Anda di halaman 1dari 9

1.

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita sebagai manusia tidak lari

daripada membuat keputusan. Kita juga sering kali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita untuk membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, pentaksiran, pengujian dan penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.

Pentaksiran, pengujian dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sebagai seorang guru, kita perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai oleh pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

1.1

PENTAKSIRAN Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin

yang membawa maksud duduk bersama dengan murid dan mengesahkan respons adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. (dipetik dari Nur Aifaa Abdullah, 2011)

Mengikut David Lambert dan David Lines (2000), pentaksiran dari segi definisi adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respons murid kepada tugas pendidikan. (dipetik dari Nur Aifaa Abdullah, 2011)

Manakala menurut Gearheart (1990) pula, pentaksiran adalah prose pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. (dipetik dari Nur Aifaa Abdullah, 2011)

Seterusnya,

merujuk

Lembaga

Peperiksaan

Malaysia

(2000),

pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan

kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. (dipetik daripada Azizi Ahmad & Mohd Isha b. Awang, 2006)

Mokhtar Ismail pula berpendapat bahawa pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.

Berdasarkan kepada pendapat-pendapat yang telah dikemukakan di atas, Salvia dan Yseldyke (1978) pula menyatakan pendapat mereka bahawa pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar seta untuk membuat keputusan. (dipetik dari Nur Aifaa Abdullah, 2011)

Secara konklusinya, pentaksiran boleh dikonsepkan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti merekod, menterjemah serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.

1.2

PENGUJIAN Menurut Abdul Rahim M. Ali (2001), pengujian merupakan satu prosedur

yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu. Pengujian ialah satu prosedur menilai seorang pelajar dan menggredkan mereka kepada dua kategori sahaja iaitu lulus atau gagal.

Azizi Ahmad dan Mohd Isha b. Awang (2006) pula berpendapat bahawa pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Mengikut Ee Ah Meng & Tan Hui Leng (1996), pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem.

Pengujian merupakan konsep yang paling terhad dan merujuk kepada satu teknik memperoleh maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ia ditakrifkan sebagai suatu kaedah atau prosedur yang sistematik untuk mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang itu. (Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar, 1997)

Manakala merujuk R.M. Gagne dalam bukunya The Condition of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. (Dipetik daripada Mok Soon Sang, 1994).

Kesimpulannya, pengujian merupakan satu proses yang sistematik bagi mengukur semua aspek tingkah laku atau perubahan pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.

1.3

PENILAIAN Penilaian ialah satu proses mengukur dan membuat pertimbangan

tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Satu proses di mana maklumat yang didapati daripada beberapa sumber digunakan untuk membuat pertimbangan nilai (value judgement) atau keputusan terhadap seseorang individu, objek atau program. (Abdul Rahim M. Ali, 2001).

Manakala, menurut Ee Ah Meng & Tan Hui Leng (1996), penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang wajar.

Di dalam buku Educational Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D. Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses

menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktivitiaktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. (Dipetik daripada Mok Soon Sang, 1994).

Mengikut Kamarudin Hj Husin (1988) pula, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang

berguna

dalam

menentukan

sesuatu

prestasi.

Ia

membenarkan

kita

menaksirkan takat markah pencapaian murid secara efektif dan bermakna.

Gay (1985) pula berpendapat bahawa Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. (Dipetik daripada Azizi Ahmad et.al 2006)

Justeru itu, penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam mengumpul, menganalisis dan mentafsir maklumat bagi menentukan tindakan yang selanjutnya.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sen. Bhd.

Azizi Ahmad & Mohr Isha B. Awang. (2006). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 3 Komunikasi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Modul

BMM3103

Pentaksiran

Bahasa

Melayu

Sekolah

Rendah.

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=konsep%20pentaksiran&source=w eb&cd=5&ved=0CEwQFjAE&url=http%3A%2F%2Fipks.edu.my%2Findex.php% 3Foption%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_view%26gid%3D248%26tmpl%3 Dcomponent%26format%3Draw%26Itemid%3D41&ei=V3SOT7z7GtDprQfIy6G PAg&usg=AFQjCNEnaqmlqitD74e4YFZf5QUDZQfYfQ&cad=rja

Mok Soon Sang (1994). Penilaian, Pemulihan, dan Pengayaan dalam Pendidikan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mokhtar Ismail, (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Nur Aifaa Abdullah (2011) http://www.scribd.com/doc/59419060/2/MaksudPentaksiran

Raminah Hj. Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng & Ee Ah Meng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan Asas Pendidikan 3. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai