Anda di halaman 1dari 4

Senaman untuk menyihatkan jantung

Ditinjau dari sudut fizikal, kecergasan seseorang akan meningkatkan kualiti dan jangka masa hayatnya. Jantung merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga. Dengan menjadi cergas kita menghargai anugerah tersebut. Seperti juga otot-otot lain, jika jantung dilatih dan dibiasakan dengan pergerakan lasak, ia akan menjadi lebih kuat dan cekap. Ketika rehat, jantung yang normal akan berdenyut 70 kali dalam seminit. Aktiviti fizikal adalah baik untuk jantung, perasaan atau mood dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Senaman ialah melakukan beberapa aktiviti fizikal. Terdapat banyak manfaat natijah dari senaman ini baik dari segi fizikal maupun psikologi. Dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak 3 kali seminggu, anda akan menjadi seorang insan yang cergas. Di samping itu, jika anda melakukan aktiviti fizikal tambahan selain aktiviti harian, anda telah mencapai sebahagian besar dari amalan cara hidup sihat. Senaman apakah yang boleh anda lakukan? Anda boleh :

Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenamrobik Berjoging, berlari, berbasikal dan berenang atau merentas desa Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, skuasy Berjalan-jalan, berkebun Melakukan kerja-kerja rumah, menari dan lain-lain aktiviti.

Cara untuk meningkatkan aktiviti fizikal


Berjalan ketika waktu rehat (waktu makan tengah hari atau minum teh) Berbasikal untuk melihat keindahan alam sekelilling bersama keluarga atau rakan-rakan. Meletak kereta anda jauh dari tempat yang hendak dituju, kemudian berjalan ke destinasi anda. Semasa membeli-belah di pusat membeli-belah, masuk ke dalamnya melalui pintu yang paling jauh dan berjalan ke tempat yang dituju. Banyakkan berjalan sebelum dan semasa membeli-belah. Menaiki tangga dan jangan menaiki lif terutama jika anda hendak ke tingkat 4 ke bawah. Basuh dan cucilah kereta anda sendiri dari mengupahnya.

Jangan mengguna alat kawalan jauh untuk televisyen atau peralatan elektrik yang lain. Bangun dan banyakkan berjalan.

Bagi kebanyakan mereka yang sihat Untuk mempromosi jantung, paru-paru yang sihat dan peredaran darah yang baik, lakukan aktviti fisikal yang lasak untuk sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali dalam 3 4 hari seminggu pada kadar 50-75% dari kadar nadi maksima. Adalah penting menjadikan senaman sebagai sebahagian dari aktiviti harian anda. Kenapa saya perlu bersenam?

Senaman meningkatkan kelembutan (kelenturan badan) dan membina kekuatan otot. Jantung berkerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Meningkat kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri. Ia juga menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada penyakit jantung dan angin ahmar (strok). Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal. Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan mencegah atau memperlahankan proses kereputan tulang melalu penyakit osteoporosis. Ia juga boleh mengurangkan risiko dari terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan-kecederaan yang lain.

Apakah faedah-faedah senaman yang lain?


Membantu mengekalkan berat badan unggul Mengurangkan kemurungan dan keresahan Meningkatkan keyakinan dan kehormatan diri. Mencegah masalah-masalah tulang dan otot (seperti sakit belakang/pinggang). Aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara tekal seperti berjalan, berkebun boleh mengurangkan risiko pendarahan usus yang teruk. Latihan angkat berat boleh mengurangkan sakit artritis.

Apakah faktor-faktor risiko yang boleh dikurangkan?

Tekanan darah tinggi- senaman yang dilakukan secara tekal boleh menurunkan tekanan darah tinggi

Diabetes- mereka yang mempunyai berat badan yang unggul jarang mendapat diabetes berbanding dengan mereka yang berlebihan berat badan atau gemuk. Kegemukan atau berlebihan berat badan- senaman boleh membantu menghapuskan lemak yang berlebihan atau mengekalkan berat badan seseorang itu pada tahap yang munasabah. Paras HDL yang rendah- meningkatkan paras HDL (sejenis protein yang membawa kolesterol dalam darah).

Pengurusan Sendiri

Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda gemari Buatlah perubahan secara beransur-ansur supaya aktiviti fizikal anda itu dapat diselaraskan dengan aktiviti harian anda. Jika anda merasa sakit dan sesak nafas ketika melakukan senaman, berhenti segera. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat. Bersenam bersama rakan-rakan atau keluarga akan menambahkan lagi keseronokan senaman anda. Anda harus menerima hakikat tentang kemampuan anda yang sebenar. Jangan bersaing atau meniru-niru orang lain.

Berjumpalah doktor jika..


Doktor mengesahkan anda menghidap sakit jantung dan anda disaran melakukan aktiviti fizikal hanya bila ada pengawasan. Anda sering terasa sakit di bahagian kiri atau tengah dada, leher kiri, bahu atau lengan semasa atau selepas bersenam. Anda mendapat sakit dada dalam masa sebulan yang lalu. Anda mudah tidak sedarkan diri atau terjatuh kerana pening. Anda terasa sesak nafas selepas melakukan gerakan yang sederhana. Doktor anda menyarankan anda mengambil ubat untuk darah tinggi atau penyakit jantung. Doktor anda mengesahkan anda mengalami masalah tulang atau sendi yang boleh menjadi teruk jika melakukan aktiviti fizikal yang dicadangkan. Anda ada masalah perubatan atau masalah-masalah fizikal lain yang tidak dinyatakan di sini yang memerlukan perhatian khusus bila melakukan senaman (seperti diabetes yang bergantung kepada insulin).

Anda dalam golongan pertengahan umur atau lebih, tidak pernah melakukan senaman dan kini sedang merancang untuk melaksanakan satu program senaman yang agak lasak.

Anda mungkin juga menyukai