Anda di halaman 1dari 4

Pilihan Terbaik Resepi Biskut Raya 2008

Nota : Resepi di bawah ini adalah resepi terbaik yg pernah saya cuba. Next year, takyah susahsusah nak test, guna jer resepi ni. Snow Almond saya guna white choc. Next year nak try Colatta. Leh try letak flavor strawberry/orange lak instead of coffee. London Almond pulak mmg best sangat. Biskutnya masih crispy walaupun selepas letak coating choc. Masih guna white choc, sebab white choc tu banyak. Pastu saya letak thousand-thousand. Warna-warni gitu ! Paling best tentulah : NEIMAN-MARCUS COOKIES Bahan: 2 cawan mentega 4 cawan tepung gandum 2 sudu teh baking soda 2 cawan gula 5 cawan oats, dikisar 24 oz chocolate chips 2 cawan gula perang 1 sudu teh garam 18 oz coklat bar, diparut 4 biji telur

2 sudu teh baking powder 2 sudu teh esen vanilla 3 cawan kekacang, dicincang (kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll) Cara 1. Oats dikisar sehingga menjadi halus. 2. Pukul mentega bersama gula dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanilla. 3. Masukkan tepung, oats, garam, baking powder dan baking soda dan gaul adunan sehingga ia sebati. 4. Masukkan pula chocolate chip, parutan coklat dan kekecang. Gaul sehingga adunan sebati. 5. Bulatkan adunan dan atur diatas loyang pembakar 2 inci diantara adunan biskut. 6. Bakar selama 10 minit pada suhu 190C. dapat banyak - 6 botol :) Tapi seminggu Raya dah habis, sebab semua orang suka. Nota : Oat, pakai oat kasar, baru sedap. +++++++ SNOW ALMOND Bahan A/ 110 gm mentega 1/2 sdb shortening 50 gm gula kastor 1/2 sdk esen kopi 1/2 bj kuning telur Bahan B/ 110 gm tepung gandum 25 gm nestum [kisar] 1 sdb coffeemate 35 gm tepung ubi 20 gm serbuk badam Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb] coklat masakan Cara-cara:1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata. 2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan. 3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan. 4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit. 5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih. Resepi ni sangat senang buat. Gelek-gelek, pastu gunting-gunting. Biarkan dia kecil-kecil

sebab nanti nak dicoat dengan choc dan serbuk roti, jadi besar. Untuk cairkan choc, takyah guna double boiler segala. Saya masukkan dalam Microwave dalam 30 secs. Nampak macam tak cair, tp keluarkan juga dan kacau, nanti dia jadi cair. Boleh guna. Cuma jangan cairkan sekali banyak, buat sikit-sikit. +++++++++ LONDON ALMOND MAGNOLIA 250gm butter 150gm gula aising 450gm tpg gandum 1 biji kuning telur 2 sdt emplex badam berkulit (bakar) badam cincang (bakar) 2 cawan cornflakes, kisar halus topping:coklat masakan spry cara:mix butter ngan gula kasi sebati.. masuk kan telur..kacau2 jap campur tepung ngan emplex..uli jap.. ambil tepung sket..masukkan badam berkulit ..wat kasik lonjong2.. pastu bakar 180'C..dlm 10 min atau sampai masak ler.. sejukkan..pastu tarok topping..n tabur badam cincang resepi neh simple tapi mmg sedap bcoz biskut tu tak lemau.. sesetengah almond london neh dier lemau bile tarok choc.. lagi satu tujuan boh emplex tu utk elak biskut masuk angin masak kita dok tarok choc tu..pastu nk keraskan choc..biskut terbiar lamer kat luar ..kan..so kalu boh emplex neh tak de le biskut jadik lemau *tepung tu pon taruk sket2..jgn tuang sume skali..sambil tu uli ler..kalu rase dh cukup lembut tak yah boh abes..adunan neh tak leh keras sgt..nnt mase nk boh badam tu ..dier cam tak leh nk kepal2 jadik lonjong tuh.. ++++++++ BISKUT ARAB Bahan-bahan: 500 gm tepung gandum 250 gm minyak sapi 250 gm gula kastor Cara-cara: 1. Tepung gandum di goreng dahulu. Sejukkan kemudian diayak.

2. Campurkan tepung gandum dengan minyak sapi dan gula kastor. 3. Gaul rata hingga boleh diuli. 4. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam paper cup. 5. Bakar selama lebih kurang 10-15 min. Post

SEMPERIT
SEMPERIT CIKGU SITI
1 tin (340g) butter cap GOLDEN CHURN (Australian butter - tin kaler kuning). 1 tin tepung jagung cap RAMA-RAMA. 1/2 tin tepung gandum (sukat pakai tin tepung jagung td). 1/2 tin susu pekat. 1 cwn gula halus. 1 st esen vanila. 1 st baking powder. 1 bj kuning telur. Cara-caranya: 1. Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, gula dan baking powder. 2. Masukkan kuning telur. Gaul lg. 3. Masukkan susu. Gaul lg. 4. Masukkan butter. Gaul rata dan uli hingga doh lembut dan boleh dimasukkan ke dlm acuan "tekan" semperit. 5. Bakar hingga masak.

Semperit Rasanubari
Satu tin tepung kastard segelas gula segelas majerin lima biji kuning telur. (Cara sama)

Anda mungkin juga menyukai