Anda di halaman 1dari 3

NASI DAGANG

Sumber: Babybatriesyia

Bahan-bahannya
1/2 kilo beras Nasi Dagang
Sedikit halba
Sedikit hirisan halia
Sedikit hirisan bawang merah
Sedikit hirisan bawang putih
Santan Pekat (dicampur dengan sedikit garam)

Beras dibasuh dan direndam semalaman. Sebaiknya sehingga 8 jam. Jadi


kalau nak kukus pagi esoknya, rendam sejak pukul 10.00 mlm gitu.

Buangkan air rendaman dan letakkan atas kukusan - kukus selama lebih
kurang 30 minit. Angkat beras tadi dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan
dengan santan (agak2 digaul rata dan lembap beras) dengan halia, bawang
merah, bawang putih dan halba. Masukkan semula ke dalam kukusan dan
sambung mengukus selama lebih kurang 30 minit lagi atau sehingga masak.
Jika suka lebih lemak, boleh tambahkan pati santan dan gaul lagi. Boleh
kukus sekali lagi. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.

Partner utk hidangan nasi dagang mesti ada:-

1. Gulai Ikan Tongkol/Ayam/Udang


2. Acar Mentah Sayuran
3. Sambal Kelapa (ada org omit this one)
4. Telur Rebus

GULAI AYAM NASI DAGANG


Sumber: Babybatriesyia

1 ulas Bawang Putih


1 inci Halia
Sedikit Lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang lada kering (semua bahan ini ditumbuk halus)
Ayam dipotong kecil2
Santan pekat
Santan cair
1 sudu besar rempah kerutub
3 sudu besar rempah kari
Sedikit air asam jawa
Sedikit Lada Hijau
Sedikit Gula
Sedikit Garam

Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi. Masukkan rempah kari


dan rempah kerutub. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan
biarkan hingga ia bergaul sebati. Masukkan santan pekat dan gaul lagi
hingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan santan cair, garam
dan gula utk perasa. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat.

UNTUK PENYEDIAAN ACAR

Timun Batang - dihiris panjang/nipis


Lobak Merah - dihiris panjang/nipis

Kedua bahan ini boleh direndam dalam air kapur utk merapuhkannya.
Sekadar 30 minit, kemudian boleh ditoskan (tp kita basuh gak dan toskan)

Sedikit cuka
Gula - cuka sekadar cukup menenggelamkan gula sahaja
Sedikit garam
Sedikit lada merah - dihiris halus
Sedikit bijan - digoreng tanpa minyak

Cuka dan gula dicampur dengan garam dan dikacau hingga gula larut.
Kemudian campurkan sebati dengan bahan-bahan lain...

SAMBAL KELAPA

Kelapa Parut (seeloknya yang putih)


Isi ikan
Gula Melaka
Kelapa parut digoreng (jangan sampai garing - sehingga kuning sedikit
sahaja). Angkat. Ikan direbus dan diambil isinya. Semua bahan - kelapa, isi
ikan, gula melaka ditumbuk hingga bergaul rata/sebati. Hidangkan.

UNTUK PENYEDIAAN GULAI IKAN TONGKOL

Ikan Tongkol - direbus terlebih dahulu dengan garam, gula, asam keping dan
gula melaka.

Untuk penyediaan gulai ikan, sama sahaja dengan gulai ayam. Bezanya
cuma untuk ikan, perlu direbus terlebih dahulu.

Posted by Diana at 2:38 PM

Anda mungkin juga menyukai