Anda di halaman 1dari 2

NABI ILYAS

Nabi Ilyas diutus oleh Allah s.w.t untuk mengingatkan kaum Bani Israel yang kufur, iaitu penduduk negeri Baalbek, sebuah daerah di Lubnan. Mereka menyembah berhala bernama Baal. Nabi Ilyas merupakan keturunan keempat Nabi Harun. Baginda merupakan putera Yasin bin Fanhash bin Aizar bin Harun. Baginda berdakwah agar kaumnya tidak menyembah berhala. Berkali-kali Nabi Ilyas mengingatkan, namun mereka tidak pernah menghiraukannya. Menyedari kaumnya tidak mematuhi seruannya, Nabi Ilyas meminta agar Allah s.w.t menurunkan azab-Nya. Maka datanglah bencana kemarau melanda negeri Baalbek. Kisah Nabi Ilyas ini tidak banyak diceritakan dalam al-Quran. Nama Ilyas hanya disebut empat kali, iaitu dalam surah al-Anam ayat 85 serta surah al-Saffat ayat 123, 129 dan 130. Nabi Ilyas mendapat perintah dari Allah s.w.t untuk menyedarkan kaum Bani Israel yang suka menyembah berhala Baal. Ilyas mengingatkan kaumnya bahawa berhala yang disembah itu bukan Tuhan yang sebenarnya. Baginda juga menyeru agar mereka takut kepada Allah s.w.t yang mencipta alam semesta dan menegaskan bahawa Allah s.w.t ialah Tuhan mereka. Namun kaum Bani Israel menganggap seruan Ilyas tersebut bohong. Kisah Nabi Ilyas yang memperingatkan kaumnya itu terdapat dalam al-Quran surah al-Saffat ayat 124-127.

Baalbek merupakan sebuah kota yang sekarang berada di dalam negara Lubnan. Pada zaman Nabi Ilyas, kota ini didiami oleh bangsa Phonecia, yang merupakan bangsa pelaut terkenal. Bangsa ini menyembah berhala Baal. Sehingga sekarang masih ada sebuah bangunan altar bernama Heliopolis yang dipercayai tempat penyembahan Dewa Baal oleh bangsa Phonecia. Nama kota Baalbek sendiri diambil daripada nama Baal, dewa bangsa Phonecia. Allah s.w.t menurunkan azab berupa kemarau panjang selama tiga tahun berturut-turut kerana kaum Nabi Ilyas durhaka. Semua tanaman dan haiwan mati kelaparan. Kaum Nabi Ilyas akhirnya menyedari kesalahan mereka. Mereka bersedia meninggalkan berhala dan berjanji tidak menyembahnya lagi. Nabi Ilyas memohon kepada Allah s.w.t agar menurunkan hujan. Namun setelah menikmati kemakmuran hidup, kaum Nabi Ilyas kembali ingkar. Apabila mengetahui kekufuran kaumnya, Nabi Ilyas pun berdoa agar Allah s.w.t menarik kembali nikmat yang telah diberikan kepada kaumnya dan mereka sekali lagi ditimpa bencana yang lebih dahsyat daripada bencana sebelumnya. Nabi Ilyas mempunyai seorang anak angkat bernama Ilyasa. Baginda sering menemani Nabi Ilyas dalam melaksanakan tugasnya berdakwah, terutama ketika usia Nabi Ilyas sudah meningkat tua. Setelah Nabi Ilyas meninggal dunia, Allah s.w.t mengutus Nabi Ilyasa untuk meneruskan tugas ayahnya berdakwah kepada kaumnya yang angkuh itu.

Anda mungkin juga menyukai