Anda di halaman 1dari 7

Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

PERANCANGAN STRATEGIK PENINGKATAN AKADEMIK


TAHUN ____________

PENGENALAN

Pengurusan strategik merupakan satu proses formulasi, pelaksanaan dan


penilaian tindakan-tindakan yang akan memastikan organisasi berupaya mencapai
objektifnya (David, 1986). Perancangan strategik pula sebagai proses merancang hala
tuju organisasi . Empat soalan strategik utama adalah:
Di manakan kita sekarang ?
Ke mana hendak ditujui ?
Bagaimanakah cara mencapai tujuan/objektif ?
Bagaimanakah kita tahu kita telah mencapai ?
Di peringkat sekolah, Perancangan Strategik Peningkatan Akademik 5 Tahun (PSPA)
telah disediakan dari tahun 2006 hingga 2010. Dokumen PSPA ini perlu sentiasa dirujuk
dalam perancangan peningkatan akademik tahun semasa. Pelan tindakan yang
dirancang perlu dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran masing-masing dan
pengawalan dan penilaian keberkesanan program dan aktiviti mestilah dilaksanakan
oleh pihak pengurusan sekolah.Walau bagaimana pun , perancangan strategik semasa
terutamanya pelan tindakan mungkin berubah daripada pelan asal kerana sumber
manusia dan sistem berubah mengikut masa. Oleh itu, panitia mata pelajaran
dicadangkan membina satu perancangan strategik peningkatan akademik yang lebih
komprehensif mengikut kesesuaian perubahan semasa.

Di bawah ini disertakan contoh kerangka penulisan PSPA semasa untuk rujukan panitia
mata pelajaran.

KANDUNGAN

1. Pendahuluan
2. Visi
3. Misi Panitia
4. Objektif
5. Ahli Jawatankuasa
6. Sasaran Pencapaian UPSR/PMR/SPM/STPM
7. Isu-isu Stratetgik
8. Analisis SWOT
9. Matlamat Strategik
10. Strategi,Pelan Taktikal dan Pelan Operasi
11. Pelan Kontigensi

1
Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

1.0 PENDAHULUAN

• PSPA semasa merupakan satu proses lanjutan dan berterusan dalam tahun
semasa yang dipetik daripada PSPA lima tahun (2006-2010)
• PSPA semasa lebih berorientasikan sasaran pencapaian tahun semasa
• Strategi yang dirangka mengambil kira tindakan dinamik dan berfokus
berasaskan analisis kendiri tahun semasa.

2.0 . VISI

• Satu impian atau hasrat yang ingin dibawa oleh pemimpin organisasi untuk
menggerakkan warganya supaya memikirkan apa yang perlu dicapai oleh
organisasi pada masa hadapan.
• Merupakan satu pandangan masa depan yang realistik, boleh dipercayai dan
menarik

CIRI-CIRI VISI

• Berasaskan realiti semasa


• Berupaya mendorong,memberikan inspirasi kepada semua warga untuk
bekerjasama mencapai matlamat
• Bermakna, jelas,realistik ,boleh dicapai dan mudah difahami

CONTOH VISI

Y adalah sebuah sekolah cemerlang di daerah Z pada tahun 2010

3.0 . MISI

• Merupakan langkah atau usaha yang disusun untuk mencapai visi


• Lebih merujuk kepada soalan bagaimana untuk mencapai visi?
• Bersifat padu dan mampu menjana ke arah merealisasikan visi

CIRI-CIRI MISI

• Ringkas,jelas, mudah diingati dan difahami.


• Menjawab persoalan 5W + 1H
• Boleh dicapai dan realistik
• Boleh dibudayakan oleh warga organisasi

CONTOH MISI

• Misi Panitia Sains ialah memastikan murid dapat menguasai konsep sains dalam
bahasa Inggeris dengan kukuh,memberi penekanan kepada fakta dan istilah
sains di samping memantapkan kemahiran proses sains serta mampu
mengaplikasikannya dalam kehidupan harian

2
Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

4.0 OBJEKTIF

• Merupakan sasaran yang lebih spesifik berkaitan dengan apa-apa yang


dinyatakan dalam visi dan misi

CIRI-CIRI OBJEKTIF

• Harus memenuhi ciri-ciri SMART


• S – Specific ( Khusus )
• M - Measurable ( boleh diukur )
• A - Attainable ( Boleh dicapai )
• R – realistic ( Realistik )
• T – Timebound ( mempunyai jangkamasa tertentu )

CONTOH – CONTOH OBJEKTIF

• Meningkatkan peratus kelulusan daripada 90.1 % kepada 93.7 %


• Meningkatkan kualiti pelajar yang memperolehi kepujian A1 seramai 20 orang
• Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam penulisan dan pemahaman

5.0 AHLI JAWATANKUASA

• Penasihat : Pengetua / Guru Besar/ PK/GKMP


• Pengerusi : Ketua Panitia Mata pelajaran
• Naib Pengerusi : Penolong Ketua Panitia
• Setiausaha : Dilantik dalam kalangan ahli panitia
• AJK : Semua guru mata pelajaran

** Senaraikan semua nama guru panitia mata pelajaran

6.0 SASARAN PENCAPAIAN DAN PENGUNJURAN SEMASA

• Pencapaian ialah peratus kelulusan yang dicapai dalam mata pelajaran tahun
sebelumnya.
• Pengunjuran ialah peratus kelulusan yang disasar dalam mata pelajaran tahun
semasa.
• Pengunjuran sewajarnya menunjukkan peningkatan pencapaian daripada tahun
sebelumnya

** Gunakan data daripada HC1-HC6 ( Headcount yang disediakan oleh panitia


matapelajaran )

3
Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

7.0. ISU-ISU STRATEGIK

• Faktor kritikal untuk mencapai kejayaan.


• Dengan andaian 20% isu ini diselesaikan dapat menyumbang 80% kepada
penyelesaian masalah berkaitan dengan pencapian
• Contoh: Isu guru Bahasa Inggeris Ting. 1 kurang kompetensi dari segi pedagogi
• Menyusun isu tersebut mengikut keutamaan bagi mencapai misi

8.0. ANALISIS SWOT

• Menyenaraikan semua faktor kekuatan (Strengths)(S), kelemahan (weaknesses)


(W) , peluang(Opportunities)(O), ancaman (Threats) (T)
• Membuat analisis berdasarkan jadual matriks
• Contoh penggunaan Jadual Matriks

Kekuatan ( S ) Kelemahan ( W )
Senaraikan kekuatan Senaraikan kelemahan
1. 1.
2. 2.

Peluang ( O ) Strategi ( SO ) Strategi ( WO )


Senaraikan peluang Gunakan kekuatan untuk Atasi kelemahan dengan
1. merebut peluang mengambil peluang yang ada
2.
Ancaman ( T ) Strategi ( ST ) Strategi ( WT )
Senaraikan ancaman Gunakan kekuatan bagi Cuba minimumkan kelemahan
1. menghadapi ancaman (jika dan elakkan ancaman
2. ada)

MATLAMAT STRATEGIK

• Sasaran umum jangka panjang dan pendek untuk mencapai misi


• Pernyataan matlamat strategik menggambarkan huraian terperinci dalam bentuk
tindakan atau pelan strategi
• Contoh : Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian guru dalam bilik
darjah

4
Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

10.STRATEGI, PELAN TAKTIKAL, PELAN OPERASI DAN


PELAN KONTIGENSI

Strategi

• Cara atau program yang dirancang untuk mencapai objektif


• Memerlukan sistem yang teratur dan cekap dalam tempoh yang ditetapkan
• Kenalpasti siapa yang melaksanakan strategi dan siapa yang memantau
perkembangannya
• Sediakan Carta Gantt pelaksanaan perancangan strategik peningkatan
akademik panitia semasa

Pelan Taktikal (Rujuk Lampiran 1 )

Ciri-ciri pelan taktikal

• mengambilkira pelan strategik, tahap pencapaian semasa ( TOV ),


peningkatan sasaran operasi ( OTI ) dan sasaran hasil jangkaan ( ETR )
• wujud mekanisme pemantauan dan penilaian program

Pelan Operasi ( Rujuk Lampiran 2 )

Ciri-ciri pelan operasi

• mengambilkira pelan strategik dan pelan taktikal


• mempunyai objektif yang jelas
• menentukan kumpulan sasaran
• menentukan strategi perlaksanaan
• menentukan masa dan tempoh perlaksanaan
• menentukan pelaksana
• menentukan sumber yang diperlukan
• mengenalpasti kekangan dan halangan
• menentukan mekanisme pemantauan dan penilaian
• menentukan mekanisme penambahbaikan

11. Pelan Kontigensi

• Halangan yang mungkin dihadapi dan cara mengatasinya


• Sekiranya pelan taktikal itu didapati tidak berkesan lagi ,apakan pelan
tindakan alternatif lain yang sesuai dan dapat dilaksanakan ?

Catatan : Tindakan di sekolah semasa hanya mengeluarkan pelan tindakan daripada


PSPA 5 tahun untuk dilaksanakan oleh panitia. Adalah dicadangkan panitia

5
Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

mata pelajaran membina PSPA panitia yang lebih lengkap.

6
Manual Pengurusan Kurikulu PPDBS

Anda mungkin juga menyukai