Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PENELUR

Pengurusan Ternakan
Ternakan yang diuruskan dengan betul didalam persekitaran yang
selesa akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dan
berkualiti dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum.
Untuk output yang maksimum ia memerlukan integrasi sepadu dari
segi kualiti anak ayam yang dibeli , pengurusan makanan , pengurusan
air minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan.
Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan. Anak ayam yang
bermutu akan membesar dengan baik dan dengan itu mengeluarkan
telur dengan bilangan dan kualiti yang baik. Makanan dan air minuman
yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Makanan
hendaklah disimpan ditempat dan pada suhu yang baik supaya tidak
menjejaskan mutunya. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai ,
ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat
pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga
diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan
sahaja dapat mengelakan tekanan dan pembaziran juga mempastikan
keseragaman pembesaran.

Pengurusan Sisa Ladang

Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-saraf, saraf lantai,


ayam yang mati, tahi ayam dan telur yang pecah. Sisa ini boleh
menjadi tempat pembiakan lalat yang baik, menarik pemangsa datang
ke ladang dan membawa bersama penyakit serta menyebabkan bau.
Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna bolih
menyebabkan masalah kacau-ganggu kepada masyarakat persekitaran
dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.

Kawasan dan Perumahan


Pemilihan lokasi dan binaan reban yang sesuai serta pengurusan yang
baik adalah penting untuk kepastian operasi ladang yang cekap,
produktif, output yang maksimum dan berterusan. Kepekaan
masyarakat kepada kualiti alam dan produk yang memberikan
kesejahteraan kepada kesihatan dan kehidupan akan mewujudkan
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh industri.

Lokasi Ladang

Pemilihan lokasi ladang yang sesuai adalah penting. Ciri-ciri penting


dalam pemilihan tapak ladang adalah ;

Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan


Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi
sepanjang masa

Jauh dari lain - lain ladang

Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik

Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

Binaan Reban

Reban yang dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran


yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang
ekonomik.

Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos


penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap
haba.

Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang


peredaran udara yang sempurna.

Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang


sempurna didalam reban

Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja


melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa
ladang

Pengurusan Penyakit

Penyakit akan mengurangkan produktiviti kerana meningkatkan kos


operasi akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , menjejaskan
pertumbuhan dan pengeluaran serta kualiti telur yang dihasilkan.
Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian
perlu dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan ubatan didalam
rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk
mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak
meenggunakan ubat terlarang. Penggunaan ubat dengan betul juga
dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.

Amalan Perladangan Yang Baik

Penerapan amalan perladangan yang baik didalam perancangan


menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian akan
memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif, kos
diminimumkan, output dimaksimumkan, persekitaran dan kualiti
hasilan yang tinggi dihasilkan. Ini akan memberikan keyakinan kepada
pengguna, meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya
menjaminkan sebuah ladang yang mapan
PEMASARAN TEMPATAN

Lebihkurang 90 peratus daripada pengeluaran dipasarkan dipasaran


tempatan. Kesemua telur ini dipasarkan dalam bentuk 'shell-egg'.
Pemasaran telur sebahagiannya dibuat oleh pemborong dan
sebahagian kecil terus oleh peruncit. yang datang sendiri mengambil
bekalan dari ladang. Selain dari pasaran runcit telur juga digunakan
oleh loji pemprosesan makanan seperti kilang roti dan kaya.

Harga telur Ayam

Di Malaysia telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut


gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-
gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam
juga turun-naik
(Jadual 7).

AA lebih dari 70 gram


A 65-70 gram
B 60-65 gram
C 55-60 gram
D 50-55 gram
E 45-50 gram
F dibawah 45 gram
Peratus sesuatu gred telur yang dikeluarkan bergantung kepada baka
dan pengurusan. Hitungpanjangnya peratus gred adalah seperti
berikut;

AA 4
A 12
B 28
C 31
D 18
E 5
F 2
Purata Harga telur Ayam (sen / biji)
AA A B C D E F
1996 18.02 17.52 16.98 16.33 15.33 14.33
1997 17.65 17.16 16.55 15.78 14.78 13.78 11.10
1998 18.52 17.83 16.94 16.16 15.21 14.21 13.21
1999 19.59 19.09 18.55 18.03 17.53 16.53 15.53
Pengangkutan

Mengurangkan tekanan haba dan stress semasa pengangkutan anak


ayam adalah penting. Anak ayam yang terdedah kepada stress
mungkin akan mengalam kadar kematian yang tinggi, terjejas
pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena
penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli hendakalah
menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi
yang baik. telur pula mesti diangkut berhati-hati bagi mengelakan
telur-telur pecah. Penggunaan sistem dan dulang telur yang baik
adalah penting untuk mengurangkan masalah ini. Untuk menjaga
kualiti yang baik telur sebaiknya diangkut menggunakan
pengangkutan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik
terutama yang mempunyai sistem penyejukan.

Pasaran Eksport

Sebanyak 8-11 peratus daripada telur ayam yang dikeluarkan


dieksport (Jadual 8 ). Kesemua telur-telur dieksport dalam bentuk
'shell-egg'. Pasaran utama adalah Singapura. Untuk memasuki pasaran
eksport ladang hendaklah memenuhi syarat ditetapkan oleh negara
pengimport meliputi sanitasi veterinar, jaminan kualiti dan status
penyakit disamping harga dan produk yang berdayasaing.

Eksport telur Ayam ('000 tan metrik)


1996 1997 1998 1999
33,403 40,244 27,494 34,800

Anda mungkin juga menyukai