Anda di halaman 1dari 2

Mengumumkan ketibaan Puan Rosnah binti Mat Zain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Convent dengan diiringi oleh guru-guru penolong kanan ke Majlis Jamuan Akhir Tahun
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Convent.

(Pantun)
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berusaha,


Puan Rosnah binti Mat Zain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent, Puan Hajah
Zaleha binti Kamaruddin, Penolong Kanan Akademik, Puan Krishna Kumari a/p
Krishnasamy, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Juzaidah binti Zainal Abidin,
Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru serta pengawas-pengawas pusat sumber
sekolah. Selamat datang ke Majlis Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Convent.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz
Mohd. Khairullizan bin Hassan untuk mengetuai bacaan doa.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Khairullizan kerana
mengetuai bacaan doa.
Hadirin yang dirahmati,
Majlis diteruskan dengan persada ucapan. Untuk itu, majlis mempersilakan Imman
Batrisyia binti Mohd. Syukran , Ketua Pengawas Pusat Sumber untuk memberikan
ucapan.
Terima kasih kepada Imman Batrisyia atas ucapan yang diberikan. Seterusnya, majlis
mempersilakan Puan Norsiawati bt. Abdul Rahman selaku Guru Pusat Sumber dan
Media untuk menyampaikan ucapan beliau.
Terima kasih Puan Norsiawati atas ucapan yang disampaikan.
Hadirin yang dikasihi,
Saat yang ditunggu tunggu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Rosnah binti Mat Zain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent untuk menyampaikan
ucapan beliau.
Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Puan Rosnah. Seterusnya,
dipersilakan Puan Rosnah dengan diiringi oleh Puan Norsiawati untuk menyampaikan
cenderamata kepada pengawas-pengawas pusat sumber sekolah.
Terima kasih Puan Rosnah atas kesudian menyampaikan cenderamata.
Seterusnya, sebelum kita menjamu selera dipersilakan Al Fadhil Ustaz Khairullizan
untuk membaca doa makan.

Terima kasih Ustaz. Hadirin sekalian dijemput menjamu selera.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai