kepada
Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa selepas itu. Perbuatan
‘Sumbang Muhram’ ini kemudian diajar pula kepada manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat
Kebatinan. Jika kaum wanita dengan lesbiannya maka kaum lelaki pula dengan liwatnya (gay). Inilah
sebabnya pekara ini telah tersebar luas di Jawa. Tampa segan silu lagi, acara ini dijadikan pesta kaum
Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda
mudi memasuki agama Kebatinan dengan sajian seks bebas pula.
Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib di Kerajaannya di Laut Selatan.
Maka tempat Sabdo Palon diganti oleh Lorogidul pula sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun
menyampai tahap tertinggi Ilmu Kebatinan. Jadi apabila agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan
Kerajaan Demak pimpinan Wali Songo. Maka agama Kebatinan telah diajar secara senyap-senyap
dikampung-kampung pendalaman.
Mereka lari dari wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya dan
mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul menjadi popular pula apabila dipenghujung pemerintahan
Kerajaan Demak yang semakin lemah dan ditambah pula akan kemasukan Belanda ke Pulau Jawa. Jadi
pada waktu itulah kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati masyarakat Jawa kerana
ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam. Mereka mencari perlindungan dari
penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk ke segenap penjuru
Wilayah dan Negeri bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka.
(Gunung Kidul, Jawa Tengah, kata ibu saya, di
gunung ini masih ada sehingga hari ini Perguruan Kebatinan Roro Gidul, penjaga gunung Kidul
ini boleh bertukar-tukar wajah dalam sekelip mata, sungguh sakti beliau itu.)

Itulah sebabnya Pesantren Perguruan mereka kebanyakannya diceruk-ceruk kampung hingga kehari ini,
tetapi sekarang dibuka dibandar-bandar kerana keterbukaan masyarakat Jawa dalam menerima apa saja
agama mengikut Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama Kebatinan
telah mendapat waktu siarannya tersendiri dikaca TV bagi menyebar dakyah nya dihalayak ramai yang
juga dikenali dengan nama Kepercayaan Kebatinan atau Aliran Kebatinan. Kalau di Malaysia, salah
seorang penuntut Aliran Kebatinan yang paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum gantung
kerana membunuh seorang Wakil Rakyat yang bergelar Dato’ dari Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa
itu?
Tambahan: Ada seseorang yang mengatakan Mona Efandy masih belum mati, dan saya sendiri (editor)
pernah berjumpa dengannya, dia sering berkunjung ke Masjid Kampung Baru, dan mengunjungi kedai
kaset disebelah Masjid tersebut untuk membeli kaset-kaset ceramah Agama, kata tuan kedai tersebut,
Mona Efandy sudah bertaubat. Kereta yang dipandu Mona Efandy adalah Proton Waja berwarna kelabu.
Mungkin ada sesiapa yang boleh mensahihkan cerita ini?
Nah, disinilah beliau belajar, di Pesanteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja,
Jawa. Ia anak murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak Lemper, Mak Lampir atau
Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan banyak lagi nama yang diberi
oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak
hairanlah beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga setelah kalah dalam
pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang oleh penuntut perguruan
Walisongo kerana mereka telah bertambah mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kecamatan
Wilayah-wilayah Jawa Tengah pada sekitar tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh dibunuh
dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh dibuat ialah menghalaunya kembali ke
Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap ke Australia. Begitulah ceritanya Manusia Wanita
Iblis yang telah bersatu 100% dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon.

SYEIKH SITI JENAR/SYEIKH SITI JENNAL


(Gambaran Syeikh Siti Jenar)

Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Syeikh Siti Jenar. Ajarannya telah menyusup
masuk ke dalam masyarakat semasa keberlangsungan ajaran Wali Songo telah begitu hebat dipelajari oleh
masyarakat di Seluruh Kepulauan Jawa. Agama Islam yang diajar oleh Wali Songo berkembang begitu
pesat dan dikala itulah Syeikh Siti Jenar membuka juga pondok Pesantrennya yang mengajar ‘Tarikat’
sesatnya. Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama kebatinan jika
kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah memfitnah ajaran Wali Songo, Tarikat Al-
Hallaj, Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Falsafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasullah
saw sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut dengan Sabdo Palon
sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga
sakti yang menyerupai koramah Wali Songo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan terperangkap
dengan dakyah songsangnya.
Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil
Jalil. Setelah sekian lama tinggal di Jawa, maka ia amat fasih berbahasa jawa malah telah juga berkahwin
dengan wanita Jawa. Antara ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah:
1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai ‘Wahdahtul Wujud’ yang beranggapan iaitu
‘Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo Allah’. Bahawa hamba itu Tuhan, Tuhan itu
hamba. Maknanya manusia bila telah menyampai makrifah itu bersatu dengan Tuhan terus yang amat
jauh dari tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana, Ayah Pin, Rasul
Kahar, Baginda Mokthar dan lain-lain.
2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan
syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syara’ dari melakukan semua
tuntutan Syara’ kepada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau malas
beribadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi mengaku Islam. Ia mengisi ruang
kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-
terang sesat dari Aqidah Islam sebenar.
3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati itu hidup, hidup itu mati. Jadi ia boleh membawa kepada
manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi Qada’ dan Qadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi
berusaha untuk menjalani hidup, malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia
adalah dituntut dalam Islam, berkerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka mereka akan menjadi
pengemis saja kononnya ‘Zuhud’ yang membuang hidup didunia. Padahal jika mereka mati di dalam
keadaan ini, matinya dikira di dalam kesesatan yang nyata.
4) Syurga dan Neraka telah ada didalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu menunggu hidup selepas
mati kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya
dan akan sesat yang jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat sama ada disukai orang
atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, isteri orang juga isterinya, harta benda orang juga menjadi
hartanya. Kata orang, harta kau harta aku, harta aku harta aku. Ia bebas berbuat apa saja kerana tiada lagi
dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik. Dialah penentu syurga dan neraka itu.
Perbuatan yang sedap, lazat, senang, kaya dan gembira itu syurga dan perbuatan yang susah, payah,
dibenci, miskin dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil syurga saja, atau semuanya syurga
saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada bini, rogol anak orang, bini orang.
Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan
main nombor ekor, ia surga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu memalukan diri sendiri
kerana tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak mengenal hukum jenayah negara dn
hukum Islam.
5)Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan, hambanya yang lain yang
menyampai makrifah pun begitu. Muhammad adalah Nur atau Nur Muhammad, sedangkan Nur itu pula
adalah cahaya, oleh itu hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur Muhammad itu ada dalam diri
kamu, jadi kamu juga Rasulullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad saw daripada
menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama macam Nabi. Na’uzubillahiminzalik. Maha
Suci Allah swt yang hendak disamakan dengan mana-mana makhluk dan Maha Suci Rasullah saw nak
disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya. Kalau dah manusia itu tuhan,
semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahala, kawin ikut suka guna ‘Nikah Batin’ saja, dan
sebagainya lagi. Tidak ke manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon
yang di adaptasi oleh Syeikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya. Bahkan telah diikuti oleh
ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara
oleh anak-anak muridnya pula.
6) Solat tak perlu wudhu’, rukuk, sujud dan semua gerak kerjanya, hanya perlu daim atau diam sahaja
iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga dipanggil ‘sembah Roso’. Inilah yang paling disukai oleh
mereka yang malas solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah dimana
saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak payah mandi junub hanya basuh
saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam Islam tidak pernah diajar pekara begini. Malahan
pengikutnya jika lalu di Madrasah atau Masjid hendak saja mereka bakar Masjid dan Madrasah itu.
Mereka akan terpekik-pekik menyendir perbuatan Azan itu sambil menyumpah-nyumpah mereka yang
pergi solat berjemaah. Pernah disatu kejadian mereka melempar bom api di Masjid, menghalang orang
Islam masuk kedalam Masjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak lagi pekara yang
sesat dan salah telah menular di dalam Masyarakat diseberang hingga ke hari ini.
Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Syeikh Siti Jenar (SSJ) yang segar hingga kehari ini walaupun
dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka buku sejarah Wali Songo, SSJ telah dihukum bunuh tetapi
mayat dan kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka bahawa SSJ tidak
mati, malah ghaib seperti SP dan Nyayi Lorogidul juga. Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam
sebuah kerajaan yang menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi inilah
yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ adalah anak murid SP dan kini mendiami salah satu Kerajaan
ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.
Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau ‘Tarikat sesat’ atau Aliran
Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka diatas ini dinasihatkan agar segera kembali kepangkal jalan.
Ditakuti anda mati di dalam keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan
menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban kedalam Neraka Jahanam seperti yang telah
dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah dengan dakyah mereka.

RAJA-RAJA JIN DI ALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM:


Terdapat 7 kerajaan ‘alam atas’ yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut
adalah seperti berikut:

1) Jibriyaail
2) Mikiyaail
3) Samsamaail
4) Ruqiyaail
5) Kasfiyail
6) Sarfiyaail
7) Ainyaail

RAJA-RAJA JIN DI ALAM BAWAH YANG KAFIR:

Terdapat juga 7 kerajaan ‘alam bawah’ yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja
tersebut adalah seperti berikut:

1) Akhmar
2) Burkhan
3) Syamhurisah
4) Mazhab
5) Marrah
6) Maimon
7) Zubaiah

(Hierarki Kerajaan Syaitan?)

RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAIT:


Terdapat 4 kerajaan yang besar golongan Jin Ifrait diseluruh alam ini. Mereka-mereka ini pernah berkerja
dibawah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini adalah Jin
Ifrait yang paling jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah:

1) Munaliq

2) Hadlabaajan

3) Shughal

4) Thamrit

RAJA-RAJA DARI ANAK-ANAK IBLIS:

Terdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka
dalam kerajaan itu. Mereka ialah:

1) Dassim - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri, adik
beradik, sahabat handai, jiran tetangga. Memutuskan siraturrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama
dengannya.

2) Mabsuut - Tugasnya ialah untuk merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba,
dengki khianat, berlaku summah dan seumpama dengannya.

3) Thubar - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masaalah, musibah dan bala bencana
supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah
kepada Allah swt kerana ditimpakan musibah itu.

4) Zalanbur - Tugasnya ialah untuk merasuk dan menghasut manusia supaya bergaduh, bertengkar,
bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama
panggilan kerana terkenal akan sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala
Angin dan lain-lain.

5) Al- Anwar - Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang
akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak,
sumbang mahram, onani, berzina, lebsian, sex bebas, homoseksual, liwat. Mereka pada mulanya hanya
mencuba dan berjinak-jinak akan pekara-pekara diatas, tetapi mereka tidak tahu sekali saja mencuba ia
akan membawa kepada ketagihan yang kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan
akhirnya ketagihan yang tidak dapat lagi keluar akan masalah itu. Contoh yang paling keji sekali ialah
homoseksual dan liwat, mereka yang telah mencuba sekali akan terus kekal sampai mati, amat sukar
sekali ingin membuang tabiat itu walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan
maksiat besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.

KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN IALAH:

IZAZIL LAKNATUALLAH

MAHARAJA TERTINGGI KESEMUA KERAJAAN-KERAJAAN JIN IALAH:

THOTHAMGHIYAM YAAL

MALAIKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN KESEMUA KERAJAAN DAN


SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA IALAH :

MALAIKAT MAITHOTORUN / KUTUBUL JALALAH

Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga dengan nama yang paling
popular dipanggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun
yang tertinggal lagi. Sekarang anda semua telah mengetahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang
menjadi musuh kamu yang paling nyata walaupun telah dijadikan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar
kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang
sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada Ummat Islam. Maka carilah jalan keluar dan jangan
lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa juga alasan yang diberi, mereka ini akan tetap memusuhi
kamu luar dan dalam. Berpegang teguh dengan Iman yang telah dilengkapi oleh Allah swt pada setiap
individu, tiada alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu semasa didunia,
dihadapan Allah Rabul Jalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa lagi yang akan dapat menolong kamu disitu.
Ingatlah janji ini benar.

CARA-CARA MENHINDARI DAN KELEMAHAN JIN.

Daripada keseluruhan cerita yang telah dipaparkan dari Pendahuluan, Muka Surat 1, Muka Surat 2, Muka
Surat 3 dan Muka Surat 4 ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah kita hendak
menghindarkan gangguan Jin dn kuncu-kuncunya itu. Inilah yang paling penting dalam semua ilmu
terawal yang perlu ada kepada semua ‘Murid’ yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah
dalam apa juga jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu. Apabila kamu telah sampai kepada
Hakikat di dalam Hakikat, mohon dengan izin Allah agar kamu diperlihatkan alam yang kawan katakan
ini. Disitu kamu akan nampak sendiri akan semua dari apa yang telah kawan paparkan ini adalah benar
belaka.
Kelemahan utama golongan Jin ini ialah apabila kamu melakukan ibadah tak kira wajib atau pun sunat
kamu masuk didalam wilayah Ikhlas dan Redha. Didalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu
oleh mereka dari apa juga golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa,
tenang, khusyu’ dan rela di dalam ibadah itu terutama solat. Masalahnya bagaimana kamu hendak masuk
kedalam wilayah itu? Ia adalah dengan latihan yang beterusan. Tanpa latihan kamu tidak mampu untuk
masuk. Masalah selepas latihan ialah gangguan Saka, jadi Saka hendaklah dibuang. Jika tidak, memang
payah untuk masuk di dalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu dengan adanya Saka yang bergayut ditubuh
anda. Itulah sebabnya kena ada Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang namanya Tariqat, Tariqat yang
berwisilah (berwasilah) dan beribtah (beribitah – rasa cinta kepada Rasulullah ketika menuntut,
mempelajari dan mengamalkan Ilmu) menyampai kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah
penjamin seluruh umat Islam. Tanpa Nabi tiadalah Alam ini.
Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan jasmani. Sentiasa dikawal
pergerakan anda walau dimana kamu berada. Jika kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka
kamu juga tidak akan diganggu oleh puak-puak jahat itu. Kerana mereka kalah dengan orang kuat di
depan kita itu. Maka terselamatlah anda. Jika kamu berjalan juga seorang diri pastinya kamu akan
diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk dengan mereka yang kuat-kuat itu. Ini adalah
gambaran yang paling mudah untuk kawan gambarkan akan setiap perjalanan menuju Allah. Jalan yang
lain amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar mencolek hingga kamu tidak
sedar kamu telah dicolek. Diharap anda semua faham kenapa perlunya anda ada guru yang berwisilah dan
beribitah.

Tambahan:
Soalan:
4; Atok, sy rasa ada yg tertinggal atok, atok tak dedahkan lagi macam mana orang2 ini mendapatkan
hantu2 spt toyol, langsuir dsbginya, spt pemujaan di kubur dll. lagi satu mengenai minyak pengasih.
bagaimana terhasilnya benda tu? atok blh jelaskan? niat sy bertanya bkn untuk melakukan, tp perasaan
ingin tahu.
Jawapan:
4)Benda2 mcm tu selalunya depa minta tlg dari dukun dan pawang utk puja Cewnuai, minyak dagu
mayat dll. Ia bahaya pada akidah kita kerana dah masuk pujaan Iblis utk tlg kita. Inilah permulaan bab
ingin tahu dan mencuba, ia bahaya kpd yg muda2 spt cucu sdd sistem pertahanan belum ada lagi. Jadi
biar saja bab itu, lain kali bila dah mantap, Allah akan buka bagi lihat...

PENUTUP:
Maka dengan ini Kawan akhiri rencana Iblis dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) ini.
Rasanya telah tertunai semua janji yang telah kawan buat bagi menjelaskan kesemua bentuk makhluk
halus ini. Diharap tuan-tuan dan puan-puan semua berpuas hati dengannya dan dengan ilmu yang sedikit
ini mudah-mudahan kamu akan berjaya menempuh perjalan kamu yang masih jauh dan dapat mengenal
serba sedikit akan musuh kamu yang paling nyata ini. Segala kesilapan dan tutur kata yang tidak
disenangi haraplah dimaafkan kerana kawan hanya manusia biasa yang tidak berilmu. Sebagai penutup;

Bersyukur kita ke Hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat disudahkan rencana yang
kecil ini. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw, Keluarganya serta
Sahabat-sahabatnya, serta Salam kepada Kutub Zaman Sultan WaliAllah Sayyidi Syeikh Muhyiddin
Abdul Qadir Aj-Jailani Al-Makdudin Al-Arifbillah, Keluarganya dan Kerabat WaliAllah yang
bersamanya, juga kepada Kanjeng Sunan Wali Songo dan Keluarga, kepada Guru ku Syeikh Ahmad
Junaiddy Al-Arifbillah serta seluruh guru-guru ku yang berwasilah dan berabitah hingga ketangan
Rasullah saw. Al-Fatihah.

Waalahuaa'lam.

Wallahua'lam,
-Orang Gombak
(Artikel asal adalah milik Atok Zamany, hamba hanya ulang siar sahaja)
*Alhamdulillah, selesai juga... Lepas ni bolehlah bukak bab baru!

Anda mungkin juga menyukai