Anda di halaman 1dari 1

RESEPI: CARA MEMBUAT CAPATI LEMBUT

http://balannambiar.wordpress.com/2012/01/03/resepi-cara-membuat-capati-lembut/

BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung atta. 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan) 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. air untuk membuat doh. Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas. CARA-CARA MEMBUATNYA: 1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut. 2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras). 3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci. selepas itu pusingkan doh itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain. 4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang sedang memadai . Sebelum masukkan doh telah leperkan itu, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Masukkan dalam kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat. Bila kenakan tekanan anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Terbalikan dan bakar sebelah, seperti yang diterangkan. 4. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.

Anda mungkin juga menyukai