Anda di halaman 1dari 2

Implikasi teori behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. 1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. a.

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. b. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai. Kamus dewan bahasa menyatakan bahawa maksud matlamat ialah tujuan atau apa-apa yg hendak dicapai dlm sesuatu usaha. Dalam proses pengajaran pula, guru memang memerlukan kepada penetapan matlamat yang spesifik. Bahkan semua pekerjaan pun memerlukan kepada adanya matlamat bagi memastikan sesuatu perkara yang dilaksanakan dapat dicapai matlamatnya. Matlamat ini juga dapat menentukan sama ada sesuatu yang dilaksanakan itu selesai ataupun tidak. Bagaimana dapat kita pastikan usaha kita ini berjaya atau tidak jika tiada sesuatu yang dapat kita jadikan sebagai pengukur. Maka pastinya matlamat yang jelas perlulah dinyatakan secara spesifik. Matlamat akhir merupakan matlamat yang paling penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan mengikut peraturan dan panduan yang sebenarnya. Namun matlamat akhir memerlukan pernyataan yang jelas agar usaha yang dilakukan tidak menyimpang dari landasan yang sebenar. Apabila matlamat akhir yang diingini itu dapat difahami dengan jelas maka akan lebih mudahlah pihak guru untuk melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Matlamat juga haruslah bersifat realisitik dan boleh dicapai. Jika matlamat yang dinyatakan itu adalah mustahil atau tidak realistik maka segala usaha yang dilakukan hanyalah sia-sia belaka. Bagaimana hendak mencapai sesuatu matlamat jika ia memang tidak mampu untuk dipenuhi? Inilah yang ditekankan apabila sesuatu matlamat hendak ditetapkan. Ianya mestilah lojik, yakni mampu untuk digapai. Matlamat yang jelas dan mantap akan membantu guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran mereka berjaya. 2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran a. Objektif hendaklah khusus. b. Satu objektif bagi satu langkah kecil. Sememangnya objektif dapat membantu guru dalam langkah pengajaran. Objektif dapat membantu guru dengan memandu mereka ke arah matlamat yang hendak dicapai. Objektif membawa maksud sesuatu yang khusus untuk dicapai. 3. Buat analisis tugasan. a. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil. 4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat. a. Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. b. Susunan langkah hendaklah secara progresif/ansur-maju. c. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepada langkah seterusnya. 5. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai. a. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah laku. b. Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai. i. Berdasarkan masa:

6.

7.

8.

9.

1. Masa tetap dan masa berubah. ii. Berdasarkan kandungan : 1. Nisbah tetap dan nisbah berubah. Aplikasi hukum kesediaan. a. Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. b. Sediakan situasi yang memberangsangkan. c. Cungkil rasa ingin tahu/motivasi pelajar. Aplikasi hukum latihan. a. Banyakkan pengulangan dan latih tubi. b. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai. Aplikasi hukum kesan dan akibat. a. Adakan aktiviti pengukuhan. b. Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. c. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran. Sediakan amalan bilik darjah yang mesra. a. Amalan rutin belajar. b. Amalan rutin keceriaan. c. Peraturan bilik darjah yang positif. d. Amalan dinamika kumpulan. e. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

Anda mungkin juga menyukai