Anda di halaman 1dari 5

GAYA/ TEKNIK MELONTAR PELURU

Gaya Berdiri Dan Melontar (Tanpa Lungsuran)

Lakuan sedia

Peserta berdiri di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaran.
Letak peluru di bahagian yang sesuai (di bawah telinga)
Rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat
bulatan.
Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang

Kilasan badan

Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan


Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru

Lontaran

Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat
Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus

Rajah 1: Gaya Berdiri Dan Melontar

Gaya Melungsur Selangkah


Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan


lontaran
Letak peluru di bawah telinga, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri dibiarkan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan
hujung kaki)
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di
hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit

Lungsuran

Daripada lakkuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat
membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin
Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian
badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur)
Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan

Kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang

Lontaran

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang
melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan
terangkat melentik.
Disusuli pula dengan pergerakan menolak peluru ~ bermula dengan bahu diikuti dengan
tangan yang memegang peluru
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan
dengan kuat.
Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar

Pulihan
Ia bertujuan bagi mengelak pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan
hadapan selepas melepaskan peluru pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika
perlu
Bawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang
sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan
badan

Rajah 2: Gaya Melungsur Selangkah

Gaya Parry OBrien

Lakuan sedia

Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran


dan berdiri di bahagian belakang bulatan.
Sebagai persediaan, peserta haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan
pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan.
Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di
bawa ke hadapan sebagai persediaan untuk lungsuran.
Lungsuran

Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran.
Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan melungsur
atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan.
Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan
bahagian atas badannya. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Kilasan badan

Selepas kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun
mengilas ke atas dan ke hadapan.
Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan di angkat dan
mengilas badan.

Lontaran

Selepas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga
badan terangkat melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula
dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru.
Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan
dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar
ke luar.

Pulihan

Untuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk
memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan.
Pelontar juga boleh membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang
sama kaki hadapan dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.
Rajah 3: Gaya Parry OBrien

Anda mungkin juga menyukai