Anda di halaman 1dari 2

Resepi Ikan Goreng Celup Tepung Sedap

hello jumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin berkongsi resepi Ikan
goreng celup tepung. terima kasih atas kunjungan anda apa sahaja yang
terlintas di fikiran akan kuluahkan disini dan atas kunjungan anda selama 1
tahun ini membantu blog ini semakin besar dan jaya.
ikan goreng tepung memang sedap dan rangup jer rasa ikan ni, walaupun
sudah sejuk tetap rangup dan bahan-bahan yang digunakanpun untuk
membuat masakan ini amat ringkas.

Resepi Ikan Goreng Celup Tepung


suami sangat menolong saya memasak di dapur kerana biasanya sibuk
bekerja, suami dan saya biasanya memasak bersama ketika cuti. alangkah
seronoknya ketika waktu cuti kerana dapat melakukan aktiviti bersama.
Jom, kita layan resepi ikan celup tepung dibawah:
Bahan-Bahan

5 - 6 ekor ikan kembong - bersihkan dan toskan

1 biji telur

1 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk kunyit

1/2 cawan air

garam secukupnya

minyak untuk menggoreng


Cara Memasak

1. siapkan wadah dan masukan semua bahan diatas kecuali ikan dan gaul
hingga rata. bila adunan terlalu pekat tambahkan sedikit air.
2. panaskan minyak dalam kuali dan celupkan ikan kembong ke dalam
adunan tadi.
3. goreng ikan tadi hingga garing dan berwarna keemasan
4. akhir sekali, bila sudah masak angkat dan hidangkan ketika masih panaspanas.
Note :
bila anda ingin ikan lebih crunchy boleh tambahkan teoung beras. okay,
sampai jumpa lagi di resepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Resepi Ikan Goreng Celup Tepung Sedap


[Rahsia] Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sawi Jeruk Sedap
Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk
Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Anda mungkin juga menyukai