Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 3 & SURAU AL-FALAH TAHUN 2015


BIL PERKARA UPACARA MC
1. UCAPAN ALU-ALUAN
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia .............................................., Guru Penolong Kanan 1 Sekolah


Kebangsaan Taman Universiti 3.

Yang Berusaha .................................................., Penolong Kanan Kokurikulum


Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3.

Yang Berusaha .................................................., Penolong Kanan HEM, Sekolah


Kebangsaan Taman Universiti 3.

Yang Berusaha ...................................................., Pengerusi Surau Al-Falah.

Yang Dihormati barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3, Ahli


Jawatankuasa Surau Al-Falah

Serta Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang diucapkan ke Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah


Kebangsaan Taman Universiti 3 dan Surau Al-Falah bg tahun 2015 pada pagi yang
mulia ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta
keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

2. Bacaan Doa

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz
_________________________________untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin, Ya Rabb al-Alamin.

Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar

Anda mungkin juga menyukai