Anda di halaman 1dari 2

Cara mendidik anak

Mendidik
Kita mesti tegas dan penuh dengan kasih sayang
Mengotakan apa yang kita katakana
Menjadi contoh kepada anak anak

Bila kita boleh mendidik


Semasa ia baru lahir dengan cara tegas dan dengan penuh kasih saying
Contoh:
Bagi minum susu mengikut jadual bukan mengikut tangisanya kalau menagis
jangan bagi dia susu biarkan habis, ia akan buat perangai tersebut dalam masa dua
tiga hari.

Susulan
Budak budak tidak tahu mana satu yang salah dan mana yang betul, kita tunjokkan dia
dengan penuh kasih sayang, kita ulang perbuatan kita pada tiap-tiap kali ia melakukanya
sehingga ia tidak buat lagi. Ini demua mesti dilakukan dengan penuh kasih saying bukan
dengan marah marah dan tengking menegking.

Mengotakan ucapan
Apa yang kita janji kita tunaikan jangan tangguh tangguh atau memberi alasan, kerana
kita sedang melatihnya tepat kepada janji.

Menjadi contoh
Mithalnya kita hendak anak kita bangun pukul 7 pagi terus mandi dan salin pakaian, kita
mesti ikut arahan tersebut sampai ia dapat melakukan dengan sendiri

Sakit
Anak sakit jaga dia, beri ubat jangan selalu tinggalkan dia. Buat perkara tersebut
sehingga dewasa. Apabila anda sakit anak anak akan tersebut akan menjaga anda
sebagaimana anda menjaga mereka.

Membaca
Kita selalu membaca dengan anak anak paling tidak waktu hendak tidur ini hendak
menunjukkan kepada mereka buku tersebut mengandungi banyak cerita dsbnya, jadi
kalau tidak sempat menunggu kita dia akan mula belajar membaca dengan sendiri.
Orang tua
Kita mesti hormat orang tua, cakap dengan lemah lembut denganya, anak anak akan
menirunya
Kerap bawa anak anak pulang kekampung lebih lebih lagi apabila sudah besar dia akan
menanamkan semangat untuk melawat orang tua.
Kanak kanak yang belum matang jangan tinggalkan dato dan nenek tanpa kita bersama
untuk mengelakkan peraturan yang bercanggah ini akan membuat anak anak keliru.

Berkawan
Jangan benarkan anak anak keluar dengan kawan kawan di waktu malam.
Benarkan bermain main dekat rumah mengikut jadual.
Sebelum dia boleh berfikir dengan baik keman ia hendak pergi bersantai dengan kawan
kawanya kita hantarkan dan ambil pulang.

Peraturan
Peraturan yang diadakan mestilah seragam sebabnya dan denda yang sabitkan.
Ibu/bapa tidak boleh memihak kepada anak anak jika salah satu dari kita sedang
mendisplinkan anak anak tersebut.

Anak anak yang tua mesti mengalah


Peraturan ini adalah salah sebabnya:
Memanjakan adik yang kecil
Mengecilkan hati yang tua, kerana adik yang salah dia yang kena marah.
Bila besar dia tidak dihormati olih adik adik jadi macam mana dia hendak
mendidik adik adiknya.
Selalunya yang tua akan memikul beban keluarga kerana ia tanggung jawab yang
sulung, soalanya adakah ia dilahirkan untuk menaggung beban dan yang
lain lain tidak dan adakah ini termaktub dalam islam.

Kesimpulanya
Anak anak mestilah dididek dengan penuh kasih sayang melalui permahatian, contoh dan
peratutran yang lengkap.
Anak anak mesti diajar melalui perbincangan.
Tiap tiap anak mesti di pertanggungjawabkan diatas perbuatan mereka.

Perhatian
Kita mesti tanamkan dalam fikiran anak anak kita bahawa kita adalah ketua dan apa jua
keputusan kita adalah perintah.

Anda mungkin juga menyukai