Anda di halaman 1dari 7

BAB1: Pemakanan dan pengurusan sajian

1.1Penyediaan dan penyajian makanan


Faktor penyediaan makanan
•Mengetahui bilangan orang yang hendak makan.
•Mengikut belanjawan dan kemahiran yang
diperlukan.
•Mengetahui keseimbangan nutrien dalam sajian.
•Mengetahui keperluan diet seseorang.
•Menyaji dan menghias makanan.
•Menjaga kebersihan makanan dan kebersihan diri.

1.1.1Pengertian makanan bekal


Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan
dibungkus untuk dimakan di tempat lain.Makanan
bekal mestilah seimbang, mudah dibawa, tidak
berkuah, tahan lama, dan mudah disediakan.

1.1.2Faktor penting memilih pembungkus makanan


-Mangkuk tingkat •Menyimpan makanan secara asing
dan mudah dibawa.
-Kelalang(termos/flask) •Menyimpan
makanan/minuman panas dan sejuk.
•Tahan haba.
-Bekas plastik •Bertutup rapat, kedap udara dan tidak
mudah pecah.
-Polistirena •dipakai buang dan mudah dibawa.
-Daun pisang •Pakai dan buang.
•Tidak bertoksid dan berbau harum.

1.1.3Faktor utama merancang menu untuk makanan


bekal
-makanan hendaklah seimbang
-makanan mudah dibawa, tidak berkuah, tahan lama,
dan mudah disediakan.

1.1.4Rancangan kerja amali


Rancangan kerja amali hendaklah merangkumi
perkara yang berikut:
Rancangan kerja→Tugasan amali

Rancangan kerja
-menyediakan resipi dan kertas pilihan makanan
-membuat pengiraan kos dan menyediakan kertas
susunan kerja
Tugasan amali
Anda dikehendaki menyediakan makanan bekalan
untuk tiga orng.
Jenis makanan:-Sejenis makanan savouri, masakan
manis, minuman panas dan buah-buahan.

1.1.5Menyedia, memasak, membungkus, dan


membuat pengiraan kos makanan bekal.
•Contoh menu pilihan:
Menu A- the”O”, Kek permaisuri, makuroni goring,
buah limau Sunkist
•Resipi-menyenaraikan bahan-bahan dan cara
penyediaan makanan
•pengiraan kos-Kos sajian=kos bahan + kos upah +
kos overhed

1.1.6Memilih dan merancangan menu makanan menu


makan tengah hari dan makan malam
Hiadangan makan tengah hari dan malam merupakan
sajian utama bagi seseorang.Pilihan menu untuk
hidangan utama mestilah berhasiat dan seimbang.

1.1.7Peranggu meja
Peranggu meja ialah persiapan meja makan yang
lengkap dengan susun atur alatan yang betul.
Tujuan menyediakan peranggu meja ialah:
(a) memudahkan makanan dimakan dan
menambah selera makanan
(b) memberi panduan cara menggunakan alat yang
betul.
(c) Menunjukkan daya kreativiti menghidang

1.1.8Menyediakan peranggu meja sajian untuk


makan tengah hari dan malam
Sajian cara Melayu
•Kulteri yang digunakan adalah seperti camca teh,
camca sedang dan senduk nasi
•gelas diletakkan di sebelah kiri pinggan makan
Sajian cara India
•gelas diletakkan di sebelah kiri pinggan

Sajian cara Cina


•menggunakan meja sajian berbentuk bulat
Sajian cara Barat
•gelas dan cawan diletakkan di sebelah kanan
pinggan makan
•napkin meja diletakkan di atas meja

Sajian cara buffet


•sajian mestilah mencukupi dengan jumlah tetamu
yang dijemput
1.2Reka cipta resipi
1.1.2 Hidangan untuk pesakit
Pesakit perlu diberi makanan yang berkhasiat,
seimbang, tidak berlemak dan menarik selera.
Jenis sajian
•sajian cecair- hiadangan yang sesuai untuk pesakit
tenat
•sajian lembut- hidangan sesuai untuk pesakit normal
•sajian ringan- hidangan sesuai untuk pesakit yang
hampir pulih
•sajian biasa- hidangan untuk pesakit yang pulih

1.2.2Menyedia, memasak, menghidang dan membuat


pengiraan kos hidangan untuk pesakit
•merancangkan menu yang sesuai
•membuat resipi untukhidangan pesakit

1.2.3 makanan siap masak untuk pesakit


Makanan siap masak ialah makanan yang telah
melalui proses penyediaan yang lengkap dan boleh
dimakan terus tanpa dimasak atau dipanaskan
terlebih dahulu.
Menyenarai pelbagai alternative penambahan nilai
•Makanan siap masak boleh ditambah nilai dari segi
rasa, rupa dan teksturnya.Ini boleh membuka selera
pesakit.
1.3faktor-faktor penting merancang menu hidanga
untuk pesakit
•hidangan yang disaji hendaklah mengikut arahan
doktor
•Hidangan hendaklah mengandungi nutrien dan
tidakberlemak.
•Hidangan yang dapat menarik selera pesakit
•Jaga kebersihan semasa menghidangkan makanan

Anda mungkin juga menyukai