Anda di halaman 1dari 9

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

Pendahuluan Teori memainkan peranan penting dalam menjalankan penyelidikan di mana ia memainkan peranan samada sebagai garis panduan atau rujukan terhadap setiap kajian yang dilakukan. Namun, aplikasi teori berbeza mengikut jenis kajian yang dilakukan samada kajian kualitatif atau kajian kuantitatif Bagi kajian kuantitatif, teori dijadikan sebagai sumber di mana hipotesis diperolehi daripada teori yang kemudiannya digunakan untuk mereka bentuk kajian dan pembinaan instrument kajian. Manakala bagi kajian kualitatif pula, teori dihasilkan daripada penilaian atau pemahaman dapatan kajian yang diperolehi (Robinson et al, 2004). Ini berbeza sama sekali antara kedua jenis kajian ini di mana kajian kuantitatif lebih bersifat deduksi dan kajian kualitatif pula lebih bersifat induksi. Namun kedua-dua kajian melibatkan teori dalam pelaksanaan kajian tersebut samada digunakan di peringkat awal atau dihasilkan di peringkat akhir. Dapat disimpulkan teori berperanan mempengaruhi jenis pendekatan setiap jenis kajian. Bagi kuantitatif, pendekatan secara deduksi di mana ia lebih kepada pengujian teori dan bagi kualitatif, ia lebih kepada pendekatan induksi dengan bertujuan untuk generalisasikan teori yang dibina (Robinson et al, 2004). Namun, kaedah induksi dan deduksi ini bukanlah eksklusif untuk setiap kajian semata. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah untuk menghubungkaitkan teori ke dalam setiap penyelidikan dimana kedua kaedah ini merupakan cara bagaimana teori itu berperanan di dalam satu pnyelidikan itu iaitu samada secara induksi atau deduksi (Lebar, 2006). Dalam menjalankan penyelidikan, kedua-dua proses ini adalah saling berkait di antara satu sama lain. Teori dan keperluannya Therio atau teori bermaksud permandang dalam bahasa Yunani. Dari segi bahasanya teori dapat diterjemhkan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakanya dalam bentuk suatu pandangan. Sambrook et al (2011) mentafsirkan teori sebagai satu sistem atau

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

siri anggapan yang bertujuan untuk menjelaskan sesuatu. Berdasarkan definisi yang diberikan, teori berperanan sebagai panduan untuk menjelaskan mengenai suatu perkara atau fenomena yang berlaku. Teori boleh digunakan untuk menjelaskan bukan untuk satu fenomena atau kejadian tertentu, malah boleh menjelaskan semua fenomena yang berkaitan dengan teori tersebut. Namun, teori bukanlah satu rujukan, data, senarai pemboleh ubah atau diagram, namun kesemua elemen ini boleh digunakan untuk menghasilkan teori atau terhasil daripada teori. Begitu juga dengan andaian di mana teori boleh digunakan untuk menyokong sesuatu andaian atau untuk menghasilkan satu andaian (Sambrook et al, 2011). Teori yang bersesuaian mampu membantu penyelidik memperolehi hasil kajian yang diperlukan. Setiap teori juga mempunyai peranan tersendiri seperti contoh teori dalam psikologi dan kepimpinan memainkan peranan sebagai cara untuk mengawal atau mempunyai autoriti dalam kelas. Teori turut membantu penyelidik membina satu kajian berdasarkan kesesuaian teori dan isu yang diperolehi. Yahaya (2007) menyatakan terdapat 2 jenis teori kebenaran pengetahuan iaitu teori koherensi dan teori koresponden. Teori koherensi menekankan pernyataan dikatakan benar dan pasti apabila fakta itu tidak bertentangan dengan pernyataan sebelumnya manakala teori koresponden pula menekankan pernyataan dikatakan benar apabila pernyataan itu menunjukkan fakta atau realiti yang sebenar. Kedua teori ini adalah penting bagi memastikan kebenaran jawapan yang diperolehi. Teori ini membantu penyelidik sebagai garis panduan dalam mendapat dan menganalisis data. Teori dalam pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat mazhab utama iaitu kognitif, behavioris, social dan humanis. Kesemua teori ini menjadi panduan bagi para pendidik khususnya dalam merangka kaedah pengajaran yang akan dijalankan. Dalam penyelidikan kualitatif, teori kognitif merupakan teori yang sesuai digunakan kerana teori ini memudahkan sesorang memahami mengenai bagaimana manusia berfikir (Rossow, 2012). Dengan itu, seorang penyelidik akan dapat menyediakan instrument yang mudah untuk dijawab oleh responden dalam memberikan kerjasama. Namun, teori kognitif semata tidak cukup untuk memenuhoi keperluan dalam kajian kualitatif. Oleh itu, Rossow (2012) turut menyenaraikan teori-teori lain yang sesuai dalam penyelidikan kualitatif iaitu Teori Persepsi, Teori Identiti dan Fenomenologi. Ketiga-tiga teori ini dapat dijelaskan seperti berikut:

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

i.

Teori Persepsi: melihat bagaimana otak manusia menilai dunia sebenar. Ia menggambarkan cara pemikiran manusia

ii.

Teori Identiti: melihat bagaimana manusia menilai diri mereka sendiri dan dimana mereka meletakkan diri mereka dalam dunia sebenar. Ini boleh membantu penyelidik mengelaskan responden dengan lebih teratur.

iii.

Fenomenologi: merupakan satu kajian yang mengkaji mengenai pengalaman responden dari pandangan mereka sendiri. Melalui kajian ini, penyelidik dapat memahami sesuatu isu dari sudut pandangan responden sendiri.

Dalam pengguanaan teori, apa yang penting adalah bagaimana sesuatu teori itu diuji (Sambrook et al, 2011). Terdapat beberapa cara teori diuji antaranya melalui perbandingan pembuktian melawan pemalsuan. Dalam kajian positivism logik, teori merupakan tidak bergantung kepada fenomena yang dikaji untuk mendapatkan penjelasan atau penerangan. Pemerhatian sebenar atau kajian tersebut merupakan apa yang ingin dijelaskan oleh teori tersebut dan merupakan salah satu cara bagaimana teroi diuji dan disahkan. Pemalsuan pula merupakan kaedah yang mana menafikan atau memalsukan pemasalahna falsafah yang tidak benar, bertentangan dengan pengesahan yang mana mengesahkan teori dengan menguji dan kemudiannya mengesahkan kebenarannya. Kaedah pemalsuan ini melibatkan usaha menyelesaikan antara dua permalsahan falsafah yang berkaitan. Kaedah ini terhasil berikutan kesukaran untuk menilai kesemua fenomena di bawah satu penyelidikan. Kaedah ini dibangunkan oleh Karl Popper pada 2002 (Sambrook et al, 2011). Peringkat-Peringkat Teori Dalam penulisan oleh Bryman (2001) dalam Lebar (2006) menyatakan terdapat dua peringkat dalam teori yang terdiri daripada peringkat pertama iaitu teori peringkat pertengahan (middle range) dan peringkat kedua iaitu teori peringkat besar (grand theory). Teori middle range dibina oleh Robert K. Merton yang digunakan dalam sosiologi untuk memandu persoalan dalam empirical. Ia merupakan satu pertengahan bagi teori umum dalam sistem sosial yang mana terlalu jauh daripada kelas terteantu bagi perlakuan sosial, organisasi dan perubahan bagi apa yang diperhatikan dan juga bagi setiap perincian yang tidak digenerelisasikan (Merton, 1949). Teori ini membantu pendekatan bagi setiap perkara

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

tersebut dalam kajian yang dilakukan . Boudon (1991) mendefinisikan teori peringkat pertengahan ini sebagai komitmen bagi 2 idea yang terdiri daripada yang positif dan negatif. Idea yang positif menyatakan apa peranan teori sepatutnya yang mana bagi teori sosiologi, ia sepatutnya berperanan menyatukan sebaliknya memisahkan antara hipotesis dan kebiasaan dalam empirikal. Ini bermakna, teori yang berjaya disahkan akan menyatukan kebiasaan dalam empirikal dan juga memisahkan yang tidak disahkan. Manakala idea yang negatif pula berkaitan apa yang teori ini tidak dapat nyatakan iaitu ianya adalah tidak berguna untuk cuba menilai atau menentukan sebarang pembolehubah yang tidak bersandar yang akan berperanan dalam kesemua proses social, atau cuba untuk menentukan ciri yang asli atau sejati kepada struktur sosial atau cuba mendapatkan dua, tiga atau empat konsep yang akan mencukupi untuk digunakan bagi menganalisa kesemua fenomena social. Ini bermakna di dalam teori sosiologi, tiada satu teroi utama atau tunggal yang boleh menjelaskan atau melambangkan kesemua perkara berkaitan bidang sosiologi ini termasuklah fenomena yang berlaku. Teori kedua iaitu teori peringkat besar (grand theory) merupakan satu teori yang mencuba untuk menjelaskan keseluruhan kehidupan sosial, sejarah atau pengalaman manusia. Ia bertentangan dengan empirisme, positivisme atau pandangan lain yang menyatakan pemahaman hanya boleh diperolehi melalui kajian sesetengah kejadian, masyarakat atau fenomena (Quentin, 1985). Teori ini menjelaskan secara keseluruhan mengenai satu fenomena sosiologi. Teori besar mengandungi definisi, konsep, pemboleh ubah, kenyataan dan yang penting, format teoritikal yang cuba memahami isu , strategi teoritikal dan pelbagai bentuk klasifikasi (Lebar, O. 2006). Teori ini merangkumi setiap aspek yang diperlukan untuk menjelaskan fenomen sosiologi secara keseluruhan. Peringkat-peringkat teori ini bergerak dari pertengahan kepada yang lebih besar. Teori peringkat pertengahan jika dilihat hanya melibatkan separuh daripada fenomena sosiologi yang berlaku manakala teori besar pula cuba untuk merangkumi keseluruhan fenomena sosiologi yang berlaku. Maka apabila dalam satu penyelidikan kualitatif, jika teori besar ini berjaya dihasilkan, maka generalisasi yang dibuat berkenaan teori tersebut akan dapat menggambarkan keseluruhan fenomena sosiologi yang telah dikaji.

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

Bagi teori sosial, untuk berkembang dengan lebih berkesan, ianya perlu melalui perancangan yang berkaitan iaitu teori ini haruslah boleh menghasilkan satu hipotesis yang boleh dikaji secara empirical dan ianya juga haruslah boleh ditambah nilai atau boleh diperkembangkan lagi yang mana satu teori yang mencukupi untuk mencantumkan atau menggabungkan pelbagai teori kepada satu kumpulan tertentu (Merton, 1949). Dengan itu, satu teori yang kukuh dapat dihasilkan dan kesahihannya dapat disahkan dan diguna pakai dengan lebih meluas. Hubungan antara teori sosial dan penyelidikan sosial Penghasilan teori lazimnya membabitkan bidang sains tulen di mana bidang ini menghasilkan banyak teori bagi menjelaskan sesuatu fenomena, bersesuaian dengan tafsiran teori yang dinyatakan. Ini menyebabkan terdapat sesetengah kumpulan atau golongan dalam bidang sains sosial ini menolak penggunaan teori sebagai konsep dalam sains sosial sebagaimana ianya digunakan dalam bidangsains tulen. Terdapat juga yang mempersoalkan mengenai kesesuaian penggunaan teori ini dalam sains sosial (Sambrook dan Harte, 2007). Namun, ini tidak bermakna di dalam sains sosial, teori tidak langsung digunakan kerana masih terdapat sesetengah mereka yang berpendapat sains sosial masih lagi dalam lingkungan bidang sains, maka pengggunaan teori masih lagi relevan dan bersesuaian dengan meletakkan samada tulen atau sosial bidang sains itu sebagai tidak memainkan peranan. Merton (1949) menjelaskan teori sosial sebagai rujukan kepada satu set pernyataan yang berhubung secara logik yang mana keseragaman empirikal boleh diperolehi. Melalui teori sosial ini, pernyataan baru berkenaan empirikal boleh dihasilkan berdasarkan penyelidikan sosial yang dilakukan. Dalam konteks sains sosial itu sendiri, teori masih lagi diragui penggunaannya. Ini kerana masih terdapat kritikan yang mengatakan teori sosial ini tersasar jauh daripada isu dan masalah dunia sosial kerana ianya dikatakan terlalu umum serta terhad persekitaranny (Lebar, 2006). Perkara ini diselesaikan melalui penyelidikan sosial yang mana melalui penyelidikan sosial seperti interprevitisme, teori dan data yang diperolehi dalam sesbuah kajian akan dikait rapat kan dalam pemerhatian harian. Melalui nya, isu dan cadangan bersifat teoritikal dapat dihasilkan. Maka, untuk teori sosial ini berfungsi denga baik, atau difahami dengan lebih

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

bermakna, penyelidikan sosial harus dijalankan . Keduanya saling memerlukan bagi memenuhi keperluan masing-masing. Dalam penyelidikan sosiologi, penyelidik menggunakan teori sosial sebagai panduan menjalankan kajian. Dalam menjalankan kajian ini, ahli sosiologi kebiasaannya akan mencuba untuk membangunkan satu sistem teori sosiologi yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam satu masa berbanding satu teori yang hanya menyelesaikan satu masalah. Dalam keterujaan ini, terdapat sesetengah penyelidik yang memilih untuk kea rah system teori sains berbanding sistem falsafah. Kaedah ini kebiasaannya akan menyebabkan penyelidik merujuk kepada salah satu salah faham konsep tentang sains. Salah faham yang pertama adalah merujuk kepada satu sistem pemikiran boleh dihasilkan melalui pemerhatian yang pelbagai yang dikumpulkan (Merton, 1949). Konsep ini bermakna, satu pemahaman itu wujud setelah melalui pelbagai siri penyelidikan atau pemerhatian. Ini adalah tidak bersesuaian dengan teori sosiologi yang mana teori ini lebih kepada penghasilan daripada satu individu sepenuhnya tanpa melibatkan pelbagai penyelidikan daripada pelbagai pihak. Hal ini dinyatakan oleh L. J. Hernderson dalam Merton (1949) yang mana bagi sains tulen, teori dan sistem diskripsi terhasil melalui adaptasi kepada peningkatan pengalaman dan pengetahuan ramai penyelidik manakala bagi sains sosial pula, satu sistem teori terhasil memlaui pembinaan sepenuhnya daripada pemikiran seorang individu. Oleh itu, untuk mengaplikasikan teori atau konsep sains tulen kepada sains sosial adalah tidak begitu bersesuaian. Salah faham konsep kedua pula adalah mengenai sains fizikal yang mengandaikan setiap hasilan budaya yang terhasil pada masa yang sama mempunyai tahap kematangan yang sama. Hal ini berlaku berikutan sejarah antara sains fizikal dan sains sosial yang muncul pada tahun yang sama menyebabkan penyelidik ahli sosiologi cenderung untuk membandingkan antara keduanya dengan menganggap ianya adalah setaraf. Hal ini tidak benar kerana perlu diingat, walaupun keduanya terhasil pada masa yang sama namun, sepanjang tempoh kewujudannya, setiap kategori sains ini telah melalui pelbagai kajian dan perubahan yang menyebabkan tahap kematangan dan kesempurnaan masing-masing berbeza.

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

Salah faham konsep ketiga adalah dimana apabila ahli sosiologi sendiri tidak memahami kedudukan sebenar teori dalam sains fizikal yang mana teori bagi sains faizikal masih lagi belum mempunyai satu sistem keseragaman yang lengkap. Ahli penyelidikan dalam bidang sains fizikal ini lebih cenderung menyelesaikan permasalahan berkaitan sains berbanding menghasilkan satu sistem teori yang seragam dan lengkap. Hal ini diakui sendiri oleh ahli sains fizik dan ini sepatutnya disedar oleh ahli sosiologi sebelum menjalankan penyelidikan dengan tidak merujuk kepada sains dan sebaliknya merujuk kepada falsafah dalam membina sistem teori sosial mereka. Antara salah satu cara untuk menerapkan teori dalam kajian kualitatif adalah melalui penggunaan pemetaan konsep. Pemetaan konsep merupakan gambaran visual tentang teori yang sedang diusahakan , gambaran tentang apa yang difikirkan sedang berlaku berkaitan dengan fenomena yang dikaji (Lebar, 2006). Melalui pemetaan konsep, penyelidik dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana teori akan diterapkan ke dalam kajian yang dilakukan.

Kesimpulan Dalam menjalankan kajian, teori haruslah dititik beratkan. Bagi kajian kualitatif, ianya berkenaan penghasilan satu teori baru hasil daripda dapatan kajian yang digeneralisasikan. Namun, terdapat juga kajian kuelaitatif yang turut merujuk kepada teori sedia ada sebagai panduan dalam mewujudkan satu teori baru ini. Merton (1949) menyatakan sekiranya penumpuan hanya diberikan kepada satu teori semata, ianya akan memberikan risiko satu hipotesis yang spesifik akan dihasilkan yang mana hipotesis ini hanya berkisar kepada perlakuan sosial, organizasi dan perubahan yang terhad dan berubah. Namun, sekiranya penumpuan kepada satu sistem teori secara keseluruhan dengan melibatkan teori yang lebih besar, ianya akan melibatkan satu rangkaian yang sangat luas termasuklah perkara yang telah lepas yang masih berkaitan dengan teori tersebut. Bagi mengelakkan permasalahan dalam penghasilan teori ini khususnya dalam sosiologi yang melibatkan kajian kualitatif sejara majoritinya, setiap ahli penyelidik haruslah tidak mementingkan diri sendiri dengan menghasilkan sistem teori mereka sendiri (Merton, 1949). Walaupun ianya mampu melambangkan tahap pencapain individu namun, dalam sains

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

sosial ini, ianya berbeza berbanding cabang sains yang lain. Dalam sains sosial ini, teori turut dihasilkan melaului pencantuman daripada pelbagai teori tahap pertengahan dan menghasilkan satu teoti baru. Kaedah ini adalah lebih unik kepada sains sosial dan dapat menghasilkan satu teori yang mantap berbanding pembinaan teori berasaskan skema konsep yang utama . Oleh itu, teori dalam kualitatif sememangnya merupakan satu elemen utam kerana kajian kualitatif itu sendiri bertujuan untuk menghasilkan satu teoti baru. Penyelidik harus mengatahui perkara-perkara yang boleh membantu dalam menghasilkan teori yang kukuh dan tinggi kesahihannya bagi memastikan ianya boleh dijadikan rujukan dalam penyelidikan seterusnya dan diguna pakai dalam satu tempoh yang lama serta boleh dikembangkan lagi oleh generasi penyelidik akan datang.

TEORI DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

RUJUKAN

Boudon, R. (1991). What Middle-Range Theories Are. Contemporary Sociology Vol. 20 (4). Pp 519-522 Bryman, A.(2001). Social Research Methods. Dalam Lebar, O. (2006). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim Lebar, O. (2006). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim Merton, R. K (1949). On Sociological Theories Of The Middle Range. Pp. 39-53 From Robert K. Merton, Social Theory And Social Structure (New York: Simon & Schuster, The Free Press, 1949) Quentin, S. (1985). The Return Of Grand Theory In The Human Sciences: Cambridge Dalam Wisdom Supreme (2004-2012). Grand Theory. Dicapai Dari Http://Www.Wisdomsupreme.Com/Dictionary/Grand-Theory.Php Pada Mei 8, 2012. Robinson, B., Walker, R. Dan Spratt, C. (2004). Module A5:Mixed Research Methods. Commonwealth Of Learning:UK Rossow, A. (2012). Grounding Qualitative Research In Cognitive Theory. Dicapai Dari Http://Www.Imoderate.Com/Grounding-Qualitative-Research-In-Cognitive-Theory-3 Pada Mei 6, 2012. Sambrook, S., Harte, V. Dan Stewart, J. (2011). What Is Theory?. Journal Of European Industrial Training. Vol 35 (3). Pp 221-229 Yahaya, A. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis Dan Interpretasi Data. PTS Professional Publishing Sdn Bhd: Selangor

Anda mungkin juga menyukai