Anda di halaman 1dari 29

Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 2 /Bab 9) Perkembangan Tamadun

Islam (Pendidikan Zaman Abbasiyyah)

OBJEKTIF Bab 9 Mengenali dan mengetahui sistem pendidikan Abbasi. Mengenal pasti sejarah perkemb angan pendidikan Kerajaan Abbasiyyah Mendalami contoh institusi pendidikan pada z aman Kerajaan Abbasiyyah. Bab 9 / 2

PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYYAH Perkembangan pendidikan Abbasi ialah kesinambungan era Umawi. Masjid dan kuttab m enjadi institusi pendidikan yang utama. Kurikulum turut ditambah dan mengalami p erubahan dari satu zaman dengan zaman yang lain. Kuttab: Tempat mengajar menulis , membaca dan pembelajaran asas ilmu bahasa. Masjid: Dianggap sebagai institusi pengajian tinggi; ajar Tafsir, Hadith, Fiqh, Falak, Sastera, Usul dan Tawhid. Bab 9 / 3

PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYYAH Para pelajar perlu mengukur kelayakan mereka untuk mengikut pengajian di masjid. Pengajian di masjid dikenali sebagai halaqah. Halaqah ini dikenali pula Madrasa h sesuatu ilmu seperti Madrasah al-Quran. Tidak semua masjid dianggap sebagai IPT ; hanya masjid tertentu sahaja. Para pensyarah dilantik oleh kerajaan. Kurikulum dipantau oleh satu badan yang dikenali sebagai Naqib al-Hashimiyyin. Bidang pal ing aktif ialah perundangan. Bab 9 / 4

PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYYAH Aspek perundangan juga turut diminati oleh Khalifah bagi memudahkan urusan atau permasalahan rakyat yang muncul. Perbincangan atau perdebatan giat berlaku di ma sjid dengan tujuan untuk mendapat penyelesaian masalah. Halaqah ini turut berper anan sebagai majlis fatwa. Ia bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian undang -undang bagi membantu Khalifah. Khalifah terlibat secara langsung dlm halaqah. Bab 9 / 5

INSTITUSI AL-AZHAR Ia diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyyah (zaman Abbasiyyah juga) yang bermazhab Syia h. Al-Azhar sebenarnya merupakan sebuah masjid yang dibina khas untuk tentera Fa timiyyah yang bermazhab Syiah Ismailiyyah. Masjid ini dibina pada tahun 361H dan dikenali sebagai Jami al-Azhar. Ia menjadi simbol kehebatan kerajaan Syiah Fatimi yyah. Perkembangan ini tidak disenangi Abbasi. Bab 9 / 6

INSTITUSI AL-AZHAR Antara yang diajar di al-Azhar ialah pengajaran tafsir al-Quran menurut pandangan Syiah. Turut diajar ialah kelas fiqh Syiah. Al-Azhar menjadi pusat pendidikan S yiah yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Fatimiyyah di Kaherah. Asram turut dibina; dari masjid menjadi sebuah institusi pendidikan masyhur. Selain al-Quran dan fiqh, dakwah Syiah turut diberi perhatian. Ilmu bukan agama turut diajar. Bab 9 / 7

INSTITUSI AL-AZHAR Contoh ilmu: sastera, mantiq dan hisab. Forum perbincangan hanya dikhaskan untuk ulama Syiah sahaja. Al-Azhar menjadi pusat pengajian Syiah selama hampir 2 abad . Namun ia gagal mensyiahkan penduduk Kaherah yang berfahaman Sunni. Fatimiyyah berjaya ditewaskan oleh Salah al-Din al-Ayyubi pada 1171M. Al-Azhar tukar jadi p usat pengajian Sunni. Ayyubiyyah tunduk patuh kepada Kerajaan Abbasiyyah di Baghd ad. Bab 9 / 8

INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH Penubuhan institusi ini dianggap sebagai kemuncak aspek pendidikan di Baghdad. I a ditubuhkan oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk pada tahun 1065M. Wilayah lain t urut mencontohi penubuhan institusi ini. Institusi pendidikan muncul di Naysapur , Isfahan, Herat, Marw dan Mawsil. Penubuhan institusi ini menjadi trend. Al-Niz amiyyah dibina pada zaman Banu Saljuq mentadbir Abbasiyyah. Khalifah hanya simbol pemerintahan sahaja. Bab 9 / 9

INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH Banu Saljuq berjaya ketepikan Banu Buwayh yang bermazhab Syiah daripada menerusk an kekuasaan di Baghdad. Penubuhan institusi ini oleh Perdana Menteri menunjukka n kuasa yang dimiliki. Beliau berjaya mengenepikan Khalifah Abbasiyyah dan juga S ultan Saljuq. Institusi ini mengandungi tiga fakulti; syariah, usuluddin dan sai ns kemanusiaan. Semua pensyarah dilantik oleh kerajaan. Tujuan penubuhan: melati h cendekiawan untuk berhadapan dengan golongan Syiah. Bab 9 / 10

INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH Pendekatan dilakukan secara ilmiah. Saljuq perlu menghadapi kerajaan Syiah Fatim iyyah di Mesir, Idrisiyyah di Maghrib dan sebelum ini Buwayh di Baghdad. Permasa lahan yang timbul ialah idea dan pendekatan Syiah yang nyata berbeza dengan Sunn i. Al-Nizamiyyah adalah berasaskan mazhab Syafie, meskipun Nizam al-Mulk adalah mazhab Hanafi. Antara tokoh al-Nizamiyyah: Abu Ishaq alShirazi, Abu Hamid al-Gha zali, Ibn Shaddad. Bab 9 / 11

INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH Sokongan padu Nizam al-Mulk terhadap golongan Shafiiyyah menyebabkan mazhab lain tidak senang dengan polisi itu. Peranan utama al-Nizamiyyah adalah untuk memeran gi pengaruh Syiah. Dua abad selepas al-Nizamiyyah, muncul pula institusi lain ya g turut masyhur dalam sejarah pendidikan Abbasiyyah. Nama: al-Mustansiriyyah yang dibina oleh Khalifah al-Mustansir b. al-Zahri pada 625H. Ia dianggap bangunan t ercantik dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik. Bab 9 / 12

INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH Tujuan penubuhannya adalah untuk menghapuskan kesan-kesan pemerintahan Saljuq. I ni memandangkan muncul pergeseran antara Khalifah dan pemerintah Saljuq selepas kematian Nizam al-Mulk. Segala kelengkapan diberikan secara percuma (pakaian dan biasiswa). Dibuka untuk semua mazhab, bukan satu mazhab sahaja. Syiah dikecuali kan. Ini sesuai dengan peranan Khalifah sebagai pelindung semua umat Islam. Bab 9 / 13

INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH Al-Mustansiriyyah dianggap sebagai IPT terbesar dengan dewan kuliah, asrama, mas jid, bangunan pentadbiran & hammam. Ia mengandungi 4 iwan (fakulti/dewan) yang d ikhaskan untuk 4 mazhab utama Islam. Setiap iwan mempunyai profesor dan muridnya sendiri. Selain ilmu agama, ilmu lain turut diajar seperti adabiyyah, riyadiyya h, aqliyyah dan tabiiyyah. Mempunyai Dar al-Quran dan Dar al-Hadith sendiri. Bab 9 / 14

INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH Ketua pentadbiran (nazir) ialah Qadi Abu alNajib Abd al-Rahman al-Tikriti. Beliau dibantu oleh beberapa penyelia dan pegawai rendah. Seramai 29 orang diambil ber tugas untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran institusi al-Mustansiriyyah. Ia ju ga mempunyai musalla dan imam tersendiri bagi setiap mazhab. Selain al-Nizamiyya h dan al-Mustansiriyyah, terdapat hampir 75 IPT lain di seluruh jajahan Abbasiyya h. Bab 9 / 15

RUMUSAN Zaman Abbasiyyah menyaksikan pencapaian aspek pendidikan menerusi penubuhan alNiz amiyyah dan al-Mustansiriyyah. Al-Azhar turut ditubuhkan oleh Kerajaan Fatimiyya h untuk menyebarluaskan pengaruh dan fahaman Syiah. Perkembangan pendidikan Abbas i telah diperkemas dan diperkukuhkan dengan mengambil kira semua mazhab dan raky at. Kebanyakan IPT zaman Abbasiyyah telah musnah, sama ada oleh musuh atau alam. Al-Mustansiriyyah masih kekal hingga kini. Bab 9 / 15

Bendera Abbasiyyah Istana lama zaman Abbaisyyah

Al-Mustansiriyyah (dari luar)

Al-Mustansiriyyah (dari dalam)

Gerbang al-Mustansiriyyah Menara Masjid di Samarra

Kota Rusafah (dari luar)

Kota Rusafah (dari dalam)

Anda mungkin juga menyukai