Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN

Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan,


kepenggunaan bermakna pengguna yang melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka
yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap
pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak
memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana
pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya. Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna"
dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992.
Beliau berkata semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah
pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau
kurniaan alam semula jadi. Oleh itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi.1

Produk dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Di samping


memudahkan kehidupan, produk-produk tersebut juga memberi status kepada kehidupan mereka.
Bagaimanapun, produk yang sama boleh juga mengancam keselamatan dan kesihatan akibat
daripada reka bentuk, isi kandungan dan cara produk tersebut diguna atau disalah guna.

Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal


keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan
makanan di sekolah sehinggalah pencemaran mentega kacang dengan bakteria Salmonella pada
tahun 2009. Sejak krisis keselamatan alat permainan kanak-kanak pada tahun 2007, Amerika
Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah telah mengambil langkah-langkah memperbaiki lagi
peraturan keselamatan produk di negara masing-masing. 2 Keselamatan produk memberi
makna bahawa sesuatu produk apabila digunakan di bawah keadaan biasa tidak
mendatangkan bahaya atau hanya bahaya kecil, sekiranya produk tersebut digunakan seperti
1
http://e-pengguna.blogspot.com/2010/05/siapa-itu-pengguna.html 20 Februari 2011.

2
http://www.standarduser.org/standardusers/index.php?option=com_&view=article&id=309:isu-keselamatan-
produk-pengguna 14 Januari 2011.

1
yang sepatutnya. Keselamatan produk juga mengambil kira kategori pengguna yang berisiko
apabila menggunakan produk berkenaan terutamanya kanak-kanak, orang-orang kurang upaya
dan orang-orang tua.

Membelakangkan krisis keselamatan alat-alat permainan pada tahun 2007,


Standards Users dan Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) telah mendesak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hampir dua tahun selepas krisis keselamatan alat-
alat permainan bermula, implementasi peraturan tersebut telah ditangguhkan berkali-kali.
Selepas notifikasi Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa atau WTO, peraturan tersebut
dikatakan di peringkat akhir mengenal pasti kod HS untuk tujuan kawalan Kastam Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) untuk menghidupkan semula kerja-kerja penggubalan peraturan
keselamatan alat permainan yang terhenti pada tahun 2002.

Dalam artikel laman berita pengguna yang ditulis oleh Mohanna Priya, menyatakan di
Malaysia sesebuah organisasi  boleh mengendalikan penarikan balik produk secara sukarela
walaupun produk tersebut tidak dikawal oleh undang-undang demi menjaga nama syarikat
mereka. Sebagai contoh, apabila berlakunya penarikan balik peralatan permainan di seluruh
dunia pada 2007 apabila terdapatnya kandungan plumbum pada tahap yang berbahaya, maka
syarikat multinasional di Malaysia seperti “Fisher-Price” dan “Mattel” juga telah bertindak
menarik balik peralatan mainan secara sukarela. Namun begitu, disebabkan oleh tidak ada
undang-undang yang mengawal selia peralatan permainan di Malaysia, syarikat pengedar
dan pengimport alat permainan yang lain hanya berdiam diri sahaja. Penarikan balik produk
secara sukarela oleh syarikat merupakan suatu yang jarang berlaku, terutamanya di Malaysia.3

Menurut Pengarah Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users),


Ratna Devi Nadarajan, dianggarkan 210,300 orang mendapat rawatan di bilik kecemasan dari
tahun 1990 hingga 2004 kerana kecederaan yang berkait dengan barang mainan Sekurang-
kurangnya 72,800 (35 peratus) daripada mereka yang cedera berumur di bawah lima tahun.
Menurut Ratna Devi, banyak negara di dunia telah mengambil inisiatif untuk meluluskan
undang-undang atau peraturan bagi menyekat pemasaran barang permainan yang tidak selamat.
Sebahagian besar daripada undang-undang serta peraturan tersebut, menggabungkan

3
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan-produk/563-pengguna-dan-
penarikan-balik-produk dari-pasaran 31 Januari 2011.

2
keperluan supaya barang permainan yang di kilang atau dijual di negara berkenaan
menepati pelbagai standard keselamatan yang dibangunkan untuk barang permainan. Di
antara standard tersebut adalah keperluan untuk phthalates (sisa plastik), plumbum dalam
xccat serta reka bentuk (pengecualian tepi yang tajam) serta saiz (bahagian yang kecil
yang boleh menyebabkan tercekik). Secara umumnya, kanak-kanak di bawah umur tiga
atau empat tahun mempunyai kecenderungan untuk memasukkan barang permainan ke
dalam mulut mereka. Ratna Devi memberitahu, standard yang disebutnya itu juga menggariskan
keperluan untuk mencegah kejadian tercekik serta pemindahan kimia yang berbahaya daripada
barang permainan kepada badan kanak-kanak. Malahan, beliau berkata, bahan-bahan untuk
membuat permainan juga dikehendaki diperiksa supaya boleh mencegah kebakaran atau
keracunan. Di negara-negara seperti Albania, peraturan terhadap barang permainan yang tidak
selamat telah dilaksanakan meskipun negara tersebut berada di belakang Malaysia dari segi
pembangunan ekonomi.4

Sementara di luar negara, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika


Syarikat( US CPSC) dan health Canada telah mengumumkan telah mengumumkan penarikan
balik alat mainan Sand & Water Station Toys daripada Pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.
Sebanyak 56,000 alat mainan telah ditarik balik daripada pasaran Amerika Syarikat dan 7,700
di Kanada.
Alat permainan tersebut mempunyai roda kecil berwarna biru yang dikatakan boleh
tertanggal daripada alat permainan yang berbentuk keretapi ini dan ia boleh menyebabkan
kanak-kanak kecil tercekik jika tertelan. Pihak berkuasa mengambil tindakan ini sebagai
langkah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.5

Terdapat juga laporan yang mengatakan pada tahun 2007 sahaja, sebanyak 45 juta
produk dan alat permainan kanak-kanak telah ditarik semula daripada pasaran di Amerika.
Pada tahun 2008 pula, kira-kira 22 juta produk kanak-kanak di pasaran Amerika Syarikat dan
Kanada telah ditarik semula setelah produk tersebut telah menyebabkan 168 kecederaan dan
10 kematian. Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan
alat permainan kanak-kanak tidak dipatuhi. Pengguna pula terlalu ghairah untuk memuaskan
4
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?.id=278922&cat=fe 13 Ogos 2007.
5
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita terkini/keselamatan-produk/435-alat-mainan-kanak-
kanak 8 September 2010.

3
kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat
permainan tersebut.

Selain itu, kes barang mainan Mcdonald juga dikaitkan dengan keselamatan produk.
Kejadian berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang budak lelaki hampir tergantung oleh
rantai yang ditawarkan dalam set makanan Happy Meal Mcdonald. Kejadian disedari oleh
ibunya ketika mendapati anaknya pengsan selama beberapa saat. Ibunya sempat mengeluarkan
rantai sebelum keadaan yang serius berlaku. Dalam hal ini, produk tersebut tidak sempat
dipasarkan ke Malaysia dan sekali gus dapat mengelakkan kejadian tersebut berulang kepada
kanak-kanak lain. Hasilnya, Mcdonald terpaksa menghentikan pemberian barang mainan itu.

Kesimpulannya, keselamatan sesuatu produk dapat menjamin keselamatan kanak-kanak.


Para pengeluar harus menitikberatkan soal keselamatan produk ini.

Anda mungkin juga menyukai