Kajian Tindakan Peningkatan Kemahiran Membaca
Kajian Tindakan Peningkatan Kemahiran Membaca
OLEH:
SK KAYAN,SITIAWAN,PERAK
PENYELIDIK:
MAZNI BIN OTHMAN
22 SEPTEMBER 2007
PENGENALAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun
1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya, dan
untuk menunai inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah
rendah. Guru pemulihan tidak berupaya mengendalikan pemulihan tanpa sokongan daripada
guru besar dan guru-guru sekolah terbabit Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR )
memberikan penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran ini dapat menyempurnakan pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya. Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasi
sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu
langkah yang perlu diambil ialah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi
membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid . Ujian
diagnostik adalah satu ujian yang boleh digunakan untuk mencapai keperluan tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran
menguasai membaca. Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) dan Kaedah Fonik
digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Awal:
Dalam tinjauan awal. Pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas membaca di kaji.
Ujian awal ( Diagnostik ) dilaksanakan dan temubual dengan guru di adakan. Ujian dan temubual
berikut dilaksanakan
Daripada data diperolehi, hanya 3.7% pelajar menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan
68.5% masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK
Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca VKVK
Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran ini.
Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca teks
Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran teks
Analisis Data 5 ( Temubual/ soalselidik )
Modul Pengamatan 9 12
( 34.6% ) ( 46.2%)
Berdasarkan jadual tujuh perkara yang berkaitan dengan penggunaan instrumen dan modul
mengenalpasti kemahiran 3M . Hanya dua perkara modul dan instrumen ( > 75.0% ) iaitu
Instrumen Penentu 3M dan Modul Kemahiran asas membaca yang disediakan oleh guru
digunakan dengan tinggi. Manakala bahan penggunaannya mengikut urutan seperti berikut;
a. Modul ASBALIS ( 69.2%)
b. Modul Kemahiran Asas Mengira Yang Disediakan Oleh Guru ( 61.5%)
c. Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( 46.2%)
d. Modul Pengamatan ( 34.6%)
Jadual menunjukkan tahap faktor yang sangat mempengaruhi penguasaan 3M adalah faktor
sikap dan perkembangan kogniti pada tahap ( 3.50 <min < 4.00 ). Manakala faktor-faktor lain
hanya pada tahap mempengaruhi berdasarkan urutan berikut;
Rumusan:
Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asas
khususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV.KVKVK,VKVK dan Teks mudah. Kesukaran
mengikut tertib dan factor penggunaan instrument dan murid mempengaruhi kadar membaca
murid.
FOKUS KAJIAN
Berdasrkan analisa data, focus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca
KVKV,KVKVK,VKVK dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya.
MERANCANG TINDAKAN
Bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam tinjauan awal beberapa aktiviti dalam
pendekatan KGBK dan Kaedah Fonik di jalankan di dalam dan di luar bilik darjah.Segala aktiviti
adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penguasaan kemahiran membaca
PELAKSANAAN TINDAKAN
PEMERHATIAN
Beberapa pemerhatian dibuat semasa pelaksanaan tindakan dalam kajian ini.
a. Bilangan murid yang boleh menyebut dan membaca perkataan
b. Pencapaian setiap pelajar dalam membaca
c. Markah yang dicapai dalam ujian pencapaian membaca
Sederhana
Baik
Sangat
Baik
Jumlah
PENILAIAN
Ujian 1 dan jian 3 merupakan tahap yang sukar jika dibandingkan ujian 2. Penambahbaikan
dapat dilihat dari segi peratus pencapaian bagi setiap ujian yang diberi. Berdasarkan
penggunaan pendekatan KGBK dan Kaedah fonik penapaian dinyatakan dalam jadual dibawah
bagi kemahiran membaca.
Kaedah KGBK
Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik
Kaedah Fonik
Sangat lemah
Lemah
Sederhana
Baik
Sangat baik
Daripada perbandingan di atas didapati kemajuan kemahiran dapat dilihat apabila menggunakan
kaedah KGBK dan Kaedah Fonik.
REFLEKSI
Daripada kajian yang dijalankan adalah di dapati bahawa kemahiran membaca murid pemulihan
dapat ditingkat dengan menggunakan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru.
Terdapat jug factor yang mempengruhi penguasan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar
kehadiran mereka dating ke sekolah. Penggunaan diagnostic dapat membanu dengan cepat guru
mengesan ketidakbolehan membaca murid.
CADANGAN