Anda di halaman 1dari 5

Cara Memotong, Melapah, Melembutkan Daging

Cara Memotong, Melapah, Melembutkan Daging



Bagaimana cara memotong daging.sebenarnya bukan mudah juga untuk memotong daging kalau tidak
kena caranya..daging akan liat susah hendak empuk ,walaupun sekarang ini berbagai kaedah untuk
menyenangkan kerja memasak, susah-susah potong jerkan kemudian masukkan dalam slow cooker atau
pressure cook tu reneh jer.he3.tak pun mungkin yang kata, apa susah2??.ko yang potong daging tu atau
daging tu yang potong ko???.betul jugakkan tak yang pening2kan kepala..
Sebenarnya kat negara barat atau negara arab dari pemerhatian saya..cara mereka memotong daging agak
berlainan dan ada teknik2 khusus,dalam bahagian daging kepada beberapa nama ..antaranya bahagian
mana untuk di buat steck, stew atau pun sup.. ada bahagian2 daging yang sesuai dan tidak sesuai, mungkin
ini kerana cara pemakanan mereka atau resipi masakan berdaging mereka tidak sama dengan cara masakan
daging dalam resipi melayu kita. Kebanyakan orang kita agak kurang mengambil berat pada bahagian2
daging ini.

Bagaimana cara melapah dan memotong daging lembu di tempat kita betul-betul kena caranya atau tidak,
saya pun tidak pasti. Sebab kekadang ada setengah daging yang kita beli, kejap jer masak dan kadang2
lama pula..ini semuanya ada kaitan dengan cara kaedah asal memotong tadi, dan cara orang yang masak
pula memotong untuk sediakan resipinya..semua ini berkait juga dengan penghadaman daging setelah
dimakan. Ok, untuk mudahkan kerja memotong sudah pastilah daging yang Iresh, setengah kata 'daging
batang pinang yang paling bagus .

pa itu Daging Batang Pinang ?
'Daging Batang Pinang rujuk WIKI 'Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya
Sirloin adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke
bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua fenis daging batang
pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang
lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerfa. Ini kerana cara
potongan daging lembu di America adalah berbe:a berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di
Amerika potongan 'top sirloin` merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain,
keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat
stik. Daging batang pinang biasanya di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dinegara
Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi
masyarakat Malaysia dan Indonesia, iaitu satay.`
Daging batang pinang ni bukan saja mahal tapi tidak berapa banyak..selalunya disediakan untuk membuat
satey ..kadang-kadang susah juga nak pastikan mana yang ori daging ini..So, petua membeli daging,
tengok keadaan daging yang warna merah kehitaman tu..maknanya daging lembu tua.Kalau kita pegang
pun kita tahu sebab texture dia keras sikit. Kalau daging lembu muda..warna merah pucat..dia punya
texture pun lembut aje kalau kita pegang. selalunya isinya nampak padat dan kemerahan dan jalur
uratnya padat.jadi untuk buat satey boleh campurkan dengan daging bahagian lain . Cara potong daging
pun kena pandai jugak..kena potong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat
dan susah untuk empuk.. caranya tenguk jalur2 urat daging..then letakkan daging bertentangan dengan
pisau dan potong..kira macam uruf T ~. Kaeah ini di pangil (across the grain) ..tapi kalau daging yang
dah tua..kena pulak part yang banyak muscle..potong melintang pun keras juga.

Tips Cara memotong Daging
* Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang
menempel pada daging tersebut.
* Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, jadi
memotong searah serat daging.ia akan menyebabkan daging yang sudah dimasak menjadi kenyal atau
liat bila dimakan.
* Pada beberapa bahagian daging mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot
daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru
kemudian daging tersebut dipotong melintang mengikuti arah serat daging tadi.
Cara atau petua memilih membeli daging

Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam) Jika membeli daging import, jangan terus di simpan
didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih
dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak
lebih tiga hari daripada tarikh membeli.Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya.
Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara.
Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali
ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat 'ketakutan ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut
hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat.
Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi
daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses
melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru
disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.

Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum
diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan
dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam
jumlah yang banyak. Melembutkan daging secara tradisi. Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik
atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan
daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut
citarasa masing-masing. Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan
daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong
mengikut kegemaran masing-masing. Melembutkan daging secara moden. Rebus daging bersama-sama
pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk,
daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya. Terdapat cara lain
melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati
disesetengah pasar raya.
Hilangkan Bau Daging
Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau
asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan
bersihkan daging semula. Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah
nenas, anda bukan ashaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.
TIPS Menyimpan daging beku.
Kadang-kadang kita membeli daging beku di supermarket. Tetapi bayak perkara yang tidak kita ambil
perhatian..kerana daging yang beku ini sudang kurang banyak zat di dalamnya.So ada beberapa perkara
perlu diambil berat adalah cara menyimpannya di peti sejuk, supaya daging tahan lama..
* Sebelum dimasukkan ke peti ais, bungkus rapat daging dengan plastik kedap udara. * Simpan di Ireezer
dengan suhu (idealnya) -18C.
* Simpan dengan rapi, tidak terlalu sesak dan banyak.
* Jika ingin memasak daging tersebut, biarkan daging mencair di bahagian tengah peti ais (bukan Ireezer)
dengan suhu menjadi -1C. sampai 4C. 'Jadi jika besok ingin memasak daging tersebut, sehari
sebelumnya keluarkan daging yang beku di tempat yang tidak terlalu dingin, supaya tidak cair dengan tiba-
tiba. Kerana perubahan suhu yang terlalu cepat boleh membuat gizinya hilang.
* Boleh cairkan daging dengan mengeluarkannya dari peti asi, atau dalam suhu bilik. Proses cairan
memang cepat, tetapi waktu masak daging biasanya terasa keras.
* Cepat2 masak bila daging dah mencair dan lembut.
* Daging yang sudah dikeluarkan dari Ireezer untuk dimasak sebahagian (sudah mencair), sebaiknya tidak
dimasukkan kembali ke dalam Ireezer lagi (dibekukan lagi).
* Jika kesemua tips ini dilakukan dengan cermat dan teliti, daging beku dapat disimpan selama 6 bulan.
$umber:alkiram

Anda mungkin juga menyukai