Anda di halaman 1dari 10

PENDEKATAN PROJEK DAN PENDEKATAN TUNGGAL

DISEDIAKAN OLEH : SITI ZULAIHA BT AZMI NORHANIS BT USAIZAN NUR ARUSHDAH BT ARIFFIN

KONSEP PENDEKATAN
} ( kamus dewan ) Cara atau langkah - langkah bagi memulakan dan melaksanakan tugas } ( konteks pendidikan ) Cara bagaimana sesuatu matapelajaran diajar untuk mencapai objektifnya

PENDEKATAN TUNGGAL
} Menekankan pada satu konsep kemahiran sahaja. } Kemahiran yang dikuasai oleh kanak - kanak terbatas kepada satu konsep kemahiran. } Pegangan pendekatan ini dipengaruhi oleh teori behavioris. } Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat - peringkat mengikut tahap umur kanak - kanak.

PENDEKATAN TUNGGAL
Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006)
Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada guru iaitu lebih banyak memberi arahan dan menentukan aktiviti dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru juga menentukan kemahiran atau konsep yang perlu dikuasai oleh murid. Biasanya hanya satu konsep atau kemahiran yang ditekankan oleh guru dalam pengajarannya. Skop pengajaran dan aktiviti tidak luas hanya berkisar kepada konsep dan kemahiran yang hendak dikuasai oleh kanak - kanak.

PENDEKATAN TUNGGAL
Contoh Pendekatan Satu Konsep :

Tema Subtema Komponen Kandungan

: : : :

Keluarga Saya Bapa Saya Perkembangan Bahasa Melayu 4.1 Membina Kemahiran Menulis 4.1.4 Menulis huruf mengikut cara yang betul.

Hasil Pembelajaran :

Aktiviti

Kanak - kanak menulis huruf b untuk bapa dengan cara menulis yang betul.

PENDEKATAN PROJEK
John Dewey merupakan pengasas kepada pendekatan projek

PENDEKATAN PROJEK
} Kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu dan suka meminta sesuatu benda dengan kebolehan serta kecenderungannya. } Mereka belajar melalui pengalaman, pemerhatian, dan percubaan. } Pendekatan projek melibatkan guru dan murid bekerjasama untuk mendapatkan satu hasilan yang memenuhi objektif pembelajaran. } Pendekatan ini melibatkan pembelajaran yang mendalam tentang sesuatu topik atau konsep yang bermakna kepada kanak - kanak. } Perancangan melibatkan penentuan objektif, aktiviti, bahan / sumber, kaedah serta peranan guru dan murid dalam projek tersebut.

PENDEKATAN PROJEK
Menurut Ee Ah Meng (2003)
} Setiap projek yang dijalankan boleh mengambil masa yang pendek atau panjang sama ada selama beberapa hari, beberapa minggu atau berterusan sepanjang masa. } Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam. } Pendekatan projek ini juga memberi banyak kebaikan kerana ia meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor. } Selain itu, melalui aktiviti projek yang dijalankan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan inisiatif pada murid.

PENDEKATAN PROJEK
Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) } Menyatakan bahawa pendekatan projek ini penting kerana ia menggalakkan kemahiran
berfikir, penyelesaian masalah dan kemahiran perundingan serta dapat menyepadukan tema dengan pengetahuan, kemahiran, serta nilai

} Antara contoh aktiviti yang melibatkan pendekatan projek ialah membina kolam ikan, taman herba, membuat puppet, membuat buku skrap dan sebagainya.

PENDEKATAN PROJEK
Bustam Kamri (2009)
} menerangkan bahawa pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanakkanak dalam pembelajaran. } Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanakkanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. } Pegangan pendekatan ini dipengaruhi oleh teori komstruktivis. } Pembelajaran kemahiran yang diperolehi menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak - kanak adalah mengikut inisiatif an minat kanak - kanak. } Kanak-kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman

Anda mungkin juga menyukai