Anda di halaman 1dari 5

Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?

RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus. Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.

KANAK-kanak yang didedahkan dengan muzik akan lebih kreatif dan mengapresiasi muzik apabila mereka dewasa kelak. - Gambar Hiasan.

Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan. Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain. Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya. Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit. Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang? Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun. Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik. Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah. Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung. Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah. Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.

Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula. Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu. Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik. Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu. Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak. Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin. Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan. Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya. Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain. Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan. Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi. Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja. Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik. Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan. Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: 1. Linguistic intelligence ("word smart"): 2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart") 3. Spatial intelligence ("picture smart") 4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart") 5. Musical intelligence ("music smart") 6. Interpersonal intelligence ("people smart") 7. Intrapersonal intelligence ("self smart") 8. Naturalist intelligence ("nature smart") Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut: 1. PERKATAAN (linguistic intelligence) 2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence) 3. GAMBAR (spatial intelligence) 4. MUZIK (musical intelligence) 5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence) 6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence) 7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or 8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence) Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians] Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.

CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar

Kecerdasan musikal memuat kemampuan seseorang untuk peka terhadap suara-suara non verbal yang berada di sekelilingnya. termasuk dalam hal ini adalah nada dan irama. Anak-anak jenis ini cenderung senang sekali mendengarkan nada dan irama yang indah, apakah itu melalui senandung yang dilagukannya sendiri, mendengarkan kaset/ radio, pertunjukan orkestra atau alat musik yang dimainkannya sendiri. Mereka juga lebih mudah mengingat sesuatu dan mengekspresikan gagasan-gagasan apabila dikaitkan dengan musik.

Kinestatik

Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan. Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem. Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak

Interpersonal Intrapersonal Logikal/Matematikal Muzikal/Lirik Semulajadi Verbal/Linguistik Visual/Spatial

KEUPAYAAN OTAK MANUSIA ---Otak secara fizikalnya ialah organ yang terdapat di bahagian kepala. Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu cerebral cortex, corpus callosum, cerebellum, thalamus, hypoyhalamus, pons, medulla dan spinal cord. Semuanya memepunyai fungsi tersendiri. Dilihat dari segi bukan fizikal, otak ialah alat yang membolehkan manusia berfikir. Maka dari situ otak boleh dibahagikan kepada dua hemisfera mengikut fungsi ini: 1. Hemisfera otak kanan (HOKA) Hemisfera otak kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Ia memproses maklumat yang bercorak intutif, kreatif dan kesenian. Ia mengawal perasaan dan persepsi visual. Ia melihat secara keseluruhandan bukan satu persatu. Contoh yang paling jelas orang-orang yang dikuasai oleh HOKA ialah pelukis, penari pengukir dan pemuzik.

2. Hemisfera otak kiri (HOKI) Hemisfera otak kiri pula mengawal bahagian kanan anggota badan. Ia berfikir tentang hal-hal yang bercorak analitik. Ia bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan bahasa, angka, fakta dan penyelesaian masalah. Contoh paling jelas orang-orang yang dikuasai oleh HOKI ialah ahli sains, ahli matematik, pemain catur, pakar geografi dan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai