Anda di halaman 1dari 24

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

TAJUK 2

OBJEKTIF PENGAJARAN

PENGENALAN
Peranan utama sekolah adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran pula membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Hasil yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai, seseorang guru haruslah melaksanakan penilaian seperti yang dijelaskan dalam Tajuk 1. Penilaian adalah amat penting untuk membantu pengajaran dan pembelajaran, malah ia dapat memberi manfaat dari segi penyediaan objektif pengajaran. Perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai, disebut sebagai objektif pengajaran. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara tersusun dan rapi. Seterusnya, kemajuan/perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke masa. Penilaian berterusan ini akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengajaran, pengukuran dan penilaian.

OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud objektif pengajaran; 2. Membezakan empat domain-domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial; 3. Membicarakan objektif-objektif domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial; dan; 4. Merumuskan objektif pengajaran dengan pengukuran dan penilaian.

PETA MINDA

OBJEKTIFPENGAJARAN

ObjektifKognitif

ObjektifAfektif

ObjektifPsikomotor

20

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

2.1

OBJEKTIF PENGAJARAN

Setiap jurulatih pasukan badminton negara mempunyai rangka latihan dan carta perkembangan pelatih di bawah kendalian masing-masing. Setiap latihan mempunyai objektif pengajaran yang ingin dicapai dan sasaran yang telah ditetapkan oleh persatuan terbabit. Pada pandangan anda, adakah objektif pengajaran ini merupakan suatu kemestian dikalangan pendidik? Tugas para pendidik ialah menggubal kurikulum supaya matlamat sesuatu program pendidikan itu sesuai dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Guru pula, sebagai pelaksana, perlu menentukan objektif pengajaran dan berusaha supaya objektif ini mampu dicapai oleh pelajar-pelajarnya. Contoh objektif pengajaran ialah seperti berikut: Pelajar dapat menyatakan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama. Pelajar dapat menjelaskan cara merumuskan karangan. Pelajar dapat menyebut bunyi vokal dan konsonan. Pelajar dapat melukis peta Malaysia. Pelajar dapat menyenaraikan lima haiwan berdarah panas.

Rajah 2.1 menunjukkan hubungan antara sukatan pelajaran dengan objektif pengajaran, pengalaman pendidikan dan prosedur penilaian. Hubungan ini jelas menunjukkan sukatan pelajaran mengawal semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meliputi penentuan objektif pengajaran, pengalaman pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah serta penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Guru, yang berhadapan dengan dan memahami pelajar-pelajarnya, berupaya menentukan objektif pengajaran yang sesuai untuk mereka berasaskan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Seterusnya, selepas objektif pengajaran ditentukan, guru perlu menentukan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya mencapai objektif tersebut. Akhirnya, berasaskan objektif pengajaran dan pengalaman pendidikan, guru perlu merancang dan melaksanakan prosedur penilaian terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada penilaian yang dijalankan akan memberi maklum balas kepada guru tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pengalaman pendidikan), tahap kebolehcapaian objektif pengajaran bagi setiap pelajar dan juga kewajaran sukatan pelajaran. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.1 di bawah:

OUM

21

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

Rajah 2.1: Perkaitan antara sukatan pelajaran dengan pengajaran

Para pendidik kini lebih berminat menggunakan objektif pembelajaran daripada objektif pengajaran. Objektif pengajaran dan objektif pembelajaran pada asasnya adalah sama. Sekiranya kita ingin membezakan antara dua objektif ini, kita boleh terima objektif pengajaran sebagai hasil pembelajaran maksimum bagi sesuatu kelas, sementara objektif pembelajaran adalah hasil pembelajaran bagi seseorang pelajar atau kumpulan pelajar dalam kelas yang sama keupayaan. Justeru, sekiranya semua pelajar dalam kelas mempunyai keupayaan yang sama, maka objektif pengajaran adalah sama dengan objektif pembelajaran. Selain itu, terdapat dua pemikiran berkait dengan persoalan sama ada objektif pengajaran perlu dinyatakan dalam bentuk tujuan pengajaran atau dalam bentuk tingkah laku pelajar. Sebahagian pendidik mendapati objektif pengajaran dalam bentuk tujuan pengajaran adalah kurang jelas, terutama semasa mengukur hasil pembelajaran. Misalnya, tujuan pengajaran Pelajar dapat membaca peta didapati tidak jelas, adakah membaca peta bermaksud pelajar dapat menyenarai dan menjelaskan semua simbol atau dapat menjelaskan maksud yang terkandung dalam peta. Sebahagian pendidik pula berpendapat objektif pengajaran tidak seharusnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku pelajar. Mereka percaya objektif pengajaran hanya perlu dinyatakan dalam betuk tujuan pengajaran. Dari tujuan tersebut, guru dan pelajar dapat mendalami pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengubah sikap berkaitan dengan perkara yang dipelajari. Mengikut Krathwohl (1971), pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan pelajar mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga ke peringkat pelajar itu dapat mempamerkan tingkah laku yang diingini pada satu tahap yang memuaskan dalam keadaan tertentu. Penyataan objektif pengajaran merupakan pemerihalan tentang tingkah laku pelajar yang diingini. Dengan itu, penyataan objektif pengajaran amatlah penting kepada guru dan pelajar agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengarah kepada pencapaian objektif ini. Sekiranya terdapat kelemahan dalam sesebuah objektif pengajaran tersebut, apakah langkah-langkah yang mampu anda jangkakan boleh berlaku dan bagaimanakah anda mengatasinya?

22

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Antara manfaat objektif pengajaran ialah menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan bahawa segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak dilakukan secara sambil lewa atau sewenang-wenangnya. Sebaliknya, segala aktiviti ini mempunyai tujuan yang jelas untuk mencapai objektif, tujuan dan matlamat tertentu. Objektif pengajaran menggariskan dengan jelas arah pengajaran dan memberi panduan kepada penggubal soalan peperiksaan dari segi bentuk dan kandungannya. Lazimnya, pembentukan objektif pengajaran bergantung kepada tiga (3) domain domain objektif pengajaran, iaitu Domain Kognitif, Domain Afektif dan Domain Psikomotor. Bagaimanapun, sebagai pelengkap, modul ini menambahkan lagi satu domain, iaitu Domain Sosial seperti dalam Rajah 2.2 berikut.

Rajah 2.2: Domain objektif pengajaran

Secara ringkas, domain-domain ini melibatkan perkara-perkara berikut: Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.

2.2

OBJEKTIF DOMAIN KOGNITIF

Sebagai seorang pelajar, anda sudah pasti melalui tahap-tahap tertentu untuk menguasai sesuatu ilmu baru yang sedang dipelajari. Proses penguasaan ini melibatkan perkembangan pengusaaan dan kemahiran. Pada pandangan anda, adakah proses ini berlaku kepada semua pelajar?

OUM

23

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

Perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang lama. Perkembangan pemikiran pelajar berlaku dengan pesat sewaktu mereka bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai seperti Rajah 2.3 berikut.

Rajah 2.3: Taksonomi objektif Domain kognitif Bloom

Idea pengelasan mengikut kategori tersebut dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pemeriksa kolej semasa menghadiri Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948 (Bloom et al., 1989). Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan pelajar, iaitu cara berfikir, merasa dan bertindak, maka penyusunan objektif mengikut keupayaan dari mudah kepada yang lebih susah, membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan. Peringkat yang lebih rendah akan dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah. 1. Pengetahuan Cuba anda fikirkan bagaimanakah manusia memperoleh pengetahuan. Adakah sesuatu pengetahuan tersebut secara semulajadi diketahui oleh manusia atau ia merupakan sesuatu yang perlu dipelajari?

Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan (Knowledge), yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Aspek tingkah laku yang diutamakan pada peringkat ini ialah dari segi daya ingatan. Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, iaitu mengingat adalah pra syarat untuk menguasai pemikiran yang lebih tinggi. Pemeringkatan pengetahuan ini pula boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti berikut:

24

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

(a)

Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus, misalnya, berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan atau simbol. Contohnya, simbol tertentu dalam matematik, seperti >; atau istilah tertentu dalam mata pelajaran sains, seperti fotosistesis. Selain istilah, pengetahuan tentang perkaitan antara fakta tertentu seperti tokoh, peristiwa atau punca maklumat, adalah pada peringkat ini. Misalnya, peristiwa penting pada tahun 1511 dalam sejarah Melaka dan tahun 1957 di Negara kita. Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu, yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang, seperti mengetahui prinsip dan generalisasi dan mengetahui teori dan struktur.

(b)

(c)

Dalam konteks pembinaan soalan ujian, lazimnya, guru seringkali membina soalan pada peringkat pengetahuan sahaja. Keadaan ini sebenarnya tidak menggalakkan pelajar berfikir dengan mendalam. Amalan ini memberi gambaran kepada pelajar bahawa fungsi pendidikan ialah semata-mata tertumpu kepada aspek pengingatan fakta sahaja. Walaupun begitu, soalan jenis ini penting kepada pelajar untuk membuat pertalian. Prinsip umum bagi sesuatu soalan ialah soalan itu dibina berasaskan apa yang diajar kepada pelajar. Justeru, soalan pada peringkat pengetahuan perlu mempunyai aras ketepatan yang sama seperti yang diberikan semasa pengajaran. Seterusnya, jika guru hanya mengajar pada peringkat pengetahuan sahaja, maka soalan juga harus berkait dengan pengetahuan yang disentuh sahaja. Guru juga tidak wajar membina soalan berasaskan pengetahuan yang baru, yang tidak disentuh dalam pengajaran. Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan ialah: i. ii. iii. iv. v. Soalan memerlukan pelajar menggunakan proses mental untuk mengingat pengetahuan yang diminta. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan dengan pengajaran guru. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti siapa, apa, di mana, bila, beri definisi.

Contoh soalan peringkat Pengetahuan ialah: Pelancong Barat lebih sukadi bawah matahari. A. B. C. D. dijemur berjemur terjemur menjemur

OUM

25

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

2.

Kefahaman Dalam kehidupan seharian, kita sering menghadapi keadaan apabila kenyataan-kenyataan yang kita kemukakan telah disalahtafsirkan oleh orang lain. Apakah yang anda lakukan ketika itu? Adakah terdapat beberapa cara terbaik yang anda rasakan boleh membantu untuk memahami keadaan tersebut? Objektif kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman (Comprehension), yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna. Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu. Pemahaman juga boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
Jadual 2.1: Aspek Kefahaman (a) Menterjemah Menterjemah bentuk komunikasi asal kepada bentuk baru dengan tidak mengubah makna asal. Misalnya, mengubah bentuk komunikasi yang panjang kepada bentuk komunikasi yang lebih pendek/ringkas dengan makna yang sama. Menafsir idea/mesej yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat. Setelah sesuatu idea/mesej itu difahami, maksudnya disampaikan semula dalam perkataan pelajar itu sendiri. Misalnya, murid dapat menafsir data dalam bentuk carta kepada bentuk tulisan/ huraian. Mengekstrapolasi maklumat iaitu pelajar dapat membuat telahan/ inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi/diterima.

(b) Menafsir

(c) Mengekstrapolasi

Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman, misalnya terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi. Pengetahuan/maklumat asas telah diajar/diberi kepada pelajar. Memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir atau diektrapolasikan. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan mereka sendiri. Perkataan yang kerap digunakan dalam soalan ialah seperti huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, nyatakan dalam perkataan anda sendiri

26

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Contoh soalan pada peringkat Kefahaman: Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah: Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit. A. B. C. D. 3. Ke manakah Fahrin pergi? Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital? Siapakah yang pergi ke hospital? Fahrin berada di hospital?

Aplikasi Keputusan kerajaan untuk menaiktarafkan sistem pertahanan negara melalui pembelian peralatan tentera yang moden dan terkini, memerlukan bukan sahaja tenaga pakar yang mahir dari segi teori, malah juga mampu mengaplikasikan peralatan ketenteraan tersebut secara professional dan terlatih. Pada pandangan anda, bagaimanakah semua ini menjadi kenyataan? Cuba anda aplikasikan pula dalam sistem pendidikan negara. Objektif ketiga Domain Kognitif ialah Aplikasi (Application), yang bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar Nordin,1986). Pada peringkat ini, pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah. Misalnya, murid dapat mengaitkan ciri-ciri fotosintesis dengan kehidupan manusia. Dalam konteks pembinaan item ujian, soalan pada aras ini bertujuan menentukan sama ada pelajar dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian dan menggunakannya dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baru. Aplikasi dalam konteks ini bermaksud menggunakan sesuatu yang abstrak dalam situasi tertentu. Pengabstrakan ini mungkin dalam bentuk idea, hukum, kaedah, prinsip atau teori yang perlu diingati, difaham dan digunakan. Keupayaan menggunakan ilmu dalam menyelesaikan masalah baru yang berkaitan dengannya menjadi petunjuk sama ada pelajar telah menguasai ilmu dalam mata pelajaran berkenaan. Menurut Bloom (1971), pelajar dikatakan menguasai peringkat Aplikasi, sekiranya mereka dapat: i. ii. iii. iv. Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang baru. Menyebut semula satu masalah lama untuk menentukan prinsip yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah baru. Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah baru. Menentukan kesesuaian sesuatu prinsip untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah baru dengan memberikan alasan.
27

OUM

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

v. vi. vii.

Menjelaskan fenomena baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. Menelah apa yang akan berlaku dalam situasi baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. Memberi justifikasi/alasan tentang keputusan/tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari.

Ciri-ciri soalan berasaskan aplikasi ialah: i. ii. iii. iv. Soalan menggunakan proses mental aplikasi. Soalan melibatkan tiga (3) frasa, iaitu menggunakan prinsip, menyelesaikan masalah, dalam situasi baru. Soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang tidak sama dengan masalah yang dibincang dalam bilik darjah. Perkataan yang sering digunakan ialah gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan.

Contoh soalan peringkat Aplikasi ialah: Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian. Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu? I. II. Sejuk Berangin

III. Mendung IV. Panas A. B. I dan II sahaja I dan III sahaja

C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

Latihan 2.1 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Kognitif peringkat Pengetahuan, Kefahaman dan Aplikasi. 4. Analisis Objektif keempat Domain Kognitif ialah Analisis (Analysis), yang bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Justeru, peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.

28

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Selain itu, pada peringkat Analisis juga penghakiman turut berlaku, tetapi pada peringkat yang lebih rendah daripada peringkat penilaian. Secara ringkas, analisis terbahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu:
Jadual 2.2: Jenis-jenis Analisis (a) Analisis unsur Analisis unsur ialah keupayaan pelajar menentukan unsurunsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen. Misalnya, pelajar dikehendaki mencari bukti-bukti dalam sesuatu dokumen untuk menyokong kesimpulan yang diberikan. Analisis hubungan ialah keupayaan pelajar menentukan hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam komunikasi. Misalnya, pelajar dikehendaki menentukan perkaitan antara bukti-bukti, bukti dengan hipotesis, atau hipotesis dengan kesimpulan. Analisis prinsip ialah keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya. Misalnya, pelajar dapat mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi tertentu bagi menarik minat penonton.

(b) Analisis hubungan

(c) Analisis prinsip

Menurut Bloom (1971), ciri-ciri analisis adalah seperti berikut: i. ii. iii. Pelajar dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set dokumen. Pelajar dapat menelah apa yang akan berlaku atau sifat yang tidak dinyatakan dengan jelas. Pelajar dapat menggunakan kriteria yang relevan, menyusun unsur mengikut sebab, akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan dalam sesuatu dokumen. Pelajar dapat mengenal pasti prinsip organisasi dan mencorakkan rangka keseluruhan dokumen.

iv.

Ciri-ciri soalan berasaskan analisis ialah: i. ii. iii. iv. v. Soalan menggunakan proses mental analisis, sama ada analisis unsur, hubungan atau prinsip organisasi. Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa pengajaran. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar. Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti mengapa,kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan.

OUM

29

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

Contoh soalan peringkat Analisis: Penulis sebuah buku tentang penilaian dalam pendidikan menyatakan calon akan memperoleh jawapan yang betul sebanyak 50 peratus dalam ujian benar-palsu dengan cara meneka. Pilih andaian berikut yang mungkin dibuat oleh penulis: A. B. C. D. Calon meneka dengan bijak. Calon meneka secara membuta tuli. Tekaan calon dibantu oleh penentu khusus. Tekaan calon dibantu pengetahuan separa dan penentu khusus.

5.

Sintesis Pernahkah anda membaca beberapa novel-novel yang berada di pasaran seperti novel Salina oleh A. Samad Said, novel Kuntum Tulip Biru oleh Aena Wati atau novel Merpati Putih Terbang Lagi oleh Khadijah Hashim dan sebagainya. Setiap novel akan memperlihatkan perkembangan watak dan perwatakan yang cuba diperhalusi serta disintesiskan dalam keseluruhan novel. Pada pandangan anda, bagaimanakah penulis mampu menggarap sesuatu karya tersebut sehingga berjaya mengangkatnya ketahap yang lebih tinggi? Objektif kelima Domain Kognitif ialah Sintesis (Synthesis), yang bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun menyeluruh. Pelajar perlu menggabungkan sesuatu struktur daripada yang tidak jelas kepada satu struktur atau perkara yang lebih jelas. Sintesis terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
Jadual 2.3 : Jenis-jenis Sintesis (a) Sintesis penyampaian Sintesis penyampaian, iaitu sintesis yang menghasilkan bentuk penyampaian dengan tujuan tertentu seperti menghibur, menghuraikan, menarik minat atau menunjukkan perasaan marah. Misalnya, pelajar dapat menyampaikan perbahasan dengan hujah yang menarik. Sintesis himpunan, iaitu sintesis yang menghasilkan satu himpunan perlakuan. Misalnya, pelajar dapat menyusun kandungan pelajaran untuk persediaan peperiksasan. Sintesis cadangan, iaitu sintesis yang menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak. Misalnya, pelajar dapat mengemukakan teori yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(b) Sintesis himpunan

(c) Sintesis cadangan

30

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah seperti berikut: i. ii. iii. Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi, atau lukisan. Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi. Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk hipotesis.

Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Soalan sesuai dengan proses mental sintesis. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar atau berbeza dengan daripada semasa pengajaran. Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari segi isi atau masa. Hasilnya dinilai oleh pengguna seperti pembaca atau pemerhati. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti. Bentuk soalan objektif atau esei memerlukan masalah yang kreatif. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan berlaku.

Contoh soalan pada peringkat Sintesis ialah:


Barang Topi Baju Kuantiti 1 2 Harga RM12.50

Jadual di atas, yang tidak lengkap, menunjukkan barang yang dibeli oleh Raju. Raju mempunyai RM 345.00 dan selepas membeli barangan di atas, baki wangnya ialah sebanyak RM 180.00 Berapakah harga sehelai baju yang dibelinya itu? A. B. C. D. RM 55.00 RM 76.25 RM 82.50 RM 152.50

6.

Penilaian Objektif keenam dan terakhir Domain Kognitif ialah Penilaian (Evaluation), yang bermaksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. Pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesuatun idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya. Pertimbangan dibuat berdasarkan
31

OUM

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Misalnya, pelajar dapat menilai satu hasil kerja, sama ada bermutu atau sebaliknya, dengan membandingkannya dengan hasil kerja lain. Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian ialah: i. ii. iii. iv. v. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian. Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru dan tidak pernah disentuh semasa pengajaran. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar. Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga (3) bahagian, iaitu apa yang hendak dinilai, arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan.

Contoh soalan pada peringkat penilaian ialah: Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut dengan baik oleh pemimpin dan rakyat Melaka Berdasarkan penyataan di atas, apakah kesannya kepada kerajaan Melaka pada kurun ke-15? i. ii. iii. iv. A. B. C. D. Islam menjadi agama rasmi. Tulisan Arab dijadikan tulisan jawi. Istana menjadi tumpuan para intelektual. Amalan tradisi dihapuskan. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Latihan 2.2
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Kognitif peringkat Analisis, Sintesis dan Penilaian.

32

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

2.3

OBJEKTIF DOMAIN AFEKTIF

Bagaimana anda membentuk objektif Domain Afektif?

Sebagai insan kita semua mempunyai perasaan. Ada ketikanya kita merasa gembira, sedih, terharu, kecewa dan sebagainya. Selepas seseorang itu melalui pelbagai pengalaman dalam hidupnya, dia akan mempunyai pandangan atau sikapnya tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dialami. Perasaan, sikap dan nilai adalah perkara yang dipelajari dan berkembang dari masa ke masa, serentak dengan perkembangan insan itu sendiri dalam pelbagai perkara. Jika kita berada dalam persekitaran yang sihat, maka persekitaran ini sedikit sebanyak akan membentuk perasaan, sikap dan nilai yang positif. Begitu juga sebaliknya. Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Dari segi praktiknya, guru jarang menulis objektif ini dalam buku rekod pengajaran berbanding objektif kognitif, yang ditulis dalam bentuk perlakuan pelajar. Ini berlaku kerana ketidakwujudan prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian objektif afektif. Seperti juga objektif Domain Kognitif, objektif Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi, seperti yang diutarakan oleh Bloom et al. (1988), iaitu: (1) Penerimaan, (2) Gerak Balas, (3) Penilaian, (4) Organisasi dan (5) Perwatakan.

Rajah 2.4: Objektif domain afektif

OUM

33

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

1.

Penerimaan Objektif pertama Domain Afektif ialah Penerimaan (Receiving), yang bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima, misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima, iaitu individu berkenaan tidak menjauhkan diri daripada rangsangan yang diterima. Seterusnya, individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad, iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima. Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah. Gerak Balas Kadangkala di bawah sedar, kita sedikit sebanyak akan cenderung untuk memberi gerak balas terhadap alunan muzik yang terhasil melalui di saluransaluran radio. Gerak balas yang terhasil ini berbeza di antara individu dengan individu yang lain berdasarkan kesesuaiannya. Pada pandangan anda, sejauhmanakah muzik mampu digunakan dalam sistem pendidikan untuk mewujudkan gerak balas di kalangan para pelajar?

2.

Objektif kedua Domain Afektif ialah Gerak Balas (Responding), yang bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ingin tahu tentang sesuatu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Pada peringkat awalnya, gerak balas ini mungkin juga berlaku disebabkan oleh arahan orang lain. Bagaimanapun, selepas individu berkenaan mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri. Misalnya, menunjuk minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan individu berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah. 3. Penilaian Objektif ketiga Domain Afektif ialah Penilaian (Valuing), yang bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai/motif ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga (3) jenis nilai ini, iaitu:

34

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Jadual 2.4 : Jenis-jenis Penilaian

(a) Penerimaan semua nilai

Penerimaan semua nilai, iaitu menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya. Pemilihan nilai tertentu, iaitu memilih nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya. Komitmen, iaitu memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahan kepercayaan ini daripada sebarang cabaran.

(b) Pemilihan nilai tertentu

(c) Komitmen

Latihan 2.3
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Afektif peringkat Penerimaan, Gerak Balas dan Penilaian

4.

Organisasi Objektif keempat Domain Afektif ialah Organisasi (Organization), yang bermaksud seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu pertama, mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya; dan keduanya menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai/kepercayaan. Contohnya, pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut. Ini dapat dilihat melalui analogi Rajah 2.5 di bawah:

Rajah 2.5: Domain afektif organisasi

OUM

35

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

5.

Perwatakan Objektif kelima dan terakhir Domain Afektif ialah Perwatakan (Characterization), yang bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan: (a) perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan; dan (b) sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup tersendiri. Ini boleh dilihat melalui analogi dalam Rajah 2.6 berikut:

Rajah 2.6: Domain afektif perwatakan

Latihan 2.4
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Afektif peringkat Organisasi dan Perwatakan.

2.4

OBJEKTIF DOMAIN PSIKOMOTOR

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah anda menguasai satu-satu kemahiran yang melibatkan pergerakkan fizikal yang juga dikenali sebagai psikomotor anda seperti bersukan, menari atau menunggang motosikal? Bagaimana anda membentuk objektifobjektif Psikomotor ini?

36

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Guru-guru pendidikan jasmani memberi sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanakkanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian, misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak. Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah; iaitu: (1) Persepsi, (2) Persediaan, (3) Pergerakan Terkawal, (4) Pergerakan Mekanistik, (5) Pergerakan Kompleks, (6) Pergerakan Suaian dan (7) Pergerakan Ciptaan.

Rajah 2.5: Objektif domain psikomotor

1.

Persepsi Objektif pertama Domain Psikomotor ialah Persepsi (Perception), yang bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan rejaman dalam permaian bola tampar. Melalui pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat. Misalnya, apabila pelajar melihat pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, dia akan ingat cara bagaimana pemain melakukan rejaman tersebut. Contoh objektif pengajaran peringkat Persepsi ialah Pelajar dapat menjelaskan cara pemain melakukan rejaman dalam permainan bola tampar. Persediaan Objektif kedua Domain Psikomotor ialah Persediaan (Set), yang bermaksud seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya, melalui pemerhatian terhadap sesuatu pergerakan, seperti memerhati pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. Contoh
37

2.

OUM

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

objektif pengajaran peringkat Persediaan ialah Pelajar dapat menjelaskan cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar. 3. Pergerakan Terkawal Objektif ketiga Domain Psikomotor ialah Pergerakan Terkawal (Guided Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Terkawal ialah Pelajar dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar. Pergerakan Mekanistik Objektif keempat Domain Psikomotor ialah Pergerakan Mekanistik (Mechanistic Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar seperti yang perhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah Pelajar dapat meniru cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar.

4.

Latihan 2.5
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Psikomotor peringkat Persepsi, Persediaan, Pergerakan Terkawal dan Pergerakan Mekanistik. 5. Pergerakan Kompleks Objektif kelima Domain Psikomotor ialah Pergerakan Kompleks (Complex Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri, tanpa meniru pemain. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin. Pergerakan Suaian Objektif keenam Domain Psikomotor ialah Pergerakan Suaian (Adaptive Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Sesuaian ialah Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Pergerakan Ciptaan Objektif ketujuh dan terakhir Domain Psikomotor ialah Pergerakan Ciptaan (Originative Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan

6.

7.

38

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Sesuaian ialah Pelajar dapat melakukan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah.

Latihan 2.6
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Psikomotor peringkat Pergerakan Kompleks, Pergerakan Suaian dan Pergerakan Ciptaan.

2.5

OBJEKTIF DOMAIN SOSIAL

Adakah objektif-objektif pengajaran yang telah dibincangkan itu mencukupi?

Selain proses/aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama ini, kita dapati proses/ aktiviti dalam bidang hubungan sosial tidak diberi perhatian sewajarnya. Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan orang tua. Sehubungan itu, Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: (1) Berhubung, (2) Berkomunikasi, (3) Melibatkan Diri, (4) Berunding, (5) Bekerjasama, (6) Menghakim, (7) Memulakan dan (8) Menukar.

Rajah 2.6: Objektif domain sosial

OUM

39

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

1.

Berhubung Objektif pertama Domain Sosial ialah Berhubung (Relating), yang bermaksud seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini, kontak mata merupakan permulaan kepada perkenalan yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. Contoh objektif pengajaran peringkat Berhubung ialah Pelajar menyedari kehadiran seseorang lain. Berkomunikasi Objektif kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (Communicating), yang bermaksud seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini, tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi. Contoh objektif pengajaran peringkat Berkomunikasi ialah Pelajar cuba berkomunikasi dengan seseorang lain melalui bahasa isyarat. Melibatkan Diri Objektif ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (Participating), yang bermaksud seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini, tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Contoh objektif pengajaran peringkat Melibatkan Diri ialah Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan.

2.

3.

Rajah 2.7: Melibatkan diri

4.

Berunding Objektif keempat Domain Sosial ialah Berunding (Negotiating), yang bermaksud seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu isu/masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini, tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. Contoh objektif pengajaran peringkat Berunding ialah Pelajar cuba menjelaskan sesuatu isu/masalah supaya penyelesaian yang baik dapat dicapai dengan segera.

40

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

5.

Bekerjasama Objektif kelima Domain Sosial ialah Berkerjasama (Collaborating), yang bermaksud seseorang itu boleh berkerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek, seperti berkerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah laku berkerjasama menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan projek/masalah yang dihadapi. Contoh objektif pengajaran peringkat Berkerjasama ialah Pelajar dapat menguruskan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan projek. Menghakim Objektif keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating), yang bermaksud seseorang itu dapat bertidak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran. Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian di kalangan ahli-ahli kumpulannya. Contoh objektif pengajaran peringkat Menghakim ialah Pelajar dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan ahli-ahli kumpulan.

6.

Rajah 2.8: Menghakim

7.

Memulakan Objektif ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (Initiating), yang bermaksud seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai. Di sini, tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya mendapat pengalaman baru. Contoh objektif pengajaran peringkat Memulakan ialah Pelajar berjaya mencadang dan melaksanakan projek baru bersama ahli-ahli kumpulannya. Menukar Objektif kelapan dan terakhir Domain Sosial ialah Menukar (Converting), yang bermaksud seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar. Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya hidup dalam persekitaran yang lebih harmoni. Contoh objektif pengajaran peringkat Menukar ialah Pelajar berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya membersihkan kawasan sekolah setiap minggu .
41

8.

OUM

OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

RUMUSAN
Penggubalan alat pengukuran memerlukan perancangan yang rapi, teliti dan sistematik, agar keputusan yang diperoleh benar-benar tepat dan sebarang tindakan susulan akan tepat dan selaras. Penetapan dan penentuan objektif pengajaran yang jelas akan dapat membantu guru dalam menyediakan alat pengukuran yang berkesan dan sesuai bertepatan dengan objektif penilaian yang ditetapkan. Tajuk ini telah menjelaskan tentang peringkat-peringkat objektif pengajaran bagi Domain Kognitif, Domain Afektif, Domain Psikomotor dan Domain Sosial. Tajuk seterusnya akan membincangkan tentang penyediaan Jadual Penentu Ujian (JPU) yang diharapkan dapat memberi panduan kepada penggubal soalan ujian, bagi memastikan soalan ujian yang digubal itu memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

GLOSARI
Objektif Pengajaran Dinyatakan dalam bentuk penyataan yang jelas bagi sebagai panduan kepada guru dalam memilih kaedah dan pendekatan dalam pengajaran di bilik darjah. Terbahagi kepada empat domain iaitu kognitif, afektif, psikomotor dan social. Melibatkan perkembangan intelek pelajar. Melibatkan perkembangan sikap dan nilai. Melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal. Melibatkan perkembangan hubungan/tingkah laku sosial pelajar.

Domain Kognitif Domain Afektif Domain Psikomotor Domain Sosial

UJIAN 1
1. 2. 3. Jelaskan pertalian antara objektif pelajaran dengan penilaian. Berikan tiga (3) peringkat objektif Domain Afektif. Jelaskan maksud objektif Analisis dalam Domain Kognitif.

UJIAN 2
1. 2. 3. Jelaskan apakah Domain Sosial. Senarai dan jelaskan tiga (3) peringkat objektif Domain Sosial. Berikan contoh perlakuan yang sesuai bagi tiga (3) peringkat objektif Domain Sosial di atas.

42

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional papers no.5. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Bloom, B.S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain kognitif (ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloom, B.S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summative evaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher. Dettmer, P.A. (1997). New blooms for established fields. Presented at annual conference of the Kansas Association for Gifted, Talented, and Creative, Hutchinson, K.S. Hanna, G.S. & Detmer, P.A. (2004). Assessment for Affective Teaching: Using ContextAdaptive Planning. Boston: Pearson. Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B. (1965). Classroom testing: Construction. Illinois: F.E Peacock Publisher Inc. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. Penilaian kendalian sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Raminah Haji Sabran (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Simpson, E.j. (1972). The Psychomotor Domain, vol. 3. Washington, DC: Gryphon House.

OUM

43

Anda mungkin juga menyukai