Anda di halaman 1dari 1

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah

mengadakan perkhemahan di tepi sebuah hutan. Perkhemahan ini diadakan


selama tiga hari dua malam.
Perkhemahan ini disertai oleh 40 orang murid dan 8 orang guru penasihat.
Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Kami membawa
khemah, barang-barang untuk memasak, lampu suluh dan sebagainya.
Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru penasihat membahagikan tugas.
Pengakap lelaki mendirikan lima buah khemah.Pengakap perempuan pula
ditugaskan untuk mencari kayu api dan memasak. Pelbagai aktiviti seperti
pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas, dan mencari harta
karun diadakan.
Pada waktu petang pula diadakan permainan sukaneka dan aktiviti mendaki
gunung. Pada waktu malam pula diadakan unggun api. Peserta
perkhemahan membuat persembahan seperti nyanyian, lakonan, tarian dan
sebagainya.
Pada hari terakhir perkhemahan, peserta diberi sijil dan cenderahati.
Sebelum pulang kami bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan.
Perkhemahan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada
kami.
Walaupun penat, kami berasa sungguh seronok. Perkhemahan seumpama ini
dapat mengeratkan perhubungan.

Anda mungkin juga menyukai