Anda di halaman 1dari 2

Soalan Esei

1. Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesopotamia.


Menurut Mohd Razimi Husin ( 2013 ) , pembentukan sesebuah tamadun meliputi
enam ciri utama, iaitu petempatan kekal, sistem organisasi, sistem pemerintahan,
pengkhususan pekerjaan, agama dan kepercayaan serta bahasa dan tulisan. Salah
satu ciri yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia ialah pengkhususan pekerjaan.
Pengkhususan pekerjaan merupakan kesan peningkatan produktiviti manusia.
Barang atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan
tersebut dan ia membawa kepada pertukaran barang(Sistem Barter) yang menjadi asas
dan titik permulaan bagi aktiviti perdagangan dan ekonomi. Ini menyebabkan keadaan
politik menjadi stabil dan penuh dengan kemakmuran dan seterusnya membawa kepada
peningkatan dan perkembangan ekonomi. Pengkhususan pekerjaan juga dpaat member
impak dalam berlakunya hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan
penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya yang berlaku antara masyarakat.
Masyarakat Mesopotamia ini telah menbentuk Bandar-bandar dan sistem
penulisan yang tersendiri. Pekerjaan masyarakat kawasan ini adalah seperti menempa
besi untuk kegunaan masyarakat setempat, memelihara haiwan ternakan dan
sebagainya. Pengkhususan kerjanya wujud apabila ada lebihan hasil pertanian. Ada
yang menjadi peniaga, pedagang dan artisan. Perdagangan amat penting bagi
Mesopotamia untuk mendapatkan bahan mentah yang tidak banyak terhasil di lembah
ini seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak yang dibawa musuk untuk ditukarkan
dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini. Sebilangan masyarakat
berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan
musuh.

2. Beri pandangan anda sekirannya ilmu ketamadunan tidak diajar di Malaysia.


Ilmu ketamadunan dapat menyediakan pelajar dengan pemahaman yang
mendalam terhadap sejarah, nilai-nilai dan aspek-aspek penting yang lain. Apabila
sesuatu bangsa tidak didedahkan dengan sejarah, mereka akan kurang bersedia
dengan menghadapi segala cabaran yang akan mendatang dan mereka juga akan
mudah diperdayakan oleh mana-mana pihak seperti yang berlaku kepada
masyarakat dahulu ynag djajah.

Negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Sekiranya ilmu


ketamadunan diabaikan, maka objektif perpaduan kaum di Malaysia sukar dicapai.
Pemimpin negara Malaysia telah berusaha keras dalam memastikan keamanan dan
kemakmuran negara kekal utuh sampai bila-bila. Penghayatan tamadun akan
mampu menjadikan Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum hidup
dengan penuh bertoleransi mengikut acuan sendiri.
Kesan negatif terhadap ekonomi, politik dan sosial juga akan berlaku disebabkan
oleh kurang kesedaran dan pedoman masyarakat untuk memastikan setiap aspek
kehidupan dipenuhi dengan nilai positif dan cemerlang. Sehubung dengan itu, nilainilai moral tidak dapat disemai dalam diri warga Malaysia. Sebenarnya, penghayatan
tamadun mampu mengekalkan nilai-nilai yang telah dipelajari. Nilai moral penting
apabila seseornag berada dalam masyarakat dan berhubung serta berinteraksi
antara satu sama lain.
Dari segi aspek budaya kehidupan yang berkembang selari dengan kehendakan
negara.

Perkembangan

budaya

yang

dikehendaki

adalah

sesuatu

yang

menunjukkan perubahan kea rah kehidupan yang lebih baik. Sekirannya kekurangan
ilmu tamadun boleh menyebabkan rakyat Malaysia tidak dapat menyesuaikan diri
dengan mana-mana keadaan dan masyarakat, jati diri kurang dan tindakan yang
kurang berhemah yang boleh menyakiti mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai