Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan budaya antara kaum Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan orang Melayu adalah seorang yang beragama Islam, bertutur

bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Justeru itu, sikap mengabaikan Islam terlalu sedikit berlaku di kalangan orang Melayu. Manakala bagi etnik Cina pula amalan beragama di kalangan mereka adalah menyembah roh datuk nenk dan juga lain-lain bentuk penyembahan terhadap warisan kebudayaan China. Menurut Rabuskha (1973) perasaan etnisiti yang mendalam di kalangan orang Melayu adalah ditujukan kepada orang Cina. Di samping pemujaan terhadap roh nenek moyang, orang Cina juga menganut ajaran-ajaran Buddha, Confusius atau Kristian. Orang Cina juga bertutur dalam beberapa dialek, dan mengekalkan amalan adat resam dan amalan-amalan tradisional. Beberapa amalan orang Cina tidak dapat diterima oleh orang Melayu, misalnya makan daging khinzir (babi), memelihara anjing di dalam rumah, dan berjudi. Kehidupan orang India di Malaysia dicirikan dengan amalan yang diajar oleh agama Hindu, bertutur dalam beberapa dialek, dan mengamalkan adat resam yang diwarisi. Di samping amalan-amalan baik yang bersumber dari ajaran agama Hindu, terdapat juga amalan-amalan melencung seperti minum arak dan todi yang sangat digemari oleh orang India terutama di kalangan buruh-buruh lading getah. Disebabkan amalan negative itu, orang India dianggap sentiasa berkelakuan negative oleh orang Melayu. Walaupun orang Melayu tidak begitu berjaya dari segi pencapaian material, namun dari sudut pembentukan akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan mereka mendahului orang Cina dan India. Dari sudut definisi Perlembagaan Malaysia semua orang Melayu beragama Islam. Islam sebagai suatu cara menerapkan norma-norma kehidupan yang mesti dipatuhi oleh semua orang Melayu: tidak makan daging yang tidak disembelih secara syarak, tidak memakan daging khinzir (babi), tidak berjudi, tidak minum arak, malah amat menjaga pergaulan lelaki dan perempuan. Orang Melayu dapat menerima siapa sahaja yang beragama Islam tanpa mengira asal usul etnik. Lantaran itu, orang Melayu dengan mudah dapat menerima orang Pakistan, India, Muslim, Arab dan sebagainya kerana sifat persaudaraan Islam. Malah, orang Melayu juga memberikan persetujuan untuk etnik-etnik yang disebutkan itu untuk kahwin campur dengan mereka. Perkahwinan campur jarang-jarang berlaku antara kumpulan-kumpulan etnik, terutama dari kalangan orang Islam dengan bukan Islam. Hanya terdapat kurang dari satu peratus perkahwinan campur yang didaftarkan. Halangan utama kepada perkahwinan campur adalah agama, kerana bagi orang bukan Islam yang mahu berkahwin dengan Islam, mereka mestilah memeluk agama Islam terlebih dahulu. Halangan agama ini juga digunakan sebagai alasan untuk berkongsi rumah dan bilik di

university. Dalam hal ini sempadan etnik di Malaysia kelihatan begitu menebal, kerana segala-galanya cuba didefinisikan mengikut ajaran agama terutama ajaran Islam (Wan Hashim, 1983). Daripada kenyataan di atas dapat diperhatikan kepercayaan, sikap dan amalan yang berbeza antara orang Melayu dan Cina yang menyebabkan hubungan mereka renggang. Orang Melayu lebih senang dengan alam kekampungannya, sedehana, berserah pada takdir dan nasib, dan berpegang pada nilai-nilai murni. Atas alasan kepada pegangan yang demikian, orang Melayu masih hidup dalam kemunduran dan tidak suka menceburi aktiviti keusahawanan. Sebaliknya, orang Cina berpegang pada nilai-nilai kemajuan dan moden, etos imigran dan amalan-amalan keagamaan yang mendorong kepada pencapaian material dan keusahawanan. Orang Cina yang sanggup berhijrah meninggalkan tanah tumpah darah mereka adalah terdiri daripada mereka yang kuat semangat untuk membina kehidupan baru. Dalam usaha untuk maju dalam hidup mereka terpaksa menjadi rakus, menerima cabaran, dan sanggup menerima risiko. Kesemua sifat yang dinyatakan itu adalah pendorong kepada kejayaan ekonomi dan keusahawanan. Alatas (1972) menyimpulkan kepada empat factor yang menyebabkan orang Cina berjaya dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan dan perdagangan. Pertama, wang mendominasi amalan-amalan keagamaan orang Cina. Kedua, obligasi untuk menghormati roh nenk-moyang memerlukan kekayaan. Ketiga, upacara bagi meraikan anggota keluarga dan sahabat-handai memerlukan ang. Keempat, taboo dan symbol yang dipuja adalah bagi mendapatkan kekayaann dan nasib yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai