Anda di halaman 1dari 4

CERAMAH.

Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering


dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada anggota kumpulan atau institusi
tertentu, baik dalam sektor kerajaan atau swasta. Dalam profesion perguruan, aktiviiti
berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan guru. Guru yang berpengalaman
seringkali dijemput untuk menyampaikan ceramah- ceramah yang berkaitan dengan
bidang pendidikan.

Ceramah boleh di definisikan sebagai ucapan yang di sampaikan oleh


seseorang jemputan yang di anggap berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang
tertentu dalam majlis yang formal. Ceramah boleh dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian pertama dimana penceramah akan membentangkan pendapat atau
pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka
untuk para audien mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan
penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Ceramah dapat
mewujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau
pengalaman rmanakala audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau
pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau tajuk.

Bagi mewujudkan suasana ceramah yang berkesan penceramah perlu


membuat persediaan yang rapi. Penceramah perlu mengenalpasti beberapa perkara
penting seperti lingkungan audien dan apakah yang perlu disampaikan dan apakah
perkara yang hendak di dengar oleh audien. Penceramah juga perlu peka dan
mengenalpasti tempat ceramah tersebut akan diadakan dan tarikh serta masa ceramah
tersebut.
Setelah semua perkara tersebut selesai, penceramah perlu merancang isi
kandungan ceramah dan membuat penelitian terhadap beberapa perkara antaranya
mengetahui tajuk ceramah. Dengan ini penceramah perlu mempunyai pengetahuan
yang luas berkenaan tajuk yang hendak disampaikan. Penceramah perlu melakukan
sedikit penyelidikan tentang apa yang diharapkan oleh audien. Penceramah perlu
bertanya pihak pengajur sekiranya tajuk yang di berikan kurang jelas. Dengan ini ia
boleh memberi gambaaraan awal kepada penceramah bagi menentukan apakah yang
dikehendaki dan setakat mana tahap ceramahnya. Selain itu, penceramah juga perlu
mengenalpasti berapa lama tempoh ceramah yang dikehendaki bagi menentukan takat
perincian yang disediakan mengikut tajuk ceramah yang berkenaan. Dengan itu,
penceramah juga akan mendapat gambaran tentang setakat mana formalnya ceramah
itu nanti.

Setelah mengetahui secara kasar apa yang dikehendaki penceramah hendaklah


memulakan persediaan. Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk
yang berkenaan, segala yang diketahui daripada pengalamannya sendiri. Kemudian
pencermah boleh mendapatkan seberapa banyak mungkin bahan rujukan seperti buku,
jurnal,rencana pencarian melalui internet dan kertas kerja terkini berkaitan tajuk yang
hendak disampaikan. Mencari maklumat yang terkini amat penting dalam penyediaan
teks ceramah. Apabila segala maklumat telah terkumpul penceramah boleh
memulakan penulisan ceramahnya. Sebagai persediaan yang lebih rapi lagi
penceramah boleh merakan ceramahnya dan mendengarnya semula. Ini bertujuan
untuk mengesan sebarang kesalahan pada teks ceramah.
Bagi meningkatkan teknik penyampaian ceramahnya, penceramah perlu
menyelitkan sedikit ilustrasi yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk ceramahnya. Ini
bertujuan untuk mengekalkan minat audien sepanjang ceramah dijalankan. Elakkan
daripada menggunakan tulisan yang banyak dalam slide Bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan audien. Dalam penyampaian ceramah, elakkan daripada membuang masa
dengan membaca butiran-butiran yang terdapat didalam slide atau
transperasi.Perbuatan seperti ini akan menimbulkan kebosanan para audien.
Penceramah hanya perlu mengembangkan butiran-butiran yang ditayangkan.

Seterusnya penceramah perlu mengenalpasti tempat ceramah bagi meninjau


keaadaan tempat, keluasan tempat, kemudahan peralatan yang mencukupi
sebagainya. Penceramah boleh membuat persediaan berdasarkan pemerhatiannya
semasa membuat tinjauan. Pencermah perlulah memilih pakaian yang sesuai dan
bertepatan dengan tema majlis tersebut. Elakkan daripada memakai pakaian yang
terlalu anggun dan selekeh dalam sesuatu majlis yang formal.

Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka samada


melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindakbalas terhadap soalan-soalan
yang dikemukakan. . Oleh itu setipa penceramah perlu menguasai kemahiran
melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek seperti cara melahirkan pendapat,
cara mempengaruhi audien serta nada intonasi.

Dalam melahirkan pendapat setiap penceramah perlu mahir bertindak seperti


menentukan aspek yang hendak di bentangkan supaya apa yang di bentangkan tidak
menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah serta dapat memenuhi kehendak
audien. Penceramah juga perlu mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja.
Pemilihan dan penyusunan isi mestilah bertepatan dengan aspek yang dihujahkan.
Selain itu , penceramah juga perlu mengemukakan pendapat yang di sokong dengan
fakta, bukti statistic dan contoh supaya hujan yang di sampaikan menjadi lebih
konkrit , berkaitan dan meyakinkan. Setiap persoalan perlulah dijawab dengan yakin
supaya ia tidak menimbulkan kemusykilan para audien.

Penceramah perlulah menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan


audien.Elak daripada menggunakan istilah-istilah yang bombastic dan sukar
difahami oleh audien. Setiap penceramah mesti menggunakan laras bahasa yang
sesuai, menggunakan bahasa yang tepat,jelas dan tidak meleret –leret. Selain itu,
penceramah perlu bijak tahu pandai mneyelitkan unsur-unsur kecindan dalam
menyampaikan ceramah. Ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan audien. Dalam
penyampaian ceramah, penceramah mesti mewujudkan hubungan mata yang sesuai
dengan penonton, iaitu melihat mereka semasa bercakap. Seterusnya penggunaan
gaya tangan dan gerakan badan untuk menekankan fakta yang di sampaikan. Mereka
juga perlu bijak menunjukkan mimic muka yang sesuai dan meyakinkan. Contohnya
seperti senyum apabila gembira.

Setiap penceramah perlu tahu cara untuk mempengaruhi setiap audien. Dalam
melahirkan pendapat setiap penceramah perlu menguasai kemahiran ini antaranya
mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosio ekonomi , jantina dan
profesion audien. Bagi meningkatkan ransangan di kalangan audien penceramah juga
boleh menyelitkan soalan-soalan yang sesuai dan berkaitan tajuk. Suara penceramah
juga hendakklah jelas isi yang di sampaikan perlu mudah difahami.

Nada dan intonasi merupakan salah satu aspek penting dalam penyampaian
ceramah . Bagi permulaan ceramah, nada dan intonasi biasanya mendatar dan lembut
ketika mengalu-alukan kedatangan audien. Tetapi apabila tajuk ceramah di sampaikan
biasanya penceramah akan menaikkan sedikit nada suara bertujuan untuk menarik
minat dan perhatian audien. Ciri i-ciri dan nada intonasi yang wajar di beri perhatian
semasa menyampaikan ceramah adalah seperti meninggikan nada apabila hendak
menarik perhatian, menggunakan nada suara perlahan dan rendah apabila hendak
merayu. Elakkan daipada berhujah terlalu cepat atau terlalu perlahan. Penceramah
boleh berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan buah fikiran
atau memberi masa untuk penonton memahami hujah. Penggunaan sebutan baku ing
dan menggunakan bahasa yang jelas merupan satu aspek penting dalam penyampaian
ceramah. Apbila mengemukakan soalan atau pandangan penceramah sebaik-baiknya
menggunakan nada suara yang menggambarkan keprihatinan dan hormat kepada ahli-
ahli panel.

Dalam menutup ceramah, penceramah sekali lagi wajar menunjukkan


kewibawaannya melalui kemahiran seperti membuka majlis kepada penonton untuk
mengemukakan soalan atau pandangan. Dalam hal ini pengerusi perlu mewujudkan
suasana yang kondusif dan menggalakkan penonton untuk melibatkan diri.
Penceramah perlu merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan.
Penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea yang
dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan kepuasan audien. Menyampaikan
kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan
semua yang terlibat.

Selain itu, penceramah perlu menyatakan harapan agar segala isu dan
pandangan yang dikemukakan boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang
terlibat. Penceramah juga perlu memohon maaf dari para penonton atau audien
sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah.

Anda mungkin juga menyukai