Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS HI-TEA KETUA PENGARAH MARA BERSAMA PELAJAR MBA MARA-UNIKL 2011/2013

HOTEL QUALITY, KUALA LUMPUR

24 FEBRUARI 2012

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Bismillahhirraahmaannirrahim Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Yang Berbahagia, Datuk Ibrahim Bin Ahmad Ketua Pengarah MARA

Tuan Haji Abd.Rahim Bin Abd Ghani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA ASSOCIATE PROFESSOR DR. SULAIMAN SAJILAN Dekan Universiti Kuala Lumpur Business School Professor Dr Syed Noh Syed Ahmad Fakulti Perakaunan, UiTM

ASSOCIATE PROFESSOR DR. KAMISAN GADAR Ketua Seksyen (Pasca Siswazah) Universiti Kuala Lumpur Business School Associate Professor Dr. Maznah Bt Che Ghazali Graduate Business School, UiTM Associate Professor Madya Khalid bin Ismail Jabatan Perakaunan, UPSI Associate. Professor Rohazar Wati Zuallcobley Fakulti Undang-Undang, UITM Encik Abdul Halim Bin Abas Pengarah Sumber Manusia MARA En Nagueib Anwar Pensyarah UNISEL Serta yang dikasihi sahabat-sahabat program MBA MARA-UniKL sekalian. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran Yang Berbahagia, Datuk Ibrahim Bin Ahmad kerana sudi bersamasama meluangkan masa ke MAJLIS HI-TEA KETUA PENGARAH MARA BERSAMA PELAJAR MBA MARA-UNIKL 2011/2013pada hari ini. Syukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka majlis kita pada petang ini dapat dilangsungkan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi.

Para hadirin sekelian. Untuk keberkatan dan kesejahteraan. Majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Yazid Yahya untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Yazid Yahya diatas bacaan doa tadi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kurnia dan rahmat Allah SWT. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Akmal Hafiz, Presiden Kelas MBA MARA-UniKL untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Akmal Hafiz, Presiden Kelas MBA MARA-UniKL di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Para hadirin sekelian. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk diatas ucapan dan amanat itu tadi. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Seterusnya majlis dengan segala segala hormatnya sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia, Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dengan diiringi oleh Yang Berusaha En. Akmal Hafiz, Presiden Kelas MBA MARA-UniKL untuk menyampaikan cenderahati kepada pensyarah-pensyarah program MBA MARA-UniKL.. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Majlis dengan ini mempersilakan untuk naik ke pentas: Professor Dr Syed Noh Syed Ahmad Associate Professor Dr. Kamisan Gadar Associate Professor Dr. Maznah Bt Che Ghazali Associate Professor Madya Khalid bin Ismail Associate Professor Rohazawati Bt Zuallcobley DAN,

En Neguib Anuar

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk kerana telah sudi menyampaikan cenderahati kepada barisan pensyarah sebentar tadi.
5

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Akmal Hafiz, Presiden Kelas MBA MARA-UniKL untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA. Majlis dengan hormatnya, mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Akmal Hafiz, Presiden Kelas MBA MARA-UniKL. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Hadirin yang dihormati sekalian. Demikianlah tadi berakhirnya majlis kita pada hari ini. Sekali lagi majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA, DATUK IBRAHIM BIN AHMAD, KETUA PENGARAH MARA dan juga Tuan Haji Abd.Rahim Bin Abd Ghani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama pada petang ini. Terima kasih kepada Associate Professor Dr. Sulaiman Sajilan, Dekan Universiti Kuala Lumpur Business School kerana ______________________ Terima kasih juga kepada Pengarah Sumber Manusia MARA, Encik Abdul Halim Bin Abas kerana menaja program MBA MARA-UniKL ini.

Dan tidak ketinggalan juga kepada Barisan Pensyarah-pensyarah terima kasih di atas ilmu yang telah dicurahkan kepada kami selama ini, pastinya ia akan sentiasa dikenang. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Sungguh indah bunga seroja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. Pihak majlis menjemput hadirin sekalian untuk menikmati jamuan minum petang yang telah disediakan. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Sekian. Wabillahit taufiq walhidayah wassalaamualaikum wmt wbt.

Anda mungkin juga menyukai