Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah menangani masalah

penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri
sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah
mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal
menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu
yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan
bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak
perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia
dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak
berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah
gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan
rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan
sebagainya.

Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai


sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau
Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan
dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat
dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah
yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam
bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan,
kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan
berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.

Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk
memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin
gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-
anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa
secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta
penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah
penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan
baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak
mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah
diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan
mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak
ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal


untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak
dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara.
Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping
memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya
penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat
remaja terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam
membenteras masalah ini amatlah penting. Antara program yang boleh dilaksanakan
ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan
kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak
langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan
pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan
seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.

Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan
peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui
program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti.
Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa
senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh
mengadakan kempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-
undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah
hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang
ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan
jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah
kembali.
Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri
ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan
pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang
pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan
pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka
perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk
kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak
dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.

Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan
perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama
negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai
pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa
dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita
adalah contoh dalam kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan
dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya.

Anda mungkin juga menyukai