Anda di halaman 1dari 7

Akibat Logikal Dreikurs

Berdasarkan konsep individu yang dinyatakan dalam model ini menunjukkan perubahan tingkah laku terdorong dalam seseorang individu dengan bimbingan individu lain. Dalam erti kata yang lain perubahan tingkah laku seseorang indivvidu bergantung kepada siapa yang menjadi model untuk perubahannya. Oleh hal yang demikian model ini bersesuai untuk diaplikasikan kerana tindakan pelajar yang salah itu perlu diubah dan seterusnya dikekalkan dan diusahakan kearah yang lebih baik

. Berdasarkan kajian kes diatas En Miller boleh membantu murid murid untuk mengubah tingkalh laku tersebut. Pelbagai strategi boleh digunakan untuk Encik Miller membantu murid untuk mengubah tingkah laku tersebut seperti memberi kesedaran dan nasihat untuk setiap tingkah laku murid yang negatif.

Akibat logikal merupakan hasil tingkah laku buruk yang berikutan adalah rasional dan bukan rasional. Kedua-duanya memerlukan murid membetulkan kesilapan yang dilakukan olehnya. Misalnya dalam kes yang dikaji murid tidak membawa bahan yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Semasa,Encik Miller mengajukan soalan penyelesaian masalah, kebanyakan daripada mereka hanya membuat bising atau melihat sekeliling En Miller boleh meminta murid yang tidak membawa bahan yang hendak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melihat proses yang dijalankan dan dibuat semula apabila mereka kembali kerumah.

Dalam kes yang kedua Encik Miller boleh melakukan proses penumpuan. Murid-murid akan diletakkan didalam suatu keadaandimana mereka akan dapat menumpukan perhatian kepada apa yang sedang diajarkan. Di dalam sebuah bilik darjah yang demokratik, akibat logikal akan membawa implikasi kepada murid-murid. Murid-murid akan dapat mengetahui akibat tingkah laku yang tidak diingini terlebih dahulu kerana mereka adalah yang menentukan peraturan bilik darjah. Seperti mana yang berlaku dalam kes tadi murid-murid akan dapat mengetahui kesan daripada tindakan mereka yang tidak membaea bahan pembelajaran dan juga tidak menumpukan perhatian kepada perkara yang diajarkan oleh guru.

Akibat semulajadi pula berlainan dengan akibat logikal. Akibat semulajadi adalah hasil daripada tingkah laku buruk yang berlaku secara semula jadi. Berdasarkan kajian kes yang dinyatakan murid tidak dapat menjawwab persoalan yang diajukan oleh Encik Miller malah keadaan menjadi bising dan murid hilang tumpuan. Murid akan sedar mengenai akibat semula jadi ini. Hal ini kerana apa bila mereka tidak menumpukan perhatian tentang apa yang diajarkan oleh Encik Miller mereka tidak dapat memahami inti pati pengajaran dan tidak dapat terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai