Anda di halaman 1dari 22

TAJUK

ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI

PENULIS

FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI

TARIKH

15 JULAI 2014

FAKULTI

OUM BUSINESS SCHOOL

KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN ......................................................................................................... 1
1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan............................................................................... 1
1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan ...................................................................... 1
1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan ........................................................................... 1
1.1

Definisi dan Peranan Pengurus ......................................................................... 2


1.1.1 Peranan sebagai Tunggak ..................................................................... 3
1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin ................................................................... 3
1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan ................................................. 3
1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap ................................................................... 3
1.1.5 Peranan sebagai Perunding ................................................................... 4
1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea .............................................................. 4
1.1.6.1 Proses Keusahawanan ............................................................... 4
1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan .............................................. 4
1.1.6.3 Proses Reformasi ...................................................................... 5

2.0

3.0

ANALISIS ARTIKEL ............................................................................................... 5


2.1

Artikel I Pengurus sebagai Pemimpin ............................................................ 5

2.2

Artikel II Pengurus sebagai Perunding .......................................................... 7

2.3

Artikel III Pengurus sebagai Pencetus Idea .................................................... 8

KESIMPULAN ....................................................................................................... 10
Rujukan..................................................................................................................... 11
Lampiran................................................................................................................... 12

1.0

PENGENALAN

Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan
satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan
merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge
B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi
proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap
segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif
yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi
sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan
sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan sematamata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat
dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi.

1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan.


Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif,
Presiden atau Pengurus Besar yang berperanan menetapkan matlamat dan menentukan
ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan juga meneliti perkembangan
dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi dapat
menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan.


Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan
aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.
Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian
di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.

1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan.


Juga dikenali sebagai pengurus lini dan merupakan pengurus paling rendah dalam
hierarki pengurusan. Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka
yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi
pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran
1

itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan
dan bawahan.

1.1

Definisi dan Peranan Pengurus

Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab


terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak


mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.
Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah
tanggungjawabnya.
b. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap bagi
mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan.
c. Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan pekerja
di bawah pengelolaannya. Prestasi pengurus dinilai berdasarkan kejayaan dan
kegagalan peranannya.
d. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan keutamaan seperti
melakukan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.
e. Pengurus menetapkan matlamat, perancangan, dan dasar serta melaksanakan
strategi.

R.W.

Griffin

pula

mendefinisikan pengurus

sebagai orang pertama

yang

bertanggungjawab dalam kesedaran proses pengurusan. Secara khususnya, pengurus adalah


orang yang merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal
sumber manusia, kewangan dan maklumat (Griffin, 2000). J.Penc (2000) pula berpendapat
pengurus adalah orang yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan
menggunakan semua atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi.
Seorang pengurus cenderung untuk menggalas tugas dan peranan yang berbeza setiap hari.
Sebagai contoh, selain mengetuai pasukan, pengurus juga bertanggungjawab untuk
menyelesaikan konflik yang berlaku, berunding untuk mendapatkan kontrak, mewakili
jabatan dalam mesyuarat serta meluluskan permohonan.

Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu
peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan
pencetus idea.

1.1.1 Peranan sebagai Tunggak


Seorang pengurus berperanan sebagai ketua atau simbolik dan merupakan
individu terpenting dalam organisasi. Pengurus bertindak sebagai wakil dalam
organisasi dan perlu melakukan tugas rutin yang bersifat rasmi, sosial atau
perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah sebagai canselor universiti
yang menyampaikan sijil kepada para graduan, pengurus besar yang terlibat
dalam pelancaran produk baharu, meraikan tetamu luar untuk makan tengahari
dan menghadiri majlis perkahwinan orang bawahan.

1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin


Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat,
mewujudkan tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga
bertanggungjawab dalam memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktivitiaktiviti orang bawahan seperti mengupah, melatih, menaikkan pangkat,
membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada mereka.

1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan


Seorang pengurus turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan
perlu berinteraksi dengan rakan dan pihak di luar unit dan organisasi. Ini bagi
memudahkan urusan seperti persetujuan bersama, kontrak, penerimaan arahan
dan melakukan tugas penting untuk organisasi. Dalam organisasi pula,
pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain dan juga
individu yang lain serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka bagi
melicinkan urusan kerja. Contohnya, pengurus jualan perlu berhubung dengan
pengurus pemasaran bagi urusan memasarkan produk.

1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap


Pengurus bertindak sebagai penyebar maklumat organisasi kepada badan-badan
kerajaan, jabatan-jabatan, media, pelanggan dan juga kakitangan dalaman
sendiri. Kepentingan dan keperluan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dengan
3

adanya jurucakap. Sebagai contoh, pengurus perlu memberi respon kepada


pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan di pasaran.

1.1.5 Peranan sebagai Perunding


Tugas perunding adalah untuk memantau dan mencari penyelesaian yang
melibatkan aktiviti organisasi seperti masalah jualan, cukai atau pengeluaran.
Maklumat yang dikumpul akan dibincangkan bersama kakitangan organisasi
sebelum keputusan dibuat. Contohnya, seorang pengurus akan berunding
dengan wakil dari jabatan sumber manusia berkaitan kekurangan kakitangan di
jabatan kewangan.

1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea


Sebagai pencetus idea, pengurus perlu melaksanakan tugas sebagai pencetus
tindakan korporat dan transformasi. Tugas ini melibatkan strategi dalam
menjana dan menghubungkan keputusan penting. Dalam hal ini, pengurus
mempunyai kuasa, maklumat dan keupayaan untuk kawalan dan integrasi ke
atas sebarang keputusan penting. Pengurus akan membentuk strategi dan
membuat perubahan yang terkawal dalam organisasi. Selepas mengenalpasti
masalah, program-program penambahbaikan ditetapkan dan dilaksanakan
untuk mencapai kemajuan. Terdapat tiga proses yang dapat memandu pekerja
ke arah mencapai inisiatif perubahan iaitu proses keusahawanan, proses
pembangunan keupayaan dan proses reformasi.

1.1.6.1 Proses Keusahawanan


Pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan
persekitaran yang berubah-ubah dengan mencipta, mengembangkan
idea baru dan membawa perubahan. Mereka juga memulakan projek,
mengumpul sumber dan mencari cara baru untuk sesuatu.

1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan


Proses ini memperlihatkan pengurus sebagai pengendali gangguan.
Gangguan mungkin timbul daripada kakitangan, sumber, ancaman atau
kerana orang lain melakukan kesilapan atau inovasi mempunyai kesan-

kesan yang tidak dijangka. Peranan pengurus adalah untuk menangani


serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku.

1.1.6.3 Proses Reformasi


Pengurus

bertanggungjawab

dalam

membentuk

unit

struktur,

perhubungan rasmi dan menentukan cara sesuatu kerja dibahagikan dan


diselaraskan. Oleh itu, pengurus harus memperuntukkan masanya
dengan kakitangan supaya mereka dapat berhubung dan membuat
keputusan.

2.0

ANALISIS ARTIKEL

Bahagian ini membincangkan tiga peranan berbeza pengurus dalam organisasi. Penulis akan
cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap peranan berserta contoh yang dipetik daripada
artikel majalah dan surat khabar. Tiga peranan pengurus yang akan dibincangkan adalah
pemimpin, perunding dan pencetus idea.

2.1

Artikel I Pengurus sebagai Pemimpin


Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan pengurus yang efektif dan
efisien mampu membawa organisasinya mencapai objektif dan matlamat yang
dikehendaki. Kepimpinan bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang
dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua
ahli organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja
semangat berusaha ke arah tahap prestasi yang tinggi (Aizat, Intan dan Zainal,
2006). Tanggungjawab pengurus sebagai pemimpin adalah mengarah dan
memotivasi subordinat, melatih, membimbing, memberi kaunseling dan
berkomunikasi dengan subordinat.
Artikel yang bertajuk Sejenak Bersama Peneraju Westport ini
berkisarkan tentang kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Westports Holdings
Bhd. iaitu Ruben Emir Ghanalingam. Beliau mengambil alih tugas bapanya,
Tan Sri G. Datuk Ghanalingam, mengendalikan Westports, iaitu terminal
kontena utama di Pelabuhan Klang dengan gaya pengurusannya tersendiri.
5

Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab


terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan kepada pekerja
untuk bekerja berpandukan matlamat organisasi. Sebagai contoh, disebabkan
keadaan sentiasa berubah, Ruben berpendapat kakitangan dan syarikat juga
mesti membuat perubahan seiring dengan tuntutan zaman. Sebarang perubahan
mesti dilakukan dengan pantas bagi memastikan syarikat berada di landasan
yang betul untuk terus maju. Disebabkan itulah beliau kerap bertemu dengan
kakitangan syarikat bagi memastikan penambahbaikan dilakukan pada setiap
lapisan dalam syarikat. Menurutnya, seorang pemimpin perlu membimbing dan
menjadikan orang lain lebih baik.

Selain itu, komunikasi samada secara lisan atau bukan lisan adalah
aspek kerja pengurus yang sangat penting. Schermerhorn (1993), mentakrifkan
komunikasi sebagai satu proses antara perseorangan untuk menghantar dan
menerima lambang yang mengandungi mesej dalamnya. Komunikasi
dianggap sebagai nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana
melalui komunikasi, pengurus boleh menyampaikan ideanya dalam membuat
perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses
pengawalan. Sebagai contoh, Ruben menggalakkan dialog terbuka dengan
kakitangannya. Mereka boleh berjumpa secara terus untuk bersuara atau
memberi kritikan kepadanya sekiranya berlaku kesilapan kerana mereka
dianggap sebahagian daripada keluarga. Ruben turut memperkenalkan konsep
Peti Cadangan sebagai saluran maklumat. Kakitangan yang segan untuk
bersemuka boleh menulis surat, idea, cadangan atau kritikan dan akan
menerima jawapannya. Hal ini menunjukkan terdapatnya komunikasi di antara
pengurus dan subordinat.

Selain itu, seorang pengurus bertanggungjawab terhadap prestasi kerja


pekerja bawahannya. Setiap pekerja akan disediakan latihan seawal hari
pertama mereka bekerja bagi meningkatkan prestasi diri. Ruben menegaskan,
prestasi adalah penggerak utama syarikat. Tiada toleransi terhadap mereka
yang menunjukkan prestasi yang kurang baik kerana mereka dinilai
berdasarkan merit tanpa layanan istimewa terhadap kekananan, usia atau
jantina.
6

Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja


yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa
memotivasikan kakitangan untuk menarik dan meningkatkan produktiviti kerja
di kalangan mereka. Motivasi menurut Williams (2000) terdiri daripada
kuasa-kuasa yang boleh mendorong, mengarah serta membolehkan seseorang
itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu. Sebagai
contoh, bagi meningkatkan motivasi pekerja, Westports menyediakan prospek
dan jaminan kerja kepada kakitangan serta tawaran gaji yang sangat kompetitif
di samping pelbagai faedah seperti program perubatan untuk pasangan dan
tanggungan. Menurut Ruben, faedah terbesar yang diberikan kepada
kakitangannya adalah latihan dalaman yang membolehkan mereka menimba
ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengendalian pelabuhan.

Melalui analisis artikel ini, kepimpinan pengurus sebagai ketua dapat


dilihat. Tanggungjawab yang dipikul oleh pengurus sebagai pemimpin adalah
penentu hala tuju organisasi.

2.2

Artikel II Pengurus sebagai Perunding


Sebagai perunding, pengurus perlu menjalin hubungan yang baik dengan
pekerja sama ada di dalam atau di luar organisasi. Pengurus juga perlu
mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk
mendapatkan maklumat dan sokongan daripada pihak tertentu. Perundingan
merupakan satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti
dan maklumat yang cukup untuk mengadakan rundingan.
Sebagai contoh, analisis artikel KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan
Tenaga Alam Sekitar menunjukkan pengurus memainkan peranannya sebagai
perunding dengan mewakili KUB Malaysia Berhad (KUB) untuk menjalinkan
kerjasama dengan IHI Enviro Corporation of Japan (IHI Enviro) bagi
membangunkan perniagaan tenaga alam sekitar di Malaysia. Melalui kerjasama
ini, pengurus berjaya memperoleh kepentingan untuk meneroka dan membida
pelbagai projek menukar sisa kepada tenaga yang membabitkan pembinaan loji
insinerator di negara ini.

Di samping dapat meluaskan operasi perniagaan di peringkat global,


hubungan antara dua negara dapat diperkukuhkan lagi. Dalam hal ini, pengurus
menunjukkan kemampuannya menjalankan peranan sebagai perunding dengan
mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa yang
dimiliki bagi mengembangkan visi syarikat dan negara.

Selain daripada itu, seorang perunding juga bertindak sebagai


perancang strategi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Dengan
adanya kuasa autoriti dan maklumat yang cukup, sesuatu perancangan itu dapat
dilaksanakan. Contohnya, rancangan KUB untuk menyediakan teknologi
diperbaharui dan baru untuk rawatan dan pelupusan bahan buangan dalam
usaha membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dapat
tercapai dengan termeterainya perjanjian dengan pihak IHI Enviro.

Tugas seorang perunding juga melibatkan penyelesaian masalah.


Sebagai contoh, pengurus berkongsi kemahiran dan maklumat dengan pihak
terbabit melalui gabungan kepakaran dan sumber bagi memanfaatkan
keupayaan

perniagaan

masing-masing

serta

kebolehan

penyampaian

perkhidmatan dalam industri pengurusan sisa. Kerjasama ini dibentuk bagi


melaksanakan pelan dan strategi organisasi untuk membantu kerajaan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi baharu rawatan dan
pelupusan bahan buangan.

Bertindak sebagai perunding adalah tugas yang besar kepada pengurus


kerana ia melibatkan persekitaran luar organisasi. Strategi, usaha, kemahiran
dan kepakaran serta komunikasi sangat diperlukan apabila berurusan dengan
pihak luar.

2.3

Artikel III Pengurus sebagai Pencetus Idea


Sesebuah organisasi yang ingin terus kekal maju mestilah mempunyai
matlamat yang lebih meluas serta bersedia membuat sebarang perubahan atau
transformasi dalam organisasi. Transformasi dalam konteks organisasi merujuk
kepada proses perubahan yang

mendalam

secara keseluruhan yang

berorientasikan organisasi ke arah hala tuju yang baru dan memerlukan tahap
8

keberkesanan yang berbeza. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus hendaklah


memainkan peranan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada
perubahan. Dalam usaha membuat transformasi melalui proses keusahawanan,
pengurus perlu mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan keuntungan
melalui projek atau teknik baru dalam urusan pengeluaran. Sesuatu projek itu
melibatkan perkara seperti mencadangkan produk atau perkhidmatan baru
yang dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan, kempen perhubungan
awam, peraliran dana yang dikemaskini, penyusunan semula bahagian
yang lemah, menyatupadukan operasi komputer dan sebagainya.
Contoh yang terdapat dalam artikel Misi Datuk Adenan Mahu
Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu yang melibatkan proses
keusahawanan ialah pelancaran rangkaian produk terbaharu seperti Tuala
Wanita Anion Berherba, Buih Pembersih Peribadi Wanita, Spotless
Blemish Solution Gel, Eyelifting Serum serta Beauty Benefits Cream.
Pengeluaran produk baharu ini dilancarkan atas permintaan pelanggan dan
sambutan yang memberangsangkan terhadap produk-produk keluaran
syarikat sebelum ini. Selain itu, Gamat Emas Sdn.Bhd. (GESB) turut
melakukan penjenamaan semula dalam beberapa aspek iaitu mentakrifkan
visi dan misi GESB supaya bersesuaian dengan peredaran semasa dan
perkembangan

sekeliling

serta

memperkukuhkan

ukhuwah

dan

kesepakatan di kalangan rakan niaga dan masyarakat umum.

Di samping itu, transformasi ini juga turut melibatkan ahli-ahli


syarikat dimana ahli yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah
akhirnya bergelar jutawan berkat kerja keras yang dilakukannya selama
ini.

Analisis artikel ini turut mempamerkan peranan pengurus dala m


proses pembangunan keupayaan akibat daripada gangguan-gangguan
seperti kritikan dan tanggapan negatif pihak luar terhadap perniagaan
Multi Level Marketing (MLM). Masalah ini diatasi melalui pelbagai
inisiatif yang diambil untuk membuang tanggapan negatif terhadap
perniagaan MLM. Contohnya, menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel
9

kepada ahli-ahli dalam syarikat dengan menerapkan pelbagai ilmu


perniagaan bagi mengelakkan mereka hilang arah. Selain daripada itu,
GESB turut melaksanakan janji yang terdapat dalam pelan pemasaran
iaitu keuntungan yang diperoleh oleh syarikat turut dinikmati oleh ahliahli

mengikut

perkiraan

yang

ditetapkan.

Pengamalan

konsep

persaudaraan juga dititikberatkan di kalangan ahli.

3.0

KESIMPULAN

Melalui analisis ketiga-tiga artikel di atas, peranan pengurus yang berbeza dapat diperjelaskan
dengan lebih lanjut. Walaupun pengurus mempunyai pelbagai peranan yang berlainan,
namun, semuanya bermatlamatkan misi dan visi organisasi. Dari sudut pandangan penulis
melalui analisis artikel-artikel tersebut, antara ketiga-tiga peranan yang dibincangkan, peranan
yang paling sukar untuk dibawa ialah sebagai pencetus idea. Bukannya mudah untuk
membuat sesuatu perancangan dan strategi bagi melakukan perubahan dalam organisasi
kerana ia memerlukan perkiraan yang luas dari segi matlamat dan tujuan. Di samping itu, ia
juga memerlukan tenaga kerja, dana, sumber dan tempoh masa yang panjang sekiranya
melibatkan perubahan dalam skala yang besar. Jika dibandingkan dengan peranan sebagai
pemimpin dan perunding yang juga tidak kurang sukar untuk dibawa,

pengurus perlu

membuat keputusan yang penting bagi mengelakkan kegagalan. Sebarang gangguan dan
kekangan boleh mengganggu gugatkan kestabilan organisasi.

(2552 patah perkataan)

10

RUJUKAN

Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar
Pengurusan (Ed.). Kuala Lumpur: MAZIZA.

Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi (Ed.).
Johor: UTM.

Katarzyna Cieslinska. (2007). The Basic Roles of Manager in Business Organization.


Department of Economics of August Cieszkowski Agricultural University of Poznan.

Kumpulan Penulis MIM. (2009). Pengurusan di Malaysia: Teks Asas Pengurusan Am


Tentang Bagaimana Menguruskan Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: ITBM.

SaifulRizal Shariff. (2013, Oktober 15). Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform
Usahawan Melayu. Majalah HARMONI.

Sofyan Rizal Ishak. (2014, Jun 20). KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam
Sekitar.

myMetro.

[Online].

Available:

http://www.hmetro.com.my/myMetro

/articles/KUB_IHIEnvirobangunperniagaantenagaalamsekitar/Article/index_html.
[2014, Jun 26].

Pengurus dan Pengurusan. (2008). [Online]. Available: http:// http://www.slideshare.net/


ebbysufian/unit2-14854014. [2014, June 28].

Sejenak Bersama Peneraju Westports. (n.d.). [Online]. Available: http://www.sinarharian.


com.my/bisnes/sejenak-bersama-peneraju-westports-1.289695. [2014, Jun 26].

11

LAMPIRAN - ARTIKEL I

12

LAMPIRAN - ARTIKEL I

13

LAMPIRAN - ARTIKEL I

14

LAMPIRAN - ARTIKEL II

15

LAMPIRAN - ARTIKEL II

16

LAMPIRAN - ARTIKEL III

17

LAMPIRAN - ARTIKEL III

18

LAMPIRAN ARTIKEL III

19

LAMPIRAN ARTIKEL III

20

Anda mungkin juga menyukai