Documents - Tips Asean Pengajian Am Kertas 1
Documents - Tips Asean Pengajian Am Kertas 1
Keanggotaan ASEAN
1. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di
Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
2. ASEAN terdiri daripada Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan
Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984,
Vietnam pada tahun 1995,Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan
Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.
Matlamat ASEAN
1. Walaupun pertimbangan strategik dan politik merupakan asas
penubuhan ASEAN, pertimbangan ekonomi dan kestabilan sosial
kawasan serantau juga tidak diabaikan.
2. Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
a) Mempercepat pertumbuhan ekonomi,kemajuan sosial dan
pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan BangsaBangsa bersatu
c) Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai
bidang termasuk latihan dan penyelidikan.
d) Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor
pertanian dan perdagangan.
e) Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.
Kerjasama Potitik
1 Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep
ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November
1971. Matlamat penubuhan ZOPFAN adalah seperti berikut:
(a) Memelihara keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan
mengelakkan campur Langan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia,
Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal rantau ini.
(b) Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia
Tenggara secara aman dan bukan dengan menggunakan kekerasan.
(c) Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
(d) Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
2 Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987
untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuklear.
3 ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pen cerobohan
Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya
Kerjasama Ekonomi
1 Kerjasama ekonomi Bari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembap kerana
tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah
beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of
Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of
ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketuaketua Kerajaan ASEAN pertama.
2 Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
(a) Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
(i) Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
(ii) Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
(iii)
Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
(iv)
ProjekVaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
(v) Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
bMengadakan Skim Pelengkapan Perindustrian ASEAN, misalnya dalam bidang
automotif.
(d) Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk Meningkatkan
perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk
kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa ole: entiti kerajaan,
pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan peluasan tarif istimewa.
(e) Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
(i) Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) telah ditubuhkan untuk
menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantaL ASEAN.
(ii) Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudaha_ kewangan
kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-proje usaha sama ASEAN.
(f) Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
(i) Pemasangan kabel laut ASEAN untuk menghubungkan semua negara anggota.
(ii) Mengasskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.
(iii) Mengiktiraf lesen pemandu di rantau ASEAN.
(g) Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
(i) Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai
bank data atau pusat maklumat mengenai masalah pertania
(ii) Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institute di Serda:
(iii) Penubuhan ASEAN Centre for Development ofAgricultural Cooperar. di
Indonesia.
(h) Mengadakan dialog dengan negara-negara maju.
(i) Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan per bangunan
dalam bidang perdagangan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
(i) IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
(ii) IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura