Anda di halaman 1dari 20

PENGGUNAAN SIMBOL (+) DAN (-) PADA KAEDAH AVU ZAR ZAD MEMBANTU MURID MENYAMBUNG DAN MENULIS

JAWI

NURIATI BINTI ABDULLAH NORHANNAN BINTI RAMLI Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPG Kampus Pendidikan Islam me_wana_tiey@yahoo.com hanan27@yahoo.com

ABSTRAK

Murid-murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1 sering berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Mereka tidak kenal tujuh huruf penting sebagai kunci untuk menyambung huruf-huruf dengan betul iaitu huruf ALIF ( ), VA ( ), WAU ( ), ZAI ( ), RO (

), ZAL ( ) dan DAL ( ) yang diringkaskan (akronim) menjadi AVU ZAR ZAD. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mencari suatu pendekatan terbaik dengan menggunakan formula paling mudah iaitu melalui penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD bagi membantu murid menyambung serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh disambung. Kajian tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kajang, Selangor ke atas murid-murid tahun 3 yang lemah dalam menulis jawi dengan menggunakan latihan dan ujian, pemerhatian serta temu bual.Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan prestasi selepas murid-murid ini diperkenalkan dengan penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD ini.

Kata kunci : inovasi, simbol (+) dan (-), kaedah AVU ZAR ZAD, menyambung huruf jawi 1

Latar Belakang Kajian Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari pada waktu persekolahan sedia ada atau yang belajar pada masa tambahan di sekolah agama petang mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.

Kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalansoalan yang menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya,mengenalpastimasalah dalam menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk menanam minat murid menulis jawi (Mohammad Amin Dan, 2009).

NorhawatiSalimuddin

(2000)

dalam

kajian

ShazanaMuhamedSaad

(2009)

menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan jawi bukanlah semudah seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. Oleh itu,

kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental.

Usaha untuk melahirkan murid yang berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika murid yang saya fokuskan dalam kajian ini iaitu di SK Sungai Ramal Dalam mengalami masalah menguasai kemahiran menulis jawi.Murid-murid Tahun 3 Dedikasi menunjukkan mereka berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal jawisewaktu saya mengajar tajuk perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

Murid-murid saya ini ada yang hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi, dan ada juga yang boleh menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung huruf-huruf tunggal jawi dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan jawi. Bagi kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan yang sering saya terima daripada para pelajar diantaranya ialah ustazah, huruf alif boleh disambungkan tak dengan huruf dal? Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya?.

Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid setelah memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang murid tidak dapat menyambung huruf jawi dengan betul di mana mereka akan menulis semula kesemua huruf tersebut tanpa menyambung sebarang huruf dan ada yang menulis semula huruf-huruf tunggal tersebut dengan menyambung semua huruf-huruf sama ada huruf

yang boleh disambung atau tidak. Perkara ini disebabkan mereka tidak mengetahui kaedah untuk menyambung huruf tunggal apabila ia berada di hadapan, di tengah mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim (2009)juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahamikaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang bersambung.

Tinjauan Masalah Pengalaman mengajarPendidikan Islam semasa menjalani praktikum pertama dan kedua lagi iaitu selama sebulan dan dua bulan, didapati ramai murid yang tidak boleh menyambungkan huruf jawi dengan sempurna.Kemudian, saya membuat tinjauan seterusnya bagi masalah tidak boleh menyambung huruf jawi ini ketika menjalani praktikum di SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor di mana tempat saya menjalani praktikum fasa ketiga pula.Tumpuan saya adalah bagi murid Tahun 3 Dedikasi.Fokus kajian ini dilakukan kepada lima orang murid yang telah dikenalpasti lemah dalam penulisan jawi.

Tiada kaedah khusus diajarkan sebelum ini untuk memahamkan murid-murid tentang cara menyambung malah tiada penerangan yang sesuai yang digunakan sebelum ini bagi menerangkan samada suatu huruf itu bersambung atau tidak. Ia menjadi masalah kepada murid yang ingin mendalami tulisan dan ejaan jawi apabila dikatakan huruf WAU ( ) contohnya tidak boleh disambung, maka yang terjadi murid-murid ini menulis dengan huruf wau tidak disambung dengan huruf sebelumnya. 4

Justeru, saya mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi membantu murid menulis jawi serta mengenali tujuh huruf penting sebagai kunci untuk menyambung huruf-huruf dengan betul iaitu huruf ALIF ( ), VA ( ), WAU ( ), ZAI ( ), RO ( ), ZAL ( ) dan DAL ( ) yang diringkaskan (akronim)

menjadi AVU ZAR ZAD.

Objektif Kajian a) Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menyambung dan menulis jawi dengan betul dengan menggunakan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD.

b) Objektif Khusus 1) Membantu murid mengenali huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh disambung dengan menggunakan kaedah AVU ZAR ZAD. 2) Mengkaji penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD membantu meningkatkan kemahiran menyambung dan menulis jawi dengan betul. 3) Mengkaji amalan guru dalam meningkatkan mutu amalan pengajaran dan pembelajaran jawi. Soalan Kajian 1. Sejauh manakah konsep AVU ZAR ZAD membantu murid mengenali huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung? 5

2.

Bagaimana kaedah penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD dapat membantu penguasaan murid dalam menyambung dan menulis jawi dengan betul?

3.

Sejauh manakah formula konsep AVU ZAR ZAD dapat meningkatkan mutu amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran jawi?

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran ialah 41 orang murid yang terdiri daripada 23 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan.Fokus kajian saya kepada lim orang murid sahaja iaitu empat orang lelaki dan seorang perempuan.Murid tersebut adalah daripada kelas Tahun 3 Dedikasi dari SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian hanya ke atas lima orang murid ini sahaja kerana mereka ini terdiri daripada murid aras pembelajaran lemah di dalam kelas tersebut terutama lemah dalam menulis dan menyambung jawi. Saya ingin menilai keberkesanan konsep AVU ZAR ZAD yang akan saya jalankan ini terutamanya dalam membantu meningkatkan kemahiran penulisan jawi mereka. Seterusnya dapat meningkatkan minat dan prestasi murid-murid ini dalam pelajaran jawi dan Pendidikan Islam.

Jadual 1 :Ringkasan Data bagi Kumpulan Sasaran Ciri 1. 2. 3. 4. 5. Bilangan Jantina Kelas Prestasi Sekolah Lima orang murid. 4 (Lelaki) 1 (Perempuan) 3 Dedikasi Lemah SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Perkara

Rancangan Tindakan Bagi mengenalpastisama ada responden dapat menyambung huruf-huruf jawi tunggal atau tidak, saya telah menggunakan ujian pra. Ujian ini saya berikan kepada murid kelas 3 Dedikasi selepas pertama kali mengajar tajuk Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris sebelum saya memperkenalkan kaedah AVU ZAR ZAD kepada mereka.

Jadual 2 :Hasil Jawapan Dan Markah Responden Responden Soalan 1 R1 R2 R3 R4 R5 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Markah % 33 50 33 50 50

Jadual 3 :Skala Pemarkahan Gred A B C D E Skala 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19

Hasil daripada latihanyang membawa kepada markah penuh 100 ini, didapati bahawa kesemua responden ini berada di tahap yang lemah iaitu mendapat gred C dan D. Tiga orang responden berada di tahap yang sederhana lemah dan dua lagi yang lain adalah lemah memandangkan soalan yang saya jalankan ke atas mereka ini tidaklah susah jika dibandingkan dengan murid lain yang ratanya dapat menjawab latihan ini dengan betul.

Selain itu, saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap respondensemasa mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas saya sekaligussesi perjumpaan kali pertama bagi saya dalam proses melaksanakan kajian ini. Saya menggunakan kaedah pemerhatian ini bagi memahami satu-satu situasi dan memikirkannya secara kritikal.

Jadual 4 :Rekod Pemerhatian Perjumpaan Sesi Pertama Perkara 1. Murid banyak bertanyakan soalan tentang latihan yang diberi kepada guru 2. Murid sukar dan teragak-agak menyambung huruf-huruf jawi 3. Murid cuba untuk meniru rakan sekelas 4. Murid tahu huruf-huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung 5. Murid menjawab semua soalan dengan betul. 6. Murid tahu apa perkataan yang akan dibentuk dari sambungan huruf-huruf yang dicerakinkan R1 R2 R3 R4 R5 Jumlah 5

5 4 5

5 5

Ketika perjumpaan kali pertama mereka menjawab soalan ujian saya ini, saya tidak meletakkan semua reseponden dalam satu kumpulan, malah saya mencampurkan mereka dengan murid-murid yang lain. Saya mendapati bahawa melalui perbincangan, mereka banyak meniru kawan dan bertanya tentang soalan ujian tersebut seperti soalan nombor 5 ni jadi perkataan apa ya ustazah?, ustazah, lam dengan ya boleh sambung tak?

Ini menunjukkan murid-murid ini sangat lemah dalam penguasaan jawi apatah lagi dalam kemahiran menulis dan menyambung huruf-huruf jawi tunggal tersebut menjadi perkataan. Mereka tidak tahu perkataan apa yang dibentuk daripada ceraian huruf-huruf yang disambungkan.

Setelah benar-benar mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran menulis huruf jawi bersambung dan tidak bersambung, saya mula membuat perancangan untuk kajian tindakan saya ini.

Berikut adalah kerangka masalah dan perancangan kajian :

Masalah penulisan huruf jawi bersambung

Pelajaran jawi

Murid dapat menulis huruf jawi bersambung dengan betul.

Aktiviti pemulihan: 1. Latihan menulis huruf bersambung 2. Mengenal dan menghafaz konsep AVU ZAR ZAD 3. Memberi penekanan terhadap penggunaan simbol (+) dan (-) pada huruf-huruf jawi yang ingin disambung. 4. Ujian pos untuk memastikan sejauh mana keberkesanan kajian.

Rajah 1: Kerangka Konsep Masalah Dan Perancangan

Perancangan yang teliti dan tersusun dibuat bagi membantu murid-murid ini dalam mengatasi masalah kelemahan kemahiran menulis dan menyambung huruf-huruf jawi dengan betul.Saya telah memikirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan

ini untuk memperkenalkan mereka dengan formula baru dalam pembelajaran jawi mereka iaitu formula konsep AVU ZAR ZAD.

Formula konsep AVU ZAR ZAD adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menulis jawi.Konsep AVU ZAR ZAD adalah menggunakan tujuh kunci huruf yang menunjukkan huruf-huruf jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Huruf ALIF ( ), WAU ( ) , VI ( ) , RO ( ), ZAI ( ) , DAL ( ) dan ZAL ( ) atau diringkaskan sebagai AVU ZAR ZAD

adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung.

Penggunaan konsep AVU ZAR ZAD ini adalah bagi membantu responden mengenal huruf jawi tunggal yangbersambung dan tidak boleh bersambung dengan betul seterusnya dapat menyambung kembali huruf-huruf tersebut menjadi perkataan dengan betul. Ini kerana, sekiranya responden dapat mengingat tujuh kunci huruf tersebut dengan baik, maka kemahiran menulis dan menyambung huruf-huruf tunggal mereka akan dapat ditingkatkan.

Selain itu, saya juga telah merancang untuk melaksanakan kajian tindakan ini bersama-sama responden di tempat-tempat yang bersesuaian di sekolah tersebut selain daripada waktu pengajaran dan pembelajaran di kelas mereka memandangkan untuk melaksanakan kajian ini terdapat beberapa sesi pengajaran yang perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat kepada responden tersebut.Saya juga merancang bahan dan juga beberapa instrumen yang akan digunakan kepada mereka dalam proses untuk memperkenalkan mereka dengan konsep AVU ZAR ZAD ini. Ini bersesuaian dengan ungkapan Emily Calhoun (1994) yang menarik dalam

10

ShamsinaShamsuddin (2011) iaitu marilah kita mempelajari apa yang terjadi di sekolah kita dan membuat keputusan bagaimana mengubahnya untuk menjadi sebuah tempat mengajar dan belajar yang lebih baik.

Pelaksanaan Setelah saya menyiapkan perancangan, saya memulakan tugas bagi melaksanakan tindakan tersebut. Terdapat beberapa aktiviti dan langkah-langkah tindakan yang dijalankan sepanjang proses kajian tindakan ini.

Aktiviti I: Memberi soalan latih tubi Saya bersoal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara rawak di dalam kelas untuk memberi jawapan mengenai kebolehan mereka dalam pelajaran jawi dan saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang mengandungi huruf tunggal jawi yang dicerakinkan untuk disambungkan.Setelah itu semua murid diminta menulis bagaimana menyambung huruf-huruf tersebut pada kertas masing-masing.Setelah mereka siap menjawab soalan di kertas masing-masing mereka dikehendaki menukar kertas sesama mereka.Saya kemudian membuat perbincangan secara kelas dengan menulis jawapan yang betul di papan tulis. Muridmurid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau salah.

Aktiviti II: Memperkenalkan formula konsep AVU ZAR ZAD Saya memperkenalkan formula konsep AVU ZAR ZAD kepada murid-murid serta menerangkan berkenaan konsep tersebut.Dengan berpandukan kad AVU ZAR ZAD, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan bunyi AVU ZAR ZAD dan menjelaskan bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung dipangkalnya tetapi

11

tidak di hujungnya.Selain daripada huruf-huruf AVU ZAR ZAD, boleh disambung dipangkal dan di hujungnya.Murid diminta menghafal formula konsep AVU ZAR ZAD ini dan kemudian murid diminta menjawab soalan latihan untuk melihat kefahaman mereka terhadap penerangan saya mengenai formula ini.Pada soalan latihan tersebut diselitkan nota huruf-huruf AVU ZAR ZAD ini agar memudahkan mereka menguasai konsep ini.

Aktiviti III: Memperkenalkan Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD Selepas murid diberi pengenalan yang ringkas mengenai konsep AVU ZAR ZAD, murid diterangkan pula dengan penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD.Maksud simbol (+) dan (-) yang ada pada kad AVU ZAR ZAD ialah apabila sesuatu perkataan jawi mengandungi salah satu huruf AVU ZAR ZAD, maka simbol (+) ditulis selepas huruf tersebut.Tapi jika huruf selain huruf AVU ZAR ZADmaka simbol (-) ditulis selepas itu.Setelah selesai simbol-simbol ditulis pada huruf-huruf yang ingin disambungkan, saya meminta murid menyambung huruf-huruf tersebut mengikut simbol tersebut.Saya memberi peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda (+), maka huruf itu boleh disambungkan dengan huruf di hadapannya.Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis simbol (-), maka huruf itu tidak boleh disambung.

Aktiviti IV: Latih Tubi Dan Pemerhatian Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD, saya memberi soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal jawi di hadapan kelas.Saya memanggil beberapa

12

orang murid dan meminta murid tersebut menyambung huruf-huruf jawi tersebut dengan menggunakan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZADdengan berpandukan nota jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD sebagai panduan(Rujuk Rajah 2).Murid-murid diminta menyambung dan menulis perkataan tersebut dengan betul.Kemudian murid diberi soalan latihan untuk memastikan mereka dapat menguasai konsep ini.Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya menulis jawapan yang betul di papan hitam untuk dibincangkan bersama-sama.

Rajah 2: Jadual Penggunaan Simbol (+) dan (-) padaAVU ZAR ZAD

AktivitiV: Ujian Bertulis Apabila mereka sudah diterapkan dan diajarkan dengan konsep bagaimana untuk menggunakan penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD, murid diberi ujian bertulis yang mana mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf tunggal jawi yang bercerai membentuk perkataan dengan betul.Dalam ujian ini mereka tidak lagi dibenarkan merujuk nota jadual formula kaedah AVU ZAR ZADyang digunakan sebelum ini. Ujian ini akan menguji sejauh mana kefahaman 13

mereka dan sejauh mana kaedah ini berjaya meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran menulis jawi.

Analisis Dan Interpretasi Data

1.1 Latihan dan Ujian bertulis Bagi mengenal pasti objektif kajian iaitu responden dapat mengenal atau tidak huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung iaitu huruf-huruf AVU ZAR ZADdan juga kemahiran menyambung dan menulis jawi dengan betul, pengujian telah diberikan untuk menguji tahap penguasaan responden sebelum dan selepas kajian tindakan dijalankan. Latihan dan ujian telah dijalankan secara berperingkat iaitu sebanyak empat sesi sepanjang proses kajian tindakan tersebut. Berikut ialah jadual kemahiran yang dilaksanakan setiap sesi tersebut.

Jadual 5 :Kriteria Penilaian Setiap Sesi Kajian


Sesi 1: Sesi 2: Sesi 3: Sesi 4: Latihan pengukuhan di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi murid. Memperkenalkan huruf-huruf dan formula konsep AVU ZAR ZAD. Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD berpandukan jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD. Murid diberi ujian tanpa menggunakan sebarang nota dan jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD.

Kelima-lima responden diuji dengan latihan dan ujian bertulis pada setiap kali perjumpaan tersebut.Seterusnya markah daripada hasil ujian dan latihan tersebut dikumpulkan dan dianalisis. Hasil data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk graf seperti berikut:

14

Graf Penguasaan Murid Bagi Kemahiran Menyambung Huruf Jawi Tunggal Menggunakan Kaedah AVU ZAR ZAD 100 90 Markah % 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3 Sesi 4 R1 33 50 100 90 R2 50 67 100 90 R3 33 67 100 100 R4 50 83 100 90 R5 50 33 100 100 Responden

Rajah 3: Graf Peningkatan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Murid

Berdasarkan graf di atas menunjukkan pencapaian murid mengalami perubahan dari semasa ke semasa.Terdapat peningkatan markah setelah kaedah AVU ZAR ZAD diperkenalkan.Pada sesi pertama, rata-rata penguasaan murid adalah lemah iaitu hanya sekitar 50% sahaja iaitu gred C. Selepas sesi kedua dijalankan, semua responden menunjukkan peningkatan kecuali R5 yang menunjukkan penurunan markah. Hal ini mungkin kerana R5 tidak faham dengan apa yang diterangkan oleh saya semasa sesi tersebut berdasarkan pemerhatian saya bahawa R5 tidak memberi tumpuan ketika penerangan guru mengenai kaedah AVU ZAR ZAD ini.

Pada sesi ketiga, semua kelima-lima responden menunjukkan prestasi yang amat memuaskan kerana berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dan mendapat 15

markah 100%.Ini mungkin disebabkan mereka menjawab latihan berpandukan penggunaan jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD yang sangat membantu mereka dalam menjawab latihan pada sesi ketiga tersebut.

Namun begitu, pada sesi keempat, hanya R3 dan R5 dapat menjawab kesemua soalan dengan betul dan mendapat 100%.Manakala R1, R2, dan R4 menunjukkan sedikit penurunan dengan mendapat markah 90%. Ini kerana pada sesi kali ini, murid tidak dibenarkan bercakap selama ujian tersebut dan mereka tidak sedikit pun diberi apaapa nota rujukan kaedah AVU ZAR ZAD ini seperti yang dilakukan pada sesi yang keempat. Namun begitu, pencapaian mereka sangat membanggakan iaitu pada gred A.

1.2 Temu bual Temu bual telah dijalankan ke atas semua responden yang terlibat dengan mengemukakan soalan yang sama kepada mereka. Temu bual yang dijalankan adalah temu bual separa struktur yang mengandungi 6 soalan. Namun, bagi menjawab soalan kajian, hasil jawapan responden dapat mengenal huruf jawi bersambung dan tidak bersambung adalah seperti di dalam jadual berikut:

Jadual 6 :Mengenal Huruf Jawi Tunggal Bersambung dan Tidak Bersambung


Soalan 3: Adakah anda dapat mengenal huruf jawi bersambung dan tidak bersambung dengan kaedah AVU ZAR ZAD? Soalan 5: Menulis jawi dengan menggunakan teknik AVU ZAR ZAD ini lebih susah atau lebih senang? Mengapa? Jawapan Kenal Faktor Huruf AVU ZAR ZAD Senang ingat Hanya sedikit huruf perlu diingat Ingat AVU ZAR ZAD ingat huruf-huruf jawi tersebut

16

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati kesemua responden dapat mengenal huruf jawi tunggal bersambung dan tidak bersambung setelah menggunakan kaedah AVU ZAR ZAD.Setelah mendengar semula rakaman audio temu bual yang telah saya jalankan bersama responden, antara jawapan yang diberikan semasa temu bual tersebut untuk menyokong dapatan tersebut adalah:

kenal, sebab ia senang ingat. Huruf AVU ZAR ZAD ialah ALIF ( ), WAU ( ) , VI ( ) , RO ( ) , ZAI ( ) , DAL ( ) dan ZAL ( ). (RA TB3, TB5 R1) kenal... ingat AVU ZAR ZAD ada tujuh huruf iaitu , ALIF ( ), WAU ( ) , VI ( ) , RO ( ) , ZAI ( ) , DAL ( ) dan ZAL ( ). (RA TB3, TB5 R3) kenal, huruf-huruf AVU ZAR ZAD tak boleh sambung, selain huruf tu boleh sambung. (RA TB3, TB5 R4)

Bagi menjawab soalan kajian bagaimana kaedah penggunaan simbol (+) dan (-) padaAVU ZAR ZAD dapat membantu penguasaan murid dalam menyambung dan menulis jawi dengan betul? Hasil dapatan temu bual adalah seperti berikut:

Jadual 7 :Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada Kaedah AVU ZAR ZAD
Soalan 4: Adakah anda faham bagaimana menggunakan simbol (+) dan (-) di dalam kaedah AVU ZAR ZAD ini? Jawapan Faham Huraian Simbol (+) boleh sambung, simbol (-) tak boleh sambung Simbol (+) dekat depan huruf AVU ZAR ZAD, simbol (-) dekat belakang huruf AVU ZAR ZAD.

17

Antara jawapan responden yang diberikan oleh responden berkaitan dengan sejauh mana penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD dapat membantu mereka dalam kemahiran menyambung dan menulis jawi dengan betul ialah:

faham, kalau simbol (+) letak dekat depan huruf AVU ZAR ZAD, kalau (-) letak dibelakang huruf AVU ZAR ZAD. (RA TB4 R2) faham, kalau simbol (+) maksudnya boleh sambung dengan huruf selepasnya, kalau simbol (-) tak boleh sambung dengan huruf selepasnya. (RA TB4 R4) faham, kalau huruf AVU ZAR ZAD tulis simbol (+) selepasnya, kalau huruf selain AVU ZAR ZAD tulis simbol (-) selepasnya. (RA TB4 R5)

Maka dapatan hasil temu bual ini menunjukkan murid telah memahami konsep penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD kerana dapat menjawab soalan temu bual ini dengan baik dan dengan konsep yang betul walaupun ayat mereka adalah berbeza mengikut kecekapan bertutur responden tersebut.

1.3 Pemerhatian Hasil pemerhatian yang dijalankan telah diringkaskan seperti dalam Jadual 8 :
Jadual 8 : Analisis Ringkasan Dapatan Pemerhatian
Sesi 1 Perkara pemerhatian Hampir semua responden menunjukkan tingkah laku bertanyakan soalan tentang latihan kepada guru atau rakan, tidak tahu huruf-huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung, juga menunjukkan reaksi cuba meniru rakan. Ada di antara responden yang boleh menyebut huruf-huruf AVU ZAR ZAD dengan tepat. Separuh murid tidak lagi menunjukkan reaksi cuba meniru rakan dan bertanya soalan tentang latihan yang diberi kepada guru atau rakan.

18

Semua murid boleh menyebut huruf-huruf AVU ZAR ZAD dengan tepat. Murid faham dengan konsep penggunaan simbol (+) dan (-) jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD dan semua responden dapat menjawab semua soalan dengan betul berpandukan jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD tersebut. Murid telah pandai menggunakan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD tanpa merujuk jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD.

Rumusan Dapatan Berdasarkan dapatan data hasil daripada kajian ini, saya dapat mengenal pasti dimana terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan juga tindakan susulan yang perlu diambil perhatian. Kekuatan dapat dilihat daripada kajian ini ialah pendedahan kepada murid tentang satu kaedah baharu dalam menyambungkan huruf-huruf jawi. Ini sesuai dengan prinsip asas pengajaran iaitu prinsip daripada tidak tahu kepada tahu dan faham. Kaedah baharu ini juga dapat merangsang kesediaan afektif dalam kalangan responden untuk terus mengikuti proses pembelajaran dengan sepenuh tumpuan.

Kesimpulan 1) Kaedah AVU ZAR ZAD yang diperkenalkan ini dapat membantu murid mengenali huruf-huruf yang boleh dan tidak boleh disambung. Ia adalah sebagai kata kunci dalam menyambung huruf-huruf jawi tunggal menjadi perkataan dan menulisnya dengan betul. 2) Penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD yang dilihat daripada kajian ini banyak membantu meningkatkan kemahiran responden dalam menyambung huruf-huruf tunggal dan menulis jawi dengan betul.

19

Rujukan Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011), Pengantar Penyelidikan Tindakan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Amat JuhariMoain. (1992). Sejarah Tulisan Jawi.Jurnal Bahasa35 (11): 101 1012. Fauziah Binti Abdul Aziz. (2003). Penguasaan Jawi Di Sekolah Rendah, Kajian Kes Terhadap Pelajar Tahun Empat Di Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong Kluang, Johor, Universiti Teknologi Malaysia. Mohammad Amin B. Dan. (2009). Penguasaan Kemahiran Menulis Huruf Jawi Bersambung Murid Tahun 4 Dan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pangkalan Sorah, Serian, Sarawak. Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, OUM. Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Shazana Binti Muhamed Saad. (2009). Kaedah Mananiyyah Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengeja Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Lima, Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi.Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, OUM. Zamferi bin Ibrahim.(2009). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Huruf Jawi Yang Berubah Bentuk Apabila Disambungkan Bagi Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan Sastera Dan Sains Sosial, Open Universiti Malaysia.

20

Anda mungkin juga menyukai