Anda di halaman 1dari 14

E.L.

Thorndike menggabungkan pendapat Herbart tentang association dengan


dapatan ahli fisiologi dengan mengatakan terdapat perhubungan (connection)
antara unit fizikal dengan unit mental ketika pembelajaran. Dapatan kajian
terhadap tingkah laku kucing yang dikurung, telah membawa beliau kepada
mengutarakan:

a. Teori Pembelajaran Connectionism (S-R Theory).


Menurut teori ini perhubungan S-R terbentuk pada sistem deria
hasil tindakan asal yang bersifat cuba jaya. Bila diletakkan dalam
keadaan yang sama, proses pemikiran sebenarnya adalah
mengikut aliran perhubungan deria yang telah terbentuk. Tindakan
yang ditunjukkan adalah pembelajaran hasil pemikiran itu.
b. Undang-undang Pembelajaran (Laws of Learning)
i. Undang-undang Kesediaan - perlu ada struktur neuron dan
synaps bagi membolehkan connection - berlakunya connection
dalam keadaan struktur bersedia akan menghasilkan tindakan
yang menyenangkan - berlakunya connection dalam keadaan tidak
bersedia akan menghasilkan tindakan yang tidak menyenangkan

ii. Undang-undang Latihan/Ulangan - lebih banyak kali berlaku


hunungan S-R, semakin kuat hubungan berkenaan (semakin
diingat)

iii. Undang-undang Kesan - gerakbalas sesuatu perhubungan S-R


menjadi semakin kuat jika diikuti sesuatu yang menggembirakan
dan sebaliknya jika diikuti kesakitan.

Namun pandangan Thorndike tidak memberi ruang untuk menyatakan


sesuatu organisma mempunyai tujuan dalam melakukan sesuatu
(purposive behaviour). ` (Psikologi Purposif menganggap tindakan setiap
manusia dan haiwan adalah kerana mencuba mencapai sesuatu. Dengan
itu, kita boleh mengagak tindakannya dengan tepat jika kita boleh
menjangka apakah yang hendak dicapainya)
I. P. Pavlov menunjukkan bahawa pelaziman klasik berlaku apabila sesuatu
rangsangan akan menimbulkan gerakbalas yang khusus. Gerakbalas yang
ditunjukkan merupakan pembelajaran dari timbulnya rangsangan.

Behaviouris Tulen

J.B. Watson menolak kaitan mental dalam pendapat Thorndike dan cuba
mengutarakan teori yang lebih berdasarkan perubahan tingkahlaku sepenuhnya
dan yang boleh dijawab berdasarkan konsep fizik dan kimia semata-mata.
Behaviouris seperti beliau mengatakan manusia sebagai satu badan yang self-
maintaining yang terdiri dari sistem penerima (reseptor - organ sensori),
pengalir (conductor-neuron), organ pengubah-aliran (switching organs - brain
& spinal ccord) dan afektor (otot) yang menggerakkan organ-organ yang
pengerak (tulang), pembekal (usus) dan pengawal (kelenjar).

Kumpulan behaviouris itu mencadangkan gantian rangsangan ‘stimulus


substitution’ sebagai asas pembelajaran. Menurut pandangan ini, ganjaran boleh
digantikan dengan arahan yang sesuai

cth: Mengajar anjing berdiri dengan mengunjukkan daging serta berkata


‘up’, lama-kelamaan daging boleh digantikan dengan perkataan ‘up’ bagi
mendapatkan gerakbalas yang sama.
Mereka juga menolak psikologi purposif. Mereka mengatakan bahawa apa
yang difikir dan mahukan oleh pemikiran dalaman tidak ada kaitan dengan
pembelajaran. Sebaliknya pembelajaran berlaku apabila terdapat rangsangan
yang mencukupi yang akhirnya akan sentiasa menghasilkan gerakbalas yang
diharapkan. Pembelajaran sepatutnya dilihat keseluruhannya dari gerakbalas
yang ditunjukkan hasil rangsangan yang diberikan. Pandangan mereka tentang
psikologi mental sama seperti pandangan seorang doktor modem terhadap
seorang dukun.
Module 2: Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran
b) Teori Pelaziman Cuba Jaya (Thorndike)

SOALAN:
a) Apakah ciri-ciri utama teori pelaziman cuba jaya?
b) Berikan contoh aplikasi teori pelaziman cuba jaya
dalam kehidupan seharian?

Teori Pelaziman Cuba Jaya (Theory of Trial and Error Conditioning ) oleh E.
L. Thorndike
Thorndike (1874-1949), seorang ahli psikologi Amerika, mendapat ijazah
kedoktoran (PhD) pada usia 24 tahun dan mula mengajar di Teachers' College,
Columbia University. Beliau tidak begitu setuju dengan teori pelaziman klasik
yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Beberapa tahun sebelum Pavlov, Thorndike
(1874-1949) menjalankan kajian dan menguatarakan apa yang dinamakan
'pembelajaran cuba jaya' (trial and error learning). Baginya, prinsip asas
pembelajran ialah pengaruh ganjaran dan denda dan organisme akan membuat
sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya, organisme berkenaan akan
mengelakkan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan
diri. Menurutnya, ganjaran mendorong organisme mengulangi seusatu gerak balas
manakala denda pula boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu
gerak balas.
Dialah pengasas awal teori Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau Stimulus-
Response (S-R). Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan Gerak Balas
tertentu dengan Rangsangan tertentu. Thorndike melabelkan jenis pembelajaran ini
sebagai 'Pembelajaran Instrumental atau Operan' yang diperluaskan kemudian
oleh B.F. Skinner.
Eksperimen Thorndike
Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat
yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan
anjing, Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang
lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci.
Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan
kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah
makanan yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah
melakukan bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah
haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu
untuk membuka pintu puzzle box dicatat.
Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang
sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kuci pntu dalam masal yang lebih
singkat berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah
menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang
betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1) Hukuman Kesediaan (Law of Readiness)


Organisme bersedia bertindak ====> Organisme bertindak ====>
Organisme puas

Organisme bersedia bertindak ====> Organisme TIDAK bertindak ====>


Organisme kecewa
Organisme TIDAK bersedia bertindak ===== Organisme dipaksa bertindak
====> Organisme kecewa

2) Hukum Latihan (Law of Exercise)


Kaitan antara R-G akan menjadi lebih kuat sekiranya organisme
melakukan atau melatih seberapa kerap yang boleh. Jika latihan
berkurangan, kaitan R-G akan mula menjadi lemah.

3) Hukum Kesan (Law of Effect)


Ikatan antara R-G akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
memuaskan apabila sesuatu gerak balas dihasilkan. Iaitu, ganjaran
bertindak menguatkan kaitan R-G. Sekiranya, organisme mengalami
keadaan yang tidak selesa akhibat daripada tindakannya, kaitan R-G akan
menjadi lemah.

Edward Lee Thorndike


1874 - 1949
Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan (pada 1913, 1932, 1933), Thorndike
mencadangkan prinsip-prinsip berikut mengenai pembelajaran:
RUJUKAN:

Connectionism (R-G Asas Teori Thorndike)

E.L. Thorndike (1874 - 1949)


Teori Thorndike dan Aplikasi dalam Pembelajaran.
Bagaimana teori Thorndike cuba menerangkan pembelajaran manusia?
Teori-Teori Cadangan Thorndike
Latar belakang Thorndike dan teori-teori yang diperkenalkan.

Major Phenomenon of Classical Conditioning


Baca bahagian bertajuk 'Thorndike & the Law of Effect'

Kemunculan Perspektif Behaviorisme


Setiap hari kita cuba menjelaskan tingkahlaku orang yang kita tahu. Kita tanya,
"Mengapa Kumar memutuskan hubungan dengan Shanti?" "Mengapa ahli
parliamen itu menerima rasuah?". Mungkin kita menjawab Kumar merasa
terancam dengan kebolehan academik Shanti. Ahli parliamen itu seorang yang
tamak. Walau pun kita tidak boleh nampak Kumar terancam atau ahli parliamen
itu tamak kita gunakan tingkahlaku mereka untuk menerangkan tindakan mereka.
Bagaimana pun ahli psikologi seperti Watson, Tolman, Guthries, Thorndike
dan Skinner tidak setuju dengan membuat inferen tentang kewujudan sesuatu
tingkahlaku atau kelakuan. Menurut mereka, kita tidak boleh memutuskan Kumar
'terancam' kerana tinkahlaku tersebut tidak boleh dilihat. Cuma kita boleh melihat
Kumar memutuskan hubungan dengan Shanti dan kita tidak boleh buat apa-apa
inferen selain daripada itu. Inilah yang menjadi pegangan perspektif
behaviorisme, kajian harus menumpukan kepada kaitan antara rangsangan dan
gerak balas (R-G) dan gerak balas itu mesti boleh dilihat berlaku dan direkod.
J.B. Watson (1878-1958)
Watson digelar sebagai 'bapa behaviorisme'. Beliau sangat terpengaruh dengan
hasil kerja Pavlov dan menerima pelaziman klasik sebagai cara penting
pembelajaran berlaku. Oleh kerana dia mengutamakan tingkahlaku yang boleh
diperhatikan, beliau mengaitkan segala tingkahlaku dengan pergerakan.
Contohnya, dia sifatkan 'perasaan' sebagai pergekaran otot-otot dalam perut dan
'percakapan' sebagai pergerakan otot-otot dalam tekak.
Eksperimen yang jalankan dengan seorang bayi bernama 'Albert'. Watson
memakai topeng untuk menakutkan Albert.
Seorang bayi bernama Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain
dengan haiwan itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang
berlainan, Albert diberikan tikus yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan satu
bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada Albert, bunyi kuat itu terdengar
yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus itu diberikan
kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh tikus itu dan terus
menangis. Apakah telah terjadi?
Rujukan:

Conditioned Emotional Reactions


oleh J.B.Watson & Rosalie Rayner (1920)
Baca tentang eksperimen ke atas 'Albert'.

Behaviorism - The modern note in psychology


oleh J.B. Watson (1929)
PPEC1104 Psychology of Learning
Sarjana
Muda Kaunseling

Module 2: Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran


a) Pelaziman Klasik

SOALAN:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan pelaziman klasik?
b) Apakah prinsip-prinsip yang terlibat dengan pelaziman
klasik
c) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman klasik dalam
kehidupan seharian.
Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov
menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan
mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov
mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di
utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini,
sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan
telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah
kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya
atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang
lampau.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik


Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas
pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan
sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini
dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah).
Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan
itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar'
mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan
kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu
organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.
Peralatan Eksperimen Pavlov
Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)


RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

Selepas Pelaziman

RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)


_________________________________________________

Kunci:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov?

1) Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau
respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu
mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang
berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan
bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu
rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas
terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir
sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu
dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama
mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

3) Diskriminasi (Discrimination)
Pvlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih
mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi
loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan
bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara
rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak
balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu
rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan
tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas.
Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.
Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936)
RUJUKAN:
Berikut ini adalah beberapa website yang menerangkan dengan lebih lanjut
tentang
pelaziman klasik.

Siapakah Ivan Pavlov?


Biografi Pavlov
Pada pendapat anda, apakah kaitan antara bidang fisiologi dengan psikologi
pembelajaran?

Classical Conditioning
Artikel ini menerangkan secara mudah pelaziman klasik.
Berikan contoh-contoh bagaimana pelaziman klasik
berlaku dalam kehidupan seharian?

Conditioning and Learning


Baca bahagian pertama tentang isu-isu pembelajaran dan penerangan tentang
pelaziman klasik.
Aplikasi Pelaziman Klasik dalam Kehidupan Seharian

Using Classicial vs Operant Conditioning


Disenaraikan ialah 8 jenis tingkahlaku. Anda dikehendaki mengenal pasti sama
ada tingkahlaku-tingkahlaku tersebut adalah pelaziman klasik atau pelaziman
operan.

Classical conditioning could link disorders and brain dysfuntion, reseachers


suggest.
Beth Azar, APA Monitor Online.
Cuba Ujian Kendiri Ini:
Self-Quiz on Conditioning

Classical Conditioning
Apakah tingkahlaku yang terlazim? Bagaimana mempertingkatkan tingkahlaku
melalui pelaziman klasik? Bagaimana mengurangkan kewujudan tinkahlaku
melalui melazimin klasik? Apakah peranan pelaziman klasik dalam kehidupan
seharian dan situasi pendidikan?
Topik
Module 1: Sejarah
Module 3: Pelaziman Operan
Module 4: Pembelajaran Sosial / Pemerhatian

Anda mungkin juga menyukai