Anda di halaman 1dari 35

ISLAM DAN SAINS

Oleh Haji Ir. Muhammad Nasir Mokhtar, BSc Idea-idea atau buah fikiran thema perbincangan ini adalah hasil kajian penulis-penulis Pakistan, Dr. Pervez Amirali Hoodbhoy dan Turki, Adnan Oktar atau nama penanya Harun Yahya. Islam dan Sains: Adakah keduanya serasi? Prof. Mohammed Abdus Salam, penerima Hadiah Nobel 1979 dalam kajian Fiziks, pernah berkata: Tidak dapat disangkal lagi pada hari ini bahawa dari semua tamaddun di dunia ini, negara-negara Islam adalah paling lemah dalam ilmu sains. Kemelut ini tidak boleh diambil mudah kerana kelangsungan hidup (atau survival) yang bermaruah pada hari ini bergantung kepada kekuatan dalam ilmu sains dan teknologi. Bayangkan bahawa sepasukan penyelidik dari planet Marikh datang ke dunia di antara abad ke-9 dan ke-13. Tugas atau misi mereka adalah untuk mengkaji perkembangan budaya dan sosial manusia. Dari pemerhatian mereka, didapati bahawa ada masyarakat yang dinamik dan berkembang ke arah peradaban yang lebih baik dan tinggi, manakala terdapat juga budaya dan peradaban yang kaku dan rendah serta terikat kepada unsur-unsur tradisi dan ritual. Para penyelidik ini akan membuat laporan bahawa peradaban yang paling maju adalah peradaban atau tamaddun Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti adanya Bait-ul-Hikmah, pusat-pusat pemerhatian astronomi, hospitalhospital dan sekolah-sekolah. Baghdad pula merupakan tempat yang paling bercahaya kerana ia menjadi pusat intelek dunia di mana cerdik pandai dari seluruh pelusuk dunia datang untuk menuntut ilmu. Nama-nama seperti Ibn Haytham dan Omar Khayyam pula terkenal sebagai saintis moden. Akan tetapi pada masa yang sama terdapat perbedaan yang amat ketara sekali dengan tamaddun Eropah di mana mereka tenggelam di dalam Zaman Gelap (Dark Ages), tidak ada perkembangan ilmu. Sebaliknya mereka kelihatan sungguh ganas, seperti Pope yang memerintahkan pembakaran ahli-ahli sihir wanita. Bayangkan pula, sekiranya pasukan penyelidik dari planet Marikh ini datang sekali lagi pada hari ini. Mereka akan terkejut kerana apa yang diperhatikan sepuluh abad yang lalu amat berbeza dari apa yang berlaku sekarang. Tamaddun yang satu masa dahulu merupakan yang paling maju kini telah terperangkap di dalam zaman pertengahan; menolak kepada pembaharuan dan terus berpegang kepada nilai-nilai kuno. Sebaliknya, tamaddun yang kelihatan kaku dan ganas pada masa dahulu telah amat maju ke hadapan. Mereka akan tertanya-tanya apakah telah berlaku pertukaran peranan dari kedua-dua

tamaddun tersebut dari sebab nasib? Atau adakah disebabkan oleh kemenangan peperangan satu pihak ke atas pihak yang lain? Atau adakah kerana telah berlaku perubahan pemikiran dan sikap kedua-dua tamaddun tersebut? Sudah lebih 700 tahun tamaddun Islam kehilangan hampir seluruh kemahuan dan kebolehan di dalam ilmu sains. Sejak dari itu, selain dari usaha semasa Empayar Uthmaniah dan pemerintahan Mohammed Ali di Mesir, tidak ada usaha-usaha yang signifikan untuk mengembalikan kegemilangan tamaddun Islam. Ini adalah hakikat yang amat dikesali oleh kebanyakan orang Islam. Sesungguhnya hakikat ini amat merisaukan para reformis Islam pada hari ini. Tetapi, sebaliknya, terdapat para pengamal Islam tradisional tidak merasa kesal dengan hakikat tersebut, malah ada yang selesa dengan kehilangan kemajuan sains kerana mereka berpendapat bahawa pengaruh sekular yang merosakkan dapat dihindar dengan menjauhkan ilmu sains dari Islam. Kemajuan sains dan ideologi tidak dapat dipisahkan. Justeru, timbul persoalan pokok: adakah Islam itu harmonis dan seiring dengan sains atau pun sebaliknya? Perdebatan yang berlarutan di antara reformis Islam dan pengamal Islam tradisi mengenai persoalan ini tidak membawa kepada penyelesaian kepada kemunduran umat Islam hari ini. Masing-masing berpegang kepada hujah-hujah dan tafsiran-tafsiran yang berbeda walaupun dari sumber yang sama, ia itu dari hadis-hadis atau al-Qurn. Isu pokok perbedaan mereka ialah: sains itu ilmu sekular dan tidak mungkin sebaliknya. Bagaimanapun, ciri sekular sains itu tidak menyangkal kewujudan Tuhan. Akan tetapi bukti-bukti kebenaran sains itu tidak bergantung kepada kepercayaan wujudnya tuhan kerana setiap yang ditemui itu diperolehi daripada usaha-usaha ujian, pemerhatian dan logik. Sama ada para saintis itu alim atau sebaliknya, ilmu sains tetap tidak berubah. Perdebatan tersebut tidak akan sampai kepada penghujungnya. Sama ada sains itu sekular atau tidak, hakikatnya ilmu sains amat penting dalam kehidupan pada zaman ini. Setelah dunia berputar masuk abad ke-21, sikap Islam terhadap sains, sama ada tiori atau praktikalnya, memberi impak yang amat penting kepada masyarakat Muslim. Sains bukan lagi merupakan ilmu untuk golongan elit atau cendikiawan sahaja. Sebaliknya ilmu sains telah merubah peradaban manusia; tidak kira untuk kebaikan atau keburukan. Kekuatan ketenteraan, kuasa politik dan kemewahan ekonomi sesebuah negara moden banyak bergantung kepada kebolehannya memahami, mengawal dan mencipta sains moden. Bukti yang amat ketara ialah semasa Peperangan Teluk di antara Tentera Bersekutu dengan Iraq. Telah terbuku di dalam sejarah bahawa antara sebab kejatuhan tamaddun Islam itu ialah kerana kegagalan menguasai sains. Malah kelemahan Islam dalam sains telah menaikkan kuasa Barat dalam beberapa abad yang lalu. Di zaman pertengahan, perhubungan di antara Islam dan Barat berbeda-beda; ada kalanya mesra dan adakalanya bermusuhan. Pemerintahan Islam di Sepanyol selama

tujuh abad telah memberi peluang kepada orang-orang Eropah menimba khazanah ilmu Yunani (Greek) dan Islam. Tetapi apabila timbulnya Peperangan Salib serta penguasaan Empayar Uthmaniah di Balkan, hubungan di antara kedua tamaddun tersebut menjadi tegang tanpa kesudahan. Sikap prejudis dan syak wasangka tersebut diwarisi hingga ke hari ini. Kemudian timbul Renaissance atau Zaman Kebangkitan di Eropah. Kejatuhan sistem ekonomi feudal dan timbulnya sistem kapitalisme secara meluas yang menyebabkan perubahan masyarakat, telah melahirkan sains moden di Eropah 400 tahun yang lalu. Budaya baru dengan sains moden ini cenderung melakukan pelbagai ujian dan kajian secara lebih teratur berdasarkan kepada alam semula jadi. Mereka tidak lagi terikat dengan fatwa-fatwa atau cengkaman para paderi atau agamawan. Dengan kemajuan sains, orang-orang Eropah mendapat kekuasaan baru yang tidak pernah mereka impikan. Dengan kuasa ini juga mereka dapat memahami hukum alam dengan lebih mendalam dan seterusnya mencipta teknologi-teknologi yang baru. Malangnya, sains ini juga digunakan sebagai senjata untuk menjajah dan menghambakan tamaddun yang masih mundur teknologinya secara lebih sistematik. Masyarakat Islam rata-ratanya tidak terdaya menangkis serangan kuasa imperialisme pada abad ke-18. Hampir semua negara-negara Islam, dari Afrika Barat hingga Asia Timur, telah dijajah. Kekuatan pihak penjajah bukan bergantung kepada bilangan askarnya, tetapi kepada penggunaan ilmu sains moden. Pertentangan di antara kedua tamaddun tersebut tidak seimbang kerana satu pihak menggunakan senjata-senjata moden, seperti senapang dan meriam, manakala satu pihak lagi masih menggunakan senjata lama seperti pedang dan panah. Peralatan yang canggih seperti kapal wap, telegraf, barangan hasil mesin dan kaedah organisasi moden merupakan tulang belakang kepada kekuatan penjajah. Negara-negara Islam berperang dengan kekuatan dari segi bilangan tetapi tanpa teknik peperangan moden mereka telah tumpas kepada tentera penjajah yang lebih berdisiplin dan teratur serta berkelengkapan moden, walaupun mempunyai bilangan yang jauh lebih kecil. Konfrontasi di antara dunia Barat, yang lebih maju dari segi industri dan ekonomi, dengan dunia tradisional telah menimbulkan pelbagai kesengsaraan. Hasrat dunia Barat ialah memberi tamaddun baru kepada negara-negara yang dijajah dengan memusnahkan budaya tempatan. Kesan parut kemusnahan tersebut masih terasa hingga ke hari ini. Era kemerdekaan negara-negara yang dijajah bermula selepas Peperangan Dunia Kedua. Setelah berlaku kemusnahan sistem ekonomi, sosial dan budaya tradisional serta hubungan politik oleh kuasa imperialisme Barat, timbul pula gejala politik orang-orang Islam di kalangan negara-negara tersebut. Namun peranannya amat terbatas, hinggakan persempadanan negara-negara mereka ditentukan oleh kuasa penjajahan sebelum mereka pulang. Kegembiraan mendapat kemerdekaan tidak bertahan lama. Perampasan tanah Palestin, kekalahan orang-orang Arab di dalam peperangan dengan Israel, kegagalan

pemerintah negara-negara yang baru merdeka menangani dan mentadbir dengan sistem demokrasi yang stabil telah memusnahkan harapan orang-orang Islam mengecapi kemerdekaan sebenarnya. Kegagalan pemerintahan sekular nasionalis-sosialis, - seperti Mossadeq di Iran, Nasser di Mesir, Sukarno di Indonesia and Zulfikar Ali Bhutto di Pakistan telah menimbulkan kekecewaan yang lebih mendalam dan seterusnya membibitkan pergerakan-pergerakan fundamentalis. Bentuk pemerintahan birokrasi-tentera dan puak feudal tertentu menjadi dominan di kalangan negara-negara Islam. Sistem pemerintahan sedemikian amat jauh menyimpang dari nilai-nilai sosial dan etika Islam itu sendiri. Akan tetapi kekuatan pemerintah dan negara demikian telah dapat membina identiti dan menyatukan masyarakat Islam moden. Malangnya pemerintah negara-negara Islam ini tidak menunjukkan kebolehan atau kemahuan untuk mengatasi dan menangani masalah-masalah dan cabaran-cabaran dunia moden, terutamanya pembangunan sains dan budaya yang rasional. Jika dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang mempunyai sumber dan tahap pembangunan budaya yang hampir serupa, negara-negara Islam masih jauh ketinggalan. Pembangunan ilmu sains yang rendah merupakan kegagalan yang memberi impak kepada kemunduran negara-negara Islam pada hari ini. Natijahnya, negara-negara Barat pasti menguasai bidang ekonomi dan intelek untuk jangka masa yang panjang. Walaupun kita telah melangkah ke abad 21, masih tidak nampak pergerakan atau perubahan yang ketara di negara-negara Islam untuk mencapai kebudayaan yang berteraskan sains. Kegagalan kemajuan sains di kalangan negara-negara Islam juga berpunca dari kegagalan pemerintah mempertahankan kedaulatan dan sumber negaranya, menyediakan keperluan asas kepada rakyat jelata dan menubuh kerajaan yang benar-benar mewakili rakyat. Jika kita lihat krisis di negara-negara Islam semuanya adalah berpunca dari krisis politik. Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang-orang Islam terjadi pemisahan kuasa politik dengan masyarakat. Dari Maghribi ke Syria, dari Iraq ke Pakistan dan Indonesia, orang-orang Islam telah diperintah oleh kumpulan minoriti yang mempunyai kuasa mutlak. Hampir semua pemerintah negara Islam mengamalkan korupsi dan penindasan rakyatnya daripada mempertahankan sumber alam atau kedaulatan negara masing-masing dan mereka lebih cenderung tunduk kepada campur tangan luar. Kemelut ini juga telah menyebabkan negara-negara Islam jauh ketinggalan untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam mengejar kemajuan dan melakukan penciptaan yang baru kerana kurangnya ilmu dan peralatan.

Sains: Ciri-ciri dan Sumber


Masa depan kemanusiaan dan sains berkait rapat. Sains, yang dipandu oleh prinsip moral yang sejagat, menentukan kelangsungan hidup manusia yang 4

bertamaddun di dunia ini. Dengan sains manusia dapat berhadapan dengan angin dan ribut, penyakit-penyakit dan kepercayaan tahyul (atau superstitions) yang menghantui manusia. Pelbagai tentangan terhadap sains telah berlaku dari semenjak dahulu kala lagi, terutamanya dengan kepercayaan agama bahawa sains adalah ilmu yang tidak mempercayai agama. Sains pernah dikatakan memusnahkan nilai-nilai moral beragama. Disamping itu, kekecewaan yang ketara terhadap apa yang dijanjikan oleh sains untuk memberi kesejahteraan kepada manusia sejagat. Sains telah menjadikan globalisasi dunia, tetapi sains masih gagal untuk menyatu padukan manusia. Kita kini hidup di dalam suasana pencemaran alam yang membahayakan di mana sistem ekologi telah dimusnahkan oleh sisa tamaddun industri. Kerap kali manusia yang mempunyai agenda cita-cita ketenteraan menilaikan sains untuk membuat rekabentuk yang membahayakan manusia. Justeru, sains jika disalahgunakan boleh merosakkan peradaban manusia. Kelahiran sains moden telah bermula sejak dari zaman tamaddun Islam lagi tetapi kemuncaknya ialah methodologi yang lebih saintifik dalam membuat ujian, penemuan dan ciptaan. Selepas Copernicus, seorang ahli astronomi berbangsa Poland, dunia tidak lagi dianggap sebagai pusat cakerawala tetapi hanyalah sebuah dari banyak planet yang mengelilingi sebuah bintang di satu sudut galaksi. Manusia mula menyedari bahawa mereka bukanlah pusat segala ciptaan, tetapi hampir tidak bermakna jika dibandingkan dengan ciptaan alam semesta ini. Terdapat banyak lagi ahli-ahli dalam bidang-bidang sains yang berjaya membuat penemuan baru selepas mereka bebas dari cengkaman kuasa gereja Kristian di zaman pertengahan. Dengan penemuan-penemuan yang baru dalam Revolusi Saintifik, maka lumpuhlah kuasa Gereja dan seterusnya menukar konsep Tuhan di dalam theologi Kristian. Anehnya, penemu-penemu tersebut (seperti Descartes, Galileo, Voltaire dan Newton) bukanlah orang yang tidak beragama. Sebaliknya mereka juga penganut agama Kristian yang kuat. Malah mereka berpendapat bahawa hukum alam ini tidak akan sempurna tanpa wujudnya satu Tuhan atau Pencipta. Tetapi bagi mereka Tuhan ini berbeza dengan Tuhan yang mereka pernah pelajari yang tugasnya hanya memakbul doa manusia yang meminta atau melakukan mukjizat untuk orang-orang tertentu. Mereka kini mempercayai bahawa Pencipta itu adalah yang mengatur pergerakan alam yang amat kompleks ini mengikut hukum-hukum tertentu.

Adakah sains moden itu sains Barat?


Dua orang ahli sains Barat, Michael Moravscik dan John Ziman, pernah menulis berkenaan penyebaran sains ke Dunia Ketiga seperti berikut:

Dengan tamaddun industri Eropah datangnya sains Eropah. Ia merupakan package deal. Tidak timbul lagi persoalan sama ada sesuatu budaya itu maju atau mundur dengan mempunyai sains masing-masing: proses pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial kini tertakluk kepada tilikan materialisme yang rasional oleh Eropah pasca-Renaissance dan koloni-koloninya di Amerika Utara. Buat masa ini, hanya sains Eropah patut dijadikan kuasa budaya yang dominan di seantero dunia. Di sini terdapat dua orang ahli sains Barat yang tidak segan silu mendabik dada menyuarakan bahawa bangsa Eropah adalah lebih superior. Justeru, adalah wajar tamaddun mereka diekspotkan ke Dunia Ketiga. Sikap ini tidak ada bezanya dengan sikap misi Kristian di zaman silam yang amat taksub dengan agama Kristian sebagai penyelamat manusia. Misi zaman baru ini mempunyai cita-cita untuk menjadikan sains Eropah sebagai kuasa budaya yang dominan di seantero dunia. Mereka beranggapan bahawa sejarah budaya dan saintifik tamaddun yang lain hanya layak dibakulsampahkan. Ramai cerdik pandai Dunia Ketiga mengiktiraf teknik dan falsafah sains moden yang diasaskan di Eropah. Tetapi perlu diingat bahawa sumbangan tamaddun Cina, Islam dan Hindu wajar diberi pengiktirafan yang sepatutnya. Mampukah sains moden berkembang jika tamaddun-tamaddun tersebut tidak meletakkan asas sains itu? Sumber sains itu berakar umbi daripada pelbagai budaya. Orangorang Yunani yang dianggap sebagai pengasas sains moden tidak akan mampu membuat pelbagai innovasi dan idea tanpa sumbangan material dan intelektual dari negara-negara Asia dan Afrika. Oleh itu, adalah salah jika kita beranggapan bahawa sains dan teknologi itu berasal dari Eropah. Sekiranya orang beranggapan bahawa tamaddun Barat itu lebih superior, fikirkan semula natijah tamaddun Barat di kem tahanan Auschwitz dan ledakan bom atom di Hiroshima. Bagaimanakah harus kita menilai suatu tamaddun yang telah mengakibatkan kesengsaraan yang begitu meluas di dunia kini? Memang tidak dapat disangkal bahawa sumber terdekat sains moden adalah disebabkan oleh perkembangan budaya di Eropah zaman Renaissance dan Revolusi Saintifik. Juga tidak dapat dinafikan bahawa tahap dan kuantiti kemajuan sains yang telah dilakukan di Eropah. Pembangunan awal sains yang berasal dari pelbagai tamaddun di merata tempat amatlah penting. Hanya setelah bermulanya tamaddun industri, sains telah menjadi sebahagian budaya yang mempengaruhi hidup setiap individu di dunia ini. Inilah hujah yang dipropagandakan untuk membuktikan bahawa sains adalah kepunyaan Eropah. Rekod sejarah kemanusiaan hanyalah lebih kurang 10,000 tahun. Tetapi sebelum itu juga telah terdapat pelbagai zaman di mana tidak terdapat sebarang ilmu pengetahuan. Mungkin juga pada masa hadapan akan ada zaman-zaman yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Jadi, sejahara ilmu dan sains itu tidak relevan untuk dibincangkan. Apa yang dapat dikatakan ialah, perkembangan ilmu sains telah berlaku hanya beberapa ribu tahun yang lalu manakala di

Eropah baru empat ratus tahun sahaja. Kemungkinan mana-mana spesis yang mempunyai akal akan membangunkan ilmu sainsnya sendiri atas desakan kelangsungan hidup. Manusia yang mempunyai daya fikiran dan berakal pasti akan membangunkan ilmu sains untuk maju. Oleh kerana sains merupakan natijah dari kecerdikan, adakah kelahiran sains moden di Eropah itu bermakna bangsa Eropah itu lebih cerdik? Sehingga hari ini penyelidikan psikologi moden masih belum mendapat bukti saintifik terhadap persoalan ini. Isu kecerdikan manusia sejagat berkait rapat dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Bertrand Russel yang berbunyi: Bagaimanakah manusia berupaya mengetahui apa yang diketahuinya, padahal hidupnya hanyalah sebentar dan pergaulannya adalah secara peribadi dan terbatas? Apa yang dipersoalkan oleh Russel ialah bagaimana setiap manusia dapat sebegitu banyak ilmu padahal hayatnya hanyalah antara 60-70 tahun sahaja. Tiori linguistik moden mendapati persoalan Russel itu boleh dijawab berdasarkan penyelidikan saintifik. Penyelidikan tersebut merumuskan bahawa kebolehan berbahasa adalah sangat penting sebagai cermin akal dan keupayaan manusia untuk memahami sesuatu. Seorang ahli falsafah linguistik, Noam Chomsky, menyatakan bahawa manusia mengetahui apa yang diketahuinya kerana manusia itu dilahir untuk mengetahui. Maksudnya ialah manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berbahasa. Setiap manusia yang telah lahir mempunyai struktur mental untuk berfikir, yakni manusia hanya memerlukan stimuli tertentu untuk membolehkan dia menggerakkan proses berfikirnya secara kreatif. Penemuan Chomsky mengenai nahu atau grammar manusia yang universal menunjukkan bahawa, pada asasnya, pemikiran dan tingkah laku (behaviour) manusia adalah universal. Ia tidak bergantung kepada bangsa manusia itu semata-mata. Oleh itu, ilmu sains adalah milik intelek manusia sejagat dan warisan budaya yang universal.

Pertentangan di antara sains dan Kristian di zaman pertengahan


Dalam setiap agama yang berteraskan orthodoks, termasuk Islam fundamentalis, kerap tidak senang kepada kaedah atau penemuan sains. Tetapi di dalam sejarah, Kristian orthodokslah yang menjadi seteru sains untuk jangka masa yang paling lama. Seribu tahun sebelum zaman Renaissance, Eropah dikuasai cengkaman kuku besi Gereja Kristian. Sikap Gereja yang tidak ada tolak ansur, prejudis, syak wasangka dan berkepercayaan tahyul (superstitious) telah membantut perkembangan sains. Akibat syak wasangka kepada pemikiran bebas, pihak gereja menindas semua ajaran yang tidak selari dengan ajaran gereja. Akibatnya banyak orang-orang yang disyakki ahli sihir atau penyeleweng agama telah dibunuh dengan pelbagai cara yang mengerikan: ada yang diikat antara dua ekor kuda dan dikoyak dua, ada yang digantung atau dibakar hiduphidup. Malah orang yang telah mati pun turut dihukum, seperti yang terjadi kepada Wycliffe yang bercanggah pendapat dengan Archbishop Ussher tentang

penciptaan dunia. Menurut Archbishop Ussher, penciptaan dunia bermula pada 9 pagi Ahad 23 Oktober 4004 B.C. (SM) Manakala Wycliffe memberi bukti berdasarkan fossil dan ilmu geologi bahawa dunia ini telah wujud lebih beberapa ratus ribu tahun. Walaupun Wycliffe telah mati sebelum dihukum, pihak gereja telah mengarahkan supaya kuburnya digali dan dihancurkan tulang belulangnya sebelum ditaburkan ke laut. Mengapakah gereja begitu tegas menindas manusia yang mempunyai idea-idea baru tetapi berbeda dengan pendapat gereja? Antara sebab-sebabnya ialah: (1). Gereja telah menentukan setiap peraturan sosial masyarakat, termasuk ritual sembahyang, makan dan minum, berkahwin dan seks. Agama Kristian zaman pertengahan merupakan peraturan hidup lengkap yang ditentukan oleh gereja. (2). Kepatuhan kepada peraturan-peraturan di atas bergantong, dengan keupayaan gereja menguatkuasakannya, kepada pengikut-pengikut Kristian tanpa soaljawab. (3). Pelanggaran kepada peraturan-peraturan tersebut, sama ada oleh sains atau lain-lain, boleh meruntuh dan memecahkan keseluruhan peraturan sosial pada masa itu. (4). Sains dan pemikiran bebas dianggap sebagai ancaman dan perlu diharamkan. Penindasan pemikiran saintifik oleh gereja zaman pertengahan merupakan titik hitam kepada peradaban manusia. Berikut adalah beberapa kisah pertentangan di antara sains dengan gereja: (1). Doktrin yang mengatakan bumi ini adalah spiar (sphere) telah ditentang hebat oleh gereja. Alasannya ialah tidak masuk akal pokok-pokok tumbuh terbalik, atau hujan dan salji jatuh ke atas. (2). Mengikut fatwa St Paul penyakit merupakan kerja jahat syaitan. Pada pandangan gereja hantu-hantu adalah penyebab kemarau, ketidaksuburan pokok-pokok, pencemaran udara. Hantu-hantu ini berterbangan di bawah awan dan tertarik kepada darah dan wangian yang dipersembahkan kepada mereka sebagai tuhan-tuhan oleh manusia. (3). Wabak penyakit, seperti cacar dan kepialu adalah bala Tuhan. Inokulasi melawan wabak berkenaan telah diharamkan oleh gereja dengan alasan bahawa cacar merupakan balasan dosa-dosa manusia terhadap Tuhan. (4). Halangan yang serius terhadap perkembangan sains perubatan ialah pengharaman membedah mayat-mayat. St. Augustine mengecap mereka sebagi tukang sembelih (butchers). Gereja juga beranggapan bahawa menganiaya

mayat-mayat boleh membawa akibat yang buruk apabila mayat-mayat akan dihidupkan semula pada hari kiamat (5). Gereja mengatakan bahawa komet (tahi bintang) merupakan bola api yang dilemparkan oleh Tuhan kerana marah kepada kezaliman manusia di dunia. (6). Ribut taufan adalah perbuatan syaitan-syaitan. Oleh itu ritual pembersihan (exorcism) telah digunakan untuk melawan kuasa angin dengan membaca mentera-mentera dan membunyikan loceng-loceng gereja. Pada 7 Disember 1484, Pope Innocent VIII membuat fatwa bahawa ribut taufan adalah perbuatan ahli sihir untuk memusnahkan tanaman-tanaman. Mereka yang disyakki ahli sihir telah didera dan disiksa sehingga mati. (7). Mengikut kepercayaan gereja, kilat petir adalah disebabkan oleh 5 dosa manusia: a. Enggan bertaubat b. Banyak membuat kesalahan c. Tidak membaikki gereja-gereja yang rosak d. Penipuan apabila membayar zakat kepada paderi-paderi e. Penindasan ke atas orang bawahan Ada Pope yang mengatakan bahawa kilat petir itu adalah jari Tuhan. Dalam tahun 1752 Benjamin Franklin membuat ujian dengan layang-layang dan membuat penemuan bahawa kilat petir itu adalah kuasa elektrik. Penemuan ini ditentang oleh gereja sehinggakan mereka tidak menerima cadangan untuk melindungi bangunan tinggi, terutamanya gereja, dari panah petir dengan menggunakan lightning rod. Akibatnya banyak gereja, yang tidak mempunyai pelindung petir, telah rosak dan ramai tukang bunyi loceng (bell ringers) mati kena panahan petir.

Keadaan tahap sains di negara-negara Islam


Sekiranya kita naik pesawat dan terbang diruang angkasa negara-negara Islam, dari Karachi ke Tehran dan dari Dubai ke Riyadh, kita akan dapati banyak persamaan. Yang dimaksudkan persamaan ini bukanlah persamaan dari segi akidah, tetapi persamaan dari segi teknologi Barat dalam bentuk bangunan yang tinggi, lapangan terbang, lebuhraya yang sesak dengan kenderaan, antenna TV, dll. Teknologi yang digunakan untuk menjana ekonomi negara-negara masingmasing, seperti mencarigali minyak, menggerudi, menapis dan pengangkutannya juga diimpot. Negara-negara Barat memberi kemudahan kepada negara-negara pengeluar bahan mentah ini menukar dengan barangan yang telah siap dikilang, seperti kapal terbang, senjata, peluru, sehinggalah kepada pembuka tin. Allah Taala telah mengurniakan kepada negara-negara Islam kekayaan minyak mentah. Namun setelah dikaji, simpanan bekalan minyak ini bukanlah untuk 9

selamanya kerana lambat laun ia akan habis juga. Buat masa ini negara-negara pengeluar minyak ini menggunakan kekayaan tersebut untuk membiayai keperluan negara masing-masing, sama ada untuk keperluan domestik atau peperangan. Telah dibuktikan oleh sejarah bahawa masyarakat yang tidak produktif akan menghadapi kehancuran dan seterusnya akan dipinggirkan. Justeru, telah banyak kedengaran diperkatakan bahawa negara-negara Islam atau Dunia Ketiga perlulah melakukan pemindahan teknologi daripada negaranegara maju. Pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang mendakwa bahawa ada konspirasi dunia Barat untuk memastikan negara-negara Islam tidak akan maju dan mesti terbelakang dari segi teknologi. Adakah dakwaan begini yang sebenarnya telah menyebabkan negara-negara Islam terbelakang? Dari kajian, didapati terlalu banyak percanggahan pendapat tentang sebabsebab kemunduran saintifik di negara-negara Islam. Dari satu sudut, didapati bahawa negara-negara Islam kini dicengkami oleh teknologi Barat serta penggunaan (consumerism) yang berdasarkan pasaran, yakni dari kesan hasil Revolusi Saintifik. Oleh itu, sains diperlukan untuk menjana ekonomi sesebuah negara. Jadi tidak masuk akal sekiranya orang-orang Islam sendiri menolak sains. Dari sudut yang lain, teknologi dan pasaran telah menyebabkan berlakunya identiti yang seragam dan menghakis identiti lama. Pemikiran tradisional merasa terancam atau kurang senang dengan sifat-sifat sains yang memerlukan banyak pertanyaan serta perkembangan idea. Ini telah menyebabkan berlaku pertentangan di antara Muslim yang modenis dan Muslim tradisional, terutamanya di negara-negara yang diperintah oleh fahaman orthodoks. Pernah berlaku dalam satu konferens negara-negara Islam timbul persoalan sama ada sains itu Islamik atau tidak. Ada yang beranggapan bahawa sains itu sekular maka ia bercanggah dengan akidah. Sekarang kita berbalik kepada isu kedudukan sains di negara-negara Islam. Bagaimanakah status sains itu boleh diukur kerana sains itu terlalu luas dan merangkumi kehidupan harian manusia yang juga telah banyak berubah mengikut masa? Kaedah kajian boleh didasarkan kepada empat faktor: (1). Sains sebagai faktor utama untuk menyenggara dan membangunkan proses yang produktif untuk kesejahteraan hidup masyarakat. (2). Sains merupakan keperluan ahli-ahli sains yang terlibat secara langsung dan sepenuh masa. (3). Sains merupakan anasir atau elemen yang diperlukan di dalam sistem pendidikan masyarakat. (4). Sains sebagai salah satu pengaruh yang boleh membentuk fahaman dan sikap manusia terhadap alam ini, - dari sudut saintifiknya, yakni penggunaan prosedur berkaedah seperti pemerhatian, ujian, pengklassifikasi dan pengukuran untuk mencapai kepada kesimpulan tentang sesuatu pengetahuan.

10

Sains dalam pengeluaran


Ada pendapat yang mengatakan bahawa kewujudan sains dalam dunia moden ini disebabkan oleh keperluan ekonomi. Sains tidak akan berkembang sekiranya tidak ada keperluan ekonomi. Sebagai contoh, orang-orang Yunani telah mengetahui kuasa wap, tetapi mereka tidak membina lokomotif kerana tidak ada keperluan ekonomi masyarakat disebabkan terdapat tenaga hamba abdi untuk menggerakkan ekonomi. Sekarang timbul pula persoalan apakah keperluan ekonomi yang menyebabkan ahli-ahli sains seperti Newton dan Einstein membuat kajian sains? Apa perlunya nombor-nombor khayal (imaginary numbers) dicipta untuk keperluan ekonomi? Sains mempunyai daya motivasinya tersendiri untuk menggerak para cerdik pandai untuk terus membuat kajian-kajian dan penemuan-penemuan baru. Justeru, adalah jelas untuk merumuskan bahawa sains mempunyai faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan ia terus berkembang dari hari ke hari. Pada hari ini, perbangunan saintifik diperlukan untuk menggerakkan masyarakat menjadi lebih produktif yang secara langsungnya menjana pertumbuhan ekonomi. Timbul pula persoalan, sejauh manakah negara-negara Islam memerlukan sains untuk pengetahuan teknikal pada hari ini? Ini dapat dijawab dari beberapa aspek: (1). Salah satu penunjuk tentang pembangunan saintifik dan teknologi sesebuah negara ialah sejauh mana peranan industri dan pembuatan untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Ini boleh diukur pada value added dalam pembuatan itu sendiri. Contohnya, besi mentah boleh diimpot dan diproses menjadi keluli yang mana akan menjadi produk yang lebih tinggi nilainya daripada besi mentah itu sendiri. Tetapi, untuk memproses besi mentah menjadi keluli, pelbagai infrastruktur lain diperlukan, termasuk mesin-mesin, pengangkutan, bahan kimia, dll. Dengan infrastruktur yang cekap, produk akan menjadi lebih sempurna dan lebih murah dikeluarkan, atau dalam lain kata pembangunan sains meningkat kecekapan pengeluaran. Secara langsung value added boleh meningkat dan seterusnya ekonomi juga meningkat.

11

Rajah 1: Value Added' dalam pembuatan, 1986 ($ per kapita): Sumber dari Bank Dunia

5000 4500 4000 3500 3000 2500 2000 1500 1000 500 0
ad gl Ba n

4,697 3,428

11
es h Su

23
da n

49
on

61
es ia

87
M es ir

253
Tu rk i

320
er ia SA Je p un

Pa ki st an

(2). Struktur barangan ekspot juga menjadi penunjuk pengindustrian sesebuah negara. Graf di bawah menunjukkan jumlah peratus sumbangan peralatan mesin dan pengangkutan negara-negara berkenaan:
Rajah 2: % Peralatan mesin dan pengangkutan dari jumlah semua ekspot

In d

Al g

70 60 50 40 30 20 10 0
Ba ng la de sh

65 47 17 0
Su da n

27 7
Tu rk i

32

3
Pa ki st an

3
In do ne si a

3
M es ir

In di a

12

M al

Je pu n

ay si a

U SA

(3). Dari 46 negara-negara Islam, hanya 24 mengeluarkan simen, 11 mengeluarkan gula, 5 mempunyai industri berat, 6 mengeluarkan barangan tekstil dan 5 mengeluarkan kelengkapan senjata ringan. (4). Secara umumnya, negara Islam adalah pengeluar bahan mentah, terutamanya minyak. Negara-negara ini mengeluarkan 56% keperluan minyak dunia, 37% gas asli, 80% jut, 70% getah, 75% minyak sawit, 25% bijiran, 13% kapas dan 10% tebu untuk gula. (5). Perdagangan dengan negara-negara bukan-Islam merangkumi 94% manakala perdagangan sesama negara Islam hanya 6%. (6). Berbanding dengan Dunia Ketiga yang lain, negara-negara Islam adalah lebih kaya. Negara Islam terkaya ialah Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dengan Pendapatan Negara Kasar per kapita $15,830, yang juga melebihi dari Jepun ($15,760). Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa ekonomi negara-negara Islam adalah bersifat pengeluaran bahan mentah atau pertanian. Jika dibandingkan dengan negara Islam bukan pengeluar minyak seperti Mesir dan Pakistan, value added dalam pembuatan adalah sangat kecil dari jumlah ekonominya. Di samping itu kaedah saintifik diperlukan untuk mencarigali minyak, melombong dan bertani. Secara langsung keperluan tersebut menggerakkan kemahuan untuk belajar dan membangunkan teknik-teknik baru. Bagaimanapun, teknologi mencarigali minyak pada dasarnya diimpot dari negara-negara Barat, termasuk juga sebahagian besar peralatan dan penyelidikan pertanian. Pada keseluruhannya, keperluan sains dalam pengeluaran di negara-negara Islam tidak berapa penting dan tidak dapat menjana perkembangan sains dengan lebih besar.

Sains sebagai sebuah institusi


Dalam abad ke-20, sains telah menjadi suatu institusi di mana beratus-ratus orang, lelaki dan wanita, menjadikannya sebagai profesion. Masyarakat saintis telah berkembang dengan pesatnya di seluruh dunia, termasuk negara-negara membangun. Tetapi di negara-negara Islam, kadar pertumbuhan ini adalah sangat perlahan. Di negara-negara Islam saiz masyarakat santifik, dan produktiviti mereka, amat kecil jika dibandingkan dengan lain-lain negara. Jadual di bawah menunjukkan pecahan bilangan pengarang-pengarang saintifik seluruh dunia:

13

Rajah 3: Bilangan Pengarang-pengarang Saintifik, 1976 Seluruh Dunia Dunia Ketiga Negara-negara Islam Israel 352,000 19,000 3,300 6,100

Di antara negara-negara Islam, pengeluar bahan penulisan saintifik adalah Mesir, Iran, Pakistan, Nigeria, Turki, Malaysia dan Lebanon. Jadual di bawah pula memberi gambaran pecahan sumbangan bahan tulis saintifik beberapa buah negara: Rajah 4: Peratus sumbangan bahan tulis saintifik kepada dunia, 1976 Negara Negara Mesir Iran Iraq Libya Pakistan Saudi Arabia Syria India % % 0.21 0.043 0.022 0.002 0.055 0.008 0.001 2.260

Satu lagi pengukur keluaran saintifik saintis Islam ialah menjumlahkan bilangan penulis-penulis di dalam penyelidikan bidang-bidang utama. Lebih dari separuh pengarang-pengarang Muslim yang disurvey, seperti di jadual di bawah, bekerja di institusi-institusi Barat: Rajah 5: Penulis saintifik dalam bidang Fiziks, Matematik dan Kimia, 1989 Bidang Bilangan penulis Bilangan penulis yang di survey Muslim

14

Fiziks Matematik Kimia

4,168 5,050 5,375

46 53 128

Satu lagi penunjuk sumbangan saintifik yang didapati daripada Science Citation Index adalah seperti berikut:

Rajah 6:

Terbitan yang disenaraikan di dalam Science Citation Index, 1988


Negara Bilangan Penduduk (juta), 1987 31 104 141 49 700 150 50 17 4.5 16.5 102 51 Bilangan Terbitan, 1988 25 1.8 33 17 90 2.5 2 4 72 4 4 10.5

Argentina Bangladesh Brazil Mesir India Indonesia Iran Iraq Israel Malaysia Pakistan Turki

Bandingkan di antara sumbangan Israel dengan negara Arab dan kita lihat perbedaan yang sungguh ketara. Sumber material bukanlah masalahnya kerana KDNK negara Arab telah bertambah dari $25 bilion pada tahun 1967 kepada $140 bilion pada tahun 1976, tetapi sumbangan saintifiknya sangat minimal. Kekalahan perang 1967 negara Arab kepada Israel yang memalukan itu disalahkan kepada jurang perbedaan teknologi. Akibatnya timbul spekulasi bahawa negara-negara Arab akan melancarkan jihad untuk memiliki sains dan teknologi moden. Tetapi sehingga hari ini ia masih belum tercapai.

15

Sains di dalam pendidikan


Penyelidikan dan pembangunan sains justeru perkembangan atau penguncupan sains sebagai sebuah institusi sesebuah masyarakat tidak dapat tidak berganding rapat dengan pendidikan. Malah pembentukan tamaddun sesebuah masyarakat adalah natijah daripada bagaimana anggota masyarakat muda dididik. Di sinilah garis untuk menentukan sama ada pendidikan digunakan sebagai alat untuk merubah dan memodenkan masyarakat atau sekadar untuk mempertahankan nilai-nilai tradisi. Kita lihat di bawah peratus pelajar yang berdaftar di negara-negara Islam dan Dunia Ketiga: Rajah 7: Peratus pelajar berdaftar di negara-negara tertentu, 1986 Sekolah Rendah Negara Lelaki Perempuan Sekolah Menengah Lelaki Perempua n 24 11 Peringkat atas/Universiti Jumlah 5 2 5 7 21 9 10 3

Banglades 69 50 h Sudan 59 41 23 17 Pakistan 55 32 25 10 Indonesia 121 116 45 34 Mesir 96 77 77 54 Maghribi 96 62 39 27 Turki 121 113 56 33 Dunia 113 92 42 27 Ketiga Terdapat peratus melebihi 100 kerana kumpulan umur berbeza-beza.

Bagaimanapun statistik di atas tidak menggambarkan kualiti pengajaran atau pembelajaran walaupun pada dasarnya tidak terdapat banyak perbedaan peratus pada keseluruhannya. Adalah dianggarkan bahawa 75 juta orang Pakistan tidak boleh membaca atau menulis atau mungkin lebih dari itu. Pakistan memperuntukkan 2% daripada KDNK kepada pendidikan berbanding 2.4% di Nepal, 2.6% di India dan 6.7% di Malaysia. Dari segi perarus bajetnya, Pakistan memperuntukkan untuk pendidikan sebanyak 6% berbanding dengan 9% di Nepal, 11.2% di India dan 26% di Malaysia. Dari perbandingan inilah dapat diketahui mengapa kadar buta huruf di kalangan penduduk Pakistan, sebuah negara Islam, amat tinggi. Penilaian kualiti pengajaran sains agak sukar dibuat. Tetapi terdapat satu contoh dalam kes di Pakistan hasil dissertasi seorang pelajar PhD, bernama Wali Muhammad Zaki, dari Pakistan di Universiti Harvard. Thesisnya bertajuk Sikap guru-guru sains Pakistan terhadap agama dan sains. Di dalam thesisnya, beliau 16

mengkaji tahap pemahaman guru-guru sains tentang apa yang diajar mereka. Beliau juga mengkaji hubungan di antara pemahaman sains dengan sikap terhadap agama. Antara hasil kajian beliau adalah seperti berikut: (1). Pelajar-pelajar sekolah menengah di USA memahami konsep sains, kaedah dan tujuan sains lebih baik daripada guru-guru sains di Pakistan. (2). Pemahaman sains, serta sikap terhadap sains itu sendiri, didapati mempunyai hubungan songsang dengan sikap terhadap agama. Guru-guru sains yang mendapat pendidikan selepas merdeka lebih cenderung kepada agama berbanding dengan mereka yang dididik sebelum merdeka. (3). Guru-guru sains yang mempunyai latarbelakang sains biologi memahami konsep sains itu lebih baik daripada guru-guru sains fiziks. Pada tahun 1983, Institiut Psikologi Kebangsaan Pakistan telah melakukan ujian sains dan matematik pelajar-pelajar sekolah untuk dibandingkan dengan negaranegara luar. Keputusannya adalah seperti berikut:

Rajah 8: Ujian Matematik


60 50 40 30 20 10 0
lia d SA Pa ki st an nd ci s Au st ra ed en la n ad itz er la Pe ra n Ka n En g Je p U un a

50 31.8 25.3 15.65 33.2 35.8 37.8 37.9 37.7

Sw

17

Sw

Rajah 9: Ujian Sains


60 50 40 30 20 10 0
nd un ia SA n a d ci s is ta itz er la Je p tra l la n ad Pe ra n Ka n En g ed Sw U en

41.3 30

42.1

43.7

45.2

49.2

49.2

54.5

55.5

Pa k

Pada tahun 1985, Kementerian Sains dan Teknologi Pakistan telah menghantar beberapa ratus penuntut setiap tahun ke USA dan Britain untuk mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang saintifik dan teknikal dengan pembiayaan yang tinggi. Mereka yang terpilih dianggap yang terbaik dari negara Pakistan. Malangnya program ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Dari tahun 1985-86, 187 penuntut dihantar ke USA tetapi sehingga 1991 hanya 9 yang berjaya memperolehi PhD dan 39 mendapat MSc. Pada tempoh yang sama 191 penuntut telah dihantar ke Britain dan 65 berjaya mendapat PhD. Pada tahun 1986, Pusat Sains Asas di Islamabad telah melaksanakan satu ujian untuk 120 pelajar dari seluruh Pakistan yang mempunyai kelulusan MSc, MPhil dan PhD. Mereka dibenarkan membawa apa saja bahan rujukan untuk ujian 5jam tersebut. Ujian tersebut mengandungi 200 soalan objektif dalam pelbagai bidang fiziks. Markah lulus ialah 160. Hasilnya, tidak seorang pun lulus ujian tersebut dan markah tertinggi hanyalah 113 dan puratanya adalah 70. Hanya mereka yang memperolehi 160 ke atas sahaja boleh diterima masuk ke MIT (Massachussets Institute of Technology). Apa yang dapat dirumuskan ialah bahawa kualiti pengajaran dan kaedah pembelajaran adalah bermutu rendah. Ini telah disahkan lagi apabila sekumpulan guru-guru fiziks, yang semuanya mempunyai kelulusan MSc dan mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar peringkat BSc dan MSc, diberi ujian bertulis dalam subjek fiziks itu sendiri. Hasilnya, kurang dari 10% peratus guru-guru berkenaan dapat menjawab soalan dengan betul. Penekanan kepada subjek agama dan semangat kebangsaan di dalam dasar pendidikan telah menyebabkan menurunnya prestasi dalam bidang sains. Bahan pengajian diubah kepada bahan moral, manakala subjek sejarah dan geografi pula dihadkan kepada bahan-bahan zaman tamaddun Islam. Oleh itu,

Sw

18

Au s

pandangan pelajar-pelajar muda telah disempitkan hanya kepada aspek berkenaan sahaja. Sains dan teknologi itu sendiri mempunyai perbedaannya. Kemajuan dalam bidang-bidang kejuruteraan genetik, robotik dan cerdik buatan (robotics and artificially intelligence), komputer, nuklear, perjalanan di angkasa adalah dari tiori ilmu sains yang canggih tetapi mereka bergantung kepada kemajuan tersebut untuk sains terus berkembang. Sains dan teknologi mempunyai haluan dan tujuan yang berbeda. Contohnya, teknologi pembinaan kilang penapis minyak atau kilang motor tidak bergantung kepada pegangan kepercayaan seseorang. Tetapi dalam sains, sifatnya memerlukan banyak pertanyaan yang kadang kala menyebabkan pertentangan dengan pemikiran tradisional. Inilah yang menjadi masalah kepada banyak negara-negara Islam di mana suasana atau peluang untuk bebas berfikir atau menyuarakan pendapat membantutkan perkembangan sains. Beberapa contoh perdebatan antara sains dan kepercayaan tradisional: (1). Konflik yang agak ketara di antara ilmu sains dan tradisional ialah mengenai mukjizat. Untuk membincangkan perkara ini, pada tahun 1987 telah diadakan satu persidangan dengan tajuknya Mukjizat Saintifik Al-Quran dan Sunnah. (2). Perbedaan pendapat mengenai anak bulan Ramadhan di antara ulamak dan mereka yang bersandarkan kepada ilmu sains. Ini adalah kerana penglihatan anak bulan itu berbeda dari satu tempat ke satu tempat. Begitu juga dengan IdilFitri. Pihak saintifik lebih cenderung supaya digunakan kaedah astronomi moden kerana kedudukan bulan itu boleh dikira dengan tepat. Ini boleh menyeragamkan bermulanya puasa dan idil-fitri. Pihak ulamak pula tidak bersetuju kerana mereka perpegang kepada kaedah melihat bulan itu. (3). Ramalan cuaca juga menjadi isu perdebatan. Muslim modenis berpandukan kepada hukum alam untuk membuat ramalan cuaca, terutamanya hujan. Mereka juga berpendapat bahawa solat memohon hujan hanyalah doa untuk hujan turun tetapi manusia tidak boleh mengharapkan Tuhan mengubah hukum alam semata-mata kerana doa. Bagaimanapun, di hampir semua negara-negara Islam jabatan kajicuaca menggunakan peralatan meteorologikal moden yang mendapat maklumat dari satelit dan aplikasi hukum fiziks untuk meramalkan cuaca dan hujan. Tetapi masih terdapat Muslim orthodoks yang beranggapan bahawa ramalan hujan adalah diluar bidang manusia kerana itu hak mutlak Tuhan. Apabila datang musim kemarau, mereka akan melakukan solat hajat supaya hujan turun. (4). Tiori Darwin atau disebut Darwinisme dianggap sebagai ancaman kepada akidah di dunia Islam. Tiori ini pernah diperkenalkan oleh seorang Arab bernama Shibli Shumayyil pada tahun 1910 ke dunia Arab. Ia telah menjadi perdebatan yang sungguh panas sehingga diisytihar jihad ke atas racun Darwinisme.

19

Seorang ahli kajihayat Sudan, Farouk Mohammed Ibrahim pula telah dipenjara dan disiksa kerana mengajar tiori Darwin. (5). Pada hari ini masih terdapat universiti-universiti yang mengamalkan sistem tradisional mengajar tiori astronomi Ptolemy, yakni tiori yang mengatakan bahawa bulan dan matahari yang mengelilingi bumi, manakala bumi yang statik. Tiori yang diterimapakai umum ialah tiori Copernicus, tetapi ia diajar sebagai hypothesis sahaja. (6). Pada tahun 1982 Sheikh Abdul Aziz Ibn Baz dari Saudi Arabia telah mengarang buku bertajuk Pergerakan matahari dan bulan dan bumi yang statik, serupa dengan tiori Ptolemy. Ini juga bercanggah dengan tiori yang diterimapakai oleh dunia astronomi. Walaupun Saudi Arabia merupakan negara Islam pertama menghantar manusia ke angkasa lepas, tetapi malangnya dia lebih sibuk hendak mencari arah Qiblat daripada mengkaji tiori Ptolemy dan Copernicus. Kelembapan perkembangan sains dan idea moden di dunia Islam bukanlah satu yang dihairankan lagi. Walaupun 1/5 penduduk dunia beragama Islam tetapi tidak mempunyai impak di dalam dunia penyelidikan saintifik. Kebanyakan negara-negara Islam bergantong kepada teknologi Barat. Ini amat terserlah di dalam Peperangan Teluk. Mengapakah perkara ini berlaku? Perkara yang paling mudah dilakukan ialah menyalahkan Agama Islam itu sendiri, serupa dengan pandangan Barat. Mereka menganggap bahawa Islam pada dasarnya tidak mampu berbudaya saintifik moden. Malah banyak para Orientalis mengatakan bahawa Islam itu hanya berpaut pada masa silam dan tidak menggalakkan pengalaman baru atau perubahan. Mereka seterusnya mendakwa bahawa Islam dan kemodenan itu berlawanan kerana Islam menolak budaya yang rational dan saintifik. Seorang ahli sosiologi German, bernama Max Weber, mengatakan bahawa Islam itu adalah agama pahlawan semata-mata yang tidak serasi dengan masyarakat kapitalis yang rational. Serangan-serangan sedemikian memang tidak dapat dibendung lagi dan kemungkinan besar menyebabkan masyarakat Islam menjadi defensif dan bersikap menutup minda dan enggan mendengar kritikan yang dianggap menghina. Akhirnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat masalah yang melanda umat ini di seluruh dunia. Dalam mencari penyelesaian kepada masalah dan kemungkinan untuk membangunkan sebuah masyarakat Islam yang berorientasikan sains, telah timbul tiga golongan pemikir yang disebut sebagai, pengamalsemula (restorationist), pembinasemula (reconstructionist) dan pragmatis (pragmatist). Yang disebut sebagai pengamalsemula ialah mereka yang berpendapat bahawa Islam harus dipraktikkan seperti pada masa silam dan menyalahkan kegagalan dan kekalahan disebabkan orang-orang Islam telah menyimpang dari Jalan Yang Lurus. Ini telah menyebabkan bercambah pergerakan-pergerakan fundamentalis

20

di sekitar tahun 1970an dan 1980an di seluruh dunia Islam. Mereka mengisytihar jihad terhadap sekularisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Mereka juga mengisytihar jihad terhadap prinsip yang mengatakan bahawa hanya pemikiran manusia sahaja yang boleh memandu kehidupan manusia. Juga jihad terhadap apa-apa yang mempeloporkan pemikiran sekular, pemikiran dan kaedah sains moden. Antara mereka di dalam golongan ini ialah Maulana Abul Ala Maudoodi dan Maryam Jameelah. Kumpulan pembinasemula pula mempunyai pemikiran yang jauh berbeda kerana mereka merasakan akidah itu perlu ditafsir semula dengan ajaran dan tradisi Islam supaya serasi dengan tamaddun moden. Mereka berpendapat bahawa Islam semasa zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafah ar-Rashidin adalah progressif, liberal dan rational. Antara mereka yang berfikiran begini adalah Syed Ahmad Khan dan Syed Ameer Ali. Kumpulan pragmatis berpendapat bahawa keperluan agama itu tidak ada sangkut paut dengan kehidupan politik dan ekonomi atau pengetahuan sains dan sekular. Mereka berpuashati dengan kepercayaan bahawa Islam dan pemodenan itu tidak bercanggah. Salah seorang pemikir pragmatis ialah Syed Jamaluddin Afghani. Pada dasarnya majoriti orang-orang Islam di dunia berpegang kepada pandangan pragmatis. Pemimpin-pemimpin dunia Islam seperti Mohammad Ali Jinnah, Gamal Abdul Nasser, Ahmed Sukarno, Habib Bourguiba, Zulfiqar Ali Bhutto, malah Saddam Hussien adalah di antara mereka yang menyeru kepada pengikutnya bertindak dan bukannya setakat menghormati Islam sahaja. Walaupun kumpulan fundamentalis (pengamalsemula) kian berkembang pada masa ini, tetapi aliran pragmatis masih menjadi majoriti Muslim hari ini. Bagaimanapun, masyarakat Islam masih belum mempunyai keupayaan dan kemahuan untuk menghadapi cabaran pemodenan pada hari ini. Masa depan sains dan tamaddun dalam Islam bergantong kepada kemahuan masyarakat Islam itu sendiri sama ada hendak bergerak ke hadapan atau bersikap pasif sahaja.

Bolehkah ada sains Islam?


Jawapannya ialah TIDAK. Pertamanya, sains Islam itu tidak wujud dan semua usaha untuk membuat sains Islam telah gagal. Sebaliknya, sains moden amat nyata kewujudannya. Tanpanya kilang tidak dapat berfungsi, tentera tidak dapat berperang, penyakit tidak dapat dirawat. Dengan sains moden gambar dapat dihantar beribu batu dalam sekelip masa, pesawat jet dapat terbang melintasi benua, jantong yang rosak dapat diperbaiki, pelbagai spesis pokok dan binatang boleh dikaji dan diperbaiki di dalam makmal. 21

Belum ada sains Islam yang boleh digunakan untuk membina sebarang mesin atau perkakas, atau memproses bahan kimia untuk perubatan, atau membuat penemuan yang baharu. Sebaliknya, mereka yang mendakwa pengamal sains Islam hanya sibuk dengan persoalan yang tidak bersangkutan dengan sains itu sendiri, seperti berapa kelajuan di Syurga, suhu di dalam Neraka, komposisi jin, formula untuk mengira kemunafiqan atau perbincangan Mikraj Rasulullah s.a.w. dengan menggunakan kaedah tiori relativiti Einstein. Keduanya, sekadar menetapkan set prinsip moral dan agama (theology), betapa tinggi sekali pun darjahnya, tidak akan dapat mencipta sains yang baru. Contohnya, saintis A beragama Islam, saintis B menganuti agama pelbagai tuhan dan saintis C seorang atheis. Ketiga mereka ini terlibat dalam satu bidang kajian fiziks yang kompleks dan memerlukan banyak pengiraan matematik dan tiori. Walaupun mereka mempunyai kepercayaan yang berbeda, apa yang akan dinilaikan adalah hasil kajian mereka secara professional dalam bidang yang dikaji. Justeru, pegangan agama tidak memain peranan dalam hasil kajian mereka. Seorang Muslim bernama Abdus Salam telah berkongsi Hadiah Nobel pada tahun 1979 bersama Steven Weinberg, seorang atheis, dalam bidang fiziks. Satu lagi contoh ialah, kajian Galileo dan Newton. Kedua-dua mereka adalah orang-orang yang alim dalam agama Katholik, tetapi hasil kajian mereka bercanggah dengan pendapat gereja sehinggakan Galileo pernah dijatuhi hukuman bunuh. Tetapi hasil kajian sains mereka tetap sains. Ketiganya, tidak pernah dan masih belum wujud takrif sains Islam yang boleh diterima oleh orang-orang Islam sendiri. Sejak dari dahulu kala lagi terdapat perbedaan pendapat di antara orang-orang Islam berkenaan sains. Tetapi dikira bernasib baik kerana Islam orthodoks tidak memegang tampuk pemerintahan untuk mengekang perkembangan sains. Dalam zaman ini juga terdapat masalah perbedaan di antara sektarian Islam, termasuk di kalangan negara-negara Islam. Contohnya, Iran telah memulau semua muktamar dalam sains Islam. Justeru, sungguh sukar untuk mendapat apa-apa persetujuan tentang takrifan sains Islam. Pendek kata, sains adalah sains dan tidak ada sains Islam atau sains Marxist, atau sains Dunia Ketiga. Usaha untuk mencari takfir baru berkenaan sains akan bertemu jalan buntu. Sememangnya perkembangan dan kepakaran sains di Dunia Ketiga amat rendah. Bayangkanlah, jumlah penduduk di Dunia Ketiga adalah dari jumlah penduduk dunia, tetapi berpendapatan kurang 20% dari pendapatan kasar dunia dan menggunakan hanya 22% sumber alam. Seorang Amerika menggunakan 1,000 kali lebih sumber tenaga daripada seorang Afrika. Dalam aspek ekonomi pula, negara Dunia Ketiga membayar hutang $150 billion pada tahun 1989 kepada bank-bank di negara-negara industri. Pergantongan ini bukanlah tidak sengaja, tetapi hakikatnya ialah perancangan negara-negara industri untuk mengekalkan status quo ini. Contohnya, pemerintah sesebuah negara Dunia Ketiga dihasut supaya menjadi tamak dan memberi keutamaan untuk mengimpot barang-barang pengguna. Bekalan peralatan tentera mesti

22

dibeli daripada negara-negara industri. Sumber-sumber alam semula jadi dieksploitasikan oleh syarikat multi-nasional sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam dan kerosakan imbangan ekologi. Jadi tidak perlulah kita mencari sains baru. Sememangnya pada masa ini sains berjaya meningkatkan pengeluaran tetapi gagal dalam pengagihan kekayaan. Tetapi keadilan ini bukanlah di dalam ruang lingkup sains. Apa yang perlu dilakukan oleh negara-negara Dunia Ketiga ialah melengkap dan meningkatkan kemahiran sains. Kebangkitan Sains Muslim Jika disingkap balik sejarah, zaman pertengahan dikatakan Zaman Gelap atau Dark Ages. Tetapi hakikatnya ialah zaman gelap itu hanyalah untuk tamaddun Barat. Kerana pada masa yang sama tamaddun Islam sedang berada di puncak kegemilangannya. Ini diakui oleh sejarawan tersohor. Contohnya. George Sarto pernah menulis mengenai zaman kegemilangan tamaddun Islam: Dari pertengahan abad ke-8 hingga ke akhir abad ke-11, bahasa Arab adalah bahasa saintifik dan bahasa kemajuan untuk kemanusiaan. Cukup sekadar menyenaraikan nama-nama terkenal yang tidak mempunyai persamaan di dunia Barat pada masa itu; Jabir ibn Hayyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farghani, alRazi, Thabit ibn Qurra, al-Battani, Hunain ibn Ishaq, al-Farabi, Ibrahim ibn Sinan, al-Masudi, al-Tabari, Abul-Wafa, Ali ibn Abbas, Abul-Qasim, Ibn al-Jazzar, alBiruni, Ibn Sina, Ibn Yunus, al-Karkhi, Ibn al-Haytham, Ali ibn Isa, al-Ghazzali, alZarqali, Omar Khayyam! Sekiranya sesiapa mengatakan bahawa Zaman Pertengahan tidak ada kemajuan saintifik, sebutkan saja nama-nama ini kepadanya, kerana kesemuanya terkenal di antara tahun 750 dan 1100. Di dalam sebuah makalah saintifik, Nature, pernah ditulis: Pada kemuncaknya lebih kurang 1,000 tahun yang lalu, dunia Islam telah membuat sumbangan yang amat besar kepada sains, terutamanya matematik dan perubatan. Baghdad adalah pusatnya dan Selatan Sepanyol telah membina universiti-universiti yang mampu menarik beribu-ribu pelajar dari pelusuk dunia. Pemerintah-pemerintah pula didampingi oleh ahli-ahli sains dan kesenian. Semangat kebebasan telah membolehkan Yahudi, Kristian dan Muslim berkerja bergandingan. Tetapi pada hari ini, ia hanya tinggal kenangan. Sejarah sains di zaman Islam silam adalah penting untuk masa depan sains di dalam tamaddun Islam pada hari ini. Justeru, adalah wajar untuk menilai isu-isu yang bersangkut paut dengannya. Antaranya adalah tiga perkara berikut: (1). Adakah sains yang dibangunkan oleh orang-orang Muslim bersifat Islam, dan harus dipanggil Sains Islam? Atau adakah ia bersifat universal dan lebih sesuai dipanggil Sains Muslim?

23

(2). Adakah tesis sains zaman kemuncak Islam (Golden Age) yang dibangunkan oleh orang-orang Arab itu betul? Apakah peranan cerdik pandai bukan-Islam dan bukan-Arab? (3). Adakah majoriti institusi masyarakat Muslim pada masa itu menerima sains rasional? Untuk persoalan yang pertama: Adakah sains yang dibangunkan oleh orang-orang Islam pada zaman tersebut berhubungkait dengan kepercayaan agama Islam atau adakah ia bersifat universal dan asasnya adalah dari tamaddun yang lain. Kita lihat matematik. Jenis permasalahan matematik yang digunapakai oleh ahli matematik Muslim tidak banyak bezanya dengan matematik zaman Mesir kuno, Babilon, India atau Yunani kuno. Contohnya, orang-orang Islam menggunakan angka-angka dari India kuno untuk merekacipta kaedah nombor desimal moden. Jamshid al-Kashani membuat kajian dengan tiorem bionomial, ia itu 700 tahun lebih awal dari Newton; Abul Wafa mencipta hukum sinus dalam trigonometri; AlKhwarizmi membuat sistem persamaan (equations) di dalam pengajian aljibra, al-jabr; Omar Khayyam membangunkan penyelesaian geometrik dalam persamaan kubik; dan seterusnya. Sekiranya kajian matematik berhubungkait dengan kepercayaan agama Islam, bagaimana pula dengan kepercayaan Pythagoras yang pernah mengasaskan matematik Yunani kuno? Rumusannya, matematik zaman kegemilangan Islam itu lebih baik dari zaman sebelumnya dan bukan kerana matematik itu matematik Islam atau Muslim. Begitu juga dengan ilmu optik. Kerja-kerja Ibn Haytham dalam bidang kanta (lenses) atau pembengkokan cahaya adalah kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh manusia sebelumnya dan sesudahnya. Namanya masyhur kerana dia merupakan manusia yang telah membuat penemuan phenomena tertentu dalam bidang optik. Tetapi pegangan agama tidak memainkan apa-apa peranan dalam hal ini.

Untuk persoalan kedua: Seorang pengkaji Islam berbangsa Perancis pernah mendakwa bahawa sains dan falsafah telah diperkenal dan dikembangkan oleh orang-orang bukan-Arab. Justeru, katanya sains dan falsafah lebih sesuai dikaitkan dengan bangsa Yunani atau Parsi. Sebenarnya perkembangan tamaddun Islam mempunyai empat peringkat: a. Sebelum 750 M b. 750-1000 M c. 1000-1250 M

24

d. 1250-1500 M Sains dan falsafah menembusi dunia Islam pada peringkat 750-1000M di mana perkembangan Islam dan perdagangan berada di kemuncak. Keadaan ini telah menimbulkan keperluan kepada peningkatan ilmu, kesenian dan sains. Peringkat pertamanya ialah penterjemahan dan pensisteman hasil kerja Yunani di dalam bidang sains, falsafah dan perubatan. Kebanyakan para penterjemah bukanlah beragama Islam, tetapi Kristian dari sekta Nestorian. Pada peringkat ini cendikiawan Islam hanya memain peranan sekunder sahaja di dalam pengembangan saintifik Islam. Bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjalan lancar tanpa pengaruh dan dorongan pemerintah Islam pada masa itu. Suasana yang sungguh aman dan bebas, tanpa batas agama, telah menyebabkan sains bertapak dengan cepat di dunia Islam. Pada akhir tahun 1000M kerja-kerja penterjemahan dianggap telah selesai. Maka bahasa Arab, bukan Yunani, sekarang telah menjadi bahasa pemikiran intelektual dan kebanyakan cendikiawan pada masa itu adalah beragama Islam. Pada peringkat inilah tamaddun Islam menonjolkan saintis-saintis Muslim seperti Ibn al-Haytham, AlBiruni, Omar Khayyam dan Nasir-ud-din Tusi. Hasil kerja merekalah seterusnya telah digunapakai oleh sains Renaissance di Eropah. Roger Bacon telah menimbulkan kemarahan pihak gereja kerana memulakan ujikajinya berdasarkan kepada tiori Ibn al-Haytham dalam bidang optik. Terjemahan dalam bahasa Latin dari hasilkerja Ibn Sina, Canon of Medicine, telah digunapakai dan diajar di universiti-universiti di Barat selama beberapa abad. Rumusannya, perkembangan sains itu bukanlah disebabkan oleh kepercayaan agama tetapi kesungguhan para cendikiawan dengan dorongan pemerintah. Untuk persoalan yang ketiga: Sains memainkan peranan yang amat berbeda di dalam setiap masyarakat tradisional, termasuk masyarakat Kristian zaman pertengahan. Pada zaman ini sains telah diterima ramai dan tidak kurang juga mereka yang telah menjadikannya sebagai profesyen dengan pelbagai kepakaran. Di zaman silam kebanyakan sains berkisar dalam mentelaah buku-buku dan bahan untuk berhujjah. Penggunaan sains untuk tujuan praktikal hanya baru muncul kebelakangan ini. Pensisteman aljibra oleh Al-Khwarizmi merupakan suatu mercu kejayaan dalam sejarah pemikiran abstrak. Tetapi pada masa itu bidang sains dan matematik masih belum ada kegunaan praktikal yang ketara di dalam teknologi. Hanya setelah lahirnya tamaddun moden di Barat, matematik menampakkan impak yang ketara terhadap teknologi. Di zaman tamaddun Islam, kemasukan matematik ke dalam silibus di madrassa adalah kerana timbul permasalahan di dalam perdagangan, pengukuran tanah, katografi dan juga untuk menentukan arah qiblat dan menghitung waktu-waktu solat. Walaupun demikian, elit pemerintah atau khalifah serta putera-putera mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap sains. Mereka akan cuba mendapatkan cerdik pandai sains bernaung di bawah pemerintahan mereka, contohnya Al-Kindi di bawah naungan Khalifah Mamun, Fakr-ad-din Razi

25

dengan Sultan Mohammaed Ibn Tukush, Ibn Sina sebagai doktor kepada beberapa putera, Ibn Haytham sebagai perunding kepada al-Hakim, Ibn Rushdi di bawah al-Mansur, dll. Para cendikiawan yang diberi penghargaan ini pula merasa bertuah kerana mereka berpeluang untuk menggunakan pelbagai kemudahan seperti khutub-khanah ilmu, pusat pemerhatian astronomi, serta mendapat ganjaran yang mewah. Pihak pemerintah juga dianggap sebagai pelindung mereka daripada kumpulan fanatik yang berpendapat bahawa fahaman cendikiawan tersebut menyeleweng dari ajaran agama. Sebagai rumusan kepada persoalan ini: a. Oleh kerana aplikasi sains amat terbatas, didapati sains tidak dapat melahirkan institusi ekonomi yang penting atau menjana kegiatan ekonomi atau melahirkan kepakaran. b. Naungan pemerintah bererti cendikiawan bekerja untuk memuaskan hati pemerintah. Tidak banyak yang boleh diperolehi daripada orang ramai. c. Ketiadaan kurikulum sains di dalam silibus institusi pendidikan menyebabkan tidak ada mekanisme yang kukuh untuk penyebaran sains. Oleh itu didapati bahawa sains adalah inisiatif individu yang mendapat naungan daripada pihak pemerintah dan kumpulan bangsawan. Tetapi apa yang mengkagumkan ialah tamaddun sains Islam bertahan selama enam abad, lebih lama daripada tamaddun Yunani, atau Kristian pertengahan, malah lebih lama daripada sains moden.

Mengapa revolusi saintifik tidak berlaku di dalam Islam?


Persoalan ini memang sukar dijawab. Sebagai peneraju di dalam bidang saintifik dan intelektual untuk selama lima abad, tamaddun Islamlah yang sepatutnya menjadi penggerak kepada sistem universal sains moden. Tetapi hakikatnya Baratlah yang memulakan Revolusi Saintifik. Sekarang kita kaji lima (5) aspek yang mungkin boleh memberi penjelasan yang sesuai: (1). Sikap dan falsafah. (2). Peranan pendidikan Muslim. (3). Peranan undang-undang Muslim. (4). Sebab-sebab ekonomi. (5). Faktor politik. Usaha untuk mendapatkan ilmu dipengaruhi oleh sistem idea yang menyeluruh, yakni kepercayaan, sikap, budaya masyarakat, dsb. Setiap manusia mempunyai kemahuan kepada kuasa (will of power). Sekiranya manusia tidak mempunyai

26

kemahuan kepada kuasa maka manusia akan layu dan terapung seperti buih sahaja. Jadi apa yang mendorong sesebuah masyarakat itu mengejar sains melebihi lain-lain masyarakat? Sekiranya sesebuah masyarakat hanya bergantong kepada takdir, maka akan berkuranganlah dorongan untuk manusia merisik rahsia sains. Semasa kemuncak pembangunan sains dalam Islam, mereka tidak bergantong kepada takdir semata-mata. Perdebatan di antara Qadariah (believing in free will) dan Jabariah (pre-destinarians) biasanya berpihak kepada Qadariah. Tetapi kemunculan pihak Ashariah telah mengendurkan kemahuan kepada kuasa masyarakat Islam dan seterusnya melembabkan semangat kepada sains. Pengikut Ashariah berpendapat bahawa tidak terdapat sebarang hubungan di antara sebab dan akibat. Mereka juga menolak pendapat bahawa Tuhan bertanggungjawab ke atas sesuatu tetapi mesti mengikut hukum alam yang telah dibuatnya. Mereka seterusnya menyangkal bahawa sebarang ramalan boleh dibuat dari sebab sesuatu kejadian. Contohnya, sekiranya peluru dilepaskan dari pistol, ia tidak tentu akan mengenai sasarannya sekiranya Tuhan tidak membenarkannya, walaupun setiap kiraan dan persiapan telah dibuat. Begitu juga, kertas tidak akan terbakar semata-mata kerana api diletakkan kepadanya. Sikap sedemikian yang menyangkal pertimbangan bebas telah menyebabkan lebih sukar berlakunya perkembangan intelektual, apatah lagi Revolusi Sains. Satu lagi faktor ialah falsafah utilitarian atau sikap bahawa sesuatu yang mendatangkan manfaat sahaja perlu diusahakan. Contohnya, pada penghujung kecemerlangan tamaddun Islam, Khalifah Al-Mamun membina Baitul Hikmah dan menghantar orang-orang untuk mencari bahan-bahan pengetahuan dan sains semata-mata untuk melengkapkan khazanah bukannya kerana materialistik. Akhirnya lahirlah anggapan bahawa hanya pengetahuan berguna sahaja adalah pengetahuan yang praktikal. Ini telah menyebabkan pengetahuan tiori dipinggirkan. Mulai dari abad ke-14 orang-orang Islam sudah hilang minat kepada pengetahuan tiori yang dianggap tidak berguna, sehinggalah ke hari ini. Kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16 menyedari tentang penggunaan teknologi dalam penciptaan di Barat, tetapi mereka tidak mengambil peduli untuk bersaing atau menerima hakikat bahawa teknologi adalah hasil pemikiran saintifik. Pihak Saudi sememangnya amat selesa dengan teknologi moden tetapi tidak suka kepada pengetahuan tiori dan saintifik. Kemungkinan besar mereka khuatir bahawa pengetahuan berkenaan akan membuka minda rakyatnya dan boleh menggugat kedudukan pemerintah. Sikap utilitarian inilah yang antara sebab terbantutnya perkembangan sains di dunia Islam.

Peranan pendidikan Muslim


Matlamat cita-cita sesebuah masyarakat terhadap nilai dan halatuju mereka boleh dikesan daripada kaedah pendidikan terhadap generasi mudanya. Di sinilah kita dapat menilai persoalan sama ada masyarakat berkenaan mahu 27

menuju kepada perubahan atau lebih selesa untuk mempertahankan keadaan semasa. Sekarang kita lihat perbedaan pendidikan agama tradisional dengan pendidikan sekular moden: Rajah 10: Pendidikan Tradisional (1) (2) Berorientasi akhirat Menuju kepada sosial Islam Pendidikan Moden

Berorientasi moden Menuju kepada pembangunan individu (3) Kurikulum tidak banyak Kurikulum bertukar mengikut berbeda dari zaman lampau keperluan (4) Pengetahuan diberi (revealed) Pengetahuan diperolehi daripada tanpa bantahan proses kajian, pemerhatian dan rumusan (5) Ilmu dicari kerana tuntutan Ilmu diperlukan sebagai alat untuk agama menyelesai masalah (6) Tidak digalakkan menyoal Menggalakkan menyoal kaedah kaedah pengajaran pengajaran (7) Cara pengajaran lebih Kaedah pengajaran menggalakkan berbentuk autoritarian penyertaan pelajar (8) Kebolehan menghafal dianggap Pemahaman konsep utama amat penting dianggap penting (9) Pemikiran pelajar biasanya Pemikiran pelajar biasanya aktif dan pasif dan menerima sahaja positif (10) Pendidikan biasanya seragam Pendidikan boleh dijuruskan kepada bidang tertentu Konsep pendidikan tradisional yang diasaskan pada kurun ke-11 telah diterimapakai oleh Empayar Moghul di India dari satu generasi ke satu generasi. Ia banyak memberi penekanan kepada penghafalan. Ibn Khaldun telah membuat perbandingan pendidikan pada abad ke-14 di dunia Islam dan mendapati bahawa hanya pendidikan di Sepanyol Islam dan Parsi sahaja yang ada menyelitkan subjek-subjek kesusasteraan (poetry), nahu bahasa (grammar) dan matematik ke dalam silibus mereka. Di lain-lain tempat subjek-subjek yang tidak bersangkut paut dengan Al-Quran dianggap terlalu sekular untuk diajar kepada anak-anak. Di dalam satu catatan lama ada disebut bahawa di zaman Khilafiah Abbasiah, murid-murid sekolah menghabiskan separuh masa pagi di sekolah untuk membaca Al-Quran dan selebihnya menulis sahaja. Bagaimanapun, konsep pendidikan yang menekan hafalan juga membawa banyak kebaikan kerana dapat melahirkan banyak penghafal-penghafal. Contohnya, Muhammad ibn-Ziyad al-Arabi dari al-Kufah yang mengajar murid-murid selama lebih sepuluh tahun tanpa membawa apa-apa bahan catatan atau nota.

28

Sehingga pada penghujung zaman kegemilangan Islam, di sekitar abad ke-13, pendidikan Muslim tidak banyak berubah. Kurikulumnya amat terbatas sehinggakan Maharaja Aurangzeb sendiri menegur gurunya kerana tidak puas hati dengan apa yang diajar kerana tidak memuatkan subjek-subjek seperti ilmu pengetahuan am dan sains. Pada dasarnya pendidikan sekular tidak diberi perhatian yang serius di dalam Islam pada masa itu. Keadaan ini berterusan sehingga ke abad ke-19 apabila Britain memperkenalkan sains Eropah dan sistem pengurusan dan perakaunan yang moden kepada India. Tetapi reaksi masyarakat Islam dan Hindu amat berbeza. Masyarakat Hindu mengalu-alu usaha British tetapi masyarakat Islam memendam perasaan syak wasangka terhadap keikhlasan British. Ini adalah kerana British bertanggung jawab di atas kejatuhan Empayar Moghul di India, justeru sains Eropah dianggap sebagai usaha untuk menyelewengkan agama dan budaya Islam. Perasaan syak wasangka ini dikuatkan lagi oleh penghinaan orang British terhadap pencapaian sains oleh orang-orang Islam di zaman lampau. Gabungan dari perasaan luka, harga diri, kedegilan dan konservatif masyarakat Islam telah menyebabkan mereka terus memulaukan pendidikan moden. Para ulamak, terutamanya, sangat memusuhi pendidikan British tersebut dan menganjurkan supaya dipulaukan sekolah-sekolah British di India. Natijahnya, kegagalan sistem pendidikan tradisional untuk menghadapi cabaran perubahan dunia telah menyebabkan hilangnya peluang untuk orang-orang Islam mempelopori Revolusi Saintifik.

Peranan undang-undang Muslim


Revolusi Saintifik dan Industri di Eropah pasca-Renaissance bukanlah ciptaan ahli-ahli falsafah dan pemikir sahaja tetapi juga dari hasil faktor sosial dan ekonomi yang sangat kompleks. Peningkatan teknologi telah memberi kaedah baru untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi kelas pertengahan (bourgeoisie) di Eropah yang telah menggarap perkembangan teknikal dan seterusnya merubah masyarakat feudal kepada masyarakat kapitalis. Kelas pertengahan ini merupakan institusi yang menyelaras kaedah pengeluaran dan perubahan strukturnya dengan membuat pelbagai pemodenan (innovation) serta pelaburan. Mengapa tamaddun Islam tidak melahirkan institusi kelas pertengahan ini? Ahli sosiologi Jerman, Max Weber, berpendapat bahawa perundangan Islam tidak menggalakkan lahirnya institusi pemantauan dan pertumbuhan dasar kapitalis. Kewujudan kelas pertengahan telah mewajarkan kewujudan sistem perundangan yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan isu-isu hak hartanah, kontrak, transaksi pembankan dan kewangan, dsb. Perundangan yang dipraktikkan perlulah mencakupi ruang yang luas di dalam sistem ekonomi yang kompleks. Perundangan sekular untuk sistem kapitalis ini tidak serasi dengan sistem perundangan Islam. Demikian pendapat Max Weber. Sesungguhnya perundangan Syariah tidak boleh ditukar mengikut perubahan waktu. Tetapi di dalam praktikalnya, perundangan Syariah di dalam menentukan arah pembangunan ekonomi Islam telah diubahsuai mengikut keadaan. Contohnya, 29

larangan riba di dalam Islam tidak mengekang amalan riba itu di dalam Islam secara terus terang. Sebaliknya kaedah baru telah digubal untuk membolehkan transaksi ekonomi itu diteruskan, contohnya dividen, perkongsian untung rugi, dsb. Justeru, perundangan Islam ini tidak boleh dikatakan membantutkan perkembangan budaya industri moden di dalam Islam.

Sebab-sebab ekonomi
Semasa kuasa imperialis melanda dan menjajah negara-negara Islam, masyarakat Islam pada masa itu masih dibelenggu oleh pemikiran zaman pertengahan. Tidak terdapat kelas pertengahan yang berkemampuan untuk mengguna perkembangan teknologi untuk merubah sistem feudal kepada kapitalis. Ini adalah disebabkan oleh sistem ekonomi masyarakat Islam pada masa itu tidak progresif; pihak pemerintah bergantung kepada para petani untuk membekalkan makanan serta membayar cukai, tidak ada autonomi di kota-kota besar dan tidak terdapat sebarang kesatuan perdagangan yang dapat memain peranan dalam pembentukan ekonomi kapitalis seperti di Eropah. Ada dua aspek yang berlaku pada masa itu perlu dikaji: (1). Ekonomi ekstraktif: Corak tamaddun Islam adalah berdasarkan kekotaan (urbanization), sama ada di tanah Arab di bawah pemerintahan Uthmaniah atau di India di bawah Moghul. Penduduk desa tidak mempunyai banyak hubungan budaya dengan penduduk kota, kecuali untuk menjual hasil tani, dan kehidupan mereka adalah lebih terbelakang. Khalifah atau maharaja melantik gabenorgabenor untuk menentukan para petani membekalkan makanan serta membayar cukai. Walaupun di musim kemarau, kemakmuran di kota adalah lebih terjamin daripada di desa. Penggantongan kota kepada desa dan kepastian mereka mendapat bekalan makanan dan pungutan cukai, telah menyebabkan kurangnya insentif untuk memperkembangkan teknologi pengeluaran kerana mereka tidak nampak kepada keperluannya. Tetapi sekiranya ada keperluan kepada peralatan peperangan, mereka mengimpotnya dari Barat. (2). Institusi autonomi: Kebanyakan kota-kota di Barat mengamalkan sistem pemerintahan yang autonomi. Justeru, perbangunan perdagangan dan kesatuan professional telah meningkat dan seterusnya melahirkan masyarakat kapitalis yang bersatu untuk menghadapi cabaran-cabaran dari luar. Sebaliknya, kotakota Islam di perintah oleh kerajaan pusat. Mereka juga mengawal perdagangan, pengangkutan dan ketenteraan. Justeru, institusi-institusi atau pihak berkuasa tempatan tidak dapat wujud, dan sekiranya wujud, tidak dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk mengurus masyarakat setempat. Ini telah menyebabkan timbul perkumpulan-perkumpulan kecil setempat yang tidak berkesan mengurus masyarakat secara syumul. Keadaan ini tidak dapat melahirkan institusi-institusi korporat. Walaupun institusi-institusi pertukangan (craft guilds), seperti tukang emas, doktor, guru, tukang kayu, telah wujud sejak abad ke-9, namun kegiatan mereka di kawal oleh kerajaan pusat. Ini mungkin 30

disebabkan pemerintah khuatir bahawa kesatuan pertukangan mampu menggugat pemungutan cukai. Justeru, kerajaan pusat mengawal aspek-aspek cara bekerja, pertubuhan, latihan, jenis dan kualiti sesuatu produk, serta harga sesuatu barangan siap itu boleh dijual. Sekiranya terdapat pemerintahan dan institusi autonomi, seperti di Barat, negara-negara Islam mampu menjana pertumbuhan industri dan bersaing atau mendahului dunia. Pada masa itu, industri-industri utama di negara-negara Islam adalah pembuatan kertas di Iraq, Syria, Afrika Utara dan Sepanyol; dan pengeluaran bahan tekstil, pakaian, permaidani, kasut, dsb. Di Sepanyol terdapat perlombongan bijih besi dan kuprum (copper), pembinaan kapal dan kerja-kerja logam. Malangnya tidak terdapat industri logam dan mesin yang boleh bersaing dengan perindustrian Barat.

Faktor politik
Pada tahun 1258, serangan Mongol pimpinan Halaku Khan telah menghancurkan Baghdad dan seterusnya melenyapkan pemerintahan Bani Abbasiah. Khalifahnya telah disepak sehingga mati. Juga telah diriwayatkan bahawa terdapat 800,000 mayat-mayat bergelimpangan di jalan-jalan kota. Mereka juga telah merosakkan sistem pengairan yang seterusnya mengakibatkan kemarau. Hakikatnya, pada masa itu pemerintahan Islam di Baghdad, dan Syria, juga sedang mengalami kejatuhan dan khalifahnya telah hilang kuasa kepada sultan-sultan yang sekular. Bagaimanapun, musibah tersebut tidak membabitkan Muslim di Sepanyol dan Mesir. Orang-orang Mongol sedikit demi sedikit telah memeluk agama Islam dan mereka pula memulakan pembangunan budaya dan ekonomi era baru. Jika dibandingkan dengan sejarah politik Barat, kita dapat lihat perbedaan penglibatan agama ke dalam politik. Di Barat gereja, yang berpusat di Rome, amat berkuasa dan semua pihak perlu tunduk kepada kekuasan itu dan mengikut semua peraturan yang dibuat. Sesiapa yang engkar akan disiksa, didera atau dibunuh. Di dalam Islam tidak terdapat kuasa mutlak seperti gereja di Barat. Justeru, penindasan ke atas cendikiawan dan pemikir Islam amat kurang. Ini adalah kerana Islam itu memberi lebih kebebasan kepada pemeluknya mentafsir agama. Ini juga telah menyebabkan tiadanya kuasa pusat, dari segi politik dan agama seperti di Barat, yang boleh mengawal atau menyelesaikan sebarang perbalahan. Sesiapa saja boleh merampas kuasa dan menjadi ketua agama. Sebarang perbalahan sempadan atau kuasa boleh dijadikan pewajaran untuk berjihad. Mereka juga boleh meraih sokongan ramai dengan menggunakan sentimen agama untuk menindas kumpulan minoriti atau kumpulan agama orthodoks. Ketiadaan kuasa pusat juga telah menyebabkan perpecahan orang-orang Islam kepada sekta-sekta, akibat pentafsiran agama mengikut cara sendiri. Seterusnya, dalam jangka panjang, struktur sistem politik dan ekonomi Islam, termasuk saintifik dan teknologi, menjadi lemah. 31

Beberapa perkara yang boleh difikirkan untuk kebaikan masa depan Islam
Setelah ditindas oleh kekuatan tentera Barat, masyarakat Islam merasa tertekan dengan sikap konservatif yang disebabkan oleh reaksi dalaman; perpecahan akibat pertelagahan sesama sendiri, kecewa dengan takdir sejarah dan berpaut kepada budaya silam. Kita memerlukan reformasi pendidikan, sosial dan politik sekiranya kita mahu melihat perkembangan sains dan peningkatan maruah manusia. Pergerakan Islam militan yang bercambah di serata dunia adalah manifestasi dari keperluan reformasi dan perasaan marah dan kecewa umat Islam pada hari ini. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini. Salah satu pergerakan, seperti di Palestin dan Kashmir, adalah hasil dari ketidakadilan sosio-politik. Satu lagi, seperti Iran di bawah Imam Khomeini, menggunakan Islam untuk menggerakkan revolusi dengan sokongan ramai kerana sikap melampau golongan elit yang sekular. Golongan ketiga, seperti Jamaat-e-Islami di Pakistan atau Ikhwan-ul-Muslimeen di Mesir, diakibatkan oleh perkembangan kelas pertengahan untuk mendapat kuasa tetapi tidak serasi dengan sistem politik semasa yang berdasarkan kepada sokongan dan kuasa feudal. Dan golongan yang terakhir adalah pergerakan antarabangsa yang berpusat di Barat, terdiri dari pendatang-pendatang, menyertai pergerakan Islam untuk mencari keselamatan sosial dan psikologi di dalam suasana budaya yang asing dengan keadaan ekonomi yang mencengkam. Pemimpin-pemimpin pergerakan-pergerakan ini menyalahkan Barat di atas nasib malang umat Islam hari ini. Idea-idea dan budaya korup, yang diperkenalkan oleh Barat, dan subahat kuasa-kuasa besar, dianggap sebagai penyebab kepada kemunduran negara-negara Islam. Mereka perpegang kepada konsep supaya umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar dan menolak semua dari Barat, termasuk sains Barat, rasional Barat dan demokrasi Barat. Tetapi apa yang berlaku, dalam perjuangan menentang ketidakadilan dan penindasan, golongan orthodoks sahaja yang telah berjaya mengeksploitasikan sentimen ketidakpuasan hati untuk dijadikan sokongan politik. Pergerakan-pergerakan fundamentalis ini yang telah berjaya menguasai perbualan intelek di negaranegara Islam utama. Sebaliknya pergerakan Islam modenis, yang menekankan kepada keserasian Islam dengan sains, telah kehilangan pengaruh budaya dan ideologi. Para pendukung modenis telah mula lenyap dari senario politik dan budaya dalam sistem pendidikan moden. Pergerakan orthodoks pula telah dianggap sebagai pembimbing destinasi masa depan orang-orang Islam. Bagaimanapun, penyelesaian yang digubalnya menjemput masyarakat Islam kepada kemusnahan, dan kemungkinan kepada Zaman Gelap Islam. Sikap menolak semua bentuk penjajahan telah dijadikan pewajaran untuk mengundur

32

ke masa silam dan menolak ilmu pengetahuan dan rasional secara membuta tuli. Akibatnya ketidakseimbangan kuasa di dunia ini akan menjadi lebih parah. Sekiranya satu pihak menolak proses pemikiran saintifik, maka secara automatisnya sebelah pihak lagi akan menjadi kuat. Justeru, apa yang kita perlukan ialah satu pendekatan yang berdasarkan sains dan alasan yang boleh dihujjah, tetapi harmonis dengan warisan budaya Islam itu sendiri. Pertama: Kita perlu mengikis tanggapan bahawa terdapat penyelesaian yang mudah dan unik terhadap semua dilemma masyarakat, atau semua penyelesaiannya boleh disemak daripada tradisi. Hakikatnya masyarakat moden pada hari ini berhadapan dengan isu-isu yang kompleks yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Contohnya, pencemaran lawan perkembangan industri, peningkatan pengeluaran secara automatik lawan pengangguran, kualiti lawan kuantiti dalam pendidikan, pembankan dan perdagangan antarabangsa, undang-undang korporat, dll. Masyarakat kompleks mempunyai masalah kompleks dan memerlukan penyelesaian yang kompleks. Tidak ada satu penyelesaian yang sempurna. Kita perlu belajar dari pengalaman yang baik atau yang buruk. Reformasi bukanlah sesuatu yang semerta, tetapi merupakan proses yang berperingkat dan mengambil masa. Impian untuk mengubah masyarakat dengan satu pelan atau formula sahaja akan menemui kehampaan, sebaliknya boleh menimbulkan kediktatoran, tiada sikap tolak ansur dan mencetus keganasan, kerana apabila formula ini telah dibuat tidak ada sesiapa boleh menentang atau mengkritiknya. Sifat angkuh sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kebenaran atau tafsiran agama itu milik golongan tertentu akan mengundang kecelakaan dan kesengsaraan. Daripada bercita-cita untuk membina masyarakat yang sempurna (tiada cacat celanya), adalah lebih baik kita menyelesaikan setiap masalah yang ada di hadapan kita secara lebih sistematik, logik dan realistik. Untuk menyedari hakikat bahawa tidak terdapat satu penyelesaian yang syumul terhadap permasalahan yang ada memerlukan kematangan jitu masyarakat dan individu. Hanya masyarakat yang matang yang boleh memiliki toleransi intelektual dan agama dan mampu memberi kebebasan kepada rakyatnya.

Kedua
Kita mesti menghakiskan kekeliruan di antara pemodenan dengan keBaratan. Kedua ini telah dianggap satu. Kita tidak perlu meniru Barat untuk menjadi moden. Sebenarnya orang moden tidak menolak kerohanian atau ketuhanan. Sebaliknya dia berorientasikan masa sekarang dan bukan masa silam, dan sentiasa terbuka kepada pengalaman dan idea yang baru, sanggup menerima hujjah dan perhitungan dan bukan bergantong kepada takdir semata-mata. Dia juga mempunyai bidang ilmu yang luas, bergantong kepada perancangan dan

33

pengurusan, sanggup menerima perbedaan pendapat, dan percaya kepada kebolehan dan hak individu. Untuk berfungsi, masyarakat yang teratur memerlukan orang-orang yang moden, yakni orang-orang yang menghubungkan sebab dengan akibat, boleh menyelesaikan sebarang konflik tanpa keganasan, tahu mengguna kemudahan awam, kebolehan membelanjakan wang secara berhemat dan menghabiskan masa mereka dengan cara yang bermanfaat. Pemodenan perlu diusahakan kerana ia adalah naluri semula jadi manusia dan bukannya sesuatu yang diimpot. Untuk menjana sikap moden dalam masyarakat bukan bermakna kita perlu membeli atau mengguna semua barang keperluan daripada Barat kerana ini akan menyebabkan kita hilang identiti dan melahirkan sikap bermewah dan pembaziran sumber-sumber. Contohnya, penyusuan botol adalah lazim di Barat, justeru dianggap moden dan patut ditiru. Tetapi oleh kerana harga yang tinggi serta proses steril yang kurang baik di Dunia Ketiga, penyusuan botol bukanlah pilihan yang terbaik. Walaupun dari Barat, ia bukanlah moden yang hakiki. Di zaman kita ini, kemodenan dan sains berganding rapat. Sains adalah expressi pemikiran manusia. Tetapi kita perlu ingat bahawa di negara-negara yang pernah dijajah, penduduk setempat mengenal sains dari produknya, bukannya sebagai sistem idea. Oleh kerana kita telah lama terperangkap dengan perdagangan Barat, setengah-setengah negara menganggap sains itu adalah senjata, pesawat terbang, televisyen dsb. Begitu juga, industri berteknologi tinggi yang terdapat di negara-negara Dunia Ketiga, yang mempergunakan tenaga kerja murah tempatan, gagal membuka minda kepada kaedah saintifik penduduknya. Oleh itu, penghayatan sains tidak mungkin berhasil tanpa pembangunan sistem pendidikan yang rasional, moden dan sistematik. Pelaburan dalam pendidikan amat perlu tetapi jauh dari mencukupi tanpa kualiti. Matlamat pendidikan masyarakat moden ialah untuk menghasilkan manusia yang berupaya berfikiran secara kritikal, percaya kepada kebebasan berhujjah dan mampu menghayati konsep dan nilai-nilai perjalanan masyarakat yang tersusun.

Ketiga
Kita mesti mengikis sangkaan bahawa sains itu hanya semata-mata untuk perniagaan, walaupun matlamat dan kegunaan sains itu perlu perdebatan lanjut. Banyak ahli sains serta ketua-ketua institusi agama mengakui bahawa agama dan sains tidak bercanggah, malah keduanya adalah sokong menyokong di antara satu dengan lain. Unsur keagamaan dalam jiwa manusia, ia itu kebolehannya berfikir dan bermuhasabah, perlu diakui dan diperbaiki. Sains boleh dipergunakan untuk memperbaiki nilai moral hidup kerana sifat sains itu adalah untuk mencari kebenaran. Bagaimanapun, kita perlu membedakan di antara bidang rohani dan keduniaan. Dalam lipatan sejarah Islam, ilmu agama dan sekular itu telah dicampur adukkan. Kita mesti menghapuskan kekeliruan di

34

antara keduanya, dan sebaliknya mencari jalan yang konkrit untuk menghubungkan pengetahuan moden dengan takrifan ilmu di dalam Al-Quran. Untuk membedakan antara sains dan agama, kita harus mengenali sains itu sebagai alat untuk mengenali alam material. Manakala, agama itu adalah untuk mengenali sesuatu di luar bidang sains, seperti, mengapa alam dicipta? atau apakah tujuan hidup?. Sains moden dan atheisme adalah serasi dari segi kebebasan berfikir dan mentafsir. Kekuatan pengetahuan sains perlu diterokai demi pembangunan minda, tetapi kita perlu jelas bahawa sains bukan pengganti kepada beragama dan ia tidak dapat menggariskan kod moral. Sains hanya menyediakan struktur (framework) dan model (paradigm) yang unik untuk melakukan perkiraan dan pengkuantitian; tetapi sains tidak mengerti makna keadilan, kecantikan atau perasaan. Itulah sebabnya sains boleh membawa kesengsaraan sekiranya tidak ada lagi moral dalam budaya berteknologi; tamak haloba dalam mengejar senjata pemusnah, mencemar alam sekitar atas nama pembangunan, ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial kemanusiaan.

Keempat
Kita mesti mengenali sains dan teknologi itu sebagai sesuatu yang universal, dan bukan milik Barat. Kita tidak boleh menerima sahaja ketidaksamaan di dalam dan di antara negara-negara sebagai takdir semata-mata. Ketidakseimbangan ini perlu diperbaiki kerana hakikatnya setiap manusia di dunia ini mempunyai kebolehan yang hampir sama, justeru kita semua mempunyai hak yang sama. Apa yang perlu dibuat ialah meruntuhkan dinding dominasi oleh negara-negara tertentu ke atas negara-negara lain, serta dominasi di antara anggota masyarakat itu sendiri. Dominasi antara anggota masyarakat memang amat ketara di Dunia Ketiga. Kita kerap melihat pemodenan elit pemerintah, tentera atau birokratik, tetapi tidak cukup pemodenan kepada rakyat. Kemajuan hakiki memerlukan penyertaan dari semua peringkat dalam merancang dan pelaksanaan. Sifat bergantong kepada rakyat mencerminkan sikap menghormati warisan budaya, kerana rakyatlah sebenarnya pewaris budaya dan tradisi itu. Pada masa yang sama, kita mesti mengenalpasti tradisi atau budaya yang tidak positif yang tidak dapat membawa pembangunan masyarakat. Kita juga harus menyedari bahawa kejayaan material sesuatu bangsa atau kaum itu bukan bermakna agama anutan mereka adalah benar. Oleh itu, kebenaran agama Islam itu tidak boleh diadili dari kejayaan atau kegagalan material penganutnya.

35

Anda mungkin juga menyukai