Anda di halaman 1dari 34

BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT

AKAL
 
DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL


RETARDATION (AAMR)

“Subsequence subaverage general intellectual


functioning, excisting concurrently with deficits in
adaptive behavior and manisfested during the
developmental period, that adversely affects a
child’s educational performance.”
DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL


RETARDATION (AAMRD)

“Mental retardation is a disability characterized


by significant limitation both in intellectual
functioning and in adaptive behavior as
expressed in conceptual, social and
practical adaptive skills. This disability
originates before age eighteen.”
• individu yang mempunyai had tertentu dari
segi fungsi mental, di samping kemahiran yang
rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian.
Tingkah laku penyesuaian melibatkan
kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan
memakai pakaian, makan atau mengemas diri.
Individu yang dikesan mengalami kerencatan
akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri
sendiri atau hidup secara berdikari. Kecacatan
ini lazimnya dikesan sebelum usia 18 tahun.
KESIMPULAN DEFINISI

TIGA KRITERIA UTAMA:

1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata


2. Lemah Tingkah Laku Suaian
3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia
18 Tahun
KESIMPULAN DEFINISI

1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata


Kefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan melalui
kecerdasan intelek (IQ) melebihi daripada satu
sisihan piawai di bawah min mengikut umur
tertentu, iaitu dalam lingkungan 85 atau 85
bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang
digunakan.
KESIMPULAN DEFINISI

2. Lemah Tingkah Laku Suaian


Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu
untuk mencapai kehendak sosial dalam masyarakat
bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak-
kanak yang mempamerkan masalah dalam
penyesuaian tingkah laku dikatakan mengalami
terencat akal. Kriteria kemahiran yang termasuk
dalam tingkah laku suaian adalah seperti berikut:
KESIMPULAN DEFINISI

• Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar idea, mesej, atau


maklumat dengan orang lain sama ada secara lisan, isyarat,
atau cara-cara lain,
• Urus diri - keupayaan untuk mengurus kebersihan diri,
makan, dan perkara lain yang berkaitan,
• Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi dengan baik/sesuai
dengan orang lain,
• Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan mengurus aktiviti
harian kehidupan di rumah,
• Masa lapang - kebolehan menggunakan masa lapang secara
produktif,
KESIMPULAN DEFINISI

• Kesihatan dan keselamatan - berupaya memberi perhatian


dan berjaga-jaga serta bertindak dengan cara yang tidak
membahayakan diri dan orang lain,
• Arah kendiri - keupayaan membuat keputusan dan
melaksanakannya,
• Akademik - membaca, menulis, matematik, dan
kemahiran lain yang diperlukan untuk berdikari,
• Menggunakan kemudahan awam - berupaya mengenal
pasti dan menggunakan perkhidmatan awam di dalam
masyarakat setempat,
• Bekerja
KESIMPULAN DEFINISI

• Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku suaian termasuklah


belajar merangkak, kemudian berjalan, dan belajar
bercakap.
• Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian termasuk
mengambil giliran, mengikut arahan, dan bergerak bebas
dan selamat di kawasan sekolah.
• murid sekolah menengah pula, mereka berupaya pergi ke
pusat membeli belah, makan bersama rakan, dan
membuat persediaan untuk bekerja. Pelajar yang terencat
akal minima mungkin mengalami kelewatan dalam
beberapa bidang tingkah laku suaian.
KESIMPULAN DEFINISI

3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia


18 Tahun

• Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau


dikesan semasa zaman kanak-kanak sehingga umur
18 tahun. Oleh itu, kurang upaya intelek yang
berlaku akibat daripada kecederaan atau penyakit
selepas perkembangan awal kanak-kanak tidak
dianggap sebagai terencat akal.
PENGKELASAN TERENCAT AKAL

UKURAN IQ
ARAS STANFORD-BINET WESCHLER SISIHAN PIAWAI
PENGKELASAN (SP=16) (SD=15) DI BAWAH MIN
Ringan 52 – 68 55 – 70 2 hingga 3
Sederhana 36 – 52 40 – 55 3 hingga 4
Teruk (severe) 20 – 36 25 – 40 4 hingga 5
Sangat teruk bawah 20 bawah 25 melebihi 5
(profound)

***Ukuran IQ adalah anggaran


Ciri-ciri Individu Terencat Akal
Marilyn Friend (2005)
1. Ciri Kognitif
mempunyai kesan ke atas beberapa dimensi kefungsian kognitif :
Ingatan Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa
perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara yang baru diajar.

Generalisasi Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi


yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-kanak terencat akal menghadapi
masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi
sosial.
Metakognisi kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi sesuatu masalah
dalam rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya

Motivasi mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan
sesuatu tugasan dan mudah berputus asa

Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka


mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti
konsep atas, bawah, tepi, dan sebagainya.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

2. Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran, murid terencat akal
selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat
latihan yang banyak, dan memerlukan masa yang
lama berbanding murid-murid normal yang lain
Selain itu pencapaian akademik mereka adalah
rendah.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

3. Sosial
Kebanyakan murid terencat akal menghadapi
kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya
mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan
mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini
disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang,
tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial,
dan mereka mempunyai masalah menguasai kiukiu
sosial vana halus sehingga mereka kerap kali salah
tafsir aksi-aksi murid lain.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

4. Ciri Tingkah Laku Tambahan

Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal


mempunyai tingkah laku yang khusus. Di antaranya
adalah seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik
rambut, menggigit, atau tabiat suka mencederakan
diri.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

5. Emosi
Memerlukan perhatian akibat daripada perasaan
kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran sosial.

6. Ciri Fizikal dan Kesihatan


mempunyai masalah kesihatan sampingan selain
kecacatan yang dialami. Misalnya kanak-kanak
Sindrom Down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada
muka, jari, dan badan serta penyakit penyakit seperti
jantung berlubang dan paru-paru.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Tumpuan
• Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran
sangat penting untuk memahami sesuatu tugasan
yang diberikan sebelum proses pembelajaran
berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk
menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar
memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama
• kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan
masalah kerana tidakupayaan untuk berfikir secara
logik.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Ingatan
• Kajian menunjukkan kanak-kanak terencat akal
menghadapi masalah untuk mengingat maklumat
yang diterima. Ketidakupayaan untuk mengingat
maklumat yang disampaikan menghadkan
kemampuan mereka untuk belajar. Keadaan ini
merupakan halangan utama dalam proses
pembelajaran di sekolah.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Ingatan
• Kebolehan mengingat merupakan proses
pembelajaran yang kompleks dan memerlukan
kaedah yang sesuai. Kanak-kanak terencat akal
menghadapi kesukaran untuk mengingat konsep
serta perkara-perkara yang berkaitan teori tentang
sesuatu perkara.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa
• Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk
keperluan komunikasi, menyampaikan kehendak
dan perasaan dalam sesuatu persekitaran
(Hatton,1998).
• Kelewatan perkembangan bahasa merupakan
antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-
kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992).
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa
• Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa
boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal.
Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami
kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa
mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal,
namun kemajuan perkembangan bahasa mereka
agak perlahan sekiranya kategori yang dialami
terencat akal teruk.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa
• Kelewatan perkembangan bahasa dalam kalangan
kanak-kanak terencat akal mempunyai hubung kait
dengan keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal
sukar untuk menyampaikan bahasa-bahasa
berasaskan linguistik dan menyebabkan
penguasaan bahasa yang lemah.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Pencapaian Akademik
• kanak-kanak terencat akal lazimnya mempunyai
pencapaian akademik yang rendah berbanding
rakan sebaya normal yang lain. Kanak-kanak
terencat akal juga sering mempunyai jangkaan
pencapaian yang rendah disebabkan tahap
kemampuan intelek yang dimiliki (Mac Millan,
1982).
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Sosial
• Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih sensitif
dan emosional. Kanak-kanak ini juga menghadapi
masalah dalam berkomunikasi dengan rakan
sebaya. Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari
sewaktu menerima pengajaran di sekolah. Namun
begitu, kanak-kanak terencat akal ini tidak dapat
memahami peranan menunggu giliran seperti
menunggu giliran apabila seseorang selesai
bercakap sebelum memulakan topik perbualan.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Sosial
• Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah
untuk memahami konsep-konsep sosial. Sebagai contoh,
konsep wang. Mereka menghadapi masalah untuk
memahami fungsi wang serta kegunaan wang dalam
kehidupan harian. Kanak-kanak terencat akal juga sukar
memahami kesan dan akibat sesuatu perhubungan.
Contohnya, mengenal pasti bahawa terdapat kesan
daripada setiap tindakan yang dilakukan.
•  
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Analisis Tugasan
Sesuatu kemahiran yang hendak diajar dijelaskan
dengan terperinci dan di bahagikan kepada
bahagian-bahagian kecil. Kemudian, bahagian-
bahagian kecil tersebut disusun mengikut urutan
yang dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi
setiap bahagian, tempoh masa untuk menguasinya
dinyatakan.
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Penilaian
Penilaian kerap dilakukan untuk memastikan sama ada
sesuatu bahagian kecil itu dikuasai atau tidak.
Sekiranya, penilaian tidak dilakukan, kesilapan yang
dibuat oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika
dibiarkan, pelajar akan terus melakukan kesilapan
tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar kerencatan
mental ini boleh membawa kesan yang buruk kepada
dirinya
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Gerak Balas Aktif


Menentukan bahawa pelajar terlibat secara aktif dan
setiap gerak balas pelajar dicatat. Contohnya,
bilangan perkataan yang disebut, dan bilangan ayat
yang ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur untuk
menggalakkan pelajar memberi respons yang
dipantau dengan rapi supaya maklum balas yang
bermakna dapat diberikan
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Maklum Balas
• memerlukan makluma balas serta merta tentang
usaha mereka. Maklum balas merupakan pujian atau
peneguhan positif lain bagi jawapan atau tingkah
laku yang betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar
diberi galakkan dan peluang untuk membetulkannya.
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Maklum Balas
• Maklum balas hendaklah tepat, serta merta, positif
dan kerap. Contohnya, "Kamu dapat membaca 90
perkataan hari ini. Itu 10 lebih daripada semalam.
Bagus". Kadang kala, pelajar kurang upaya tidak
sabar mencuba berkali-kali untuk mendapat jawapan
yang betul. Adalah dicadangkan guru membantu
pelajar mendapat jawapan yang betul.
Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan hingga
pelajar mencuba sendiri
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan berlaku apabila sesuatu kemahiran atau
tingkah laku yang dipelajari digunakan dalam situasi
yang berlainan. Bagaimana ini dapat digalakkan?
Salah satu cara ialah untuk memberi pelajar peluang
mengamal seusuatu kemahiran dalam situasi
berlainan. Contohnya, pelajar dibawa ke padang
permainan untuk mempraktik kemahiran yang
dipelajari dalam bilik darjah
Masalah bahasa kanak-kanak terencat
akal
• Bentuk bahasa
• Kandungan bahasa
• Penggunaan bahasa
Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa

• Kaedah penilaian bahasa


• Strategi/ teknik intervensi yang spesifik
• Keberkesanan komunikasi

Anda mungkin juga menyukai