Anda di halaman 1dari 12

Bilangan jurnal :1 Minggu praktikum : Pertama Tarikh peristiwa/ kejadian : 25 April 2012 Tajuk jurnal : Masalah Pengurusan Masa

dalam Sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) 1. Masalah/ peristiwa: Pada hari ini, saya telah menghadapi masalah kelewatan masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan sewaktu pengajaran dijalankan. Sesi pembelajaran yang sepatutnya berjalan selama sejam tidak dapat dilaksanakan dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan kerana murid-murid memakan masa yang agak mengemaskan peralatan yang digunakan. Selain itu, kelas juga terpaksa berhenti awal untuk mengemas kelas. 2. Analisis: Masalah ini timbul mungkin disebabkan minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di sekolah ini. Oleh sebab itu,saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali amalan serta budaya sekolah ini. Murid memakan masa untuk ke untuk mengemas barang yang digunakan semasa melakukan aktiviti Pendidikan Seni Visual. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan masa pembelajaran terganggu. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki: 1. Saya sewajarnya lebih membaca buku buku yang mempunyai perkaitan dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih baik. 2. Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti cara untuk menghadapi masalah pengurusan masa dalam P&P. 3. Bagi memastikan proses penghasilan kerja seni berjalan dengan lancar, saya sewajarnya menyediakan lebih banyak BBM dan BBB bagi membantu murid membuat hasil kerja seni dengan cepat. 4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh masa: Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenalpasti masalah. Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi mencapai objektif P&P. 5. Penilaian Kejayaan: Saya akan meminta kerjasama pensyarah atau guru pembimbing untuk memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya.

6. Tempoh Masa: Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif objektif dan aktiviti yang bersuaian dengan masa yang diperuntukkan iaitu mengambil kira masa murid mengemas peralatan yang digunakan di samping menyuruh murid untuk bergerak pantas. Jadi, saya akan bersedia dengan pelan B bagi mengelakkan daripada masalah pengurusan masa.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan: Nama : Tarikh :

Bilangan jurnal :2 Minggu praktikum : Kedua Tarikh peristiwa/ kejadian : 27 Mac 2012 Tajuk jurnal : Masalah Tumpuan Murid dalam Peralihan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PSV 1. Masalah / peristiwa: Pada hari ini, saya telah menghadapi masalah untuk mengawal tumpuan murid dalam memastikan murid bersedia untuk ke peralihan aktiviti seterusnya dalam pengajaran dan pembelajaran PSV iaitu aktiviti Sesi Apresiasi dan Refleksi dan aktiviti Penutup kerana murid masih lagi asyik menyiapkan hasil karya seni. 2. Analisis: Masalah ini timbul mungkin disebabkan aktiviti yang dilakukan agak sukar bagi mereka untuk menyiapkan dalam masa kurang daripada tiga puluh minit atau berkemungkinan arahan daripada guru yang tidak tegas supaya mengarahkan murid untuk berhenti daripada menyiapkan hasil seni sebelum beralih kepada aktiviti seterusnya. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki: 1. Saya sewajarnya lebih tegas dalam memberikan arahan murid supaya fokus memberikan tumpuan yang secukupnya sebelum saya menyambung isi pelajaran seterusnya. 2. Saya sewajarnya lebih membaca buku buku yang mempunyai perkaitan dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih baik. 3. Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti cara untuk menghadapi masalah pengurusan masa dalam P&P. 4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh masa: Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenalpasti masalah. Pengurusan kawalan kelas dan suara guru sangat penting bagi mencapai hasil pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan: Saya akan meminta kerjasama pensyarah atau guru pembimbing untuk memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya.

6. Tempoh Masa: Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif objektif dan aktiviti yang bersuaian dengan masa yang diperuntukkan iaitu menyediakan isi pelajaran yang lebih mudah di samping lebih tegas dalam memberi arahan supaya murid bersedia dalam peralihan aktiviti seterusnya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan: Nama : Tarikh :

Bilangan jurnal :3 Minggu praktikum : Ketiga Tarikh peristiwa/ kejadian : 4 April 2012 Tajuk jurnal : Masalah Murid yang Tidak Mahu Berkongsi Bahan yang Diberikan Oleh Guru 1. Masalah / peristiwa: Pada hari ini, saya telah menghadapi masalah untuk mengawal murid untuk berkongsi bahan iaitu kertas yang telah saya berikan kepada murid mengikut kumpulan walaupun hanya sedikit sahaja kertas warna yang diperlukan untuk murid gunakan dalam menyiapkan boneka tangan. 2. Analisis: Masalah ini timbul mungkin disebabkan murid merasakan bahawa bahan yang diberikan tidak mencukupi walhal guru telah memberi arahan kepada murid untuk berkongsi menggunakan bahan yang sama dalam kumpulan masing masing. Murid juga tidak mempunyai semangat kerjasama dan semangat bertoleransi antara satu sama lain. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki: 1. Saya sewajarnya menyediakan lebih banyak bahan supaya tidak timbul masalah murid yang tidak mahu berkongsi bahan dengan rakan rakan. 2. Saya sewajarnya lebih membaca buku buku yang mempunyai perkaitan dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih baik. 3. Saya seharusnya selalu memupuk semangat kerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam diri murid murid supaya masalah murid untuk tidak berkongsi bahan ini dapat diatasi. 4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh masa: Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenalpasti masalah. Masalah ini perlu diatasi bagi memastikan kelangsungan sesi pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan: Saya akan meminta kerjasama pensyarah atau guru pembimbing untuk memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya.

6. Tempoh Masa: Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya melebihkan bahan untuk murid murid supaya masalah murid yang tidak mahu berkongsi bahan ini berjaya diatasi. Selain itu juga, saya juga sewajarnya memupuk semangat kerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam diri murid murid sebagai satu penerapan nilai untuk menyelesaikan masalah murid yang tidak mahu berkongsi bahan ini.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan: Nama : Tarikh :

Bilangan jurnal :4 Minggu praktikum : Keempat Tarikh peristiwa/ kejadian : 08 April 2012 Tajuk jurnal : Masalah Murid untuk Mengemaskan Bahan dan Alat Selepas Digunakan 1. Masalah / peristiwa: Pada hari ini, saya telah menghadapi masalah untuk mengawal murid untuk sentiasa mengemaskan bahan dan alat yang telah digunakan dalam Bilik Pendidikan Seni walhal arahan untuk mengemaskan bahan telah diberikan kepada semua orang murid sebelum kelas tamat. 2. Analisis: Masalah ini timbul mungkin disebabkan aktiviti yang dilakukan memakan masa yang lama untuk murid siapkan menyebabkan masa untuk mengemas bahan dan alat tiada. Di samping itu juga, terdapat segelintir murid yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap bahan dan alat yang telah dipinjam daripada Bilik Pendidikan Seni. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki: 1. Saya sewajarnya lebih tegas dalam memberikan arahan murid supaya murid lebih prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap bahan yang telah dipinjam dalam Pendidikan Seni. 2. Saya sewajarnya lebih membaca buku buku yang mempunyai perkaitan dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih baik. 3. Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti cara untuk menghadapi masalah ini. 4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh masa: Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenalpasti masalah. Pengurusan masa dan arahan tegas dari guru sangat penting bagi mencapai hasil pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan: Saya akan meminta kerjasama pensyarah atau guru pembimbing untuk memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya.

6. Tempoh Masa: Selepas ini, saya akan menghabiskan kelas lebih awal untuk memudahkan murid memngemaskan barang yang telah dipinjam. Di samping itu juga, saya sewajarnya lebih tegas dalam memberi arahan supaya murid lebih prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap bahan dan alat yang telah dipinjam. Di sebalik itu juga, saya akan meminta beberapa orang murid untuk mengemas kelas sebelum keluar daripada kelas selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan: Nama : Tarikh :

Bilangan jurnal : Kelima Minggu praktikum : Kelima Tarikh peristiwa/ kejadian : 28 hingga 30 Julai 2009 Tajuk jurnal : Ujian OTI 4 dan peperiksaan percubaan UPSR. 1. Masalah/ peristiwa: Pada minggu ke lima ini,pihak pengurusan sekolah telah mengadakan ujian OTI kali ke 4 bagi tahun 1 hingga 5 dan juga peperiksaan percubaan UPSR bagi muridmurid tahun 6.Ianya berlangsung selama tiga hari berturut-turut.Oleh itu,tidak ada proses P&P berjalan selama 3 hari sepanjang ujian tersebut.Kesemua guru termasuklah saya telah ditugaskan untuk menjaga kelas sewaktu ujian berlangsung. 2. Analisis : Menurut pihak sekolah SKPR,ujian bulanan serta percubaan ini merupakan satu peperiksaan setara bagi seluruh negeri Terengganu yang telah disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.Hampir kesemua daerah telah terlibat dengan perlaksanaan ini.Ia bertujuan untuk menguji tahap penguasaan murid dalam menguasai sesuatu topik pembelajaran matapelajaran itu.Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan lagi penguasaan ilmu pengetahuan. 3. Cadangan tindakan susulan 1. Saya perlu mengambil peluang ini sebagai satu bentuk latihan untuk melatih diri menjadi seorang pengawas peperiksaan. 2. Saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi serta ihklas dalam menjalakan tugas. 3. Bagi memastikan proses peperiksaan dapat berjalan dengan lancar,saya harus mempersiapkan diri untuk melatih diri supaya lebih cekap dalam mengawasi sesuatu peperiksaan. 4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh masa tindakan susulan. Saya akan sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan terutamanya apabila berada di sekolah serta mengambil pengalaman seperti ini di hari yang mendatang kelak. Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan : Nama : Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan: Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Bilangan jurnal : Keempat Minggu praktikum : Keempat Tarikh peristiwa/ kejadian : 20 Julai 2009 Tajuk jurnal : Masalah Kelewatan masa P&P 1. Masalah/ peristiwa: Pada hari ini saya telah menghadapi masalah kelewatan masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan sewaktu pengajaran dijalankan.Sesi pembelajaran yang sepatutunya berjalan selama setengah jam tidak dapat dilaksanakan dengan berjaya kerana murid-murid tidak berada di padang pada waktu yang tepat.Selain murid,saya juga lewat untuk ke padang seperti yang ditetapkan pada waktu pagi kerana turut berhimpun hingga menggangu objektif pengajaran. 2. Analisis : Setelah saya mencari punca masalah pada hari ini,ianya berpunca daripada murid-murid dari kelas yang berkenaan.Terdapat separuh daripada murid di dalam kelas tersebut perlu menukar pakaian sukan.Ini menyebabkan saya perlu menunggu dalam beberapa minit untuk memastikan kesemua murid sudah bersedia untuk sesi pembelajaran. 3. Cadangan tindakan susulan Saya sepatutnya membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya akan menyediakan plan A dan B pada waktu-waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti bagaimana untuk menghadapi masalah kekurangan masa P&P. Bagi memastikan aktiviti dalam langkah-langkah penghasilan berjalan dengan lancar,saya harus menyediakan lebih banyak ABM dan BBM bagi membantu murid membuat aktiviti dengan cepat. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh masa tindakan susulan. Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenalpasti masalah.Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi mencapai objektif P&P. Disemak oleh guru pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan: Nama : Tarikh :

Bilangan jurnal : Keenam Minggu praktikum : Keenam Tarikh peristiwa/ kejadian : 12 Ogos 2009 Tajuk jurnal : Masalah Kelewatan masa P&P 1. Masalah/ peristiwa: Pada minggu ini saya telah banyak menghadapi masalah kelewatan masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan sewaktu pengajaran dijalankan.Sesi pembelajaran yang sepatutunya berjalan selama setengah jam tidak dapat dilaksanakan dengan berjaya kerana persiapan tempat pengajaran yang telah mengalami sedikit masalah. .Selain itu,saya perlu menyiapkan alat dan bahan bantu mengajar dalam dua subjek pada satu sesi.Hal ini menyebabkan saya agak kelam kabut,namun cuba untuk mengatasinya. 2. Analisis : Setelah saya mencari punca masalah pada hari ini,ianya berpunca daripada masalah pada alat bantu mengajar iaitu pemancar LCD dan komputer tidak dapat menayangkan imej yang sepatutnya ditunjukkan kepada murid-murid.Selain itu juga,saya terpaksa menyediakan BBM mata pelajaran PSv dan juga alatan PJ dalam satu sesi. 3. Cadangan tindakan susulan Saya sepatutnya membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya akan menyediakan plan A dan B pada waktu-waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti bagaimana untuk menghadapi masalah kekurangan masa P&P. Bagi memastikan aktiviti dalam langkah-langkah penghasilan berjalan dengan lancar,saya harus menyediakan lebih banyak ABM dan BBM bagi membantu murid membuat aktiviti dengan cepat. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh masa tindakan susulan. Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas mengenalpasti masalah.Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi mencapai objektif P&P.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan: Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai